adsense

22 April, 2008

Ahli Politik Terlibat Kes Cabul





Sebuah laporan polis dibuat oleh seorang pekerja hotel wanita berumur 30 an bahawa seorang ahli politik kanan telah bertindak mencabul beliau pada 14hb April yang lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.


Siapa bekas Menteri tersebut? Masih rahsia lagi, klu-klu menurut Buletin Utama ialah:
- Mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU12 tetapi tidak dilantik menjadi ahli kabinet.
- Kini berada di luar negara
- Tidak dinyatakan dari parti mana tetapi yang pastinya dari BN.

Siapakah gerangan beliau? Adakah beliau antara yang meminta Pak Lah turun? Sama-sama kita tengok siapa yang kena...

1 comment:

Anonymous said...

Saya Rasa Dr khir toyo ke, Dia dapat mempertahankan Kerusi parlimennys di sungai besar, dan merupakan bekas menteri besar selangor yang kini berada di mekkah menunaikan Umrah? saya tak pasti tetapi saya hanya meneka?betul tak?

Blog Widget by LinkWithin