adsense

23 April, 2008

Rustam Sani meninggal dunia



KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger, Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.

Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

ImageDifahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.

Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.

Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.

Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Arwah Rustam mempunyai blog peribadinya yang boleh dilayari di alamat karya-merdeka.blogspot.com

Burger dalam tin



Jika dahulu hanya jumpa sardin jer dalam tin, German negara pertama buat biz burger dalam tin.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I love You Dalam 100 Bahasa



English - I love you

Afrikaans - Ek Fhet jou lief

Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibek

Armenian - Yes kez sirumen

Bambara - M'bi fe

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

Belarusian - Ya tabe kahayu

Bisaya - Nahigugma ako kanimo

Bulgarian - Обичам те

Cambodian - Soro lahn nhee ah

Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a

Catalan - T'estimo

Cheyenne - Ne mohotatse

Chichewa - Ndimakukonda

Corsican - Ti tengu caru (to male)

Creole - Mi aime jou

Croatian - Volim te

Czech - Miluji te

Danish - Jeg Elsker Dig

Dutch - Ik hou van jou

Esperanto - Mi amas vin

Estonian - Ma armastan sind

Ethiopian - Afgreki'

Faroese - Eg elski teg

Farsi - Doset daram

Filipino - Mahal kita

Finnish - Mina rakastan sinua

French - Je t'aime, Je t'adore

Gaelic - Ta gra agam ort

Georgian - Mikvarhar

German - ich liebe dich

Greek - S'agapau

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

Hiligaynon - Palangga ko ikaw

Hawaiian - Aloha wau ia oi

Hebrew - Ani ohev otah (to female)

Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

Hmong - Kuv hlub koj

Hopi - Nu' umi unangwa'ta

Hungarian - Szeretlek

Icelandic - Eg elska tig

Ilonggo - Palangga ko ikaw

Indonesian - Saya cinta padamu

Inuit - Negligevapse

Irish - Taim i' ngra leat

Italian - Ti amo

Japanese - Aishiteru

Kannada - Naanu ninna preetisuttene

Kapampangan - Kaluguran daka

Kiswahili - Nakupenda

Konkani - Tu magel moga cho

Korean - Sarang Heyo

Latin - Te amo

Latvian - Es tevi miilu

Lebanese - Bahibak

Lithuanian - Tave myliu

Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

Mandarin Chinese - Wo ai ni

Marathi - Me tula prem karto

Mohawk - Kanbhik

Moroccan - Ana moajaba bik

Nahuatl - Ni mits neki

Navaho - Ayor anosh'ni

Norwegian - Jeg Elsker Deg

Pandacan - Syota na kita!!

Pangasinan - Inaru Taka

Papiamento - Mi ta stimabo

Persian - Doo-set daaram

Pig Latin - Iay ovlay ouyay

Polish - Kocham Ciebie

Portuguese - Eu te amo

Romanian - Te ubesk

Russian - Ya tebya liubliu

Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort

Serbian - Volim te

Setswana - Ke a go rata

Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

Sioux - Techihhila

Slovak - Lu`bim ta

Slovenian - Ljubim te

Spanish - Te quiero / Te amo

Swahili - Ninapenda wewe

Swedish - Jag alskar dig

Swiss-German - Ich lieb Di

Tagalog - Mahal kita

Taiwanese - Wa ga ei li

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

Tamil - Nan unnai kathalikaraen

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

Thai - Chan rak khun (to male)

Thai - Phom rak khun (to female)

Turkish - Seni Seviyorum

Ukrainian - Ya tebe kahayu

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo

Vietnamese - Anh ye^u em (to female)

Vietnamese - Em ye^u anh (to male)

Welsh - 'Rwy'n dy garu

Yiddish - Ikh hob dikh

Yoruba - Mo ni fe

Kambing Telekom



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi



Untuk renungan bersama. Dapat dari rakan.

Subject: Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi -
Beautiful Ending

Assalamualaikum,

Saya dapat gambar ni dari rakan di Riyadh, untuk dikongsi
bersama dgn rakan2 yg lain, alangkah indahnya jika dapat
mati dalam keadaan begini, insyaallah.. Amin

Fwdkan kerakan2 yg lain agar manjadi teladan semua.
Wallahualam..

Helmi Buhollia
Riyadh, KSA

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Awas Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon



Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.

Jangan dedahkan apa-apa maklumat.

Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank anda sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat. Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet

Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.

Jangan sesekali dedahkan Nama di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.

Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad. Jangan sesekali dedahkan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_Code

Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.

(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.

(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.

(3) Segera laporkan kepada bank anda. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.

(4) Sampaikan email ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.

Maklumat di Internet

http://www.snopes.com/crime/warnings/creditcard.asp

Sampaikan kepada rakan-rakan anda.

Sumber

Macamana nak jadi kaya



Macamana nak jadi kaya..
Kalau hutang panjang berjela
Macamana nak jadi kaya..
Simpanan 1 sen pon tak pernah ada..
Macamana nak jadi kaya..
Kalau asyik berangan saja..

Macamana nak jadik kaya..
Buat bisnes tali pun melingkup aje…
Macamana nak jadi kaya,
kalau asyik berjudi saja..
Modal 2 ringgit kononnya ,
Bole dapat sejuta..

Macamana nak jadi kaya..
kalau ngan tuhan pon..kita masih buat selamber…
Bukankah rezeki itu datang,dari-Nya…
Bukan dia yg mintak kat kita..
Tapi kita selalu buat buat lupa..
Tu la pasal tak leh nak kaya..
Akhirnya kita juga yang sedih giler..
Atas kesilapan sendiri yang reka.
Habis nak kata apa??
Terima je ler..
kecuali kita rasa nak berusaha,
Bukan takat ngan khudrat yg ada..
Beserta doa dan air mata..
Menginsafi atas segala dosa..
Minta tuhan mengubah qadarnya
Mudah mudahan cerah semula..
Masa depan yg tak tentu hala..
Berkat sabar, doa, dan usaha..
Serta tawakkal kepada-Nya..
Tentu Allah s.w.t takkan sia-siakan,hambanyaa..
Akhir cerita.. dah tentu bahagia.
Tapi dengan syarat.. tak usahlah lupa..
Nanti roda berpusing semula..
Akhirnya.. tak jugak jugak kaya..

Siti - kejap ada kejap takde



Gambar yang dikirimkan melalui email. Penghantar email asal mengatakan Siti Nurhaliza hipokrit kerana kejap pakai kejap buka tudung. Emm betul juga kalau nak pakai tudung, pakailah terus wahai Hajah Dato' Siti. Takkan bergambar dengan Mat Salleh terus buka tudung. Jangan terperangkap dengan kata-kata sendiri.



Filem tempatan hina Islam




Jimadie Shah Othman | Apr 21, 08 8:35pm



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dicadang mengeluarkan garis panduan penapisan filem agar produk seni itu tidak menggugat akidah umat Islam.

Dalam memorandumnya kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini, Pemuda PAS turut mencadangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menasihati pengamal filem agar tidak mengeluarkan filem-filem yang menghina agama.

Timbalan ketua pergerakan itu Nasrudin Hassan menamakan Akhirat yang ditayangkan bulan lalu sebagai filem "yang begitu jelas menghina Islam."

"Filem Akhirat jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita," katanya.

"Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini, malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan.

"Ada juga adegan cium leher, peluk, belai-membelai, gesel-menggesel (lelaki dan perempuan) tidak dapat mencerminkan tajuk Akhirat itu sendiri."

Filem arahan Syed Mohamed Hassan Benyahya - dibintangi oleh, antaranya, pelakon-pelakon terkenal Vanidah Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda Suhaimi, Adi Putra dan Jins Samsuddin - ditayangkan di pawagan mulai 20 Mac.

Ia mengisahkan kesengsaraan seorang wanita yang menghidap HIV tetapi merahsiakannya daripada semua orang, termasuk suaminya sendiri, sehingga menimbulkan konflik di dalam dirinya.

Selain filem tempatan itu, Pemuda PAS juga membantah sekeras-kerasnya tindakan KDN meluluskan siri drama televisyen 'telenovela' Latin yang dianggapnya berunsur lucah.


"Dewan Pemuda PAS melihat filem-filem tersebut sebagai bahan yang akan merosakkan minda rakyat dan juga menghancurkan budaya tempatan.

"Pemuda PAS juga melihat bahawa filem-filem yang berbentuk tahyul, keterlaluan ini semakin berleluasa dan ia salah di sisi agama serta bukannya (sebahagian) daripada budaya kita," kata Nasrudin.

22 April, 2008

Ahli Politik Terlibat Kes Cabul





Sebuah laporan polis dibuat oleh seorang pekerja hotel wanita berumur 30 an bahawa seorang ahli politik kanan telah bertindak mencabul beliau pada 14hb April yang lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.


Siapa bekas Menteri tersebut? Masih rahsia lagi, klu-klu menurut Buletin Utama ialah:
- Mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU12 tetapi tidak dilantik menjadi ahli kabinet.
- Kini berada di luar negara
- Tidak dinyatakan dari parti mana tetapi yang pastinya dari BN.

Siapakah gerangan beliau? Adakah beliau antara yang meminta Pak Lah turun? Sama-sama kita tengok siapa yang kena...

Rumah Lelong April part 3



Untuk mendapatkan list rumah lelong Apr part 3, sila download >>DiSiNi<<<

Ujang - jangan tegur






VCD LAWAK YANG DILAMPIRKAN BERSAMA MAJALAH UJANG EDISI KHAS UTK PEMINAT2 MEREKA.

GENRE: LAWAK SERAM
FORMAT: RMVB

DOWNLOAD

[PART 1] - [PART 2]

Taugeh ada air kencing?



Ye ke? aku tak pasti benda ni just share jer..

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.

Video Hangat: Royalti




Bukan pengecut, Najib jawab Dr M




Apr 21, 08 8:31pm
Timbalan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau lemah, pengecut dan tidak layak menjadi perdana menteri.

"Ia bukan masalah 'Mr Yes Man' atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat.

najib abdullah 100408"Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas," katanya kepada pemberita hari ini.

Najib mengulas kenyataan mantan perdana menteri itu bahawa beliau tidak seharusnya menjadi perdana menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya lepas.

Dr Mahathir, yang sering menyalahkan perdana menteri, menganggap Najib "lemah dan pengecut" kerana enggan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tanggungjawab susulan kemerosotan BN baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Najib berkata sorotan sejarah Umno akan membawa orang ramai melihat bahawa penyerahan kuasa yang pertama antara almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berjalan dengan cara yang baik.

"(Allahyarham) Tun Hussein Onn serah pada Tun Dr Mahathir pun dengan cara yang baik. Sudah ada tradisi, cara yang baik yang diamalkan dalam parti.

"Pada hemat saya itulah cara yang terbaik, dan kaedah yang baik untuk kita melakukan perubahan kepada kepimpinan negara seperti mana yang dinyatakan oleh perdana menteri dan presiden parti," katanya.

Pulih kekuatan Umno

Menurutnya, peluang perlu diberikan agar peralihan kuasa berjalan dengan cara yang terhormat memandangkan segala keputusan dalam jangka masa terdekat akan memberi kesan kepada Umno.

najib tun razak and umno 57 agm 201106"Kalau kita lakukan sesuatu pada masa ini, sudahlah Umno dan BN dalam keadaan yang selepas pilihan raya umum tidak sekuat dulu, dan kita memerlukan masa memulihkan kekuatan Umno," katanya.

Perbalahan dan pergeseran juga, katanya, pasti akan berlaku sekali gus membentuk dua atau tiga puak dalam parti yang akan melemahkan Umno dan BN secara langsung.

"Kita tidak mampu melihat keadaan ini berlaku dalam parti dan boleh menyebabkan masalah yang besar kepada kerajaan dan negara," katanya.

Najib yang juga timbalan presiden Umno turut menyangkal dakwaan kononnya Umno dilanda keretakan.

Krisis 1987

"Saya tidak kata ada perpecahan, tapi jika ada krisis kepimpinan, ia akan berlaku seperti pada tahun 1987, dan seperti krisis (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (menjelang pemecatannya pada 1998).

"Persoalannya apakah BN dan Umno mampu melalui senario seumpama itu lagi?" katanya.

Menyentuh perkara lain, Najib berkata beliau menunggu tindakan yang akan diambil oleh parti Gerakan ekoran keputusan bekas timbalan setiausaha agung parti itu, Datuk Lee Kah Choon, menerima tawaran kerajaan Pulau Pinang sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Menurut Najib, tindakan Lee bertentangan dengan prinsip yang diamalkan kerajaan selama ini.

"Saya nak tengok apa pendirian parti Gerakan dalam hal ini kerana dari segi prinsipnya kita tidak menggalakkan atau sepatutnya (tidak) berkhidmat dalam kerajaan pembangkang," katanya.

Malaysiakini

Can you read?



I can .... can you??? Try it....



fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can..

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghi t pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Lawak pendek - kereta sempit



Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'... !!!

New Mug Technology








C.I.N.T.A




Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Cantiknya wanita



Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir mekar senyum kosmetik



Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

21 April, 2008

Pantun Ultraman



Ni kategori lawak bodoh. Dah lama dah pantun ni, saja up balik;


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.


Nasib seorang janda



Youtube

Apa Punca Anak Derhaka




APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek,
kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... ..
bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium
dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati,
samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.

Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah

cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

ANWAR IBRAHIM The 2008 TIME 100 Finalis




Vote for DSAI
satu-satunya anak malaysia yg tercalon



http://www.time.com/time/specials

Rompakan terbesar di Abad ini



Rompakan Wang? - Tidak!

Rompakan Emas? - Tidak!

Rompakan Berlian? - Tidak!

Rompakan Minyak? - TIdak


Romabakan terbesar di Abad ini ialah:

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Blog Widget by LinkWithin