adsense

23 April, 2009

Jangan makan dalam keretapi







lawak keretapi @ isuhangatTiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.

Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.

Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya," kamu sudah makan ini."
kedua-dua kawannya menggelengkan kepala.

"Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...


Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Pokok misteri










Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Lima kunci rahsia







Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)



Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Brake bas dan loceng










Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2

Jarak diantara rumahnya dengan bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah.. Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!!

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti Kenapa pakcik tak turun??
Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan saja loceng..bas mesti berhenti..!!!


Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Batu dalam hempedu







Petua untuk pesakit batu dalam hempedu atau batu karang dalam hempedu. Untuk merawatnya ialah melalui pembedahan.

Oleh kerana kos pembedahan melalui hospital swasta menelan belanja beribu-ribu ringgit manakala pembedahan di hospital biasa kena menunggu berbulan-bulan menyebabkan Sesiapa yang menderita penyakit ini memang menderita dalam masa menunggu pembedahan.

Ada yang berkongsi petua yang katanya berkesan..

>>Petua tersebut boleh di download di sini<<



Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Sukuk Simpanan Rakyat







Amanah Saham Malaysia yang dilancarkan 2 hari lalu oleh DS Najib khabarnya mendapat mendapat sambutan hangat pelabur-pelabur sehinggan kuota untuk bangsa Cina telah habis terjual. Karnivalnya di Plaza Angsana, JB pun nampak gempak dan grand sekali.

Saya bukanlah pelabur tetapi adalah melabur sikit-sikit, apa yang pasti menabung adalah satu amalan yang mulia demi masa depan kita. Tetapi mesti ingat menabung dan melabur adalah 2 perkara yang berbeza.

Terasa serik melabur dengan saham amanah ni semasa melabur dengan ASJ dahulu, beli RM1 tetapi harganya jatuh sehingga beberapa sen sahaja sekarang. Semasa tu mereka jamin akan naik harga sehingga RM5 dalam masa 5 tahun. Tapi ASJ di bawah PKENJ manakala ASM ni pula di bawah PNB.

Kebetulan ada seseorang yang bertanya mengenai Sukuk Simpanan Rakyat. Apa itu Sukuk Simpanan Rakyat?

Sekarang Bank Negara Malaysia baru mengumumkan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009 berjumlah RM2.5 bilion pada 14 Mei 2009. Sukuk yang akan diterbitkan tanpa skrip dan berlandaskan prinsip Syariah.

Secara ringkasnya Sukuk Simpanan Rakyat mempunyai tempoh matang selama 3 tahun,minima RM1000, untuk 21 tahun ke atas dan setiap tahun akan mendapat dividen 5%.

Lain-lain Q&A detail mengenai SUKUK SIMPANAN RAKYAT ada di ARTIKEL HANGAT



Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Kekecohan di Pekan Nenas, Johor







Pekan Nenas, Pontian adalah satu bandar kecil yang menjadikan buah nenas sebagai lambang pekan tersebut hangat malam semalam apabila Balai Polis dikepung oleh kira-kira 1000 orang yang mengamuk kerana kejadian seorang bapa menceroboh sekolah kerana ingin mencari pelajar yang memukul anaknya tetapi membelasah guru yang cuba menghalangnya di Sek Men Pekan Nenas.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.

crowd surround pekan nenas police station 210409 nanyangMenurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk.

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi.

Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang.

Dari sumber-sumber orang Pontian mereka yang bertindak mengepung balai polis tersebut selain dari saudara mara ialah orang-orang "ayahanda dan anakanda" yang turut datang dari Kulai dan Batu Pahat berkumpul apabila mendapat SMS.

Akibat takut berlaku rusuhan semua kedai di Pekan Nenas ditutup semalam termasuk stesyen minyaknya sekali.

Sumber: Malaysiakini

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Air pancut dari bumi







Kekuasaaan Allah, air pancut dari tanah di Russia. Ia berlaku setiap 5 minit dan setinggi 30 meter.

Something Natural in Hafita , Russia @ strange world


Lagi koleksi gambar di STRANGE WORLD

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

22 April, 2009

Elizabeth Wong Bertudung







Jangan hangin ya, orang sibuk cari gambar Elizabeth Wong bogel lagi 2 keping terbaru, di isuhangat yang ada ialah gambar Elizabeth Wong bertudung pula.

gambar elizabeth wong

Manis juga Elizabeth Wong bertudung ya, macam Puteri UMNO pula. Gambar Elizabeth Wong di atas ialah semasa Elizabeth Wong semasa berjumpa dengan TG Nik Aziz. Sumber gambar dari blog Bila Harimau Sudah Menaip.

Inilah kelebihan TG Nik Aziz dan negeri Kelantan yang memang diakui oleh kawan dan lawan. Perempuan yang sexy bagaimana pun segan tidak bertudung kalau ke Kelantan atau berjumpa TG Nik Aziz.

Walau pun perempuan Kelantan sexy mana pun tinggal di negeri luar tetapi kalau balik Kelantan kalau tak bertudung pun berpakaian sopan.

Lihat gambar-gambar yang pernah di post di isuhangat dulu-dulu,

Gambar Maya Karin bertudung semasa melawat Kelantan.


Siti Nurhaliza yang mengaku lebih suka memakai selendang dari bertudung dan mengaku masih penyokong setia BN pun memakai tudung yang lengkap semasa berjumpa TG Nik Aziz




Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Coklat enak import didakwa ada lemak babi







Sumber: kosmo
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi.

coklat lemak mengandungi babiGambar hiasan

KUALA LUMPUR Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi, jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Bahaya Guna Handphone Semasa Dicaj







Input dari saudara Asrol, tak tahu kebenarnnya,
Bahaya Guna Handphone Semasa Dicaj...

.handphone dangerous @ hot pictures

Lagi info di HOT PICTURES



Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Mazidul Akmal Sidik berkongsi pengalaman








Respon Mazidul Akmal Sidek berkaitan dengan artikel semalam
http://isuhangat.blogspot.com/2009/04/berhati-hati-dengan-budak-ni.html

Saya lama mengetahui kegiatan terbabit.Malangnya apabila disiarkan di TV, pelbagai pihak marah dan mengutuk.

"Apahal engkau kacau orang susah tu? Tak ada kerja lain?", "Kau nak masuk neraka ke?", "Kalau kau susah, padan muka!"

Antara respon saya terima melalui emel dan SMS. Apapun saya percaya banyak pihak menangguk di air keruh. Mereka tahu, majoriti rakyat Malaysia pemurah. Tanpa usul periksa mereka menyumbang.

Biar saya kongsikan satu daripada pengalaman saya lalui.

Lelaki warga Thailand, 33 tahun, saya temui sewaktu menjalankan tinjauan berhubung kegiatan pengemis di Pasar Malam Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor bulan Ramadan lalu. Lelaki itu cacat, tiada sebelah kaki. Katanya, kaki putus akibat terkena jerangkap samar lama dulu. Hairan, semasa saya mendekatinya, dia melarikan diri secara mengesut ke tempat parkir kereta. Mungkin dia mengenali saya dan kerjaya. Melalui temubual, dia mengaku meraih pendapatan antara RM100 dan RM150 sehari hasil mengemis.

Januari lalu, saya ke Pasar Malam Kota Damansara dan kemudian terserempak 3 remaja Myanmar dianggarkan berusia antara 10 dan 12 tahun, cacat kaki dan tangan.

Saya hampiri dan bertanya kepada mereka ...

"Siapa bawa kamu ke sini?"

Mereka diam dan berpura-pura bisu. Namun setelah beberapa kali didesak, mereka menunjukkan 'ayah' mereka. Terkejut, 'ayah' itu lelaki sama saya temui di Kelana Jaya. Cuma kali itu, berbeza. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, bagai taukeh lagaknya. Tanpa disedari saya menghampiri lelaki itu. Dia terkejut melihat saya, pucat wajah tanpa darah.

"Macam mana kamu boleh bawa budak-budak tu mengemis?," soal saya.

Dia gugup. Ingin saya menampar mukanya, geram. Dia sanggup mengeksploitasi kanak-kanak terbabit untuk mengaut keuntungan.

Saya katakan kepadanya ...

"Sekali lagi aku nampak muka engkau, kau mesti menyesal se umur hidup"

Dia dan kanak-kanak terbabit pantas menghilangkan diri. Sedar tidak atau, ramai antara kita diperbodohkan pengemis warga asing, hadir di negara ini hanya mencari jalan pintas mengaut keuntungan.

Layari blog saya, mazidulakmal.blogspot.com. Banyak kisah benar lain saya kongsikan.

Terima kasih.

Mazidul Akmal Sidik



Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Jawapan dari PTPTN







Email dari PTPTN berkaitan dengan post
http://isuhangat.blogspot.com/2009/04/ptptn-oh-ptptn.html

Tuan/puan,

Perlaksanaan caj 1% ( ujrah/ upah) bermula pada 1 jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 14 Ogos 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.

Untuk pengetahuan kepada semua peminjam, surat tawaran perjanjian ujrah kepada peminjam lama yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat selepas kerja pemindahan data daripada sistem sedia ada kepada sistem baru yang giat dilaksanakan selesai.

Tawaran pengurangan caj pinjaman PTPTN yang diumumkan kerajaan sebelum ini daripada tiga peratus kepada satu peratus berkuat kuasa dari Jun 2008. Walaupun peminjam terbabit tidak menerima surat tawaran perjanjian baru dalam tempoh itu, ia tidak sedikitpun menjejaskan kelayakan ditawarkan.
Tarikh pelaksanaan dan berkuat kuasa penurunan caj adalah dua tarikh yang berbeza. Oleh yang demikian, sebarang pertukaran atau kelewatan tarikh pelaksanaan akibat kelewatan penerimaan surat tawaran perjanjian baru sama sekali tidak menjejaskan pengiraan caj satu peratus bermula Jun 2008.

Penawaran ujrah adalah dibuat berdasarkan kategori peminjam seperti berikut:-

1. Peminjam sedang belajar, semuanya layak ditawar pembiayaan dalam bentuk ujrah dengan dikenakan upah satu peratus setahun.
2. Peminjam yang tamat, semuanya layak ditawarkan pembiayaan berkonsepkan ujrah dengan kadar upah satu peratus setahun kecuali peminjam yang masih mempunyai tunggakan. Mereka yang terbabit perlu melunaskan semua bayaran balik yang tertunggak sebelum layak menikmati kaedah pembiayaan berkonsepkan ujrah.

3. Peminjam yang diambil tindakan undang-undang tidak akan ditawarkan pembiayaan berkonsepkan ujrah dengan kadar upah satu peratus setahun, sebaliknya akan diambil tindakan berdasarkan prosedur perundangan seperti ditetapkan.

Sebarang kelewatan surat tawaran perjanjian ujrah dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan dasar baru ini seharusnya dilihat secara positif oleh semua peminjam sebagai satu usaha PTPTN memastikan kesempurnaan ke atas tindakan pelaksanaan yang akan dibuat dan memastikan keadilan kepada semua peminjam.

Peminjam juga digalakkan membuat pembayaran balik pada kadar yang segera supaya mendapat faedah 1%, (sekiranya tiada tunggakan ansuran) tersebut. Walaupun ketika ini, kiraan dibuat atas 3%,namun pihak PTPTN akan mengambil tindakan pelarasan 1% (sekiranya peminjam layak diberi keistimewaan ini).

Sekian, harap maklum.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Overview Proton MPV Exora







Proton MPV Exora menjadi sebutan peminat-peminat kereta, ramai yang memujinya tetapi ada juga segelintir yang mengutuknya. Janganlah dibandingkan dengan Honda Stream, Toyota Caldina, Wish dan sebagainya kerana harga nya yang jauh berbeza.

Kepada yang mempunyai anak lebih dari dua orang memang sesuai membeli MPV kalau tak berminat nak membeli van untuk keselesaan anak-anak. Kalau anak masih kecil takpelah tapi bagaimana kalau semua dah bersekolah menengah dan badan yang lebih besar dari bapanya.

Itu kalau mampulah, kalau tidak mampu di zaman kegawatan ekonomi meleset ini kena lah berfikir banyak kali jika nak menukar kereta baru. Nanti miss soru..

Di sini saya sertakan fail PDF overview Proton MPV Exora yang lengkap dari segi keselesaan, kelebihan, keselamatan dan perbandingan untuk dikongsi:

Download Exora Overview DI SINI<<




Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!
Blog Widget by LinkWithin