ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 December, 2007
Syed Shahir kekal Presiden MTUC
Oleh Sazarina Shahrim
PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamed mengekalkan jawatan Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk penggal kedua selepas menewaskan, Mohamed Shafie BP Mammal pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali kesatuan itu, di sini, semalam.
Syed Shahir mengekalkan jawatannya dengan 278 undian, hanya 43 undi mengatasi Mohamed Shafie yang menyandang jawatan Timbalan Presiden sebelum ini.
Syed Shahir yang ditemui pemberita menganggap kemenangan itu sebagai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk kesejahteraan pekerja di Malaysia.
“Masih banyak yang perlu dilakukan seperti memperjuangkan gaji minuman RM900 untuk semua sektor dan pemberian elaun sara hidup (Cola),” katanya.
Mohamed Shafie yang memegang jawatan Timbalan sejak 14 tahun lalu pula menerima kekalahannya dengan terbuka dan tetap bersedia untuk memberi sumbangan secara tidak langsung kepada kesatuan.
Walaupun tewas, kebanyakan ‘orang kuat’ Mohamed Shafie berjaya memenangi 10 daripada 17 kerusi dipertandingkan, termasuk penyandang jawatan Setiausaha Agung, G Rajasekaran dan Timbalan Presiden, Mohd Khalid Atan.
G Rajasekaran mempertahankan jawatannya itu dengan 259 undi mengatasi pencabarnya Abdullah Sani Abdul Hamid dengan perbezaan empat undi, manakala Mohd Khalid jauh mengatasi P Maniam masing-masing dengan 301 undi dan 214 undi.
Persidangan ke-37 itu turut meluluskan dua resolusi mengenai pekerja asing dan gaji minuman.
MTUC menggesa kerajaan menggubal polisi yang lebih komprehensif dalam menangani masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini, selain memansuhkan orang tengah atau ejen pengambilan pekerja asing.
Selain itu, kerajaan di minta menerima penetapan gaji minimum sebanyak RM900 bagi sektor swasta dan menuntut Cola sama dengan yang diterima pekerja awam.
Cheese And Towel
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan,ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai
tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku
bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah
sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah
tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Wallahualam..
10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak kita biar jangan jadi 'biol' kan... heheh enjoy anyway...
These are REAL 911 Calls!
Dispatcher: 9-1-1 What is your emergency?
Caller: I heard what sounded like gunshots coming from the brown
house on the corner.
Dispatcher: Do you have an address?
Caller: No, I have on a blouse and slacks, why?
Dispatcher: 9-1-1 What is your emergency?
Caller: Someone broke into my house and took a bite out of my ham
and cheese sandwich .
Dispatcher: Excuse me?
Caller: I made a ham and cheese sandwich and left it on the kitchen
table and when I came back from the bathroom, someone had
taken a bite out of it.
Dispatcher: Was anything else taken?
Caller: No, but this has happened to me before and I'm sick and tired
of it!
Dispatcher: 9-1-1 What is the nature of your emergency?
Caller: I'm trying to reach nine eleven but my phone doesn't have
an eleven on it.
Dispatcher: This is nine eleven.
Caller: I thought you just said it was nine-one-one
Dispatcher: Yes, ma'am nine-one-one and nine-eleven are the same
thing.
Caller: Honey, I may be old, but I'm not stupid.
Dispatcher: 9-1-1 What's the nature of your emergency?
Caller: My wife is pregnant and her contractions are only two
minutes apart
Dispatcher: Is this her first child?
Caller: No, you idiot! This is her husband!
And the winner is..........
Dispatcher: 9-1-1
Caller: Yeah, I'm having trouble breathing. I'm all out of breath.
Darn....I think I'm going to pass out.
Dispatcher: Sir, where are you calling from?
Caller: I'm at a pay phone. North and Foster.
Dispatcher: ! Sir, an ambulance is on the way. Are you an asthmatic?
Caller: No
Dispatcher: What were you doing before you started having trouble
breathing?
Caller: Running from the Police.
System Upgrade
Just for laughs …
UPGRADE FROM BOYFRIEND TO HUSBAND
Dear IT Support,
Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow
down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and
jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.
In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such
as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable
programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.
And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply
crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems,
but to no avail.
What can I do?
Signed,
Desperate Housewife
Reply:
Dear Desperate Housewife,
First keep in mind:
Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system.
Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download
Tears 6.2 to install Guilt 3.0.
If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the
applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.
But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence
2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.
Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav
files.
Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another
Boyfriend program. These are not supported applications and will crash
Husband 1.0.
In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited
memory and cannot learn new applications quickly.
You might consider additional software to improve memory and performance.
I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.
Good Luck,
IT Support
One of my friend is going to US and is selling his Laptop at a final price of just RM5OO/- Only. It's very urgent for him to go there and so he doesn't have any choice. Laptop details are as follows:
Brand: HP (Mar 2007)
System Configuration: -
Pentium IV 1.6 G H z (Intel Pentium 2 dunarao core)
1 GB DDR Ram
15.4 inch widescreen opengl x2AGP
Video Card (32 MB )
Nvidia AGP graphics card
120 GB SCSI HDD
DVD writer
SBlive SoundBlaster
2x Fire Wire
3xUSB ports
Complete with accessories & Easy comfort carry-case.
Please let me know if you are interested.
The picture of the Laptop is attached below for you to have right idea (Though it is not very much clear).
18 December, 2007
Golongan yang masuk ke Syurga tanpa dihisab
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir."
Benarkah Armstrong mendarat di bulan ???
16 Julai 1969, Amerika melancarkan Apollo 11 ke angkasa melangkaui jarak 400,000 km perjalanan (8 hari) menuju ke bulan, dan menjadikan Amerika negara pertama yang mendaratkan manusia di satelit bumi itu. Benarkah? Adakah mereka benar2 mendarat di bulan?
Pada masa itu, Amerika dan Rusia berlumba2 utk menjadi kuasa utama dunia. Adakah Amerika terlalu terdesak sehingga terpaksa 'menipu' satu dunia?
Terdapat banyak percanggahan yang menafikan mereka pernah mendarat di bulan. Benar, mereka telah melancarkan Apollo 11, tapi adakah mereka 'menghantar' angkasawan2 itu ke bulan?
Pihak yang meragui percaya pendaratan manusia ke bulan telah 'difilemkan' di sebuah gurun di Nevada yang diberi kawalan tentera yang rapi.. telitikan bukti2 ini..
- tiada kawah terhasil hasil daya tujahan di bawah roket, sedangkan menurut angkasawan mereka permukaan bulan adalah seperti serbuk..
- jika di bulan tiada atmosfera, mengapa angkasawan sukar memacakkan bendera kerana tiupan angin?
- bayang2 yg terhasil kerana melindungi cahaya matahari sepatutnya selari
- gambar ini.. byg2 yang terhasil adalah logik.. tetapi byg2 pada 'jurukemera' sepatutnya di arah yg bertentangan.
- tanda + yang dihasilkan oleh kamera NASA sepatutnya 'menindih' setiap imej, bukannya 'ditindih'..
- alatan yang ditinggalkan, contohnya bendera Amerika dan 'kereta bulan', tidak ditemui di tempat Apollo 11 mendarat oleh teleskop jepun yang mengelilingi bulan baru2 ini..
EPF dan SOCSO info penting
1. Penamaan EPF
Sesiapa yang masih belum membuat penamaan EPF, sila
berbuat demikian dengan segera. Ini adalah kerana
sekiranya tiada penamaan, proses menuntut wang EPF
oleh pewaris adalah amat sukar dan lambat. Dan
sekiranya nama di dalam borang penamaan adalah nama
orang lain selain dari pewaris anda, EPF tetap
memberikan wang kepada orang yang dinamakan tersebut.
Satu kes benar sebagaimana yangdiceritakan oleh
pegawai EPF
Taiping, 1986, seorang balu kematian suami bersama 4
anak datang menuntut wang EPF suaminya. Simpanan
suaminya ada RM 46,000.00(satu jumlah yang cukup besar
pada masa itu ). Gagal mendapatkan wang tersebut
kerana di borang penamaan suaminya menulis nama
ex-girlfriend sebagai penerima. Selepas 2 minggu,
ex-girlfriend suaminya menuntut dan berjaya
mengeluarkan kesemua wang EPF lelaki tersebut.
Walaupun diberitahu oleh pegawai EPF yang lelaki
tersebut meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak,
si ex-gir lfriend tadi tidak mahu menyerahkan walau
satu sen pun.
Jadi, pegawai EPF pun tidak boleh buat apa-apa untuk
membantu balu tersebut.
Moral of the story : Pls namakan orang yang betul !!
2. SOCSO Claim
Saya juga baru mengetahui mengenai perkara ini. Orang
yang meninggal dunia secara mengejut di dalam tidur,
pewaris boleh claim SOCSO up to 65% dari gaji terakhir
si mati. Jadi, SOCSO bukan hanya cover untuk accident
di tempat kerja atau dalam perjalanan kerja sahaja.
Semoga bermenfaat!
PS: Info dari kawan, saya hanya menyampaikan sahaja,
sila rujuk EPF & Socso untuk kepastian jika ragu.
Siapa ludah?
Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulak lah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.
Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...
Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'
Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadi hahhh !!!! `Baik korang mengaku!!!'
Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.
'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.
Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jerit Mamat ni.
Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.
Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah.