adsense

26 October, 2008

Motor DUCATI DEMON







Ciptaan pelik motor DUCATI, layari STRANGE PICTURES

Peminat kereta sport





Lihat koleksi gambar penuh di Hot Pictures


Tip menghadapi Serangan Jantung





Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……Anda benar2 tertekan dan terkejut….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak.

Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri?

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri. APA NAK BUAT?

JAWAPAN:

Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal.

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital.

Diterjemah dari Health Tips

Sheila Majid dapat Datuk





Selepas lama mendapat gelaran "Ratu Jazz", akhirnya Sheila Majid dianugerahkan Datuk pula. Belum sejuk lagi ISU HANGAT "Dato' Shah Rukh Khan", Sultan Pahang seperti menunjukkan kepada Kerajaan Negeri Melaka supaya menghormati yang dekat dahulu dahulu bukannya yang jauh iaitu Shah Rukh Khan yang menjadi tanda tanya iaitu siapa akan bayar kehadiran Shah Rukh Khan untuk menghadiri majlis tu nanti? Takkan Shah Rukh Khan nak datang free jer. Dah lah anugerah dapat, kena sponsor lagi...hmm bertuahlah badan Shah Rukh Khan.

Tahniah Datuk Sheila Majid !

Pahang kurnia Sheila Majid Datuk


SULTAN Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran 'Datuk' kepada penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Jazz di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.


GELARAN DATUK... Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Jazz, Sheila Majid pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Dua kerabat Diraja Pahang Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainon Jamil Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) II mendahului senarai penerima darjah kebesaran. -fotoBERNAMA

Kepada yang nak bercuti free...





BBQ Invitation This coming weekend



25 October, 2008

Wanita





Apabila anda melihat wanita yang cantik menarik, dan kamu terpesona melihatnya, maka datanglah kepada isterimu, sesungguhnya segala yang ada pada wanita itu, ada pula pada isterimu.

Sesungguhnya dunia ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.

Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat mengangkat darjat wanita, selain daripada kesuciannya.

Wanita yang budiman adalah laksana matahari terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Wanita yang berbahagia adalah wanita yang dapat memelihara akalnya ketika dia kehilangan hatinya

Gambar beg tangan yang lain dari yang lain










Klik Strangest Handbag untuk melihat koleksi gambar Handbag pelik yang lain

Nurse yang sexy





Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .

Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

WHAHAHAHa... ..

Kisah lawak atuk dan nenek





Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?

Samad Lefthanded meninggal







KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded,Abdul Samad Mian atau Samad Leftahnded, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.

"Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.

"Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit," kata Norliza.

Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.

Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).


"semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang mukmim

24 October, 2008

Yahoo...Hari gaji !!





Apa berlaku pada sesetengah suami isteri pada hari gaji?

Klik Hot Pictures untuk melihat apa yang berlaku..

Scooter Jepun





Jepun kalau teknlogi permotoran memang dia punya la...





Klik STRANGE PICTURES untuk koleksi penuh gambar.

Kisah lawak pejuang pemisah





Teringat cerita "Gods Must Be Crazy" hohoho


Nak kerja bodyguard?





Gaji RM60,000 sebulan? kalah gaji CEO ni..



Tak pasti typo error ker dan jgn tanya bagaimana nak apply eh...

Pestabola Merdeka 2008: Malaysia belasah Myanmar





Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia yang dipimpin oleh B. Sathianathan yang menewaskan Myanmar 4 - 0 pada pertandingan Pestabola Merdeka 2008. Perlawanan separuh akhir malam tadi adalah seperti perlawanan ulangan Final Pestabola Merdeka tahun 2007 dimana pasukan Malaysia menjadi juara.

http://isuhangat.blogspot.com/2007/08/hadiah-dari-bolasepak-untuk-kemerdekaan.html

Gol-gol dijaringkan oleh

* Indra Putra(27′,penalti 75′)
* Amirul Hadi (82′)
* Safee Sali (75′)

Walaupun di kritik oleh beberapa peminat bolasepak tempatan kerana pasukan yang dijemput bertanding adalah pasukan yang lebih rendah rangking dari Malaysia ataupun "team cap ayam", sekurang-kurangnya pasukan Malaysia menunjukkan mereka mampu menewaskan Myanmar yang mempunyai ranking yang lebih atas sekaligus melangkah ke final bertemu dengan Vietnam dan meningkatkan motivasi pemain. Susah juga ya menang pun kena kutuk kalau kalah lagi la..

Indra Putra menjaringkan dua gol

Antara harta dan ilmu





Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:

* ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya
* ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
* harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah
* orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
* harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
* manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
* orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan
* harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
* jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "


--
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...

23 October, 2008

Sexy ker?





Ingatkan orang jer sexy, kereta pun ada kategori sexy juga ya :)

Layari HOT PICTURES untuk koleksi penuh gambar kereta-kereta sexy yang mungkin tak pernah jumpa di Malaysia.


Blog Widget by LinkWithin