OLeh: TaKDiR iLaHi
Jam dah menunjukkan pukul 1.20 tengah hari. Azan zuhur dah sudah berkumandang. Allahuakbar Allahuakbar…Merdunya suara muazzin ni dan semerdu panggilan dr Yang Esa untuk hambanya melangkah sujud bertemu dengan-Nya. Pertemuan yang tak sampai 15 minit lamanya, tp mampu melembutkan jiwa, menguatkan iman dan menjauhkan diri dr segala yang mungkar. Hebatnya panggilan yang diwajibkan pd hambanya 5 waktu dalam sehari. Cukup indah susunan Yang Esa. Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat tu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”
“Eh, betullah. Takkanlah aku nak tipu. Memang betul si polan tu buat benda tu.” kata Izo. “Yelah engkau, entah-entah ko reka citer je. Takkanlah dia nak buat macam tu. Tak mungkin lah.” Luahan tak percaya dari Amin. Mungkin sebab Amin kenal siapa yang diperkatakan oleh Izo. Mungkin kawan dia, mungkin bukan kawan tp dia mengenali siapakah orgnya.
“Allahuakbar Allahuakbar, Asyhadu Alla Ilaha illallah..” Muazzin sudah pun melafazkan seruan yang kedua sebelum hamba Maha Pencipta sujud bertemu dengan-Nya. Seruan iqamah. Dalam lafaz iqamah yang masih beralun, Izo menyambung kata-katanya: “Betul Min, dah memang dia buat benda tu. Muka je baik, tapi perangai ya Allah.” Tegas si Izo. “Engkau tengok sendiri atau dengar org lain yang cakap?” Tanya Amin. “Kawan aku yang cakap, dia tengok si polan tu buat benda tu.” Izo menguatkan kata-katanya yang belum tentu lagi kesahihannya.
Imam dah pun selesaikan amanat dari Yang Esa. Dalam keriuhan jemaah, ada suara nasihat dr salah seorang jemaah. “Sahabat-sahabat sekelian, saya nak kongsi satu kisah, kisah seorang sahabat Rasulullah. Dalam sebuah riwayat menceritakan, sahabat Rasulullah ni, bukan dari kalangan 10 orang yang di jamin masuk syurga. Tetapi Rasulullah mengatakan yang dia ni akan masuk syurga. Lalu sahabat yang lain agak pelik dan cuba mencari sebab kenapa sahabat ni Rasulullah jamin dia amsuk syurga.”
Salah seorang dari mereka ni berjumpa dengan sahabat yang Rasulullah katakan tadi. Di pendekkan kisah, dia minta izin dari sahabat tersebut untuk bermalam di rumahnya. Sepanjang hari, sepanjang malam dia memerhatikan segala perbuatan sahabat tersebut tetapi semuanya sama dengan apa yang dia lakukan. Solatnya, qiyamulailnye..semuanya tiada beza. Lalu dia bertanya kepada sahabat tersebut: “Apakah amalanmu sehinggakan Rasulullah menjaminmu akan masuk ke syurga Allah?” Lalu jawab sahabat tersebut:
“Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”
Jemaah yang menceritakan kisah tersebut meneruskan kata-katanya. “Sahabat-sahabat sekelian, bukanlah dengan hanya kita memaafkan dosa org lain kita akan masuk syurga. Ttapi ianya haruslah dibina atas amalan yang wajib dahulu. Yang Allah telah perintahkan kita untuk laksanakan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Jika kita tidak menyelesaikan amanah yang wajib, masakan kita akan masuk syurga. Cuma apa yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah itu adalah amalan tambahannya selepas dari amalan wajibnya. Maka Allah memuliakannya dengan memasukkannya ke dalam syurga.”
Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang bermaksud:
“Sembahyang itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama,barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.” Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.
Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Izo masih meneruskan ‘perbualan’ mereka dengan penuh rancak. Leka dalam kisah indah ciptaan mereka sendiri. Dalam keseronokkan itu, syaitan semakin gembira kerana melihat hamba Allah terus leka. Leka dalam umpatan dan melewatkan solatnya. Kata si syaitan kepada rakan-rakannya yang lain: “Teruskan usaha kita untuk melekakan anak Adam. Biar mereka lupa untuk bertemu Allah pada awal waktu. Nanti adalah kawan kita di neraka. Hahahahahah.” Kata-kata yang disambut dengan ketawa riang.
Sekian, Wallahu `alam..