adsense

11 April, 2008

Penyanyi baru wanita yang melampau



Peh! melampau betul solekan penyanyi nih

:
:
:
:
>>Loan Info<<
:
:
:
:

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Taat kepada suami - kebebasan sebenar



KETIKA bujang, saya rasa lebih bebas dan merdeka. Apabila berumahtangga, saya rasa terbelenggu kerana suami yang berkuasa atas segala-galanya. Apakah erti kemerdekaan seorang wanita Islam yang bersuami?

Serdang.

Jawapan :
SUDAH menjadi fitrah setiap manusia dilahirkan di dunia ini memerlukan kebebasan. Rasa bebas dan merdeka ini penting demi memelihara maruah dan memupuk keyakinan diri. Sebaliknya, keadaan mengongkong, dijajah dan dikawal berlebihan pula boleh menyebabkan rasa tertindas, terbelenggu dan terhina.

Rakyat ditindas sering bangun menuntut hak kemerdekaan dan kebebasan. Tetapi adakah semua jelas bentuk kemerdekaan dan kebebasan yang dilaungkan itu? Apakah jaminan kebebasan mereka peroleh kelak membawa kebaikan atau mungkinkah ia tiket kepada kemusnahan diri dan bangsa mereka? Menurut Carl Rogers, seseorang itu perlu memaklumkan dirinya erti kebebasan yang sebenar dan pada masa sama, bertanggungjawab terhadap pilihannya itu.

Sebagai umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Allah, kita melihat kemerdekaan dan kebebasan memerlukan takrif lebih tepat dalam konteks manusia sebagai hamba Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (ketika engkau Muhammad berjaya menguasai Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya sangat menerima taubat" (Surah an-Nasr: 1-4).

Ayat di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang luas. Kemerdekaan bukan sekadar pembebasan diri daripada belenggu penjajahan (atau suami) secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat bermaruah dan mempunyai harga diri yang tinggi. Hubungan manusia dengan Allah adalah sumber kemerdekaan sebenar kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama manusia.

Sebelum datangnya Islam, wanita dinafikan hak yang lazimnya diterima oleh lelaki. Wanita dianggap hak milik suami boleh diwarisi oleh anak lelaki suami. Suami pula boleh mengambil beberapa isteri tanpa had dan isteri ini hidup di bawah bayang suami tanpa mempunyai hak mewarisi harta pusaka atau menentukan jodoh dan masa depan mereka apabila suami meninggal dunia.

Rasulullah pada kurun ketujuh Masihi membawa perubahan dianggap sungguh radikal pada zaman itu. Buat kali pertama dalam sejarah tamadun dunia, wanita diangkat setaraf dengan lelaki dan diberikan hak asasi. Mereka dibenarkan bercakap untuk mempertahankan hak mereka, diberi hak waris, mereka tidak lagi diwarisi oleh anak lelaki suami apabila suami meninggal dunia, mereka boleh memohon fasakh daripada suami dan lelaki cuma dibenarkan mengambil empat orang isteri maksimum saja pada suatu masa.

Tohmahan yang dilempar Barat terhadap wanita Islam sebagai golongan yang ditindas dan dianiaya semata-mata kerana memakai hijab, menjaga batasan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim dan taat setia kepada suami adalah tidak tepat sama sekali.

Malahan sekarang pun, wanita Barat yang digembar gemburkan sebagai liberated, sebenarnya adalah hamba media massa yang menentukan saiz dan bentuk badan mereka, fesyen pakaian mereka dan sering diambil kesempatan oleh syarikat pengiklanan.

Bandingkan dengan wanita Islam yang cuma perlu berhias untuk suami, wanita Barat terdesak dengan keadaan perlu sentiasa berhias di dalam dan di luar rumah dan menjadi hamba fesyen.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Itulah keistimewaan wanita Islam.

Islam mengubah segala kezaliman dan kekejaman terhadap wanita Islam memberi wanita hak mewarisi harta pusaka. Islam memberi mereka pilihan untuk memilih pasangan suami mereka. Islam memberi wanita hak untuk mengundi. Kebebasan wanita Islam yang bergantung kepada keterikatan dan taat kepada Allah dan suami bukan bererti tiada kebebasan malah inilah kebebasan yang sebenar.

- Jawapan disediakan Aktivis Wanita, Marihah Suhaimi, dengan kerjasama Wanita JIM.

Pendapat cendekiawan mengenai Nabi Muhammad SAW



Sebahagian dari apa yang dikatakan oleh cendekiawan bukan Islam mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.

* Empat tahun selepas kematian Justanian, beliau (Rasulullah) telah dilahirkan di Mekah, seorang manusia yang akan membawa pengaruh terbesar kepada semua umat manusia - John William Draper:A History of the Intellectual Development of Europe (1875)

* Cara beliau (Rasulullah) memberi layanan kepada musuhnya adalah contoh seorang manusia yang agung. Apabila mengalahkan musuhnya di Mekah, beliau adalah seorang yang paling berkuasa. Bandar yang pernah memekakkan telinga kepada seruannya, yang telah menghina dan menyeksanya sehingga terpaksa melarikan diri, kini berada dalam genggamannya. Menurut undang undang perang, beliau kini berkuasa untuk membalas apa yang pernah dilakukan kepada beliau dan pengikutnya. Tetapi apakah layanan yang beliau berikan kepada mereka? Hati beliau penuh dengan kasih sayang dan beliau mengumumkan bahawa, "dari hari ini anda semua adalah bebas." Beliau tidak membezakan sesama manusia begitu juga tiada sifat membenci antara manusia - Prof K.S Ramakrishnan Rao

* Saya berpendapat bahawa wanita dalam Islam adalah jauh lebih bebas dari Kristian. Wanita dilindungi sepenuhnya dalam Islam berbanding dengan ugama (Kristian) yang menganjurkan monogami. Undang undang mengenai wanita dalam Al-Quran adalah adil dan saksama. Hanya dalam masa 20 tahun yang lepas di England, hak wanita terhadap harta diperkenalkan, sedangkan dalam Islam ianya telah wujud sekian lama. Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa dalam Islam wanita tidak mempunyai sebarang hak - Annie Besant:The Life and Teachings Of Muhammad (1932)



* Undang Undang Muhammad (undang undang Islam) yang menguasai semua, dari yang berkedudukan paling tinggi sehingga yang rendah, adalah satu bentuk undang undang yang paling bijak, paling berkesan dan yang paling objektif dalam sejarah dunia - Edmund Burke:Impeachment of Warren Hastings

* Sekiranya tujuan, kebolehan dan keputusan menjadi kriteria untuk mengatakan seorang itu adalah seorang yang bijaksana, maka tiada seorang pun manusia pun yang boleh menandingi Muhammad (S.A.W). Manusia yang paling agung hanya mampu mencipta senjata, undang undang dan empayar. Mereka hanya mampu mendapatkan kekuasaan sementara yang seringkali tumbang di depan mata mereka. Manusia ini (Rasulullah) bukan sahaja memberi kesan kepada tentera, empayar, manusia dan dinasti, tetapi juga memberi kesan kepada berjuta manusia di dunia ini. Berdasarkan sebuah kitab (Al-Quran) setiap ayat menjadi perundangan, beliau telah menyatukan semua manusia tanpa mengira bahasa mereka atau bangsa mereka - Lamartine:Historie del la Turquie (1854)

* Penyebaran agama Islam adalah satu yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban manusia. Bermula dari sebuah negara yang tidak dikenali, Islam berkembang sehingga setengah dunia dalam hanya satu abad. Ianya telah menumbangkan banyak empayar agung, ugama lain yang telah lama bertapak, membina semula jiwa setiap bangsa dan membina sebuah dunia baru - dunia Islam - A.M Lothrop Stoddard:The New World Of Islam (1932)

* Eropah bergelap semasa matahari terbenam, Cordova terang benderang dengan lampu jalanan; Eropah kotor, Cordova membina seribu rumah mandi; Eropah penuh dengan serangga pengotor, Cordova menukar pakaian mereka setiap hari; Eropah dipenuhi dengan lumpur, jalan di Cordova indah; istana Eropah mempunyai lubang di bumbungnya, istana di Cordova penuh kemewahan; kaum bangsawan Eropah tidak mampu menulis nama mereka sendiri, budak budak di Cordova pergi ke sekolah; paderi Eropah tidak boleh membaca tulisan mereka sendiri, guru guru di Cordova membina ratusan perpustakaan yang tiada bandingannya - Victor Robinson:Islamic Contribution To Civilization

Tip untuk elakkan kehadiran toksin dalam makanan



1. Peti sejuk hendaklah daripada 4 darjah Celcius @ 0 darjah Celcius utk peti dingin beku. Perlu di ingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria,tetapi menghalang daripada membiak.Makanan yg di simpan mestilah dalam bekas yg ditutup @ di bungkus.

2. Basuh tangan dengan teliti sebelum @ selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella @ organisme lain.

3. Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu di basuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

4. Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yg berasingan bagi dading dan sayur-sayuran.

5. Jangan sesekali memakan makanan berkulat.

6. Elakkan daripada menggunakan telur retak yg berkemungkinan mengandungi bakteria salmonella. Bagaimanapun, telur yg sempurna jg berkemungkinan mengandungi salmonella.

7. Mengasingkan makanan yg telah si masak dengan makanan yg belm dimasak @ yg mentah. Ini kerana makanan yg telah di masak lebih mudah tercemar berbanding makanan yang belum dimasak

8. Makan makanan yang yg dimasak serta-merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.

9. Simpan makanan yg telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.

10. Panaskan semula makanan dengan teliti.

Gambar yang tidak tersiar di media arus perdana



MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.

Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar dibawah tidak mungkin tersiar di media arus perdana).

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

TAWARAN KERJA



Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun



Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan
mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2008 di Jabatan Pertahanan Awam

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.


Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
Jangan marah arrr...





10 April, 2008

Akibat zina



Memang zalim manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ni. Allah dah berfirman "Jauhilah Zina". Inilah akibat mengikut nafsu, lepas tu bila dah malu,senang-senang jer campak bayi tu. Walau apa pun semoga Tuhan memberi hidayah kepada mereka dan dapat kembali ke jalan yang benar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lautan jadi beku



Kekuasaan Allah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips menjimatkan bil elektrik



Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang
selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca
surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1) Suis
Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.

2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi,
Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak
digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan
'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.

3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang
cahaya matahari masuk ke ruang yang
ingin didinginkan.

-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin.
Penapis udara yang kotor menyebabkan
penghawa dingin menggunakan lebih tenaga
elektrik.

-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk
keselesaan suhu yang optimum.

-Jangan halang unit luar (compressor) daripada
mendapat kitaran udara yang maksimum.

4) Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.

-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah
cahaya semulajadi.

-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia
bukan sahaja menjimatkan elektrik malah
tahan lebih lama.

5) Kalau nak lebih jimat, boleh guna kaedah penjimatan elektrik seperti di bawah, ada promosi sekarang!

AlatPenjimatan.Com



Kena belasah sampai mati (18SG)



Kena belasah sampai mati??? Kat mana ni? Isk zalimnya diaorang... kalau ya pun jangan lah buat undang-undang sendiri.
Kalau Hukum Hudud pun mencuri hukumannya potong tangan bukan kena hukuman mati.


Info yang saya terima dari komen-komen. Terima kasih kerana berkongsi info berkaitan video ini;

"The barbaric public stoning to death in Iraq of Du'a Khalil Aswad; a 17 year old Kurdish woman of the Yazidi faith by her own people the YAZIDIS (not Muslims) - for loving a Muslim boy. Reported by Phil Black for CNN.


infO : http://www.youtube.com/watch?v=77-6OMB50Vo

kejadian ni berlaku kat iraQ..
budak pmpuan ni bukan islam..
dia bercinta dgn budak islam..
kaum dia tak suka dia bercinta dgn org islam..
so..inilah balasan dia..oleh kaum dia sendiri..
org sekeliling yg tgk..polis pun..
semua biarkan je budak ni kene bunuh..


Keselamatan melampau



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Penjual telur yang melampau



Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

10 kelebihan tiada kekasih



Untuk wanita...

1. Jimat masa

2. Dapat tido lena

3. Tak perlu riso kalu xde miskol

4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik

5. Boleh makan kt mana2 restoren

6. Takde lagi sms boring tgh malam

7. Bley cakap dgn mana2 lelaki

8 Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge

9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn

10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi

Kanak-kanak terkecil di India



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Isu Babi; kita lihat siapa yang kena!



Posted on Wednesday, April 09 @ 08:56:02 MYT by greenboc
Analisis Isu aOleh RadenJowo



BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya



Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu.


Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi dan pencemaran pantai di sana. Kawasan sekitar pendudukan kaum Melayu dan Cina terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama hilang, sudah mula kedengaran kembali. Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.


Yang kelakarnya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.


Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur. Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak. Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar. Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.


Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Pedana.


Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.


Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan. Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya.


Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangannya lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.


Source: Tranungkite

09 April, 2008

08 April, 2008

Sila beratur,jangan berebut



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Fesyen rambut terkini



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

77 cabang Iman




1. Beriman kepada Allah

2. Beriman kepada para rasul

3. Beriman kepada malaikat

4. Berimankepada kitab-kitab

5. Beriman kepada Hari Kemudian

6. Beriman kepada Takdir

Beriman kepada :

7. Ba’ats (hidup yang kedua sesudah mati)

8. Hasyr (berkumpul semua makhluk sesudah bangun dari kubur)

9. Tempat orang mukmin di syurga dan tempat orang kafir di neraka

————-

10.Mahabbah (cinta) kepada Allah

11.Khauf (takut kepada Allah)

12.Roja (mempunyai harapan akan belas kasih dari Allah)

13.Tawakkal (menyerah kepada Allah)

14.Mahabbah (cinta) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.

15.Ta’dzim ( memuliakan) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.

16.Yakin pada kebenaran Islam. Lebih baik masuk kedalam api dari pada menjadi kafir.

17.Menuntut ilmu pengetahuan

18.Mengajarkan Ilmunya

19.Ta’dzim (memuliakan) Al Qurân

20.Bersuci

21.Mendirikan shalat lima waktu

22.Membayar Zakat

23.Puasa bulan Ramadhan

24.I’tikaf (berhenti di dalam mesjid sementara waktu)

25.Haji (Ziarah ke Baitullah)

26.Jihad fi sabilillah (membela agama Allah)

27.Waspada (murobathoh menjaga musuh)

28.Waktu berperang, tetap dimuka musuh

29.Menyerahkan seperlima harta jarahan untuk imam

30.Memerdekakan hamba (budak)

31.Menjalankan kifarat ( tebusan) bagi yang berkewajiban

32.Menepati janji

33.Mengingat- ingat betapa banyaknya kemurahan dan kenikmatan Tuhan yang melimpah- limpah, dan bersyukur

34.Menjaga mulut dari yang tak ada faedah

35.Menjaga farji (kemaluan) jangan sampai mendatangi larangan agama

36.Menyampaikan amanat (titipan)

37.Menjaga jangan sampai melukai atau membunuh orang lain

38.Menjaga tangannya dari pada mengambil yang bukan haknya

39.Berhati- hati dari makanan dan minuman yang haram, pula harus menjauhi barang yang tidak halal

40.Menjaga jangan sampai memakai pakaian atau perhiasan serta memakai tempat- tempat yang haram.

41.Jangan sampai bermain-main yang tidak berguna sehingga melanggar larangan agama.

42.Harus hemat dan cermat atas harta bendanya, jangan sampai mubadzir.

43.Harus menjauhi rasa tak enak dalam hati serta dengki.

44.Menjaga keperwiraan (wira‘i)

45.Ikhlas dan meninggalkan laku congkak

46.Gembira di waktu menerima kebajikan, susah manakala menderita keburukan

47.Taubat dari segala dosa

48.Menjalankan qurban (udhiyah, aqiqah, dam, nadzar)

49.Ta’at kepada Ulul- Amri.

50.Percaya kepada perkara yang sudah dimufakati para alim ulama (ijma)

51.Berlaku adil

52.Amar ma’ruf nahi munkar

53.Tolong menolong pada laku ibadah berdasar taqwa (takut kepada Allah)

54.Hayâ(malu)

55.Ta’at kepada dua orang tua

56.Silaturrahim (menyambung persaudaraan)

57.Budi perangai yang utama

58.Berbuat baik terhadap budak belian

59.Menepati hak-hak budak belian

60.Menepati hak-hak anak istri.

61.Bersaudara kepada semua orang Islam, memberi salam jika bertemu dan bersalaman

62.Menjawab salam

63.Menengok orang sakit

64.Menyalatkan mayat orang Islam

65.Mendoakan orang bersin, bilamana ia memuji (tahmid) Tuhan

66.Menjauhkan diri berkawan atau bersahabat dengan orang kafir atau orang yang senang berbuat kerusakan dan supaya bersikap keras kepada mereka

67.Memuliakan tetangga

68.Memuliakan tamu

69.Menutup rahasia orang lain

70.Sabar dalam cobaan dan mengekang keinginan.

71.Zuhud (tidak menggantungkan diri kepada keduniaan) qoshrul- amal (menjauhi panjang angan- angan)

72.Ghirah

73.Berpaling dari barang sesuatu yang sia- sia

74.Bermurah hati

75.Belas kasih kepada anak-anak dan memuliakan orang tua

76.Merukunkan orang yang berselisih

77.Cinta kasih kepada saudaranya, cinta kasih kepada dirinya sendiri, termasuk cinta kasih bila menyingkirkan barang berbahaya yang ada di jalan

Tips Untuk Mempertahankan Kehangatan Cinta



Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:

1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.

3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.

5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.

6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.

7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?

8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.

9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.

10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!

The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat

Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat
Blog Widget by LinkWithin