DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.”
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
20 January, 2008
Bagaimana cemerlang dengan doa
DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.”
Perbandingan tahap pendidikan Menteri
Perbandingan pemimpin negara kita dengan negara jiran, sebab kita selalu digembur dengan perbandingan harga minyak dan sebagainya sekarang kita banding pula tahap latar belakang pendidikan mereka.
Singapore Cabinet | Malaysia Cabinet |
PM Lee Hsien Loong Cambridge University - First Class Honours (1974) Harvard University - Masters (1980) | PM Abdullah bin Haji Ahmad Badawi University of Malaya - Bachelor of Arts Honours (1964) |
SM Goh Chok Tong University of Singapore - First Class Honours (1964) Williams College, USA - Masters (1967) | Deputy PM Dato' Sri Najib Razak University of Nottingham - Bachelor of Arts Honours (1974) |
MM Lee Kuan Yew Cambridge University - First Class Honours (1949) | Minister of Foregn Affairs Syed Hamid Albar (can someone tell me his univeristy? )- Bachelor of Arts [ UITM ] |
Minister for Law Prof. S Jayakumar University of Singapore - Bachelor of Law Honours (1963) Yale Univerity - Masters (1966) | Ministry of Works- Dato' Seri Samy Vellu (Education Unknown) [ Form 6, Anderson School ] |
Minister for Home Affairs Wong Kan Seng University of Singapore - Bachelor of Arts & Business Admin (1977) London Business School - Masters (1979) | Ministry of International Trade & Industry Rafidah binti Aziz Universiti Malaya - Bachelor of Arts Honours |
Minister for Foreign Affairs BG George Yeo Cambridge University - Double First Class Honours (1976) Harvard Business School - MBA w/ Distinction (1985) | Minister of Agriculture Muhyiddin Yassin (Education Unknown) [ Polytechnic Ungku Omar ] |
Minister for Trade and Industry Lim Hng Kiang Cambridge University - First Class Honours w/ Distinction (1976) Harvard University - Masters (1986) | Ministry of Domestic Trade Shafie Apdal (Education Unknown) [ Form 5, Failed English ] |
Minister for Defence Teo Chee Hean University of Manchester - First Class Honours (1976) Imperial College, London - Masters w/ Distinction (1977) | Minister of Education Hishammuddin Hussein (Education Unknown) [ Bachelor of Arts, Social Science ] |
Minister for Education Tharman Shanmugaratnam London School of Economics - Bachelor of Arts Cambridge University - Masters Harvard University - Masters | Minister of Home Affairs Radzi bin Sheikh Ahmad (Education Unknown) [ Kolej Islam Malaysia, Diploma ] |
Cerita lawak
Mak Mertua yang kepoh
Ajoi baru sahja berkahwin dengan Erra. Pada malam pertama selepas majlis pernikahan mreeka berehat dalam bilik kerana keletihan mengemas. Sambil berehat mereka makan burger dari sebuah makan restoran segera. Emak Ajoi yang memang suka jaga tepi kain orang termasuk anaknya sendiri,pasang telinga di balik pintu.
Erra: Bang,dah picit tak keluar-keluar (sambil memicit sos)
Ajoi: Memanglah lubangnya kecik!
Erra: Dah tu macam mana? Saya potong sahajalah hujungnya!
Secara tiba-tiba,emak Ajoi panik dan menolak pintu dan berteriak..
Mak Ajoi: Jangan gunting anu anak aku..
Mayat
Cikgu: Hassan,sambungkan 2 ayat ni menjadi satu."Ali menaiki basikal ke sekolah.Ali ternampak mayat'.
Hassan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Hukuman Mati.
Seorang warden cuba menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik,gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut voltannya sangat tinggi,lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang singkat" Warden berkata.
Tiba-tiba dai kejauhan terdengar laungankesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan berpanjangan.
"Saya kan pergi sebentar untuk melihat'.Tidak lama kemudian warder itu kembali dan berkata:
"Tidak ada masalah yang berlaku,cuma maslah teknikal sahaja.Sekarang elektrik terputus,jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya sahajaaa....
Wanita seksi
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan . Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya. Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Inggeris : Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu... Lelaki Inggeris itu melepaskan semula
wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis : Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak
guna aku selamatkan kamu... Lelaki Perancis itu melepaskan semula
wanita itu.
Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat
menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang
yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang
tersebut.
Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata- kata..
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa,
saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab : Astaghfirullah... (lalu melepaskan semula wanita itu
kerana terkejut..)
Gadis Hilang Nor Azuana
Orang lain sibuk gempar dengan Pencarian adik Sharlini. Gadis ini telah juga hilang dan dipercayai diculik ketika memandu dlm perjalanan ke Shah Alam. Orang ini adalah Anak Qariah Pengerusi Surau Sedeli Tmn Sri Andalas. Dia kena culik pada 1hb. Jan. 2008 ketika perjalanan untuk menemui tunangnya ke Shah Alam. Hilang sehingga hari ini. Sembahyang hajat dan segala usaha telah dilakukan tetapi masih buntu. Dipercayai masih disimpan di Shah Alam. Minta tolonglah kepada kawan2 kot ada terjumpa dgnnya. Dipercayai dia telah diperbodohkan, dan 2X withdrwal duit kat Shah Alam tetapi sekarang dah kena blok kerana savingnya ada lebih 10,000. Beliau akan mendirikan majlis kahwin pada 8hb. March 2008 ini. Kesihan.
Hanya tuhan yg tahu macam mana kesusahan keluarganya yang hanya ada anak seorang perempuan. Dan budak ini adalah budak baik tak biasa keluar sesuka hati.
19 January, 2008
Drama 'Gerak Khas' Syaitan Bertopeng
Drama 'Gerak Khas' episod Syaitan Bertopeng (bahagian 1) disiarkan pada 11/01/2008 dan juga sambungan bahagian 2 disiarkan pada 18/01/2008 patut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa khususnya polis. Drama ini diarahkan oleh Saleh Majid yang diterbitkan di bawah Skop Productions (Datuk Yusof Haslam). Ini kerana cerita tersebut mempunyai jalan cerita menghampiri kisah keluarga Jazimin dan Allahyarham adik Nurin Jazlin.
Sinopsis cerita: http://hak-pengguna.blogspot.com/2008/01/drama-gerak-khas-syaitan-bertopeng.html
Daripada sipnosis di atas cerita itu memberi gambaran tentang pembunuhan adik Nurin Jazlin. Oleh sebab itu, tindakan harus diambil terdapat pengarah cerita Saleh Majid, penerbit Skop Productions dan juga RTM sebagai penyiar drama tersebut. Ini kerana:
- Pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang masih lagi di bawah siasatan polis. Sepatutnya kes ini tidak boleh dibuat pengambaran kerana ianya menganggu siasatan.
- Drama ini membawa kesan trauma dan juga memalukan terhadap Encik Jazimin sekeluarga. Baru 5 bulan kehilangan anak tersayang, tapi pihak drama 'Gerak Khas' telah menyiarkan cerita yang menghampiri kisah adik Nurin Jazlin.
- Watak Ali ini yang seolah-olah Encik Jazimin adalah seorang peminjam wang Along yang tak bertanggungjawab dan juga seorang panas baran. Ia juga menonjolkan Ali tidak mempercayai tugas polis dan juga keputusan DNA kanak-kanak tersebut. Adakah perlu watak ini memperlakukan Encik Jazimin seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana perasaan Jazimin dan keluarga apabila menonton drama ini?
- Drama ini juga memaparkan seolah-olah pasukan 'Gerak Khas' mereka lebih efisen daripada PDRM yang dapat menyelesaikan kes itu dengan segera. Perlukah drama sebegini diberi ruang apabila kes masih lagi disiasat oleh PDRM?
- Memaparkan pasar malam merupakan tempat yang tidak selamat kerana sering menjadi tempat penculikan kanak-kanak. Hal ini, menyebabkan orang ramai berasa takut pergi ke pasar malam dan membawa kerugian kepada peniaga-peniaga pasar malam. Sedangkan kes perculikan kanak-kanak berlaku di mana sahaja!
" SOMEONE NEEDS YOU PROJECT" Blood donation Campaign
Kindly be informed we are organizing a BLOOD DONATION CAMPAIGN as our “SOMEONE NEEDS YOU PROJECT” for FY2007
Details are as below :
Venue : 7th floor, SOGO KL
Available Date : 19th &
Time :
In collaboration : National Blood Bank
Sony group : SOEM, SSCSM, SPEM, SOMAS & SONY BMG
Expected donors : 150 per day
We would like to seek your cooperation to pass around this message to your members, family and friends . Invite them to be there to donate blood and walk away with our goodie bag as a token of appreciation.
With your kind cooperation and support we believe we can achieve our target.
Siti tiru fesyen Cina Purba
Jika terdahulu ada persamaan dengan fesyen Afrika. (Boleh rujuk di sini ). Yang ni sama dengan Cina purba pulak. huhuhu.
Kisah benar: Pakai tudung
"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah
saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Siti mungkin sertai politik
PORT DICKSON 17 Jan. – Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tidak menolak kemungkinan menyertai arena politik kerana minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat, khususnya dalam kerja amal.
Malahan katanya, sokongan padu juga akan diberikan kepada pucuk pimpinan negara dalam menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.
‘‘Insya-Allah suatu hari nanti, siapa tahu. Tetapi buat masa ini, Siti mahu terlibat aktif dengan aktiviti masyarakat melalui Yayasan Nur Jiwa. Biarlah Siti tumpukan dahulu kepada bidang seni untuk waktu ini,” katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita pada majlis Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hakcipta Malaysia (MACP) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) di sini, hari ini.
Menurut Siti, beliau akan sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal serta membantu masyarakat kerana aspek-aspek itu penting sebelum menceburkan diri dalam bidang politik.
‘‘Kalau boleh Siti memang selalu hendak berbakti dengan masyarakat tetapi tidak semestinya dalam bidang politik. Banyak cara boleh dilakukan termasuk yayasan yang Siti asaskan itu,” kata Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Mengenai pilihan raya umum akan datang, Siti Nurhaliza berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia juga akan melaksanakan tugasnya untuk mengundi.
‘‘Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Kita mahu hidup dengan aman. Kalau kita mahukan yang terbaik, kita harus memilih yang terbaik,” katanya.
Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza menerima cakera padat Cipta Ekspres daripada Pengerusi MACP, Habsah Hassan yang mengandungi 13 lagu terbaru ciptaan komposer terkenal antaranya M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, S. Atan dan Johan Nawawi.