ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 February, 2008
Waspada lelaki ini!
Berwaspada pada lelaki dalam gambar cctv ini, mungkin ada kaitan dengan kes
penculikan kanak-kanak yang berlaku sekarang.
Suspek akan memujuk mangsa dengan bertanya pelbagai soalan dan akan mengajak mangsa minum.
Kejadian ini telah berlaku baru ini di kawasan taman melati. Kejadian dapat
dirakam melalui cctv yang baru beroperasi sejak kejadian Arwah Nurin dan kehilangan Syarlini.
Pada gambar tersebut mangsa dapat melepaskan diri daripada ditarik kedalam lif oleh suspek tersebut.
Pastikan anak kita tidak terpedaya dengan pujukan suspek tersebut.
Kubur campur
20 February, 2008
Info penyakit lelaki - angin pasang
SMS lawak
Dah lama tak main sms-sms ni, kepada yg gila sms..
kalo aku tangkai ko daunnye,
kalo aku aur ko tebingnye,
kalo aku kumbang ko bungenye,
kalo aku langit ko buminye,
& kalo aku tarzan ko le beruknye..
-------------------------------------------------------
Al-kisah SEEKOR ANAK KAMBING,
BERTANYA PADA IBUNYA.
ibu kenapa semua kambing ada bulu
dan kenapa bau kita busuk.
LALU SI IBU PUN MENJAWAB. TAK MENGAPALAH ANAKKU, KITA BUSUK,
ORANG YANG BACA MESEJ NI LAGI BUSUK..
TAK RETI2 NAK GI MANDI…
ASYIK TENGOK HENSET JE...
--------------------------------------------------------
katak pisang katak puru,
adakah katak & pisang sepupu?
jangan perasan atau terharu,
bukan nak ucap kata rindu,
cuma nak ucap selamat malam to U.
---------------------------------------------------------
kpd penerima sms ini,
sila laporkan diri segera
ke hospital bahagia dengan tenang….
----------------------------------------------------------
fulau fandan nyawuh ngenengah,
ngunung naik nenyemang ningnga,
anyur madan ningamung nanah,
muni yang maik ningenang nyua..
kesiannya awak..sengau ...
----------------------------------------------------------
Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !!
----------------------------------------------------------
kalau kita letak monyet kt depan awak nnt org panggil…
Monyet awak…
kalau kita letak monyet kt belakang awak nnt org panggil AWAK MONYET!!
-----------------------------------------------------------
jika mentari datang memancar terik, biar aku menjadi payung mu,
jika ribut datang melanda, biar aku menjadi pelindung mu,
jika banjir datang mencurah, biar aku menjadi sampan mu,
jika ceti datang meminta hutang, biar aku lari dahulu…
------------------------------------------------------------
Aku menjeling padamu,
kau lantas tertunduk malu.
Aku tatap wajahmu tatkala kau mengangkat malu muka.
Lalu aku pun berkata…..”KAU KENTUT iye?!”
------------------------------------------------------------
Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi………
bila kita kentut semua mata memandang kita...
------------------------------------------------------------
masa bercinta marah pun manis….
baru kawin, lglah manis….
dpt anak pengalaman manis…
bila tua dpt KENCING MANIS
------------------------------------------------------------
AnGkAT tgN!
inI RoMPaKan!
YG HenSEM Ke SeBELah KaNAn!
yG lAwA ke SeBelAh KIri!
yg WaJaHnYa hoDoH ke TeNgaH.
AWak! yE AwK jgn pUrA² bAce SMS!.
cEpAt Ke TeNGah !!
-----------------------------------------------------------
Ingatlah..jika dimarah kamu DIAM..
jika difitnah kamu SENYUM..
jika dikeji kamu KETAWA..
Nescaya dgn berbuat demikian,
kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE
-----------------------------------------------------------
Kalau ada yg kata kamu jelek,sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh,biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu,Cool je.
Tp kalau ada yg kata lu cantik/hensem,
Tampar je krn itu FITNAH!
-----------------------------------------------------------
HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja.
Lemparkan HP anda ke dinding @ susunkan kembali.
Selamat Mencuba!
-----------------------------------------------------------
Gigi kau sejuk ke??……
Tak?? Abis tu kenapa pakai jaket kaler kuning???
-----------------------------------------------------------
mosi-mosi watasi muru ano latino uno muotu numeru ano sayonara des numeru taiano…..
(Kalau tak paham kenapa baca jugak!!??)
------------------------------------------------------------
kau sungguh dinamis,
sifatmu cukup puitis,
gayamu selalu erotis,
jiwamu sungguh romantis,
caramu seperti celebrities,
tapi sayang wajahmu seperti teletubbies…
------------------------------------------------------------
aku bencikan penipuan!
o dalam diam ko menipu!
dgr ape yg ku kate berikan tumpuan
adekah ko dan katak sepupu?
------------------------------------------------------------
sebut betul betul..
rambutan, nangsat, tmemikai,keladri,nyaynok..
bersabarlah.. tiada siapa yang mahu dilahirkan sengau seperti kamu!!!
--------------------------------------------------------------
Twin lawak pendek
Balasan Si Mat Rempit
Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?
Tok batin lagi..(kenapa mesti libatkan tok batin ha?)
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Nak kahwin
Cerita lawak ni dah lama,saja nak up balik ..
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
---------------------------------
MORAL: Kalau nak kahwin, kenalah rajin kerja dan simpan duit.
Adsense Segera
Salam sahabat,
Khas untuk blogger-blogger dan webmaster yang cari duit internet dengan program PPC google adsense.
Produk terbaru saya. Template website yang telah tersedia dipasang code Google Adsense. Lebih kurang 200 website dan beribu-ribu artikel dengan MRR.
Dapatkan maklumat lanjut dengan klik gambar di bawah:
Selagi belum ajal
Kematian itu satu yang pasti tetapi diatas Qada dan Qadar Allah. Kalau dah ajal, jatuh kerusi pun boleh meninggal. Jika belum ajal lagi,tercucuk besi kat leher pun tak mati lagi. Contohnya kemalangan di Hospital Jeddah ni sebagai buktinya.
Download Fail Di Jeddah Hospital. (Powerpoint format) Klik di sini<<<<
Sijil SPM hilang
Soalan:
Jawapan:
mm...naper baru nak apply...?? kalau 4 hari x sempat kecuali kalau buat rayuan..mungkin dapat, mungkin x... terpulang pada budi bicara
- Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
- Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
- Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
- Nama peperiksaan
- Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
- Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
- Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima.
- Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
Boss power la sangat...
Bos power?
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2
PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".
Moral: Kalau anda boss - jangan tunjuk power tak tentu pasal. Kalau anda penghantar pizza, rajin-rajin la lepak kat dinding boss yang suka tunjuk power. huhuhu
Maksud huruf pertama
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka
juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila
berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa
curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya
gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip
dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan
suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak
pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk
kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan
sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika
berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita
yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
mengemukakan pendapat.
Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
* BETUI X?
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat
Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth .........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wajah Misteri Masjid Kristal
Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut.
Nampak macam edit guna software Vegas (video editing)