Fara Fauzana akan jadi pengacara program Gangstarz 2 yang akan ke udara mulai 27 April ini. Untuk konsert mingguan, dia akan berganding dengan Faizal Tahir. Siarannya setiap hari Ahad pulul 9.00 malam di TV3. Nampaknya setiap hari minggu peminat akan menyaksikan aksi Fara sahajalah. Siangnya bersama Wahid Senario menghangatkan Melodi manakala sebelah malam pula di pentas Gangstarz pula.
Tak takut ke kalau ada orang muak? Atau dikata over exposed? Selain dalam program itu, Fara juga berlakon siri Fara dan pengacara program bual bicara di Asro juga. Setiap pagi di 8TV aksinya dikonti radio Hot fm mengendalikan segmen AM Crew juga disaksikan oleh peminat.
Fara di konti radio.
"Saya anggap ini sudah jadi tugas saya. Saya harap peminat tak muak. Memanglah kalau nak fikir sudut negatif ada juga yang akan mengatakan muak tonton muka saya sahaja. Hari Ahad di Melodi dan Gangstars, dan pagi-pagi Isnin muncul lagi di 8TV. Bagi saya ada juga kebaikannya. Mungkin orang lebih kenal Fara Fauzana," kata Fara.
Apa-apapun dia menganggap itu sudah menjadi rezeki dan Fara sedia melakukannya walaupun sudah membayangkan bakal menjadi lebih sibuk dengan komitmen tersebut. Fara membayangkan dia bakal berlari-lari untuk mengejar masa. Tamat sahaja siaran Melodi , terus bersedia untuk Gangstarz yang kedua-duanya dipancarkan secara langsung di TV3.
"Tanggungjawab semakin besarlah," kata Fara yang kini bergelar pengacara TV dan penyampai radio wanita popular.
1 comment:
kan dia to DJ "HOT" FM jadi xsalah dia pun jadi "HOT" jugak...
Post a Comment