Soalan:
salam....
Jawapan:
mm...naper baru nak apply...?? kalau 4 hari x sempat kecuali kalau buat rayuan..mungkin dapat, mungkin x... terpulang pada budi bicara
Untuk pengetahuan, kalau sijil SPM hilang...pihak Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan sijil original dah...setiap warganegara malaysia hanya berpeluang memperolehi sekali sahaja sijil original tu...apa yang akan diberikan adalah salinan sijil...tapi salinan sijil tu masih valid untuk digunakan dimana2..
Berikut adalah maklumat berkaitan memohon salinan keputusan peperiksaan..
PANDUAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN
- Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
- Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
- Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
- Nama peperiksaan
- Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
- Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
- Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima.
- Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
untuk muat turun borang boleh la layari laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm
pegi pada link muat turun then pilih menu sijil dan muat turun link PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.
Untuk pergi sendiri ke Lembaga Peperiksaan, dia bertempat di Blok E11, Parcel E, Komplek Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya...Anyway, good luck.....
3 comments:
thanks for d info..tpi sy nak tanye macam mane kalu borang muet yang hilang? Boleh dapatkan salinan di blok E11 putrajaya juga?
thanks for d info..tpi sy nak tanye macam mane kalu borang muet yang hilang? Boleh dapatkan salinan di blok E11 putrajaya juga?
klu nk tukar result, lngsung xde sijil nk adakan ke, boleh je
email bellez2020@gmail.com
Post a Comment