adsense

03 December, 2007

Strange Accidents



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela



MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wataala dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang salih dan dikasihi.

Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Kebersihan itu juga bukan sahaja berbentuk zahir bahkan meliputi kebersihan batin. Kebersihan batin itu ialah membersihkan jiwa dari kesan-kesan dosa dan perbuatan-perbuatan yang tercela iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela seperti hasad dengki, tipu daya, berperasaan dendam, takbur, riya', ujub, syirik dan seumpamanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudanya:

"Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman."
Untuk membersihkan hati, kita perlu menjauhi segala penyakit-penyakit hati. Berdasarkan hadis itu tadi Al-Imam Al-Ghazali berkata : "Bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat-sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat-sifat yang terpuji."

Di antara penyakit-penyakit hati yang keji itu ialah perasaan hasad dengki, sifat riya', ujub, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Perlu kita ingat, musuh dalam diri manusia bukan hanya terdiri daripada kuman-kuman yang menyebabkan diri kita dijangkiti penyakit. Tetapi adalah musuh-musuh yang tidak nampak, tidak boleh dilihat oleh mata kita dan tidak dapat dilakukan dengan kajian saintifik untuk mengesannya. Allah Subhanahu Wataala telah menegaskan hal ini dalam Al-Quran Al-Karim untuk memperingatkan manusia tentang musuh dalam diri manusia yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yusuf ayat 53 yang tafsirannya:
"Kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan."
Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati-hati manusia dengan sifat-sifat jahat, sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.

Untuk itu kita mestilah 'mujahadah' diri kita, kita kuatkan iman kita, kita lawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah Subhanahu Wataala.

Kecekapan nafsu, persediaannya, kesungguhannya, kejahatannya dan tipu dayanya itu berpuluh-puluh kali ganda lengkapnya dari peperangan senjata. Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Kelebihan orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wataala insya-Allah Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya iaitu akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah Subhanahu Wataala sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat. Bersifat takut kepada Allah Subhanahu Wataala ini juga menjadikan seseorang itu akan sentiasa mentaati Allah dan akan memperolehi rahmat daripada-Nya.

Apabila kita nilai, kita hitung segala nikmat yang dikurniakan Alllah kepada para hamba-Nya pasti kita sebagai hamba-Nya tidak akan ternilai dan tidak terhitung akan kebesaran dan keagungan-Nya. Betapa banyak nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada hamba-hamba-Nya. Untuk kita bersihkan batin kita dengan mensyukuri segala nikmat Allah Subhanahu Wataala berikan itu, kita hindari segala kemungkaran dan dosa. Inilah kebersihan hakiki yang bakal membawa para pelakunya keuntungan di dunia dan di akhirat. Perlu kita jaga kebersihan zahir dan batin ini, jika zahir sahaja yang bersih namun penyakit hati masih bersarang dalam diri, maka belum sempurna kebersihan itu, mudah-mudahan segala usaha untuk membersihkan zahir dan batin itu akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan menjauhi dan menghindari segala hasutan nafsu dan syaitan daripada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 yang tafsirannya:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

Jawapan mudah yang membawa ke syirk..Nauzubillah..



Worth reading.....

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan



Keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik....

Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
tetapi apabila kita memberikan jawaban ...
"dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India s! atu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.....maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".
Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....

SILA KONGSI BERSAMA

Maafkan dan Berkasih Sayanglah



Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh... .

Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa, kali
ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai
resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah.
Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut. Nabi menjelaskan
bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik ke
atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri. Nabi
khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.

Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya tiba-
tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan
menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali
tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.

Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan
kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya,
tetapi merangkumi seluruh manusia.

Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba Rasulullah
mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu
kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga
membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut anaknya
dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung
anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa. Atas kejadian
tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di rumah,
tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia meningkat
dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?

Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. Beliau tidak ingin
seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada
sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan
sekuat daya dan kemampuannya.

Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang buas
sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau
tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu
Rasulullah SAW bersabda; " Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling
berkasih sayang. "

Para sahabat berkata; " Kami sudah saling kasih sayang. "

Nabi bersabda; " Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang
sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas, tetapi
sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. "
HR. At-Thabrani

Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua
yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; " Sayangilah orang-orang yang ada di
bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat ). "
HR. At-Thabrani

Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya tidak
mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara
disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk
sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini adalah
berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita akan
sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang kabut
hidup kita. Belum lagi jika denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka matilah
kita.

Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang
baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya
yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga
potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan
untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya.
Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti
bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi anak-anaknya.

Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda; " Kasih sayang
Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan tadi.
Si ibu yang dikisahkan oleh 'Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai kasih
sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan
kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi
demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup, dengan
kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah akan
menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya. Rasulullah
membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda;
" Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras
hatinya. "
HR. At-Tirmidzi

Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi
cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental
dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai
kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru
diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk
bersikap keras. Allah berfirman;
" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu
wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-
sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal
keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "
QS. Aali Imran : 159

Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun
terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu
melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya
adalah seruan untuk mengesakan Allah. " Agar Allah diesakan dan tidak
disekutukan dengan apapun."

Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak
ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun
diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap bersikap
lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya
kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang
menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung,
beliau justeru menjawab; " Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka belum
tahu. "

Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu
adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai
kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat
manusia.

Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW
terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah Az-
Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut.
Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.

Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang
diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan
menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda
dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap bergema,
? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.?

Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya
tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada
orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih sayangnya
tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat yang
lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.

Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih
sayang kepada sesama.
Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan
memerlukan bantuan.
Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan
perilaku yang menyenangkan.
Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan. Lebih
baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.

Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona dan
berwibawa.

Semoga Bermanfaat.

Wallahu'alam Bisshawab.

BERIMAN KEPADA QURAN DAN KITAB ALLAH SWT?...



Benarkan kita BERIMAN KEPADA QURAN DAN KITAB ALLAH SWT?

Sila rujuk Surah Yusuf ayat 43 - 50,

[43] Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat: Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi".

[44] Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".

[45] Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".

[45] Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".

[46] (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

[47] Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

[49] "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

[50] Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka ketika utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka.

RUJUK KEADAAN EKONOMI SEBENAR

Jika kita rujuk kepada keadaan ekonomi dunia, bermula dari tahun

1977 -1984 : (Tahun yang hebat.) Sekitar tahun tersebut, Malaysia telah berkembang maju dengan sector pertanian, banyak ladang dibuka dan pertanian menjadi sumber ekonomi Malaysia yang hebat. Beliau 4B, Merbau berdarah dan banyak lagi ladang dibuka untuk tanaman kelapa sawit dan lain-lain. Kebanyakan umat Islam, berkebun dan bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil yang boleh dijual dan mereka hidup di dalam keadaan yang mewah. Bertanah dan berwang.

1984 -1991 : Tahun yang bermasalah Ketika itu negara sedikit mundur kerana, hasil pertanian mendapat kurangnya permintaan. Ditambah lagi dengan pengangguran yang teruk menghimpit rakyat Malaysia, berlaku pada tahun 1987 dan 1988. Graduan keluar dan tidak mempunyai pekerjaan, walaupun mereka mendapat biasiswa dan pinjaman. Selain dari itu, secara globalnya, negara-negara lain juga menghadapi masalah yang sama. Oleh itu, penduduk kampung berhijrah ke Bandar untuk mendapatkan kerja-kerja. Meninggalkan ladang di kampung. Pertanian dikampung tidak lagi menjadi aktiviti penting, lalu orang tua yang tinggal mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan dan keadaan keluarga semakin berkurangan, adalah merupakan usaha untuk mengurangkan belanja di kampung. Di dalam tempuh ini juga kilang proton didirikan dan anak-anak kampung berhijrah ke bandar untuk memohon pekerjaan, namun peluang untuk menjadi vendor Proton, tidak ramai yang perolehi akibat kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan.

1991 - 1998: Tahun yang hebat Pelbagai industri dibuka dibandar dan pelaburan dari luar mencurah masuk. Perkembangan dapat dilihat dengan pembinaan bangunan pencakar langit, industri-industri dan Putra Jaya yang menelan belanja berbillion-billion ringgit. Ekonomi berkembang pesat, walaupun disestengah negara perang meletus, namun secara mutlaknya, dunia di dalam keadaan yang baik dan maju.

1998 - 2005 : Tahun yang bermasalah. Pada tahun 1998, Soros yang dikatakan punca kepada kejatuhan ekonomi, menyebabkan industri jatuh merudum dan penutupan banyak syarikat. Berlaku juga pengangguran yang lebih hebat yang menimpa negara Malaysia. Bermula pada tahun itu, maka Negara dengan sedikit demi sedikit cuba untuk pulih tetapi tidak seperti yang diharapkan. Kenaikan minyak yang berpunca dari peperangan dan bencana alam di Amerika menjadi alasan. Dan secara automatis, setiap negara di dunia menghadapi krisis minyak yang membebankan kesemua rakyat. Rakyat di seluruh dunia terpaksa membeli minyak dengan harga yang berlipat ganda, dan syarikat yang bersangkutan dengan minyak ini, mula menunjukkan kejatuhan di dalam tahun-tahun berakhir 2005.

KESIMPULANNYA: -

Dalam sedar tidak sedar, 7 tahun yang disebutkan, asyik sering berulang dan ramai diantara kita lupa dan tidak sedar bahwa ia sudah bertulis di dalam Al-Quran. Oleh itu bermula pada 2006 ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang yang ada. Jika kita merujuk kepada Surah Yusuf diatas, jelas menunjukkan bahawa, Allah telah memberitahu dan jelas tertulis di dalam AlQuran untuk dijadikan panduan. Namun sikap umat Islam di Malaysia, yang tidak sengaja mengabaikan Al-Quran, secara tidak langsung tidak mengetahui isi dan rahsia yang cuba disampaikan. Jelas dengan ini bahawa, perlu kita mencontohi sikap umat Islam di Indonesia yang menggalakkan anak-anak untuk Katam Quran dan terjemahannya sekali gus. Berlainan dengan penduduk Islam di Malaysia yang sebok mengejar jumlah berkatam dibandingkan dengan usaha untuk mengetahui isi kandungan Quran itu sendiri.

Pelbagai maklumat dan pentunjuk yang telah diberikan di dalam Quran, baik yang telah kita lalui mahupun yang akan mendatang. Merujuk kepada peristiwa 9/11, ia sudah pun tertulis di dalam AL-Quran, sebagaimana pada suatu ketika, pernah hebat dibincang sesama kita akan surah yang merujuk kepada tarikh ia berlaku, ketinggian bangunan dan keadaan peristiwa itu. Cuma mungkin, bahasa yang berbunga di dalam Al-Quran, sengaja di lakukan kerana mungkin, untuk mengelak rahsia Al-Quran mudah diketahui oleh para kafir yang sentiasa mencari rahsia Islam untuk tujuan menjatuhkan Islam.

Dengan itu bersama-samalah kita mengambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak mungkin harta dan peluang yang ada bagi mengukuhkan ekonomi Islam di dunia. Tidak lupa akan amal dan bersyukur kehadirat Illahi di atas segala pemberiannya. Rahsia ini adalah milik kita dan pada tahun 2006 ini, biarlah menjadi pemangkin akan kebangkitan Islam dan ekonominya, untuk kita dihormati oleh bangsa lain yang sekian lama cuba untuk memalukan dan menjatuhkan. Bantu sesama Islam, dan janganlah kita mengambil kesempatan atas bantuan yang saudara kita berikan. Buatkan ia menjadi bantuan yang sentiasa akan dikenang dan menjadi kan ia sebagai jambatan silaturahim sesama Islam, khas nya. Islam adalah merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai. Kuasa beli adalah milik kita, oleh itu jadikan ia senjata untuk kita terus maju. Fikir sebelum beli.

Kepada yang tamak haloba, kembalilah kembali pangkal jalan dan cubalah untuk berkongsi peluang sesama saudara Islam yang lain untuk merasai rezeki yang Allah berikan kepadanya. Semuga, sikap buruk ini terkikis dengan sendiri dan ditempatkan mereka di dalam syurga kelak.

Pertanyaan yang perlu kita jawab adalah, benarkah kita beriman dengan Kitab-kitab Allah (Rukun Iman yang ke-3). Jika benar, kenapa kerajaan dan rakyat tidak menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan kenapa kita tidak ketahui akan isi Al-Quran itu sendiri? Jika kita tidak mengiktirafkan AL-Quran, golongan apakah kita dan golongan apakah kerajaan kita? Perlu dijawab sendiri. Jangan jadikan masyarakat majmuk sebagai alasan, kerana sistem Islam baik untuk semua.

Menjaga hati dari bersikap sombong



Menjaga hati dari sifat sombong

Ikhwani yang dirahmati oleh ALLAH, hati adalah penghulu seluruh
anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak,
niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan
( disucikan ) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya
dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan
merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 :
" Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya
kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia
bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang
sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab
kekotoran maksiat ). "

Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kita
hindarkan dari hati. Diantara penyakit-penyakit hati yang berbahaya
ialah sifat sombong.

Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 :
" Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah
( beri hormat ) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan
menjadilah dia dari golongan yang kafir. "

Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana
firmanNya dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :
" Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka
sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak
suka kepada orang-orang yang sombong takbur. "

Dalam surat Luqman 18, Allah juga berfirman :
" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang
rendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "

Rasulullah SAW pun bersabda :
" Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar
atom dari sifat sombong. "

Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat
sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki
tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-
tandanya iaitu :

1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari orang
lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Ikhwani, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada
ALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal
ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain
dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki,
nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan
ibadah yang telah kita lakukan.

Apalagi kalau yang sombong itu orang yang jahil ( bodoh ). Lebih-
lebih orang yang menyombongkan diri dengan ketakwaan dan
kesholehan datuk-datuknya, sedangkan dia sendiri tidak beramal,
maka itu adalah kebodohan yang luar biasa.

Kawan, seluruh kebaikan berada dalam sifat rendah diri, khusyu',
dan tunduk kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan
mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya
Allah akan merendahkannya. "

Suka berdiam diri dan bersembunyi, serta tidak suka kemasyhuran /
" popular ", adalah sifat orang-orang mukmin yang sholeh.

Wallahu'alam bisshawab.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."

Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

BULAN ZULKAEDAH & ZULHIJJAH





TARIKH HARI2 PENTING GANJARAN
Bulan Zulkaedah
(1 Nov-10 Dis)
Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida' (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid.
1hb Zulhijjah
(11 Dis 2007)
Allah mengampuni Nabi Adam 'Alaihis salam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya.
2hb Zulhijjah
(12 Dis 2007)
Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus 'Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata.
3hb Zulhijjah
(13 Dis 2007)
Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah 'Alaihis salam. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya.
4hb Zulhijjah
(14 Dis 2007)
Nabi Isa 'Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia.
5hb Zulhijjah
(15 Dis 2007)
Nabi Musa 'Alaihis salam dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur.
6hb Zulhijjah
(16 Dis 2007)
Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu.
7hb Zulhijjah
(17 Dis 2007)
Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan.
8hb Zulhijjah
(18 Dis 2007)
Hari Tarwiyah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri.
9hb Zulhijjah
(19 Dis 2007)
Hari Arafah Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni'matku kepadamu".
10hb Zulhijjah
(20 Dis 2007)
Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.


Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:"Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: "Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini".
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun". Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:"Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya".
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah Hari-hari yang diharamkan berpuasa





Koleksi The Best Of Panggilan Hangit



Credit to Hot FM

Amazing Apartment Complex



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Things you shouldn't find in your garden !!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tiga perhimpunan besar di Kuala Lumpur bulan depan



Oleh Wartawan KLpos.com

KUALA LUMPUR: Tidak makan saman, barangkali itulah yang berligar dalam fikiran pemimpin Umno selepas satu laman web melaporkan tiga lagi perhimpunan dijangka diadakan di Lembah Klang bulan depan.

Akhbar internet Malaysiakini.com melaporkan tiga perhimpunan yang dirancang itu akan diadakan walaupun kerajaan telah memberi amaran keras termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang menyertainya.

Pada 9 Disember ini, Majlis Peguam akan mengadakan perarakan tahunan Hari Hak Asasi Manusia dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyatakan hasratnya untuk turut sama.

Dua hari kemudiannya, Bersih akan mengadakan demonstrasi di luar Bangunan Parlimen untuk membantah rancangan pindaan perlembagaan yang akan menaikkan had umur anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Perhimpunan ketiga akan dianjurkan oleh parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah kenaikan kadar tol lebuhraya di beberapa negeri mulai 1 Januari depan.

Rancangan perhimpunan anti-tol itu belum diumumkan secara rasmi dan tarikhnya juga belum dimuktamadkan.

Pada 10 November lalu, kira-kira 40,000 menghadiri perhimpunan anjuran Bersih di luar Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Dan pada 25 November lalu, kira-kira 30,000 orang, sebahagian besarnya kaum India, menyertai perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibunegara, untuk menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Surat untuk Ustaz Zaharuddin



Petikan dari : www.tranungkite.net

"Di sekeliling kita sekarang penuh dengan berita pelaburan internet yg telah difatwakan haram.tahniah para mufti dan USTAZ ZAHARUDDIN juga kerana berjaya membawa perkara ini ke media dan ke badan yg berwajib secara lansung.saya mengikuti setiap rentetannya hingga kini.tahniah sekali lg.ini bermaksud kita tidak ketandusan ilmuan dlm bidang ekonomi berlandarkan Quran dan Sunnah.

TAPI..amat mengecewakan..
dalam setiap ulasan dan komen yg diberi berlandaskan kpd 2 punca tadi, dari awal isu ini timbul, tiada satu pun cadangan atau pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz zaharuddin dan JAKIM bagi mengharuskan program2 internet base ini.

sebagai contoh..Empay
dikatakan ianya tidak berlandaskan syariat kerana konon antaranya;

1. TIADA AKAD.

mengapa ustaz2 di luar sana YANG GALAK mengatakan itu dan ini, tidak MENCADANGKAN IDEA bagaimana masalah akad ini boleh diatasi (samada perlu berjabat salam dulu ke seperti bank tempat umat islam berhutang - Bank Rakyat cthnya, sebelum org Islam diberi diberi hutang.juga ada borang perjanjiannya ) .supaya program yg telah terbukti memberi pendapatan sampingan kepada umat islam ini dapat menjadi halal.

2. GHARAR

Cuba juga para mufti dan TERUTAMANYA ustaz zaharudin - Pakar Ekonomi Islam, cadangkan satu jalan supaya ia tidak gharar - tahu syarikatnya di mana, tahu penerajunya, tahu perjalanan duitnya, ada produknya (seperi Bank Rakyat yg menyatakan dalam borang perjanjian ketika memberi hutang kepada orang Islam itu lebih kurang begini"Pihak Bank jual Pendingin Hawa ini kepada si peminjam dengan harga bla bla..( peliknya, TAK NAMPAKPUN MANA PENDINGIN HAWANYA - atas kertas aje kut! Gharar juga tu). jangan pandai komen tapi tak pandai memberi idea.

Andaikan begini la..jika sedang memandu, kereta kita rosak, bolehkah kita setakat duduk dalam kereta sambil mengomel?! KITA PERLU KELUAR DAN BAIKINYA!!!

3. BEGITU JUGA LAIN-LAINNYA.

Internet (jaringan) adalah sebagai pemudah cara atau bahan tara. seumpama jg kereta atau motosikal yg kita perlukan untuk bekerja atau membeli keperluan. begitu jg peranan internet sekarang ini. EPF, Perkeso, LHDN pun melabur. Adakah mereka membawa sejumlah duit dalam beg, kemudian bawa ke tempat pelaburan (pelaburan melalui internet haram).harap2 begitu lah selepas ini sebab saya tak mahu duit saya dalam EPF jadi haram pulak di sebabkan melalui internet.

dan jika,tempat pelaburan itu pula yg tidak mengikut syariat, baiki je la yg tu. BERIKAN IDEA Wahai Zaharuddin.panggil rakan handai taulan yg pakar2 ekonomi islam seperti ustaz, tanpil memberikan idea.SYORKAN SESUATU!! Seperti mana bank2 konvensional yg telah berjaya "diIslamkan) opss..tapi bank2 ada penasihat syariah..yg di alaun kan untuk itu..sori lupa!

sayang sekali..
org2 Islam negara ini yg yg telah ada peluang memperbaiki ekonomi sendiri dan cuba mengelah daripada ular2 bank (termasuk RHB Bank) , BINGUNG DAN KETAKUTAN. kerana..

PAKAR-PAKAR EKONOMI ISLAM KITA HANYA PANDAI MEMBERI KOMEN TAPI TIDAK PANDAI MENCARI JALAN MEMBAIKI KEADAAAN tanpa perlu mereka yg terlibat keluar daripada apa yng mereka kerjakan sekarang utk menyara leluarga.


pok cik

Lagi tip mengandung anak pertama




1) minum susu an-mum utk mengelakkan kuning.
2) jgn makan jajan langsung supaya otak bb kite nanti bijak selain tu blh mengelakkan kuning. (magie, semua jenis cekedis, dan lain2 lah)
3) jgn makan asam boi dan yang sewaktu dengan nyer alasannyer same je ngan no 2
4) biler dah masuk 8-9 bln minum air kelapa, x kisah kelapa muda or tua. supaya biler bb kuar nanti kulit dier cantik dan bersih.
5) kurangkan menggeliat supaya x kejang otot
6) makan banyak tempe supaya otak bb bijak
7) buah masam macam buah mangga or yg sewaktu dgnnyer bleh makan tp kurang kan kuantitinyer, ia x sesuai utk otak bb.
8) sabo, jgn terlalu sensitif dan jgn cepat menangis, kerana anak yang dilahirkan akan menjadi hiper active, tidak blh menfokuskan kpd sesuatu perkara, cth biler nk blaja blh fokus 10 min jer.. pastu tah ke mana.
9) mkn ubat yg diberikan oleh hospital krajaan.. sbab doc tempat sy keje dulu pun mkn ubat klinik krajaan walaupun dier ade clinic sendiri.. die ckp ubat tu memang bagus..
10) biler dah masuk 7 bln tu, beli la head phone satu utk bb dgr lagu. mengikut kajian otak bb yg mendengar lagu2 english klasik ni lebih pintar.. tp kite sbg org islam baik bg die dgr ngaji mesti lg pandai kan..
11) org mengandung ni memang mengidam bende yg pelik2, tp seblum mkn tu pikir dulu, ape kebaikan makanan tu utk bb kite? jgn di ikutkan sgt prasaan tu.. pizza, kfc, asam, magi, cekedis....... tu ape la sgt klau nk dibandingkan dgn anak yang sihat dan pandai betul x?
12) kpd yg bakal menjadi ayah plak jagalah hati dan emosi isterimu kerana ia penting tum-pembesaran anak mu, yg ibu tu plak jgnlah banyak songeh..
13) lastly utk menjadi ibu dan ayah yang baik banyak kanlah membaca dan jgn lupe mengamalkannyer. jgn lupe bli buku ibu mengandung utk ur wife k..

penasihat x bertauliah...
SITI FATIMAH ABD HAMID

02 December, 2007

Nasihat sebelum anda memasuki dunia FOREX


KUASA FOREX




"Berikan
saya laptop & internet

dan letakkan saya di mana saja yang anda
suka. 24 jam kemudian, saya boleh buktikan
menghasilkan RM10,000 sehari"

(mahukah
anda memiliki teknik dan rahsia yang sungguh
dahsyat ini?)

Maklumat
lanjut






Kajian Data didalam pelaburan FOREX.

1. 100 orang baru melabur didalam FOREX, dalam tempoh 2 bulan, 48% akan kehilangan
hampir keseluruhan wang pelaburan mereka.

2. 45% akan hilang wang pelaburan mereka dalam tempoh 3 bulan.

3. 5% lagi sempat mendapat keuntungan, tetapi selepas itu akan mengalami kerugian.

4. 2% lagi mendapat keuntungan yang besar kerana bernasib baik.

Sebilangan besar akan mengalami kerugian yang besar. Tetapi jika ada yang tidak serik
dan ingin terus berjuang didalam dunia forex, biasanya selepas setahun, dan selepas
beberapa kali kehabisan kesemua wang pelaburan mereka, mereka mulai merasai keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Selepas 2 tahun, mereka mulai merasakan keuntungan yang lumayan.

5. Kajian dilakukan terhadap 20 orang baru yang menyertai FOREX dengan bantuan orang yang berjaya. 7 daripadanya langsung tidak mengalami kerugian dan mendapat keuntungan sedikit tetapi berterusan. 13 lagi mengalami kerugian yang agak besar (30-50% kehilangan
wang pelaburan). Kajian mendapati perbezaan antara 7 dan 13 ini adalah, yang 7 mengikuti
bulat-bulat nasihat orang yang berjaya tersebut, dan 13 ini mengikut nasihat diperingkat awal, tetapi mencuba formula baru melalui kajian sendiri dan sering mendalami secara sendirian.

6. Sekiranya sudah menguasai ilmu forex dan mulai mendapat keuntungan, trader tersebut
akan mendapat keuntungan yang berterusan untuk jangka pendek atau panjang. Mereka tidak akan mengalami kerugian walau apa pun bertuk market semasa. Untuk sampai ketahap ini, jika belajar bersendirian akan mengambil masa 2 hingga 3 tahun. Jika belajar dari guru yang salah akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun. Jika berguru dengan sepenuh
masa pada guru YANG BETUL akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan.

...jika ingin mendapatkan pandangan mengenai forex secara percuma sila lawati
http://www.savingforex.com


Selamat menjelajah bersama untuk mencari rahsia FOREX.
Mohd Uwais Alqurni

Sungai Wang KL accident 15/10/07



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tazkirah Menguap



Assalamualaikum. ..

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga
saya... tetapi kadang kala
kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun
kita tidak mahu ambil tahu
apakah keburukan menguap .

Adapun kalau mengikut hukum semasa menguap, hendaklah kita menutup mulut..
ini rasanya kebanyakan orang pun tahu.. ALHAMDULILLAH. . kan manis tu..
Tapi seperkara yg org jarang berikan perhatian, ialah bunyi yg keluar dihujung
proses tersebut.. bunyinya pula pelbagai.. huarghh.. huahhh.. ahh... dan
pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ni..

Mengikut penjelasan seorang Ustaz yg saya temui, baru2 ini setelah saya
ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat.. Ustaz ini memberitahu. .
Syaitan sangat menyukai buniy menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan
bagi syaitan.. ASTAGHFIRULLAH! !! begitu rupanya.. lalainya saya...

Jadi pesan Ustaz tersebut, bukan tidak boleh menguap, tetapi jgn lah mengeluarkan
bunyi2an.. tetapi ucapkanlah Istifar selepas menguap.. supaya kita tidak menjadi
kawan Syaitan.. yg menghiburkan Syaitan.. sukakah kita bila Syaitan seronok??

Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dgn mcm2 dosa dan maksiat yg kadang2 kita
tidak sedar.. setidak2nya usaha kita yg sedikit ini dpt memperteguhkan dan
memulihkan keimanan kepada ALLAH S. W. T dan menjauhkan fitnah Syaitan nirajim..

INSYA ALLAH...

Subhanallah. ......... .semoga keluarga kita dapat jadi begini



Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini
sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang
mendengar mengucap memuji ALLAH

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh
yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk
???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...

PERKHIDMATAN KERTAS KERJA PINJAMAN DAN PERCUKAIAN



Dari artikel Panduan Cari Duit Internet

APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN?

Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja perniagaan atau kertas kerja pinjaman perniagaan. 90% mereka yang menyediakan rancangan perniagaan adalah kerana ingin memohon pinjaman (bila nak memohon pinjaman baru kelam kabut nak cari konsultan), tetapi sebenarnya mereka ini tersilap

Matlamat rancangan perniagaan

Rancangan perniagaan yang disediakan mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :-

Sebagai Garis Panduan Untuk Menguruskan Perniagaan

Rancangan perniagaan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menguruskan perniagaan. Rancangan perniagaan biasanya menunjukkan langkah-langkah yang akan dijalankan oleh pengurus perniagaan. Pihak pengurusan akan menerangkan kandungan rancangan perniagaan untuk mewujudkan pemahaman mengenai tugas-tugas mereka dan juga akan melahirkan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja.

Meyakinkan Pihak Tertentu Terhadap Idea Perniagaan

Rancangan perniagaan merupakan satu alat perhubungan bagi seseorang usahawan untuk menjelaskan sesuatu projek yang ingin dijalankan kepada pihak lain. Melalui rancangan perniagaan ini ia dapat meyakinkan pihak yang ingin membantu menjayakan projeknya. Pihak yang terlibat termasuklah pelabur, syarikat kewangan dan bank.

Mengkaji Dan Menilai Kemajuan Dan Prestasi Perniagaan

Rancangan perniagaan, adalah alat pengukur daya maju sesuatu projek. Rancangan perniagaan menggambarkan analisis yang dibuat untuk menunjukkan potensi dan daya maju sesebuah perniagaan. Dengan berbuat demikian ia juga akan mengelakkan berlakunya pembaziran modal, masa dan tenaga.

“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

SESUAI UNTUK
  • Bakal-bakal usahawan

  • Usahawan IKS

  • Mereka yang ingin membesarkan projek

  • Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat


Jika anda berminat untuk mendapatkan kertas kerja yang di jamin kelulusan oleh penulis ebook tersebut anda boleh di dapati dengan klik gambar di bawah:


PERCUMA DENGAN PEMBELIAN E-BOOK DI ATAS*!


kertas kerja pinjaman terbaru yang diluluskan oleh pihak bank pembangunan

01 December, 2007

Cash88 are SCAM?



Dari Artikel Panduan Cari Duit Di Internet

Salam,

Tentu anda juga pernah dapat email yang mengajak join Cash88 kan? Cash88 adalah program klik dapat duit dan baca email dapat duit. Setelah saya membaca komen En Abd Rafi di post saya sebelum ni Masih Ada Yang Tertipu , saya pun cuba lah daftar, ala benda free kan.

Mula-mula saya teruja juga tengok iklan-iklan klik dapat duit di cash88, semuanya korporat-korporat belaka, betul apa yang di katakan oleh Abd Rafi. Di ruangan kategori e-media, boleh dikatakan semua emedia di Malaysia ada iklan di Cash88.



Juga di kategori ebank, semua bank-bank di Malaysia ni ada.



Anda cuma klik dan biarkan selama 20 saat, 20 point untuk anda. Tetapi apabila semua saya klik ada lebih kurang 1020 point saya, saya pun cuba klik redeem point. Tetapi saya tergelak semula, cantik sungguh marketing strategi owner cash88 ni, anda boleh redeem point dicampurkan sejumlah wang yang taklah murah sangat untuk mendapatkan handphone! Macam gores dan menang pulak.

Iklan untuk di siarkan di Cash88 ni pun boleh tahan mahalnya RM500 untuk 5000 pelawat. Sebenarnya saya tidak fikir syarikat-syarikat korporat tadi mengiklan di cash88. Itu cuma link-link yang mereka letakkan sahaja. Apa tah lagi untuk syarikat gergasi seperti Yahoo,Google dan MSN yang turut ada link di sana. Takkan mereka nak letak RM500 untuk program camni? Apa kelas la..Diaorang punya iklan lagi power.

Kesimpulannya, masih belum ada klik dapat duit yang betul-betul dapat duit mudah di Malaysia ni. Tetapi di US mungkin ada survey dapat duit, klik dapat duit dan sebagainya.

Samada Cash88 SCAM atau tidak seperti tajuk yang saya berikan itu saya tak pasti sebab tak cuba buat pembayaran cuma yang pastinya Cash88 adalah marketing strategi yang baik oleh ownernya iaitu tempat mengiklan dan jual handphone.

Mungkin dapat duit jika cari downline, itu biasalah strategi menarik ramai join program mereka ni dan secara jujurnya saya tak sanggup nak cari downline program macam ni. Kalau anda teruskan terpulanglah...

Kejar Hutang Sampai Ke Lubang Kubur



Artikel ini saya ambil dari blog Dr Azwan iaitu http://www.drazwan.blogspot.com. Blog Dr Azwan menarik kerana banyak menceritakan fenomena sesuatu kejadian dari sudut saintifik, maklumlah beliau adalah seorang doktor. Jarang sekali saya jumpa blog dari seorang profesional di Malaysia ni. Tahniah Dr Azwan!


Assalamualaikum...

Gambar ini dikirim ke dalam email saya oleh sahabat saya seorang hamba Allah bernama Hamdy. Beliau mengambil gambar ini ketika melawat kubur. Menurutnya tapak perkuburan itu di Lembah Keramat belakang Stesen Minyak Petronas.

Gambar ini menunjukkan batu nisan yang disalut plastik yang tertulis arahan untuk menghubungi si penulis termasuk kad bisnes yang disertakan sekali di dalam plastik itu. Tujuannya untuk memberitahu keluarga si mati menyelesaikan urusan tertentu seperti hutang dengan si pengutang.

Apapun ini lah yang dikatakan orang kita - "Mengejar hutang sampai ke liang kubur".

Di dalam Surah al-Baqarah terdapat satu ayat mengenai hutang :-

"Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis" ( Al-Baqarah : 282)


Menulis secara hitam putih beserta dengan saksi adalah amalan hutang yang di dalam Islam. Ini adalah yang terbaik supaya, masalah kemudian boleh diselesaikan dengan teratur.

Sekiranya si penghutang mahu menghalalkan hutangnya maka itu adalah lebih baik dan dianggap sedekah.

Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )


Oleh itu, jagalah hutang kita supaya tidak timbul masalah kemudian. Lebih baik semua hutang diceritakan kepada keluarga terdekat seperti suami atau isteri dan ditulis dan direkod dengan baik agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Degawan Nyanyi



Penyanyi asal lagu memburu impian ialah Degawan @ Kazar. Suara pun power. Cayalah

Blog Widget by LinkWithin