ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
25 May, 2008
Kisah malam pertama
Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji
isteriku.
"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg. ...."
"Tik..tik..tik. .tik..."
"Kring.. kring..kring. ."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan... Potong stim betullah!!!
TAMAT
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu...
Perhatian kepada pengguna Maybank2u
Pagi ni aku saja check e-mail di yahoo dan dapat 1 e-mail daripada Maybank Berhad. Aku rasa pelik sebab kenapa dia hantar kat yahoo & bukan gmail yang aku register untuk Maybank2u.com. Kerana syak yang kuat, mendorong aku membuka laman web tersebut & cuba masukkan id & password tipu (sebelum kena tipu,baik aku tipu dia!). Betul sangkaan aku, apa saja yang dimasukkan beserta TAC number terus diterima tanpa banyak tanya dari laman web tersebut!! Tak ke gila tu?
Untuk menguatkan point kenapa aku kata tipu belaka, aku cuba tanya hubby. Dia kata dia dah cek IP address web tersebut & guess what???? That web IP is NOT from MALAYSIA! Ni bermakna ada orang yang cuba nak tipu warganegara Malaysia dengan taktik kotor tu, dengan harapan, dapat transfer duit kita ke akaun dia. Cisss!!! Mujur aku tak ditipu.
Jadi, kepada semua pengguna Maybank2u.com, please take alert on this matter. Ni isi kandungan e-mail yang aku terima.
From: "Maybank Berhad"
Date: Wed, 21 May 2008 19:04:36 +0000
Subject: Warning: Account Protection (May 22, 2008)
Dear Maybank Berhad Customer,
Maybank is committed to making your online transactions safe and secure. We take every precaution to protect our users' information by utilizing the latest technology and international industry standard practices.
We have noticed an increased SPAM attack on our customers, we then bring to you this new security to help protect your account and also to serve our customers for a better and secure online service, against fraudulent activities and unauthorized access into personal details.
As part of the additional security, a TAC Code will be sent to your Mobile Phone as soon as you complete the first step. You will then provide the code on Page 2 to complete the upgrade process.
Due to this recent security process, you are requested to update your account security with the New Maybank 2008 Security Process.
Regards
Customer Support
Maybank Berhad
Tolong sebarkan sebab aku percaya, ramai warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Maybank2u.com.
Info tentang mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki..
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat
gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya
bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Macam SPA.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan
ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.
Berita TV3 - Dari dua kaca mata
Berita TV3 malam tadi, bertajuk TIDAK TUNAIKAN JANJI.
Seorang pelajar IPTA di Selangor membuat laporan polis kononnya kerajaan PKR yang memerintah Selangor tidak memenuhi janji manifesto PRU setelah 2 bulan memerintah tetapi yang lawaknya.....
Pada siaran berita yang sama juga memaparkan berita bekas kerajaan Pulau Pinang baru menyerahkan kunci rumah kepada mangsa Tsunami pada tahun 2004 yang lalu semalam. Setelah 4 tahun berjanji kenapa setelah menjadi pembangkang di Pulau Pinang baru ada peruntukan dari kerajaan pusat sekarang?
Siapa yang paling lama tidak tunaikan janji? Janji 2 bulan atau janji 4 tahun? Kenapa tidak tunaikan janji 4 tahun tidak dihighlightkan sebagai berita BARU TUNAIKAN JANJI tetapi di highlightkankan umpama jasa atau "satu lagi projek Barisan Nasional'.
Dan antara janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat Selangor yang tidak langsung disentuh BN adalah:
* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
* menghentikan projek-projek membazir dan rugi
* memastikan ketelusan pentadbiran negeri
* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.
FADILAT BERSELAWAT KE ATAS NABI.
Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.
Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.
Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.
Wallahualam..
Jangan berputus asa
24 May, 2008
Laporan percuma hampir ditutup
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Adakah anda berminat dengan perniagaan internet? Jika ada niat sedikit pun, downloadlah laporan percuma ini sementara ruangan download percuma masih ada untuk mengetahui bagaimana untuk mengumpul prospek anda!
Untuk makluman, projek laporan JV Give Away telah mencapai 35% dari sasaran sebenar.
Ini bermakna, tarikh untuk laporan PERCUMA ini ditutup, semakin hampir.
Download sekarang sebelum ditutup :
Adakah kita benar-benar kecewa
Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakahtuh...dan Salam sejahtera
buat Teman sekalian..
BAYANGKANLAH....bagaimana keadaan kawan kita apabila putus cinta
dengan seseorang yang sangat dikasihinya. Pasti kawan kita itu kecewa.
Tidak mungkin dia akan dapat ketawa atau bersorak riang. Tidak mungkin
juga dia boleh berseronok lagi untuk beberapa ketika.
Kawan kita itu pasti mungkin saja akan berkurung berjam-jam didalam
kamaarrrrrrrrrrrrrr nya...yang kelammmmmmmmm
tuuu...issssss...issssss...cian dia kan...Kemudian, di kamarr
itu....dia menangis macam baby aje... nak nenen...Kalau tidak begitu
pun...dia maun berseorangan.. Tak mahu diganggu sebab ingin tenangkan
fikirannya. Begitulah selalunya Bukan...kerrr...
Ajakan kekawan kita itu keluar makan, dia akan menolak maut
punya....Maklumlah...dok putus cintan...Hilang selera makan!!! tapi
lapor balunnnn juga...Bak kata pepatah Melayu sendiri...makan tak
kenyang...mandi sekalipun tak terasa basah tapi kuyup aje....Buat apa
saja tak kena...sebab terlalu menanggung perasaan..
Bila kita bertanya pada kawan kita itu, macam-macamlah luahan
kata-kata hati yang tulus ikhlas kita dengor...Itu tak kena..ini pun
tak kena..sanun lagi lahhh weeeiii....Aduhhh poning dibuek
nyoooo...Fikiran kita pun boleh ikut serabut mcm sabut kelapa
dibuatnya sekali...
Kalau kawan kita itu yang buat silap pada kekasihnya..apa perlu kita
buat????....(smi lah)... Nasihatkanlah kawan kita itu
ya...Bagaimana??? Minta kawan kita itu mohon maaf aje lah...kemudian
rujuk semulaaaa...Mesti kawan kita tu akan berkata pada kita...Boleh
keeerrrr dia maafkan aku...jadi TST lah...
Cubalah...betul takk...tak cuba mana tahu...kalau dia
maafkan...syukur...Kalau tidak...tak dapek deenn nolongnyo...Bak kata
Sudah nasib badan..padan kan muka dia...Tanggung sendirilah...mcm
company sendiri berhad lah jadinya kan..kan...Dan pasti katanya" its
too late"...Ahhh! begitulah penenangan orang putus cinta. Ikutkan akal
memang payah jika nak difikirkan...tak gitu kerr...
Sekarang bayangkanlah pula..Jika diri kita sendiri apabila putus cinta
dengan kekasih, Allah SWT yang Maha Pengasih Dan yang Maha Penyayang.
Adakah kita akan benar benar kecewa? Atau... kita masih boleh ketawa
dan berseronok.
Kenapa tidak, kita berkurung didalam bilik, sembahyang taubat dan
sujud memohon keampunan dari-Nya. Saat itu, menangislah. Tunjukkan
keinsafaan dalam diri kita pada-Nya atas kesilapan-kesilapan kita yang
lalu.
Adakah kita tidak pernah silap pada-Nya? Sekali...dua kali...tiga
kali...Tepuk dada tanya selera/hati...KENAPA kita masih tidak mahu
BERTAUBAT???
Kalau kita pernah silap..malah bersalah sekali pun, bertaubatlah. Kita
sudah berjanji pada Allah S.W.T. sebagai orang islam akan patuh
suruhan-Nya, dan, tinggalkan larangan-Nya.. KENAPA MUNGKIN??
Tidak perlu malu atau takut memohon keampunan dari Allah SWT. Tidak
perlu juga untuk kita meminta nasihat dari kawan-kawan atau
saudara-mara kita untuk bagaimana kita harus memohon maaf
dari-Nya...Tidak Perlu..
Sebab Allah S.W.T. adalah kekasih dan cinta kita yang sejati. Allah
S.W.T. itu sesungguhnya Maha Pengampun, Hanya Taubat pinta-Nya. Allah
S.W.T. akan senantiasa memaafkan " kekasih-kekasih"nya yang pernah
silap, bahkan bersalah sekalipun. Dan., tidak pernah "MUNGKIR JANJI"
23 May, 2008
Berhati-hati beli ikan di pasar
Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang
Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya
pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar
ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara
Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan
itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air
batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia
& Singapura.
Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu
Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu
Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak
pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu
kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang
dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya
ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan
kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.
Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN
merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya
boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..
Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini.
Sekarang..
Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi
kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...
Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi
lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin...
Kerana .. Lalat lebih mengetahui.
Wallahualam. .........
242 budak hilang Jan-Mac
May 22, 08 11:33am |
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006 Bercakap ketika merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak semalam, beliau berkata statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kes. Bagaimanapun kes itu tetap serius dan berterusan setiap tahun. Yen Yen menambah, secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Kes penderaan kanak-kanak pula dilaporkan meningkat saban tahun, tambahnya. Pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan dilaporkan dan jumlah itu meningkat kepada 2,279 kes tahun lalu. Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh lima tahun – dengan lebih 60 peratus mangsa merupakan kanak-kanak perempuan. Beliau berkata kementeriannya bakal mengemukakan dasar dan pelan baru perlindungan kanak-kanak kepada kabinet selewat-lewatnya akhir bulan depan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)