ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
11 February, 2008
Lawak Keretapi Ekpress
Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan
Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi
lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga
lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.
"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya
satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah
seorang lelaki India.
Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang
telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk
ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.
Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk
memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket
kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga
lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.
Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi
mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki
India langsung tidak membeli tiket!!!
"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu
tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.
"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga
lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula
mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran.
Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.
Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju
ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas
tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.
Hehehee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment