adsense

09 September, 2008

Tun Mahathir masuk UMNO semula



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti



Di buletin utama TV3, Dato Muhyidin Yassin membuat pengumuman Dr Mahathir masuk semula UMNO selepas keluar UMNO pada 19 May yang lalu.

Dari blog futurefastforward ada artikel mengatakan Dr M akan menyokong Ku Li. Nampaknya barisan B UMNO sudah makin kuat untuk menjatuhkan Pak Lah sebab tu kelihatan muka Dato Muhyidin berseri-seri semasa membuat pengumuman tersebut.

Nampaknya dengan isu hangat pergaduhan UMNO Pulau Pinang dan Gerakan menyebabkan Tun memikirkan dia sepatutnya ada dalam UMNO untuk memberi kekuatan semula kepada UMNO yang nampaknya semakin goyah.

Atau disebabkan tarikh 916 semakin hampir walau pun Timbalan Presiden PKR , Syed Hussin Ali mengatakan isu 916 mungkin ditangguhkan gara-gara BBC menerbangkan Ahli Parlimen BN melawat Taiwan kununnya untuk penyelidikan pertanian kerana sebahagian dari mereka sebenarnya adalah calon nak melompat ke Pakatan Rakyat.

Yang nyata kemasukan Dr M semula ke UMNO ada yang lega dan ada yang tak berapa senang terutama mereka yang pernah mengutuk beliau sebelum ini.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin