adsense

26 November, 2007

Panduan memilih pelan telefon mudah alih



23-11-2007 10:10:15 AM
KUALA LUMPUR: Para pengguna telefon bimbit kini mempunyai pelbagai pilihan kerana perang harga di kalangan syarikatsyarikat telekomunikasi (telco) menyebabkan lebih banyak lagi pelan langganan yang lebih murah dan lebih baik diperkenalkan dari masa ke masa.

Jadi, pilih satu yang memenuhi citarasa anda dan sesuai dengan kedudukan kewangan anda.

Seperti yang lazim diketahui, telco menawarkan dua jenis langganan, prabayar dan pascabayar dan keduadua mempunyai baik dan buruknya.

Kelebihan prabayar: Tiada kejutan bil, sesuai bagi remaja dan pengguna pertama kali, anda tidak terikat dengan kontrak, jadi boleh menukar pelan dengan mudah.

Keburukan: Panggilan terhad mengikut jumlah nilai prabayar, kadar berbeza bagi panggilan dan SMS, jadi anda perlu mengenalpasti cara penggunaan anda.

Kelebihan pascabayar: Tiada had dalam bilangan panggilan, anda boleh membeli telefon bimbit baru pada harga diskaun sebagai sebahagian daripada pelan langganan.

Keburukan: Anda kemungkinan tidak akan mengetahui jumlah bil anda sehingga menerima bil itu.

Oleh itu anda perlu bijak dalam memilih satu yang memenuhi citarasa anda, dan lebih penting belanjawan anda.
Oleh sebab itu, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menyenaraikan beberapa langkah mudah seperti yang digariskan dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi.

Anggarkan berapa banyak yang anda sanggup berbelanja setiap bulan bagi bil telefon anda.

Jumlah wang yang anda belanja bagi bil telefon anda bergantung kepada kekerapan panggilan. Jadi, jika anda banyak membuat panggilan, satu pelan pascabayar lebih munasabah kerana anda tidak perlu beli `airtime' setiap kali nilainya habis.

Bagaimanapun, pilihan itu juga bergantung kepada belanjawan anda. Jadi, jika belanjawan anda adalah terhad, prabayar adalah pilihan lebih baik.

Periksa liputan geografi

Anda pastinya tidak mahu melanggan dengan manamana khidmat yang liputannya kurang memuaskan. Adalah malang sekali jika lokasi yang tiada liputan itu adalah tempat di mana anda banyak menghabiskan masa, seperti pejabat atau kediaman anda. Dan jika anda seringkali merantau, pastikan pelan itu mempunyai khidmat perayauan.

Kaji semula harga pelbagai pelan

Ini bahagian yang paling sukar tetapi penting kerana ia akan mempengaruhi pilihan anda. Antaranya:

* Khidmat perayauan.

Ini mungkin bukan pertimbangan jika kebanyakan masa anda hanya membuat panggilan tempatan.
* Kadar panggilan semasa waktu puncak.

Terdapat pelanpelan langganan yang menawarkan diskaun besar bergantung kepada tempoh panggilan, dan sama ada panggilan dibuat semasa waktu puncak atau luar puncak. Meneliti dengan cermat pelanpelan ini boleh membantu mengenalpasti pilihan terbaik.
* Angka bulat kadar panggilan

Kebanyakan pelan menghitung tempoh panggilan mengikut angka bulat minit terdekat. Panggilan yang dikenakan bayaran setiap saat atau setiap 30 saat boleh membawa perbezaan besar dalam bil anda.
* Ciri-ciri standard

Carilah pelan yang menawarkan ciriciri standard tanpa sebarang kos tambahan. Ciriciri standard ini termasuk menunggu panggilan, melsuara, memindahkan panggilan dan sejak kebelakangan ini, khidmat perayauan.
* Bayaran pembatalan

Ini hanya bagi pengguna khidmat pasca bayar. Secara lazim, akan terdapat tempoh kontrak minimum sekurangkurangnya selama 12 bulan. Jadi, periksa sama ada terdapat sebarang bayaran jika anda menamatkan pelan itu sebelum tempoh kontrak tamat.

Kos tersembunyi
Seringkali, anda akan membayar lebih untuk membuat panggilan ke rangkaian mudahalih yang lain berbanding rangkaian yang sama.

Panggilan serta mesej teks adalah lebih mahal jika anda menggunakan telefon bimbit anda di luar negara. Anda lazimnya akan dikenakan bayaran untuk menerima panggilan dan mel suara semasa berada di luar negara. Dan bayaran yang dikenakan serta khidmat yang boleh didapati boleh berbeza di negara yang anda berada. Jadi, adalah wajar anda menilai kadar bayaran terlebih dahulu.

Bagaimanapun, jika anda berjaya memilih pelan yang tepat tetapi menggunakannya dengan rakus, bilbil boleh melebihi belanjawan anda.

Untuk mengelakkan ini, anda perlu sedar akan tabiat buruk dalam membuat panggilan. Jadi jika anda terus membuat panggilan apabila terasa bosan atau tidak sabar menunggu untuk berkongsi apaapa berita dengan rakan, maka anda perlu cuba mengubah tabiat ini.
SMS

Mesej teks boleh jadi lebih murah berbanding panggilan suara. Bagaimanapun, khidmat mesej teks tertentu adalah mahal khasnya yang membabitkan pertandingan, pengundian atau promosi.

Jadi fikirkanlah dua kali sebelum anda turut serta dalam promosi melalui televisyen atau radio atau mengundi bakat pilihan anda dalam program hiburan siaran langsung.

Elakkan menghantar SMS dengan harapan memenangi hadiahhadiah besar, kerana lazimnya anda akan membayar lebih banyak dan tidak memenangi apaapa hadiah.
Tambahan gaya hidup

Generasi baru telefon bimbit mempunyai ciriciri seperti emel, capaian Internet, permainan 3D, muzik, muat turun video dan mesej foto untuk meningkatkan gaya hidup anda.

Khidmat-khidmat ini, bagaimanapun, adalah mahal dan kos sebenar mereka mungkin tidak dibayangkan oleh maklumat tarif yang disediakan. Jadi, untuk mengambil jalan selamat, gunakan khidmatkhidmat ini hanya apabila benarbenar perlu.

Pelbagai pelan mudah-alih yang terdapat hari ini mungkin menggoda tetapi elakkan daripada membuat keputusan terburuburu. Luangkan sedikit masa meninjau pelan yang paling sesuai bagi anda, yang menawarkan khidmat terbaik serta menjimatkan wang anda.

Tol Naik 2008, apa kata PLUS



"Kami berhak naikkan tol 10 peratus Januari depan" Plus PDF Print E-mail
Friday, 23 November 2007


KUALA LUMPUR: Pengendali tol jalan raya, Expressways Bhd, masih menunggu keputusan kerajaan mengenai cadangan kenaikan harga tol tahun depan dan kuantum yang terbabit, kata Pengarah Urusan Noorizah Abdul Hamid hari ini.



"Saya tidak tahu bila Kabinet akan membincangkan perkara ini. Kami hanya menunggu kerajaan untuk memaklumkan kami," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di sini.


Menurutnya, Plus berhak menaikkan tol 10 peratus untuk tempoh tiga tahun akan datang dari Januari 2008 selepas kenaikan yang terakhir dalam Januari 2005 berdasarkan perjanjian dengan kerajaan.


Plus mengendalikan rangkaian lebuhraya bertol yang terdiri dari Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Baru, sebahagian Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 antara Subang dan Klang dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.


Ketika ditanya mengenai jumlah pampasan yang bakal diperolehi Plus jika kerajaan membuat keputusan menangguhkan kenaikan tol berkenaan, katanya: "Kami tidak tahu sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak atau sama ada akan dilakukan kenaikan kecil atau berapa lama ia akan ditangguhkan.


"Jadi, pampasannya akan dikira berdasarkan apa yang akan dibenarkan oleh kerajaan bagi kami lakukan mengikut peruntukan dalam perjanjian konsesi dan ia bergantung kepada trafik sebenar.


Menteri Kerjaya Datuk Seri S. Samy Vellu memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan perlu membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan. Bernama

Gerakan Dakyah Kristian Radikal Di Iraq






aKlip video rancangan dokumentari "Panaroma" dari Jerman. Klip video ini perlu disebar untuk menyedarkan umat Islam seluruh dunia tentang gerakan dakyah kumpulan pengganas Kristian radikal yang berusaha keras mengkristiankan umat Islam di Iraq – malah di seluruh dunia.

Mesti tonton dan mesti sebar!


Mengikut laporan terkini, Korea juga adalah antara negara yang meneksport ramai pendakyah mereka. Rakyat Korea yang pernah dipotong kepala di Iraq beberapa tahun lalu adalah sebanarnya pendakyah kristian – walaupun media barat mengatakan beliau sebagai seorang penterjemah bahasa. Kumpulan 20 orang lebih yang ditangkap dan beberapa orang dibunuh di Afghanistan beberapa bulan lalu adalah juga dari kumpulan pendakyah Kristian dar Korea.
Kita di Malaysia perlu juga sedar bahawa usaha-usaha yang sama turut dilakukan di Malaysia. Malah pendakyah dari Korea kini ramai di negara kita. Saya telah di maklumkan orang seorang rakan bahawa tempat tumpuan mereka kini di sekitar Ampang dan dikatakan terdapat tidak kurang dari sepulah gereja Korea di kawasan tersebut.
Semoga Allah memelihara keluarga kita dari dakyah dan fitnah musuh. Ameen.
Sekian
Ibrahim Baba
22 Nov 2007

Lihat video di sini

Burj Dubai will not be the tallest building in the world



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kingdom Company (KHC) Announced Bechtel as the Chosen Company to Supervise the Construction of the Massive Jeddah Project, Investment Value Estimated at SR50 billion
(17/09/2007)


Project Master plan received by Pickard Chilton

Kingdom Holding Company, Chaired by HRH Prince Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Alsaud, announced today Monday 17th September 2007, that Bechtel (BEKtl) company was chosen to supervise and develop the real estate project in Jeddah. Bechtel company was chosen out of seven other companies that were in a competitive bid to supervise and develop the Jeddah project.

Bechtel is a global engineering, construction and project management company with more than a century of experience on complex projects in challenging locations especially in Saudi. Privately owned with headquarters in San Francisco, they have 40 offices around the world and nearly 40,000 employees.

Kingdom Holding Company received the Jeddah Project Master plan from Pickard Chilton, reputable and renowned designers who have designed some of the world's significant and recognizable buildings, including Kingdom Center recognized by its iconic tower.

The Jeddah project, one of the major real estate projects planned by Kingdom Holding Company, and other projects in Riyadh, has an area of 5.3 million square meters and is located in the city's northern area on the Red Sea coastline, which is a strategic area for the development of this project. The investment value of the project is estimated at SR50 billion upon completion, comprising of a colossal skyscraper with a surrounding area for other facilities (residential, commercial, construction of a five star hotel and offices). The residential area will be 1.5 million square meters, the size of the commercial area will be 470,000 square meters, education vicinity with an area of 150,000 square meters and the size of the offices area will be 800,000 square meters. The remaining lands will be utilized for leisure facilities, tourism and the construction of four star hotels.

Furthermore, there are plans for the development of a diplomatic quarter on the Jeddah land. The site plans for the land were developed by HOK, a Canadian company that has world wide recognition. The project will also connect the Red Sea coastline of the area to Sharm Obhur, an environment of natural beauty. KHC is also currently in cooperation with the Jeddah municipality and other administrations to ensure that all the appropriate requirements are met for the success of the project. KHC is known for the high quality of their real estate projects that have won international awards.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

24 November, 2007

Penting - Ubat Gigi Kedai 2 Ringgit



Muat turun - Wanita VS Lelaki





CLICK HERE TO DOWNLOAD "Wanita VS Lelaki"

Soal JawabSin Chan dan Guru




Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

 Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, iahanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Saat kewafatan Rasululllah




Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.



Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini..



"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",

peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -

"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.....



Muaturun - I Like You




CLICK HERE TO DOWNLOAD
Excell Format

MANUSIA DIANTARA DUA TANGISAN



Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.
"Tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni Syurga; penghuni-penghuni Syurga itulah orang-orang yang beruntung"
(Al- Hasyr: ayat 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita
Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............
Wallahu a'lam...

Which side is the petrol tank on?


For those who did NOT know
BEST KEPT SECRET!!!
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
I have been driving (legally) for over a decade. One would think I would have noticed the little secret on my dash that was staring me right in the face the whole time. I didn't and I bet you probably haven't either.
QUICK QUESTION:
What side of your car is your gas tank?
If you are anything like me, you probably can't remember right away. My solution is to uncomfortably stick my head out the window, strain my neck and look. If you don't do this in your own car you definitely have done it in a borrowed or rental car.
Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station or put your neck at risk of uncomforted or injury.
If you look at your gas gauge, you will see a small icon of a gas pump. The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the pump. If your tank is on the left, the handle will be on the left. If your tank is on the right, the handle will be on the right (see photo above). It is that simple!
I don't know how you feel right now but when I found out this morning I felt cheated!
Why don't the dealers share such important information with car buyers? I don't understand why this isn't in the driver’s manual? I don't get why any mechanic I have ever been too or know has even thought of mentioning this to me? The only possible explanation can be that all these people probably don't even know!
Go out and share the worlds best kept auto secret with your
friends as this is information is way too important to be kept
secret!

Subaru Impreza WRX STI



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

All in One Kitchen




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa Itu Emosi



Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

Untuk Pembangunan diri

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita
dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal
bahkan terlalu susah untuk dikawal.

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda
berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal
emosi diri sendiri.

Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah
tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau
bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu
permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi
orang yang bijak mengawal emosi.

Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh
dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda,
tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam
diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik
dan luar biasa hebat.


ARTIKEL PENUH <-------

Telur Separuh Masak




Jojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke

klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka

membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang badan

anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.


Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur

separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."


Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia

melihat ada 10 biji telur di meja makan.


"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.


"Engkau makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah kau", kata emaknya

Sesudah Asar



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
I ni adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita.....


23 November, 2007

Cerita kelakar



Kaya 7 keturunan
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".

Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".


Anjing Tak garang

Seorang pemuda melihat seekor anjing sedang berbaring di sebelah seorang tua yg sedang duduk membaca akhbar.

“Apakah anjingmu garang?”, tanya pemuda tersebut

“Tidak”

Tapi ketika si pemuda mencoba membelainya, si anjing dengan ganas menerkam tangannya dan mengigitnya hingga hampir putus”

“Hei! Kamu bilang anjingmu tidak garang!”

“Memang tidak. Itu bukan anjing saya”


Tidak boleh kentut

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengizinkan saya kentut di sini”

Customer first



Spiderman in Abu Dhabi



Kalau tak silap, mamat ni yang panjat KLCC tu hari


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mohd. Khairi pilih Islam selepas puas mengkaji


Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM


MOHD. KHAIRI YAP ABDULLAH.

WAHYU pertama yang diturunkan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril pada malam 17 Ramadan ialah Iqra' (Bacalah) yang memberi signifikan kepentingan menuntut dan menimba ilmu pengetahuan.

Bermula daripada detik itulah, kehebatan Islam terus gemilang dengan membawa rahmat ke seluruh pelosok dunia sehingga menyinarkan zaman kegelapan yang dihadapi oleh bangsa Arab dan penganut agama Islam lain.

Signifikan daripada mukjizat agung itu telah mencorakkan tamadun dunia dengan pelbagai penemuan inovasi dan teknologi yang tiada tolok bandingnya.

Bagi Mejar Mohd. Khairi Yap Abdullah, 44, perkara itu tidak pernah disedari olehnya kerana beliau tidak pernah didedahkan mengenai kemuliaan ajaran Islam. Sementelahan pula anak kelahiran Mentakab, Pahang itu sejak dilahirkan sehingga 29 tahun beragama Kristian dan dibesarkan dalam persekitaran agama berkenaan yang begitu kuat dan menebal.

Kalaupun ada maklumat mengenai agama Islam yang diketahuinya, ia adalah terlalu sedikit dan kononnya ajarannya pula terpesong daripada landasan sebenar - mengikut doktrin Kristianisasi.

Selama 29 tahun menganut Kristian, Islam yang diketahuinya mengandungi pelbagai kekurangan dan cukup sinonim dengan elemen keganasan di kalangan penganutnya demi mencapai matlamat penyebaran dakwah.

Bagaimanapun, sudah menjadi fitrah kepada manusia yang sempurna akalnya untuk mencari kepastian dan kebenaran di atas setiap persoalan yang timbul mengenai agama yang dianutinya dan juga agama yang 'diperhodohkan' iaitu Islam.

Semangat mencari kebenaran itu semakin menebal apabila beberapa kekeliruan dan kemusykilan yang timbul di dalam agama yang dianutinya gagal dijawab secara logik dan realistik.

Justeru, perasaan was-was dan curiga mula timbul di benak fikiran dan jauh di sudut hati Mohd. Khairi atau nama asalnya sebelum ini, Yap Mon Fong terhadap kesucian dan kebenaran agama berkenaan.

"Hati saya menjadi bercelaru dan berada dalam dilema kerana jika Islam itu agama tidak elok kenapa begitu ramai penganutnya di seluruh dunia dan setiap sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad juga menjadi ikutan utama dan tempat rujukan semua penganut agama Islam sehingga kini," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Mohd. Khairi memutuskan untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan melafazkan dua kalimah syahadah pada 3 Februari 1992, pada usia 29 tahun di hadapan kadi Pahang semasa berpangkat Kapten dan berkhidmat di Kuantan, Pahang.

"Kira-kira empat tahun sebelum itu, semasa perasaan was-was terhadap agama yang saya anuti sebelum ini timbul, saya mulai mengkaji secara mendalam secara perbandingan antara semua agama lain termasuk membaca pelbagai genre buku mengenai Islam.

"Semakin mengkaji, kebenaran mengenai agama Islam terus menonjol apabila semua perbuatan ibadah dan kemusykilan tauhidnya walaupun kecil dapat dijawab dengan menyeluruh dan lengkap," jelasnya.

Mohd. Khairi berkata, kajian mendalam mendapati agama Islam langsung tidak mempunyai cacat cela malah ia mencakupi setiap cabang kehidupan manusia daripada mula ditiupkan roh hingga mati sebelum dibangkitkan semula pada Hari Pembalasan.

"Keburukan yang dimomokkan berpunca akibat kelemahan penganutnya kerana tidak berpegang kepada ajaran sebenar Islam yang diajar oleh al-Quran dan hadis," katanya.

Mohd. Khairi bertemu jodoh dengan Siti Fatihah Sidek, 44, seorang guru pada 25 Mei 1997 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Nabilah yang kini berusia sembilan tahun.

Menceritakan kembali saat selepas pengislamannya, beliau berkata, perkara itu disorokkan selama tiga tahun sebelum ibu bapa dan adik-beradiknya akhirnya menerima dengan baik pengislamannya itu.

"Saya masih pulang ke rumah keluarga tetapi cuba mengelak menjamah makanan tidak halal yang dimasak oleh ibu. Saya akan cari pelbagai alasan, antaranya sudah makan semasa di tempat kerja, nak keluar jumpa kawan hingga menyebabkan ibu terperasan sesuatu telah terjadi kepada saya," katanya.

Kata beliau, ketika ibunya mengetahui mengenai pengislamannya itu, hatinya amat sedih dan kecewa kerana baginya apabila memeluk Islam bermakna menjadi Melayu dan segala hubungan kekeluargaan akan terputus.

Akhirnya, berkat doa yang tidak pernah putus-putus dan akhlak menghormati orang tua telah menyejukkan hati mereka sehingga dapat menerimanya.

"Selama itu, walaupun mereka tidak senang dengan saya tetapi saya tetap menziarahi mereka termasuk semasa perayaan dan majlis keramaian, malah saya juga membawa isteri dan anak saya menziarahi mereka.

"Islam mengajar kita menjadi manusia berguna dan setiap ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan mereka tidak akan sanggup melihat darah daging mereka menjadi jahat," katanya.

Sementara itu, Mohd. Khairi juga mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap ilmu apabila memperuntukkan kira-kira RM500 sebulan untuk membeli pelbagai genre buku ilmiah termasuk mengenai Islam hasil karangan ulama muktabar.

Beliau yang amat mementingkan disiplin hasil asuhan tentera juga mempunyai pelbagai pengalaman menarik seperti menyaksikan sendiri pembunuhan etnik Islam yang berlaku di Bosnia Herzegovina semasa bertugas di negara Balkan itu selama enam bulan pada tahun 1996.

22 November, 2007

Teka teki



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Streamyx Year End Promo



A special Streamyx Year End Promo will be offered until 31st December 2007.

The promo is targeted to new residential Streamyx subscribers only. It offers Streamyx 1Mbps at only RM77 monthly.

We are also throwing in lot of FREEBIES and customer will get to save more than RM600 when they subscribe.

Details of the offerings are as below:

Streamyx Package

Normal Monthly Fee

Offer Price

Freebies

Streamyx 1.0Mbps

RM88

RM77


per month for 24 months. Thereafter, revert to standard of RM88.

· FREE Modem

· FREE Online publication (e-browse - The Sun newspaper) for 12 months

· FREE Online publication (e-browse - Virtual Malaysia & Traverama magazines) for 3 months

· FREE Online Education (b-smart - Britannica Encyclopedia) for 12 months

· FREE Music Download via music.bluehyppo.com (10 songs - one time download)

· FREE Jumbo Play Games on Demand for 3 months

· FREE Sports Update Barclays Premier League for 12 months.

Streamyx Year End Promo advertisements will be featured in the major newspapers, TV commercials and radio from November to December 2007.

Take the opportunity to promote this special package and enjoy the new,

For further enquiry, kindly contact:

Email: blalang@gmail.com (streamyx reseller)

*Peluang cari duit:

Komisyen 50% dari harga pakej untuk anda jika ada sahabat/sedara mara/jiran/ketua kampung/sapa2 saja nak masuk streamyx melalui saya

Yang Remeh Temeh



Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam

Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang

Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai

Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong

Suruh angguk — angguk
Surug geleng — geleng

Oh pujilah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu

Ada tangan — tadah
Ada maruah — campak

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam

Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang

Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai

Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Tepuklah
Tepuklah
Tepuklah tanganmu

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Wahid Senario Menunaikan Haji





Alhamdulillah, isuhangat mengucapkan selamat berangkat dan selamat kembali. Semoga Wahid mendapat Haji yang Mabrur

KELANA JAYA: "Tak mungkin saya berhenti berlawak selepas ini sedangkan duit untuk mengerjakan haji ini pun diperoleh hasil berlawak dan pelbagai aktiviti seni lain yang sudah menjadi periuk nasi saya selama ini. Bagaimanapun, semua itu terserah pada takdir Ilahi," kata pelawak dan pengacara terkenal, Wahid Senario ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Wahid menyertai jemaah haji kumpulan ke-33 (KT33) yang berlepas ke Tanah Suci jam 5.13 petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dengan menaiki pesawat MH8028.

Beliau yang pergi menunaikan haji berseorangan mengaku tidak sabar untuk melihat Kaabah buat kali kedua selepas mengerjakan umrah tahun lalu dan bersyukur kerana terpilih menjadi antara jemaah haji tahun ini.

"Saya rasa terpanggil untuk menunaikan haji tahun ini selepas mengerjakan umrah tahun lalu. Memang menjadi impian semua orang Islam untuk ke tempat paling hebat dalam dunia itu dan saya tidak terkecuali.



"Selain itu, saya sangat berterima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana memilih saya sebagai jemaah. Insya-Allah, jika ada rezeki lebih, saya bercadang membawa isteri dan ibu mentua pada musim haji akan datang," katanya yang kelihatan tenang dan ceria.

Ditanya perasaannya apabila mendapat tahu terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini, Wahid berkata, beliau sangat gembira tetapi pada masa sama turut berasa sedih.

"Perasaan saya bercampur baur antara gembira dan sedih. Kalau boleh, saya ingin selamat (meninggal dunia) di sana, tapi dalam masa sama, ingin juga kembali ke tanah air. Pendek kata, sukar nak jelaskan perasaan saya ketika ini," katanya.

Di samping itu, beliau berharap tiada pihak yang cuba mempersoalkan pemergiannya ke Tanah Suci dengan mengumpat atau membuat pelbagai cerita negatif.

"Saya pergi untuk melaksanakan perintah Allah. Oleh itu, saya harap tiada yang membuat cerita yang bukan-bukan mengenai pemergian saya ini," katanya.

Sementara menanti giliran untuk melapor diri di kompleks itu, Wahid sempat melayan kerenah peminatnya di situ yang tidak putus-putus ingin bersalam dan mengucap selamat jalan kepadanya.

Blog Widget by LinkWithin