ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 September, 2008
Hari malang anda?
Sebenarnya tiada hari malang dalam Islam. Segalanya Qada dan Qadar Allah dan telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan tinggal solat Subuh dan solat Dhuha di pagi hari . Selepas solat baca Surah Alam Nasrah . Insyaallah segala pekerjaan kita pada hari tersebut dimudahkan oleh Allah. Tak percaya, cubalah!
Kisah malang
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan... ... . ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi... ) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
Kereta online
Jual beli kereta terpakai dan baru secara online. Anda juga boleh survey harga di sini.
Daftar sebagai ahli Di SINI
Download lagu raya
Demam lagu raya dah bermula tapi sebenarnya dah lama pun kedengaran di shopping-shopping complex. Malah pada malam 31 Ogos sehari sebelum puasa pun aku dah dengar di Giant IOI Kulai dan aku siap shopping baju raya anak aku lagi. Bukan ghairah nak beraya cuma berbajet. Kena pandai budget sekarang ni. Beli sikit-sikit. Kalau boleh masa jualan karnival bulan Jun tu hari dah beli. Paling best offer pada aku ialah Jusco. Real punya offer..
Sekarang ni pembeli mesti kena berhati-hati dan berbelanja dengan bijak. Kalau dah kata ada offfer 50% tapi harga masih RM40-RM50 untuk baju budak apa kejadahnya.. Takkan harga asal sehelai baju budak branded sampai RM100? Aku tak berani kata shopping complex tu tipu tapi.....sendrik mau ingat..!
16 Lagu Lagu Hari Raya
=============================================
01 - Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
02 - Sharifah Aini - Suasana Hari Raya.mp3 (2.3MB
03 - Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti.mp3 (3.5MB
04 - Saloma - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB
05 - Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya.mp3 (2.8MB
06 - Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf.mp3 (3.5MB
07 - Ahmad Jais - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4M
08 - Junainah - Suasana Riang (Di Hari Raya).mp3 (3.0MB
09 - Sanisah Huri - Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
10 - Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya.mp3 (2.8MB
11 - DJ Dave - Menjelang Hari Raya.mp3 (3.1MB
12 - Fazidah Joned - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB
13 - Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri.mp3 (3.4MB
14 - P. Ramlee - Dendang Perantau.mp3 (2.5MB
15 - Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang.mp3 (3.3MB
16 - Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema.mp3 (2.5MB
CLICK HERE TO DOWNLOAD LAGU RAYA 2
Credit to opensecret
Bertukar link
Di pelawa kepada blogger/webmaster/administrator untuk bertukar link dengan blog Cari Duit Internet di ruangan link
Kelebihan bertukar link:
1. Faktor SEO
2. Backlink
3. Trafik
4. Tag
Sila ke blog CARI DUIT INTERNET dan klik di menu LINK.
tq
09 September, 2008
Website Ziddu ada malware!!
Posted by Admin di Cari Duit Internet
Hari ni bila saya cuba untuk memasuki website Ziddu.com untuk upload file, tetapi terperanjat kerana keluar alert dari google yang mengatakan Ziddu.com disyaki menjadi host malware , program yang boleh memberi kesan kepada komputer kita apabila kita memasukinya.
Alert melalui browser Mozilla Firefox:
Alert melalui browser Google Chrome:
AWAS kepada pengguna Internet Explorer tiada alert jika anda masuk ke Ziddu ! Pendek kata jangan melawat ke Ziddu.com dalam waktu terdekat ni sehingga webmaster mereka membaikpulih site mereka.
Jika anda telah memasuki website mereka via IE , anda mesti clearkan cache/cookies Internet Explorer anda!
Jika anda menggunakan Windows XP , jangan lupa restore PC anda ke tarikh sebelumnya. Caranya ialah :
Start -- All Program -- Accesories -- System tool -- System Restore
*P/S:
Ziddu.com ialah website hosting file yang admin selalu letak fail dalam kategori download hangat.
Tun Mahathir masuk UMNO semula
Di buletin utama TV3, Dato Muhyidin Yassin membuat pengumuman Dr Mahathir masuk semula UMNO selepas keluar UMNO pada 19 May yang lalu.
Dari blog futurefastforward ada artikel mengatakan Dr M akan menyokong Ku Li. Nampaknya barisan B UMNO sudah makin kuat untuk menjatuhkan Pak Lah sebab tu kelihatan muka Dato Muhyidin berseri-seri semasa membuat pengumuman tersebut.
Nampaknya dengan isu hangat pergaduhan UMNO Pulau Pinang dan Gerakan menyebabkan Tun memikirkan dia sepatutnya ada dalam UMNO untuk memberi kekuatan semula kepada UMNO yang nampaknya semakin goyah.
Atau disebabkan tarikh 916 semakin hampir walau pun Timbalan Presiden PKR , Syed Hussin Ali mengatakan isu 916 mungkin ditangguhkan gara-gara BBC menerbangkan Ahli Parlimen BN melawat Taiwan kununnya untuk penyelidikan pertanian kerana sebahagian dari mereka sebenarnya adalah calon nak melompat ke Pakatan Rakyat.
Yang nyata kemasukan Dr M semula ke UMNO ada yang lega dan ada yang tak berapa senang terutama mereka yang pernah mengutuk beliau sebelum ini.
Tunku Abd Rahman "hi 5" ?
Saya terbaca dari forum Mykmu tentang sebuah blogger berbangsa Cina yang memberi pendapatnya tentang perangai orang-orang Malaysia. Funny dan ada benarnya cuma yang hampehnya apabila gambar Tunku Abd Rahman di photoshopkan hi five dengan gambar blogger tersebut yang bernama Kenny yang sebenar boleh menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat .
What Makes A Malaysian A Malaysian
1. You can name all the players from the the English Premier League, but ask you to name one football player from Malaysia, one name also cannot come out.
2. When StreamyX come, you complain StreamyX too slow. When Maxis Broadband come, you complain Maxis Broadband always disconnects. When WiMax come, you complain Wimax too expensive. In the end, you say StreamyX still the best lah.
3. When toll price increase, you complain. When petrol price increase, you complain. When you go Starbucks buy RM10 coffee, NO COMPLAINTS.
4. When you cannot find parking in a shopping mall and have to walk very far, you complain. When you go inside the shopping mall and there's SALE, run from one end of 1Utama to the other also NO COMPLAINTS.
6. You are always late. And the excuse you give when you're late is always either: (a) traffic jam (b) no transport or (c) cannot find parking.
7. You have a parent who force you to take science stream in high school, study engineering in Uni, then when you graduate, they ask you to forget everything you learnt in Uni and do commerce.
8. You know someone who can specially develop an angmoh accent when speaking to a American / British / Australian.
9. You complain against the government in kopitiam, you talk loud loud. Leave anonymous comments on blogs, you also talk loud loud. Attend ceremah by DAP, you shout loud loud. Then when Opposition organise a protest and ask you to go, you dun wan. Scared later kena tangkap by ISA.
10. Every year on the 30th April, you are one of the people below queueing up last minute to submit your tax return at the IRB.
11. When you pay RM10 for something that costs RM1, you blame the Chinese.
12. When a government service is too slow, you blame the Malays.
13. When a building is not good and collapsed, you blame the Indians.
14. When a Chinese student won a scholarship, you say "Wah! Very clever hor?" When a Malay student won a scholarship, you say "Aiya! Of course lah! He Malay mah!"
15. When an angmoh stranger kiss you on the cheek to say hello, you very happy. When a Malaysian guy kiss you on the cheek to say hello, you slap him.
Artikel asal Kennysia.com
Mayat Aneh di temui di Bulan Ramadhan
Walaupun seluruh isi badan sudah tinggal tulang, namun wajah masih
elok... Kalau tak berani jangan tengok... ngeri!!!
>>>>KLIK DI SINI<<<
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Pernah tersiar di isu hangat , posting ulangan untuk mengingatkan kita kembali betapa Rasullullah SAW begitu menyayangi kita, bagaimana tahap kecintaan kita kepada Rasulullah SAW pula?
" Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "
Baca artikel penuh:
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut <<
Ramadan - Tetamu Yang Dirindui
Akibat buang kucing
Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar.Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia.
Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!
Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah!
Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!
Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 km, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.
Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing engkau orang ada kat rumah tak?"
"Ya!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya.
"Pasal apa abang tanya?"
Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"
Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah mereng ke abang aku ni?"
Moral dari cerita ini:
Sayangilah kucing anda.Kucing kan haiwan kesayangan Nabi.
1GB 30 tahun dulu dan 1 GB Sekarang
Saham Akhirat
Di bulan Ramadhan ni elok sangatlah bersedekah
Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah
http://tsjenaris.blogspot.com
Tel: 04 - 4386097
UMNO Penang koyak gambar Dr Koh Tsu Koon
Sebaik sahaja sidang akhbar Ahmad Ismail tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh Tsu Koon dari dinding ibupejabat Umno tersebut.
Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh Tsu Koon dari bingkai gambar dan mengoyaknya dan gesaan supaya Parti Gerakan Rakyat Malaysia dipecat dari Barisan Nasional oleh UMNO Pulau Pinang.
Perbuatan ganas ini ada disiarkan di siaran berita NTV7
Perlakuan ini sangat BAHAYA!
Jika Pak Lah masih lagi mahu mempertahankan tindakan melampau Ahmad Ismail itu, maka tidak mustahil kaum Cina di negara ini akan mendesak parti-parti yang mewakili kaum Cina dalam BN untuk meninggalkan BN seberapa segera. (mudah-mudahan)
Tindakan seperti kebudak-budakan. Bayangkan kalau orang MCA/Gerakan koyak gambar pemimpin UMNO pulak.. tak payah gambar Presiden, gambar Dato Sabery Chik dah la - tentu orang UMNO ni hangin kan. Kalau Ahmad Sabu la buat macam gini agak-agak kena ISA tak?
Hidup UMNO ! Hidup Melayu !Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! atau 16 September on track..? ish takutnya kang jadik Singapore pulak..
Sumber gambar: Malaysiakini Via Nurafalah
Dari siasahdaily.blogspot.com:
Umno memang patut jadi punching bag, kata pemikir MCA
KUALA LUMPUR, 3 Sept: "Umno memang patut menjadi punching bag (tempat melepaskan geram) kerana dia yang mencipta semua isu ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Strategik dan Polisi (Insap) yang dimiliki MCA, Fui K. Soong kepada Siasah.
Fui mengulas tindakan dua calon presiden MCA yang sedang berkempen sekarang yang menjadikan Umno tempat mereka melepaskan geram.
Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA sekarang telah menjadi hamba abdi (slave) kepada Umno manakala Datuk Ong Tee Kiat pula berkata, MCA akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional jika Umno terus dengan 'ketuanan Melayunya'.
Kedua-dua mereka disebut-sebut sebagai pihak yang akan bertanding untuk merebut jawatan presiden MCA selepas Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mahu dicalonkan sebagai presiden MCA lagi.
Detik 16 September..
DSAI naik mahkamah 10 Disember... adakah DSAI akan ditangkap supaya beliau tak sempat menghirup udara luar pada 16 September?
Gambar hiasan dari Harakahdaily :
MB Pulau Pinang sama-sama mengharungi banjir sambil berpegangan dengan orang kampung. Melayu-Cina-India bersatu dalam PR, retak menanti belah dalam BN.