ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
11 February, 2008
Apa ada dengan dating?
PERGAULAN
Assalamualaika Dr. Danial,
Saya ingin menanyakan Dr. akan persoalan bagaimanakah cara pergaulan antara lelaki bukan mahram dengan wanita bukan mahram? Di manakah batasnya? Kemungkinan ramai yang mengetahui akan cara-cara tersebut namun saya perhatikan ada yang perkara-perkara tertentu yang dipandang ringan. Bagaimanakah cara untuk mengenali seorang wanita bukan mahram atau lelaki bukan mahram seiring dengan cara syariat? Adakah dibenarkan? Sekiranya Dr. mempunyai sebarang informasi berkenaan dengan adab-adab pergaulan harap dapat ditengahkan juga.
KAEDAH KECEMERLANGAN: SEPERTI BENDANG, PERGAULAN ADA BATASNYA. JAGALAH BATAS ITU
Untuk menjadi insan yang cemerlang berlandaskan agama, isu pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu difahami secara yang komprehensif. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang bukan mahram) perlulah dijaga agar tidak terbabas dari tuntutan syariat serta akhlak. Batas-batas pergaulan ini bukan hanya melibatkan fizikal, malah juga melibatkan mental dan spiritual. Secara umumnya Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk."
1- MENJAUHI ZINA MINDA
Sebagai contoh, jika seseorang lelaki duduk berjauhan dari seorang wanita, tetapi mindanya membayangkan yang dia sedang melakukan perbuatan lucah dengan wanita itu, dia ketika itu sedang mrelakukan dosa walaupun dia secara zahirnya berjauhan dari wanita itu. Dia sebenarnya sedang melakukan zina minda,
2- MENJAUHI ZINA MATA
Demikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia sedang melakukan 'zina mata. Sahabat nabi, Jarir bin Abdullah, pernah berkata, "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah tentang melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: 'Palingkanlah pandanganmu'." (Riwayat Muslim) Nabi juga telah bersabda kepada saidina Ali, "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain karena yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." (Riwayat Abu Daud)
3- MENJAUHI DARI BERDUA-DUAAN
Ketika berdua-duaan, rangsangan utk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru ianya dilarang oleh agama. Berhubung dengan ini nabi bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)
4- MENJAUHI DARI BERSENTUHAN
Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat sudah dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya sudah pasti lebih dilarang lagi. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari & Muslim telah diriwayatkan, "Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya." Dalam riwayat yang lain nabi bersabda, "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum dari besi di kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat Thabrani)
Walau bagaimanapun, pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah dilarang secara 100%. Yang dilarang ialah pergaulan bebas. Namun dalam suasana tertentu yang terkawal ianya diizinkan, sebagai contoh, ketika menuntut ilmu, berjual beli dan seumpamanya.
Terima kasih.
Mangkuk,madu dan sehelai rambut
Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., puteri rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadapketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu
dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang rajaitu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal
dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-
pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan
jalan menuju syurga-KU adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut".
Kemalangan ngeri yang tak keluar berita
5 Terbunuh 4 cedera dan 3 dikejarkan ke Hospital dan berada dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun mereka yang terselamat enggan bergambar kerana mereka malu.
>>>>Jangan klik di sini utk view gambar,kalau tak, anda akan menyesal....<<<<
Sokong isuhangat dengan klik iklan penaja:-
Joke If, Do, Why....
1. If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?
2. Do Lipton Tea employees take coffee breaks?
3. If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?
4. If people from Poland are called Poles, why aren't people from Holland called Holes?
5. Do infants enjoy infancy as much as adults enjoy adultery?
6. Why the man who invests all your money called a broker?
7. If horrific means to make horrible, does terrific mean to Make terrible?
8. Why is it called building when it is already built?
9. If a book about failures doesn't sell, is it a success?
10. If you're not supposed to drink and drive, then why do Bars have parking lots?
11. If you take an Oriental person and spin him around Several times, does he become disoriented?
12. If vegetarians eat vegetables, what do humanitarians eat?? Human ???
13. If working hours are meant for working, then why are you reading this???
Get Back to WORK !
Lawak Keretapi Ekpress
Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan
Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi
lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga
lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.
"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya
satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah
seorang lelaki India.
Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang
telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk
ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.
Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk
memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket
kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga
lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.
Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi
mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki
India langsung tidak membeli tiket!!!
"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu
tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.
"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga
lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula
mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran.
Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.
Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju
ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas
tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.
Hehehee...
Jom practise lidah...supaya hilang ngantuk
Cerita yg bermula de ngan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.
SESIAN, SIMA SASIH
Cerita yg bermula de ngan huruf K
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok...kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.
Bila tarikh pilihanraya 2008
Teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 terus hangat diperkatakan dengan spekulasi terbaru membayangkan ia akan diadakan seawal 8 Mac atau selewat-lewatnya 15 Mac ini.
Bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada tarikh itu, ramai membuat andaian bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku sekitar dua minggu lagi. Sungguhpun pandangan pelbagai pihak menjurus kepada awal Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diajukan perkara itu hari ini sekadar berkata: ‘‘Khabar angin adalah khabar angin.’’
Abdullah bagaimanapun berkata, apabila beliau membuat keputusan mengenainya, masa tersebut adalah sesuai.
‘‘Sebarang masa adalah sesuai, bila saya buat keputusan,’’ kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di Dewan Wawasan, Menara PGRM di sini.
Walaupun sering mengelak ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya sebelum ini, jawapan Abdullah semasa melawat Kelantan minggu lepas bahawa beliau ‘‘sudah ada ilham’’, memperkuatkan andaian banyak pihak bahawa ia akan diadakan dalam masa terdekat.
Barisan alternatif juga meramalkan pilihanraya dibuat sebelum April 2008 kerana selepas itu Dato Anwar Ibrahim dibenarkan bertanding.
Bekas polis gagalkan cubaan culik kanak-kanak 5 tahun
Kes culik di Malaysia semakin menjadi? Adik Sharlinie belum dapat dikesan sedangkan ganjaran sudah mencecah RM100,00.00 mencadi cabaran kepada PDRM dan rakyat Malaysia. Kempen "dimana adik Sharlinie" masih tidak berhasil malah ada yang buat lawak sarkas dengan memberi info palsu juga bomoh-bomoh yang membuktikan mereka sebenarnya tidaklah sehandal mana. Juga isu waran PDRM yang menggeledah rumah yang disyaki serta Dato Yusof Haslam yang membuat kecoh dengan Drama Gerak Khasnya
Yang terbaru ialah di Klang di mana ada percubaan culik juga kepada kanak-kanak yang bernama Ain pula.
Persoalannya kenapa kejadian culik semakin galak sekarang ni????
Bekas polis gagalkan cubaan culik kanak-kanak 5 tahun
KLANG 10 Feb. - Cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang hanya dikenali sebagai Ain di hadapan pusat beli-belah Klang Parade di sini pada 27 Januari lalu berjaya digagalkan oleh seorang bekas anggota polis yang terserempak dengan kejadian itu.
Mohamed Yassin Fatah Mohamad, 45, yang juga ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan (Perisi) menggagalkan cubaan culik oleh dua lelaki bermotosikal itu selepas berjaya menakutkan mereka.
Menceritakan peristiwa kira-kira pukul 8 malam itu, Mohamad yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini untuk melaporkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, beliau sedang berjalan ke arah pekarangan pusat membeli-belah tersebut untuk membuat salinan dokumen perniagaannya.
''Ketika sedang berjalan, saya ternampak kanak-kanak perempuan berkenaan sedang berlari dalam keadaan ketakutan sambil menjerit perkataan mama beberapa kali.
''Pada masa yang sama, di belakang budak perempuan itu ada dua lelaki bertopi keledar dan menaiki motosikal sedang mengekori.
''Saya yang pada mulanya tidak menyangka ia satu cubaan untuk melarikan kanak-kanak itu terus menjerit kepada kedua-dua suspek yang mula mencapai tangan budak itu,'' katanya.
Katanya lagi, pada ketika itu, beliau menghampiri kedua-dua lelaki terbabit dan seorang awam yang menaiki kereta.
''Mungkin kerana takut, kedua-dua lelaki terbabit melepaskan tangan kanak-kanak itu dan terus memecut," dakwanya.
Menurut Mohamad Yassin, melihat kedua-dua lelaki terbabit melarikan lari, beliau terus mendukung kanak-kanak itu sementara orang awam itu pula menghubungi polis.
''Kanak-kanak itu menangis dan badannya menggigil mungkin ketakutan dan saya memujuknya sambil bertanya nama dan di mana ibu dan bapanya.
''Kanak-kanak itu memberitahu namanya Ain dan ibu bapanya berada di pusat beli-belah Klang Parade untuk membeli barang," katanya.
Kata Mohamad Yassin, selepas 15 minit menunggu, sebuah kereta peronda polis tiba dan beliau menyerahkan kanak-kanak itu kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.
Beliau kemudiannya pulang ke rumah dan tidak dapat melupakan kejadian tersebut serta ingin mengetahui keadaan budak perempuan itu.
''Akhirnya selepas berbincang dengan Ketua Perisi, saya yang sibuk dengan urusan perniagaan datang ke balai hari ini untuk membuat laporan kejadian dan pada masa yang sama ingin bertanya kepada pihak polis keadaan Ain.
''Saya berharap dapat berjumpa Ain selepas ini," jelasnya.
Katanya, beliau dan anggota Perisi lain turut membantu usaha mencari kanak-kanak yang diculik, Sharlinie Mohd. Nashar, 5.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada ibu bapanya pada hari yang sama kejadian berlaku.
Kata beliau, ibu bapa kanak-kanak itu berada di dalam pusat beli-belah Klang Parade dan tidak mengetahui yang anak perempuannya hampir diculik.
Lawak jenaka : Jangan main ikut-ikut je
Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat
sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,
Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...
Ahmad pun memulakan ceritanya...
Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....
HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA
Engkau tak der kerja lain Hassan eh.makan taik aku.
HA HA HA
Lawak jenaka
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
pada suatu hari,
lif rosak... maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..
Raja Start dulu..
"ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye.."
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung..
"mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah.."
mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung..
"Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni...
sebenarnye......
kunci rumah...
tertinggal kat dalam kerete.."
mereke skrang berade di tingkat 60...
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju trus mencampak Rajo ke luar flet..
Terlupa Makan
Pada satu malam isteri Ajoi mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Ajoi: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan
kena makan sebelum masuk tidur.
Ajoi: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Ajoi: @#%^#^????
Nenek Ajoi
Ajoi hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Ajoi: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Ajoi: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Ajoi: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Ajoi lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Ajoi terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Ajoi: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Ajoi: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Ajoi: "$%^&(#....."
salah Pendengaran
Ajoi pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu
berapa jarak maksima pendengarannya."
Maka, Ajoi pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Rupa2nya si Ajoi yg pekak!!!! Hua hua hua
TUDUNG DAN IMAM...
Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung... Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!
Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC... sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!
Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaikkkkk...
Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???
Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!!. Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.
Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… Ada ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam... Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!
Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???
Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.
Sumber
SPR: 50 ribu peti undi lutsinar, 48 ribu botol dakwat khas diedar
Oleh BHM | |
Ahad, 10 Februari 2008 | |
KL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula menghantar 50,000 peti undi telus cahaya dan 48,000 botol dakwat khas ke pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dijangka tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata peti undi telus cahaya dan dakwat khas itu kali pertama digunakan pada pilihan raya umum di negara ini selaras dengan komitmen SPR untuk meningkatkan tahap ketelusan pilihan raya. “Setiap tempat mengundi pula diperuntukkan dua botol dakwat khas,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini semalam. Sementara itu, laman web SPR menerusi alamat www.spr.gov.my menyatakan peti undi telus cahaya akan menggantikan peti undi lama yang diperbuat daripada logam yang dicat hitam. Berhubung penggunaan dakwat khas, semua pengundi dikenakan tanda pada kuku jari, dengan dakwat itu sebelum diberi kertas undi. Dengan cara itu, seseorang itu tidak dapat menggunakan identiti orang lain untuk mengundi lebih daripada sekali kerana kesan dakwat akan kekal pada kuku jari pengundi sekurang-kurangnya 48 jam. Menerusi kaedah itu, kerani kedua akan mencalit dakwat hitam pada jari telunjuk tangan kiri pengundi selepas identiti pengundi dipastikan kerani pertama. Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang ditindik selepas tanda kuku dibuat. Bagi pengundi yang tidak ada jari, calitan dakwat akan dibuat atas tunggul lengan. Bagaimanapun, kaedah dakwat tanda itu tidak terpakai terhadap pengundi pos yang dikawal dengan prosedur keselamatan lain. Dianggarkan, sebanyak 36,000 unit botol dakwat khas akan digunakan pada pilihan raya umum kali ini. Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat khas dari India itu yang kekal untuk beberapa hari tidak melanggar hukum syarak atau menjejaskan ibadat orang Islam. |
Siarkan jenama produk laporan Harian Metro
Anak Halal
Sat | Feb 09, 08 | 1:02:34 am MYT
Saya berasa kagum dan puji kepada pihak Harian Metro yang berani buat pendedahan tentang produk tidak halal dalam keluaran beberapa hari belakangan ini. Mohon dinyatakan dengan jelas tanpa berselindung lagi tentang nama produk tersebut.
Sebelum ini pun akhbar tersebut ada membuat laporan tentang mee tapi tidak dinyatakan jenamanya. Apakah masalahnya untuk tidak dinyatakan jenama produk tersebut walhal sudah terang lagi bersuluh pembuatan barangan tersebut jelas haram dan tidak mendapat kelulusan Jakim.
Dalam laporan terdahulu pula, wujud laporan mengenai belacan yang dicampur dengan pewarna celupan baju. Tetapi, tidaklah dinyatakan akan jenamanya. Saya memohon agar pihak terbabit dapatlah memberi maklumat dengan jelas akan produk-produk dan jenama barangan tersebut tanpa berselindung lagi.
Tolonglah. Kasihanilah saudara-saudara Islam yang lain, bantulah mereka yang telah sekian lama tertipu dengan slogan dan logo halal palsu yang dimainkan oleh penipu-penipu itu. --- aba.
Majlis Ilmu
Majlis Ilmu Untuk 10-Feb-2008
Lokasi | Penceramah /Tajuk | Masa |
Surau Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang | Dr Danial Zainal Abidin Kuliah Tafsir | 3pm-5pm |
Balai Tasawwur (BAKTI), Bagan Serai | Dr. Badrulamin Baharon Kuliah Dhuha | 9am-10am |
SURAU BARARAH,CAHYA BARU, MASAI,JOHOR | USTADZ MD ESA DERAMAN kitab roh(ibnul qayim) | Selepas Solat Magrib |
MASJID ABD RAHMAN PUTRA , KG. KELADI, KULIM, KEDAH. | UST KHAIRUL AZHAR TAJUDDIN HADIS 40 | Selepas Solat Magrib |
MASJID AL-HUDA, KELANG LAMA, KULIM, KEDAH | UST SHAHIDAN ABD. HAMID TAJWID | Selepas Solat Magrib |
Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam | Ust. Hj.Alias AlHafiz Tafsir Qur'an | Selepas Solat Magrib |
Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam | Ust. Hj.Mustafa Sidin AlMuqri Ulumul Quran | Selepas Solat Subuh |
Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam | Ust. Hj.Mustafa Sidin AlMuqri Ulumul Quran | Selepas Solat Subuh |
Lokasi | Penceramah /Tajuk | Masa |
MASJID AN NUR,JLN JELATANG, TMN. MEGAH RIA, MASAI. | USTADZ MD ESA DERAMAN | Selepas Solat Magrib |
MASJID ABD RAHMAN PUTRA , KG. KELADI, KULIM, KEDAH. | UST HASSAN LATIF | Selepas Solat Magrib |
MASJID AL-HUDA, KELANG LAMA, KULIM, KEDAH | UST SALLEH AHMAD | Selepas Solat Magrib |
Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam | Ust. Hj Alui Parman | Selepas Solat Magrib |
Sebarkan maklumat majlis ilmu di sekitar anda:
http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/
10 February, 2008
Pantung muncung
Pantun Muncung... . (lebih molek dibaca di hadapan cermin... pastikan mu membacanya
dengan gaya dan intonasi yang betul... jangan nak tipu aaa... )
Duuk tugu kucung burluru,
munu nuk sumu su kucung bulung,
du'u tugu buluh ku curu
munu nuk sumu cuk uduk surung.
Gunung du'uk burcubung tugu,
huncur budun du kundung tunuh,
budu yung bu'uk dukunung jugu,
du'u tugu kucung burluru.
bu'uh cumpuduk du luur pugur
umbul guluh tulung julukkun,
humbu buduk buru burlujur,
kulu suluh tulung tunjukkun.
Pusung umus dubuwu burluyur
musuk subujuk du utus putu,
hutung umus buluh dubuyur,
hutung budu du buwu mutu...
Suku'un turumu kusuh... ..
Siapa lebih bodoh?
Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing
Org kaya I: kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni
Terus dia panggil si Adi orang gajinya.
"Adi, ini $10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari." Adi pun menjawab dengan sopan, "Yes Sir !! Right Away !!"
Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, "tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus"
Org Kaya II: "Haha, itu tak de ape-ape lagi ... .saya punya orang gaji lagi bengap".
Terus si org kaya II memanggil Ali, "Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak"
Ali: "Yes Sir !! Right Away !!" ali pun bergegas ke rumah tuannya.
Orang kaya II memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.
Adi: "Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. "
Ali: "My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.."
Kita adalah pengantin
Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya... sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan DIA KEKASIH itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
Diserbu wanita bogel
Untuk tatapan umun , dan khas untuk yang mempunyai masaalah... ..yang suka melihat gambar lucah... ... Sebagai pengajaran dan peringatan bersama .. Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yg menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan.
Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakanya yg kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba2. Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja. Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. byk kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yg dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kpd Allah byk2 hingga kelakuanya menarik perhatian anggota jemaah lain.
Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kpd lelaki itu, apa yg dia agak jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah." ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan2 lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk memuaskan nafsu. "Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan.
Dia sudah jadi seperti penagih;" katanya. Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yg peliknya, pada mlm sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang utk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah utk koleksinya," katanya. Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. "lelaki itu bersetuju.
Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dlm simpanannya. Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jgn beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul2 lagi selepas itu" "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq: 12)
Paderi anggap undang-undang Islam beri kebaikan
Gereja England sokong syariah
LONDON: Ketua Paderi Canterbury, Rowan Williams, menyatakan sokongan terhadap usaha memperkenalkan undang-undang syariah di Britain dan menegaskan pelaksanaan beberapa aspek daripada sistem perundangan Islam adalah sesuatu yang wajar dilakukan.
Tokoh paling kanan Gereja England itu berkata, langkah memberi status rasmi kepada undang-undang Islam akan membantu meningkatkan perpaduan dikalangan masyarakat kerana sebilangan penduduk Islam tidak memahami sistem perundangan Britain.
"Dengan memperkenalkan undang-undang syariah, umat Islam di negara ini tidak lagi perlu memilih satu daripada dua sistem," katanya ketika memberi ceramah mengenai undang-undang sivil dan agama di dewan Mahkamah Keadilan Diraja yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Beliau berkata, jika Britain mahu mewujudkan hubungan yang baik berasaskan sikap saling memahami dikalangan rakyatnya yang mempunyai pelbagai kepercayaan, langkah memperkenalkan undang-undang syariah memang tidak dapat dielakkan.
Sebelum itu dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC), William bertegas mengenai hakikat bahawa undang-undang syariah sudah diamalkan di Britain,
"Dalam beberapa keadaan yang wujud di negara ini, kita melihat undang-undang agama diiktiraf dalam sistem perundangan negeri. Memang wujud ruang untuk melaksanakan beberapa aspek dalam perundangan Islam, sama seperti yang dilakukan dalam undang-undang agama lain," katanya.
Ucapan beliau turut mendapat sokongan beberapa kumpulan Islam, antaranya termasuk Yayasan Ramadan, sebuah pertubuhan pendudukan dan kebajikan, yang menyifatkan pandangan beliau sebagai 'usaha untuk memahami Islam dan meningkatkan toleransi serta hormat terhadap kepercayaan kami'. - Agensi
09 February, 2008
Cerita seram di Bukit Putus
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini?
"Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..''
Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku.
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni... seorang diri pulak tu...
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya... .
Dia pun beranikan diri dan bertanya..
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... ''
'' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu
''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya ''
tanya lelaki tu lagi.
''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??''
'' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... ''
'' Ehh takkan sampai seram... ''
"Pakai aje le Breeze colour baru!!!''
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje... ..
Wassalam.
Bijaknya Pak Pandir
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
Untuk diriku yang selalu lupa..
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Indeks Al-Quran
File yang mesti disimpan oleh orang Melayu Islam.Sebagai rujukan makna-makna ayat dalam Bahasa Melayu dan juga index Al-Quran
Muat turun Index Al-Quran Di sini