adsense

23 May, 2008

242 budak hilang Jan-Mac







May 22, 08 11:33am
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006

Bercakap ketika merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak semalam, beliau berkata statistik selama dua tahun itu menunjukkan 21 peratus penurunan jumlah kes.

Bagaimanapun kes itu tetap serius dan berterusan setiap tahun.

Yen Yen menambah, secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Kes penderaan kanak-kanak pula dilaporkan meningkat saban tahun, tambahnya.

Pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan dilaporkan dan jumlah itu meningkat kepada 2,279 kes tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh lima tahun – dengan lebih 60 peratus mangsa merupakan kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata kementeriannya bakal mengemukakan dasar dan pelan baru perlindungan kanak-kanak kepada kabinet selewat-lewatnya akhir bulan depan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin