ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 October, 2007
Muaturun: Tire Awareness
Kepada pemilik kenderaan, fail yang wajib anda muat turun swbgai pengetahuan asas mengenai keselamatan tayar.
CLICK HERE TO DOWNLOAD "TIRE AWARENESS"
Sudah Bosan Dengan PC Anda Yang Slow??Sedikit Tips Untuk Panduan Bersama....
1. Kasi laju startup
- startup tu maknanya waktu yg diambil dr masa korang tkan button power kt pc tu smpai la windows abis load n korang leh mula guna pc tu.
- ntuk kasi startup ni laju, disable program2 yg dirasakan xperlu run masa startup. contohnya kbanyakan kita punya pc akan auto sign-in kita punya ym. kalo nak disable ym punya autostart ni, pegi kat ym, tekan messenger, pilih preferences, pilih category general. lastly, clear box "Automatically start Yahoo! Messenger"
- ntuk disable program2 lain, lbih snang lg. pegi start menu, tekan run. taip msconfig then hit enter. pilih tab startup. then uncheck je mana2 program yg korang rasa xperlu. tp jgn bijak sgt uncheck korang punya antivirus ok?
- menda ni leh gak dibuat dgn 3rd party utilities mcm tuneup utilities 2007. pegi je startup manager, delete mana2 yg patut ok?
- right-click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings kt dlm frame startup n recovery. clear checkbox "time to display... .". uncheck dua2 box kt atas tu ok?
2. Buang sampah
- kita mula dr yg basic ok?? rajin2 le buang sampah2 dlm pc korang tu. ntuk wat menda ni, pegi start menu - accesories - system tools - disk cleanup. tkan ok je ntuk start cleaning. repeat ntuk smua drive yg ada dlm pc tu. dgn ini, korang dh leh dpt free space dlm hard disk. wat sminggu skali ok la kot.
3. Tak payah nak cantik2
- right click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings dlm frame perfomance. nnti akan kuar visual effects punya settings. menda ni yg tentukan kecantikan pc korang. lg cantik, lg slow la pc tu. kalo nk ikut aku punya pndapat, korang tinggalkan 4 settings je yg checked. iaitu, "Show windows content... ", "Use common tasks... ", "Use drop shadows... ", "Use visual styles... ". Aku punya settings ni x menjejaskan sgt kcantikan laptop korang tu.
4. Turn off System Restore
Baca Artikel Penuh
Panggilan Hangit Azwan Ali
Oleh kerana ramai yang request lagi panggilan hangit. Saya akan membuat post-post panggilan hangit setiap hari. Ada lebih kurang 10 panggilan hangit dalam simpanan saya. So jgn lupa mengungi blog isuhangat setiap hari. Credit to Hot.FM lebih hangat dari biasa. Isuhangat - lagi hangit dari biasa huhuhu
CLICK HERE TO DOWNLOAD PANGGILAN HANGIT AZWAN AZLI
Jika kemalangan apa yang perlu dilakukan
• Sila bertenang dan jangan cemas.
• Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke
tempat yang selamat, jika boleh.
• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
• Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
• Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus
sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan
membantu).
• Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful
masing-masing.
• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan
kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan
dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful
anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan
maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
• Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan
segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak
ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin ada membuat tuntutan
insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan
menyebabkan kehilangan NCD anda.
• Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang
berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/
pengendali takaful anda.
Amaran Untuk Semua Pengguna Akaun Yahoo!....
Saya ingin menasihati anda semua supaya berhati-hati dengan email yang diterima saudara. Semalam saya menerima satu email yang menyatakan mereka dari pihak Yahoo! yang ingin membuat pemeriksaan ke atas semua akaun email yang berdaftar dengan mereka. Mereka ini meminta semua pengguna akaun email yang dihubungi mereka supaya membalas email mereka dengan menyertakan password, users name, country of origin dan sebagainya bagi membolehkan akaun yang digunakan dilabelkan sebagai akaun aktif dan tidak akan ditutup. Oleh kerana saya tidak mempercayainya, saya telah menghubungi Yahoo! help center bagi kepastian. Pihak rasmi Yahoo! baru saja menghubungi saya melalui email yang menyatakan bahawa email yang menyamar sebagai pihak pentadbiran mereka itu merupakan satu pembohongan bagi mencuri data-data peribadi. Berikut merupakan contoh email yang saya katakan tadi sebagai email yang mengandungi penipuan. Harap dapat sebarkan kepada semua supaya akaun email anda dan email-email peribadai anda tidak dicerobohi. di Bawah ini contoh email pembohongan tersebut. Klik pada image untuk gambar yang lebih besar dan dapat di baca.
nama pengirim email tersebut ialah "Yahoo! Account Service" yang menggunakan alamat email center_message_service29@yahoo.com
berikut 2 imej kandungan email tersebut yang meminta pengguna menghantar maklumat seperti users name, password, country of origin dan sebagainya.
Di bawah ini email yang saya terima dari pihak Yahoo! setelah saya melaporkan perkara tersebut dan meminta kepastian. Klik imej untuk perbesarkan.
Pihak Yahoo! menyatakan bahawa ini merupakan satu skim penipuan untuk mencuri data dan maklumat peribadi orang ramai terutama pengguna akaun Yahoo! Sebagai menjalankan tanggungjawab saya, saya masukkan ini sebagai posting supaya anda diluar sana tidak tertipu dan mendapat masalah. Harap dapat sebarkan amaran ini kepada rakan, groups di bawah kendalian anda dan semua alamat email yang ada dalam inbox anda. Semoga tiada yang tertipu dan harap semua dapat berhati-hati...
Credit
Sex Education By Pua Chu Kang
Bebaskan Masalah Berat Badan
Produk terbaru di blalang dot com:
MENAKJUBKAN …..BEBASKAN DIRI ANDA DARI MASALAH BERAT BADAN YANG MEMBELENGGU ANDA SELAMA INI!!!!!!
KINI.. banyak program diet yang memberi kesan negative pada tubuh badan dan ada yang membawa MAUT….
ANDA TAKUT UNTUK MELIHAT CERMIN ATAU MENIMBANG BERAT BADAN ANDA? TIDAK PERLU TAKUT LAGI KERANA ANDA SEKARANG MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK BAGI MASALAH ANDA……………
KINI… dengan SS Solution
Penyelesaian Untuk Kawalan Berat Badan Berkesan!
* Diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang, SS Solution bertindak dengan baik untuk membantu anda mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang.
* Rumusan minuman berfungsi unik yang mengandungi rangkaian nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang.
* Ia terbukti selamat untuk pengambilan kerap demi kesan tiada tandingan dalam membantu mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan terbaik anda
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkn kanser
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil
vitamin C !!. Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam
sahaja.
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan
ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak
orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum
terlambat. Cuba tuangkan
Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap,
anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari
sana.Fakta diperolehi
dari "Health Corporation of Singapore".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam
shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum
terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa
yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi
bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx Herbal
Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth
Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan
busa
yang banyak".Dalam pada itu, Pasta xxx &
Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee
segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-
kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang
doktor.Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).
Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee
segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya
disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang
lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah
dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk
mendapat barah" Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang
mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna
dicampur bersama gorengan bawang yang
bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur
lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah
kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat
sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja.
Cosmonout, Astronout, Coconout dan tiket naik Soyuz
Posted on Wednesday, October 24 @ 12:21:16 EST by reformis
Oleh Hishammuddin Rais
Saya masih di Tokyo. Hari ini 23 Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 – First Malaysian in space back home with a bump – pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar ‘duit tambang’ untuk menaiki Soyuz.
Juga dilaporkan kembali – ya beda bedoo - bagaimana coconout opps… angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak patriotik – ini laporan dari akhbar Jepun).
Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongolia atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kisah lama, kisah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim – laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.
Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?
(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal-usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.
Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama – insan sosialis - naik ke angkasa lepas.
Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis – sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.
Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek – Moon Landing.
Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah ‘mencuri’ masuk ke rumah Chief Clerk, Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.
Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terhadap projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.
Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak was-was dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton ‘footage’ bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.
Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk ‘kerja-kerja sulit penyelidikan’ tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.
Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Hari ini, jika kita mengâ€google†tentang Apollo 11, maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?
Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.
Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber – matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.
Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada hari kelapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.
Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam. Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kerlipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.
Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar rasmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman rasmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.
Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout ...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.
Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.
Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.
Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata ‘satu jejak insan adalah satu loncatan besar untuk umat manusia’. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula dengan ini kata-kata pujangga ini - 457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara