ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 December, 2007
Tiga perhimpunan besar di Kuala Lumpur bulan depan
Oleh Wartawan KLpos.com
KUALA LUMPUR: Tidak makan saman, barangkali itulah yang berligar dalam fikiran pemimpin Umno selepas satu laman web melaporkan tiga lagi perhimpunan dijangka diadakan di Lembah Klang bulan depan.
Akhbar internet Malaysiakini.com melaporkan tiga perhimpunan yang dirancang itu akan diadakan walaupun kerajaan telah memberi amaran keras termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang menyertainya.
Pada 9 Disember ini, Majlis Peguam akan mengadakan perarakan tahunan Hari Hak Asasi Manusia dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyatakan hasratnya untuk turut sama.
Dua hari kemudiannya, Bersih akan mengadakan demonstrasi di luar Bangunan Parlimen untuk membantah rancangan pindaan perlembagaan yang akan menaikkan had umur anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Perhimpunan ketiga akan dianjurkan oleh parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah kenaikan kadar tol lebuhraya di beberapa negeri mulai 1 Januari depan.
Rancangan perhimpunan anti-tol itu belum diumumkan secara rasmi dan tarikhnya juga belum dimuktamadkan.
Pada 10 November lalu, kira-kira 40,000 menghadiri perhimpunan anjuran Bersih di luar Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.
Dan pada 25 November lalu, kira-kira 30,000 orang, sebahagian besarnya kaum India, menyertai perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibunegara, untuk menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment