adsense

20 February, 2008

Info penyakit lelaki - angin pasang



Assalamualaikum........
Ini bagi pendapat saya yang berpengalaman tentang anak lelaki saya yang pada ketika itu berumur 5 tahun telah mendapat penyakit angin pasang ini.
Saya mendapat tahu tentang perkara ini apabila saya lihat telurnya besar sebelah , terutamanya ketika meneran semasa nak berak keadaannya semakin ketara .
Tetapi dia tidak pula terasa sakit, cuma saya yang risau kalau dibiarkan akan melarat entah apa-apa pula.
Saya buat appointment di Hospital Klang. Apa yang diberitahu oleh doktor bahawa penyakit ini adalah nasib untuk seseorang itu untuk mendapatkannya. Maksud nya bukan sebab-sebab pemakanan atau kelasakan atau sebagainya.
Mengikut kata doktor lagi, bahawa ada lubang (dlm organnya)diantara usus ke telurnya, jadi bila dia meneran usus itu akan menolak keluar, itulah sebabnya telurnya besar sebelah, tapi jika dibiarkan lubangnya itu akan semakin membesar dan ususnya pun semakin banyak masuk melalui lubang ke telunya.
Doktor sarankan utk dibuat pembedahan kecil untuk menjahit lubang yang terbuka itu. Tetapi perlu tunggu untuk beberapa appointment lagi untuk dibuat pemeriksaan selanjutnya. Seperti yang diketahui , setiap kali ada appointment, mesti kena ambil cuti seharian.
Oleh kerana risau dan kasihankan anak yang masih kecil itu saya pun cuba buat perubatan tradisional di kampung Keling, Rawang seperti yang diketahui.
Namaun tidak juga baik, malah menjadi-jadi. Oleh kerana risau dengan pembesarannya yang semakin membesar , saya pun terpaksa lah buat appointment untuk pembedahan, pada ketika itu dia berumur 9 tahun.
Dan akhirnya saya bersyukur sehingga kini tiada masalah nya lagi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin