Saya ingin menasihati anda semua supaya berhati-hati dengan email yang diterima saudara. Semalam saya menerima satu email yang menyatakan mereka dari pihak Yahoo! yang ingin membuat pemeriksaan ke atas semua akaun email yang berdaftar dengan mereka. Mereka ini meminta semua pengguna akaun email yang dihubungi mereka supaya membalas email mereka dengan menyertakan password, users name, country of origin dan sebagainya bagi membolehkan akaun yang digunakan dilabelkan sebagai akaun aktif dan tidak akan ditutup. Oleh kerana saya tidak mempercayainya, saya telah menghubungi Yahoo! help center bagi kepastian. Pihak rasmi Yahoo! baru saja menghubungi saya melalui email yang menyatakan bahawa email yang menyamar sebagai pihak pentadbiran mereka itu merupakan satu pembohongan bagi mencuri data-data peribadi. Berikut merupakan contoh email yang saya katakan tadi sebagai email yang mengandungi penipuan. Harap dapat sebarkan kepada semua supaya akaun email anda dan email-email peribadai anda tidak dicerobohi. di Bawah ini contoh email pembohongan tersebut. Klik pada image untuk gambar yang lebih besar dan dapat di baca.
nama pengirim email tersebut ialah "Yahoo! Account Service" yang menggunakan alamat email center_message_service29@yahoo.com



Credit
No comments:
Post a Comment