TARIKH | HARI2 PENTING | GANJARAN |
Bulan Zulkaedah (1 Nov-10 Dis) | Rasulullah s.a.w. meninggalkan Kota Medinah menuju ke-Mekkah untuk menunaikan Haji Wida' (Haji penghabisan) baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. | Sesiapa yang keluar mencari ilmu pengetahuan (Agama)*, dia di dalam perlindungan Allah sehingga dia pulang. * Jika orang itu mati ketika pencariannya itu, dia mati syahid. |
1hb Zulhijjah (11 Dis 2007) | Allah mengampuni Nabi Adam 'Alaihis salam. | Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah mengampuni segala dosanya. |
2hb Zulhijjah (12 Dis 2007) | Allah telah megkabulkan doa Nabi Yunus 'Alaihis salam dan mengeluarkan dari perut ikan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah Taala selama satu tahun serta tidak menderhakai Allah dalam ibadahnya sekejap mata. |
3hb Zulhijjah (13 Dis 2007) | Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakariyah 'Alaihis salam. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengkabulkan doanya. |
4hb Zulhijjah (14 Dis 2007) | Nabi Isa 'Alaihis salam dilahirkan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghilangkan kesusahanya dan kefakirannya. Dan besok dihari qiamat bersama dengan orang-orang yang baik-baik dan yang mulia. |
5hb Zulhijjah (15 Dis 2007) | Nabi Musa 'Alaihis salam dilahirkan. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka dia bebas terhindar dari munafik dan dari siksa kubur. |
6hb Zulhijjah (16 Dis 2007) | Allah Taala telah membuka kebaikan untuk Nabinya. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikannya dengan kasih sayang dan dia tidak disiksa sesudah itu. |
7hb Zulhijjah (17 Dis 2007) | Semua pintu neraka jahannam ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalu hari-hari yang sepuluh itu. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka Allah menghindarkandaripa danya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan. |
8hb Zulhijjah (18 Dis 2007) | Hari Tarwiyah. | Barang siapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Taala sendiri. |
9hb Zulhijjah (19 Dis 2007) | Hari Arafah | Barang siapa berpuasa pada hari itu, maka sebagai tebusan dosanya pada tahun yang lalu dan yang akan datang. Dan pada hari itu juga diturunkan ayat: "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula ni'matku kepadamu". |
10hb Zulhijjah (20 Dis 2007) | Hari Raya Aidiladha Haram berpuasa pada hari ini. | Barang siapa berkurban dengan suatu kurban, maka mulai titisan darah yang terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud. |
| | Diceritakan dari Sufyan, bahawa dia berkata:"Saya mengitari kubur-kubur orang Islam diKota Bashrah pada beberapa malam dibulan Zulhijjah. Tiba-tiba ada cahaya dikubur salah seorang dari mereka. Maka saya berhenti sambil berfikir. Pada saat itu ada suara keras yang mengatakan: "Hai Syufyan, supaya engkau berpuasa 10 hari dibulan Zulhijjah, maka akan diberikan kepadaMu seperti cahaya ini". |
Akhir Zulhijjah & 1hb Mharram | | Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa berpuasa pada hari-hari itu, maka sungguh dia telah mengakhiri tahun yang lalu dan membuka tahun men datang dengan berpuasa dan Allah telah menjadikan/memberik an baginya tebusan dosa selama 50 tahun". Dari Siti Aisyah bahawa dia berkata:"Sungguh Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak satu hari pun yang disaat itu Allah memerdekakan para hambanya dari neraka lebih ramai daripada yang dia bebaskan pada hari Arafah". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu bacaan yang paling utama saya baca dan dibaca oleh para Nabisebelumku pada hari-hari yang 10 ini ialah: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan sendirinya". |
10hb, 11hb, 12hb &13hb Zulhijjah | Hari-hari yang diharamkan berpuasa | |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 December, 2007
BULAN ZULKAEDAH & ZULHIJJAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment