adsense

04 March, 2008

Lawak pendek



Kuruskan Badan

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,"kami menawarkan 2 program disini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."

mamat tu pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar RM50 td" katanya seorang diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"

Iklan pilihanraya



Anak muda sekarang semakin kreatif dalam berkempen





03 March, 2008

Fail Mengundi



Muat turun:

Najib di Kelantan; dari dua kacamata



BERITA HARIAN

Islam BN bukan sekadar slogan: Najib

Oleh Ismail Mat, Khairul Anuar Abd Samad, Wan Faizal Ismayatim dan Haspaizi Mohd Zain

BACHOK: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangunan Islam yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) mencakupi semua aspek kehidupan umatnya dan bukan sekadar slogan kosong seperti dilaungkan Pas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam, pendekatan BN lebih realistik serta mampu memajukan ummah sehingga dihormati masyarakat antarabangsa.

"Memang BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam tetapi BN tidak mahu Islam itu semata-mata dilihat dari segi luaran dan akidah saja.


"Puak hijau yang di dalamnya kosong itu pun nak Islam, banyak bunyi Islam, sekadar slogan membangun bersama Islam tetapi segalanya kosong," katanya ketika merasmikan Bangunan Baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Tiga Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Najib berkata, Islam bukan hanya membabitkan soal akidah dan akhlak, sebaliknya turut mencakupi perjuangan membina tamadun yang cemerlang dan hebat.

"Itu bezanya antara Umno dan Pas. Kita perjuangkan bukan saja Islam, tetapi martabat dan maruah umat Islam," katanya
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2 pula, Najib berkata, Sheikhul Al-Azhar, Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi, memuji Malaysia yang disifatkan sebagai contoh negara Islam terbaik di dunia.

Beliau berkata, Sheikhul Al-Azhar juga mengiktiraf apa yang dilakukan kerajaan selama ini adalah mengikut al-Quran serta sunnah Rasulullah.

"Islam tidak suka umatnya mundur dan menolak kemajuan. Sebarang usaha kebajikan adalah kehendak Islam, menghapuskan kemiskinan juga Islam, malah menyediakan peluang pekerjaan, itu juga Islam. Jangan kita sempit pengertian Islam.

"Kalau Islam agama pembangunan dan kemajuan, tidak suka tengok umatnya mundur, hidup dalam kemiskinan, terhina serta dijajah orang lain, bukankah itu menjadi asas perjuangan Kerajaan BN selama ini," katanya.

Sehubungan itu, Najib yang mempunyai program padat sempena lawatannya ke negeri ini, berkata rakyat Kelantan tidak seharusnya menolak kemajuan dan perubahan yang mahu dibawa BN.

"Kenapa kita tidak mahu perubahan, sedangkan Islam adalah agama kemajuan, kejayaan, pembangunan dan kemakmuran dunia serta akhirat. Islam bukan agama yang membawa kemunduran kepada umatnya dan kerosakan kepada bumi ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri percaya selepas 18 tahun di bawah Pas, rakyat Kelantan kini semakin bersedia membuka minda dan menerima penerangan yang diberikan BN mengenai usaha membangunkan negeri ini.

Sambil mengarahkan seluruh jentera BN bekerja habis-habisan, Najib berkata: "Kini adalah masa terbaik untuk BN ambil alih Kelantan. Seluruh jentera BN perlu ketepikan soal remeh temeh. Mereka wajib sokong semua calon yang diputuskan parti."

Pada majlis peletakan batu asas Masjid Kubang Sawa dekat Pengkalan Kubor yang bernilai RM1.4 juta, lewat petang semalam, Najib juga mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak membiarkan Pas terus menyempitkan pengertian dan tafsiran Islam.

Katanya, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah menyatakan komitmen bagi memastikan semua janji dalam manifesto BN Kelantan akan dilaksanakan sebaik diberi mandat kali ini.

Beliau meminta seluruh pengundi Kelantan, termasuk di luar negeri ini, supaya mengundi BN bagi membolehkan perubahan dibuat ke arah Kelantan Baru, Kelantan Maju.

HARAKAH:

Apa dia teras 'Islam Realistik' yang dikatakan Najib?
Mat Zain Mat Isa
Mon | Mar 03, 08 | 8:57:58 am MYT

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Najib Razak sekali lagi membuka mulut mengenai Islam. Walaupun beliau tahu perkara itu bukan bidang pengajian atau ruang lingkup pengkhususan ilmunya, Timbalan Perdana Menteri itu barangkali tidak mahu dilihat terlalu naif dalam hal-hal agama.

ImageApatah lagi apabila berkunjung ke Kelantan. Sebagai negeri yang diperintah sebuah parti pembangkang, apa yang ada di Kelantan sebolehnya akan cuba digambarkan sebagai tidak 'realistik' dengan perkembangan semasa.

Najib berada di Kelantan semalam (Ahad). Dalam ucapannya ketika berkempen di Pasir Puteh, dia cuba membandingkan Islam yang dilaksanakan kerajaan BN dengan Islam yang diterimapakai kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Kata Najib, BN lebih realistik dalam melaksanakan Islam. Sedangkan PAS melaksanakan Islam sekadar luaran dan lebih mementingkan akidah. Ada pun BN, kata dia, lebih mengutamakan kemajuan dan pembangunan negeri. Itu antara yang disebutkan beliau.

Kita tidak pasti sejauh manakah rakyat negara ini, khususnya di Kelantan, dapat menerima penilaian dan penegasan dibuat Najib itu. Apakah benar Islam dilaksanakan BN lebih realistik?

Persoalan itu sebenarnya tidak sukar diulas atau dibuat penilaian. Rakyat sudah tahu corak dan bentuk Islam diterimapakai BN sejak sekian lama. Rakyat juga sudah dapat melihat bentuk Islam yang diterap dan dilaksanakan PAS di Kelantan. Beza antara kedua-duanya boleh diperhalusi rakyat sendiri.

Untuk memudahkan keadaan, berikut disenaraikan semula beberapa prinsip asas atau teras pelaksanaan Islam oleh BN, yang dikatakan 'realistik' oleh Najib itu:

ImagePertama, bukan semua hukum, peraturan dan nilai Islam relevan dengan zaman sekarang. Pelaksanaan 'Islam Realistik' mestilah dibuat secara selektif. Apa-apa yang dirasakan sesuai dan menguntungkan BN, akan dilaksanakan. Mana yang menyusah atau merugikan kerajaan, perlu ditinggalkan.

Bank Islam adalah institusi kewangan berkonsep Islam. Ia aktiviti ekonomi yang menguntungkan negara. Universiti Islam boleh melonjakkan nama negara di mata dunia, terutama di kalangan negara-negara Islam. Ia boleh memberi mileage politik kepada BN.

Penghapusan riba dan arak pula bukan langkah bijak. Ia akan mengurangkan hasil negara. Justeru, walau pun hukum agama mengatakan ia haram, hukum itu perlu dikompromikan dengan keadaan ekonomi negara. Barulah Islam kita 'realistik'dengan zaman kini.

Kedua, wanita Islam tidak perlu menutup aurat. Para pemimpin wanita, terutama isteri-isteri kepada pemimpin utama negara, menteri, timbalan mahu pun ahli parlimen wanita tidak perlu 'dibungkus-bungkus'.

Para peneraju institusi utama negara, seperti naib-naib canselor institusi pendidikan, hakim dan majistret, peneraju sektor korporat dan lain-lain mesti berimej global (tanpa tudung).

Imej bertudung adalah kuno, tidak bertepatan dengan perkembangan zaman dan membatasi kebebasan bergerak. Ia sebenarnya tradisi Arab dan tidak ada kena-mengena dengan ajaran Islam. Wanita bertudung tidak realistik dengan perkembangan zaman.

Ketiga, ulama tidak boleh dijadikan pemimpin negara. Tempat ulama hanya di pondok, masjid dan madrasah. Kalau ada ulama yang berhasrat menyertai politik parti pemerintah, ulama itu mesti dengar cakap dan tunduk kepada arahan pemimpin.

Ulama mesti dipimpin, bukannya memimpin. Barulah mereka dianggap 'realistik' dengan keadaan semasa.

Andai ada ulama yang lantang memperbetulkan kerajaan atas prinsip dan hukum Islam, ulama itu mesti dipecat atau disingkirkan. Yang pegang jawatan dalam kerajaan mesti ditamatkan khidmat. Yang menjadi wakil rakyat mestilah digugurkan.

Ingat lagi apa jadi kepada bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom dalam kes berhadapan tiga ratu cantik dulu? Apa pula rasional di sebalik pengguguran beberapa tokoh agama Umno sebagai calon pilihan raya kali ini?

Keempat, judi adalah sesuatu yang sangat sentimental dengan masyarakat negara. Jangan sekali-kali bercita-cita untuk mengharamkannya.

Membenarkan judi bererti kita meraikan keperluan rakyat bukan Islam. Judi juga menjadikan negara kita terkenal di dunia. Kita ada pusat judi tercanggih atau terbesar di rantau ini. Negara menjadi tumpuan 'tahi judi' antarabangsa walau pun Perdana Menteri kita Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Itulah 'Islam Realistik' namanya!

Menyediakan tempat judi ibarat keperluan menyediakan tandas. Jika tidak disediakan kemudahan untuk itu, orang ramai akan terpaksa membuang air merata tempat.

Bagi mengelakkan rakyat berjudi merata tempat, mereka perlu disediakan tempat khas. Logik 'bangang' itu pernah disebut seorang ulama Umno yang juga bekas Menteri Besar sebuah negeri.

Paling penting, judi memberikan hasil lumayan kepada negara. Ribuan juta hasil judi itu boleh dimanfaatkan untuk kemajuan dan pembangunan. Tengok Kelantan, betapa ia tidak maju dan tidak membangun apabila PAS tidak mendapat hasil daripada aktiviti judi. Sebab itu Islam dilaksanakan PAS, kata Najib, tidak realistik!

ImageKelima, 'Islam realistik' perlu membenarkan lelaki dan wanita bukan mahram bergaul secara bebas.

Contoh yang hidup di atas prinsip ini ialah apa yang dilakukan Imam Nombor Satu BN. Di satu ketika, dialah imam, dialah wali. Di ketika lain, dia pun peluk wanita, pimpin tangan, pegang bahu dan paut pinggang wanita bukan mahram.

Itulah mesra namanya. Islam begitulah yang dianuti BN. Itulah 'Islam Realistik' menurut pendirian Najib.

Prinsip ini tidak diterimapakai kerajaan Kelantan. Sebab itu Kelantan tidak maju. Menteri Besarnya, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, tidak pernah pegang tangan wanita. Ustaz Nik Amar, Exconya juga tidak menunjukkan sikap mesra terhadap Maya Karin, pelakon yang berkunjung ke Kelantan beberapa bulan lalu. Sepatutnya Ustaz Nik Amar bersalam atau pegang tangan Maya, barulah nampak mesra, bukan?

Kelantan turut mengasingkan tempat duduk lelaki-wanita dalam majlis rasmi, perhimpunan dan seumpamanya. Ini juga tidak 'realistik', berdasarkan pendirian Najib itu.

Kelantan juga mewujudkan kaunter bayaran berasingan mengikut gender di pasaraya-pasaraya. Akibatnya semua gedung beli-belah di Kelantan lengang dan tidak dikunjungi pelanggan. Ia hanya menunggu masa untuk ditutup. (Ehem!)

Bagi memulihkan keadaan ini, Kelantan mesti diperintah BN. Hanya BN boleh melaksanakan Islam yang 'realistik'.

Keenam, apabila bertembung antara tuntutan agama dengan kepentingan politik atau negara, maka hukum agama perlu dikompromi. Kepentingan politik dan negara mesti diutamakan.

Kes Perhimpunan Agung Umno bertembung dengan solat Jumaat adalah contoh klasik betapa Islam diamalkan Umno sangat realistik. Mereka mengundi bagi menentukan sama ada ramai bersetuju mesyuarat diterus atau ditangguhkan untuk solat Jumaat.

Kes seorang perenang Malaysia menyeberangi Selat Inggeris beberapa tahun lalu juga satu contoh. Tidak mengapa meninggalkan solat fardhu kerana mengangkat nama negara di mata dunia. Itu fatwa penasihat agama kerajaan mengenai kes itu. Ulama macam ni lah contoh ulama realistik!

Ketujuh, maksiat adalah tanda kemajuan negara. Dalam keadaan tertentu, ia adalah penguji keimanan. Menutup tempat maksiat bukan sahaja tidak realistik dengan perkembangan zaman, bahkan turut menutup ruang umat Islam diuji keimanan mereka. Ia sekaligus menyebabkan lahirnya umat tidak kompeten dan tidak teruji.

Sebab itu ada pandangan mengatakan di antara sebab mengapa Kota Bharu tidak layak diiktiraf sebagai bandaraya ialah kerana ia belum cukup jumlah pusat maksiat. Lihatlah Kuala Terengganu, meski pun prasarana, perkembangan ekonomi, jumlah penduduk dan beberapa kriteria sosio-ekonomi lain jauh terkebelakang berbanding Kota Bharu, ia sudah boleh diiktiraf sebagai bandaraya.

Dalam dunia moden, penilaian kemajuan sesuatu tempat atau negeri diukur berdasarkan status bandar yang ada. Sudah tentu negeri yang ada bandaraya dianggap lebih maju dan ke hadapan berbanding negeri yang tiada bandaraya.

Jika rakyat Kelantan mahu Kota Bharu diiktiraf sebagai bandaraya, berilah peluang BN memerintah. Nescaya dalam masa singkat parti itu akan membuka pusat-pusat maksiat dengan banyak. Islam sebegitulah yang lebih 'realistik' dengan tuntutan kemajuan, sebagaimana diimpikan Najib dan BN.

Ada banyak lagi teras atau prinsip 'Islam Realistik' dilaksanakan BN. Penulis percaya para pembaca sendiri boleh menyenaraikannya lebih panjang.

Apa yang penting, bagi menentukan Islam yang tepat, umat Islam perlu mendalami al-Quran, menyelami hukum Tuhan.

Apakah kita perlu menggadai prinsip agama semata-mata untuk dilihat 'realistik' terhadap perkembangan zaman? Apakah kita tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan dunia semasa kiranya terus berpegang kepada Islam?

Jangan perjudikan masa depan agama. Rakyat negara ini, terutama di Kelantan jangan buat eksperimen dan cuba-cuba memilih BN, walau pun untuk satu penggal. Sekali negeri punah, amat sukar untuk diperbaikinya kembali.

Surah Al-Kautsar



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Surah Al-Kautsar"

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahualam..

Apa lagi alasan anda untuk berputus asa?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Klik atas gambar untuk besarkan.

Hargailah isteri anda



Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri di sisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami
dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap
diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah
izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,

semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi
berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak
masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami

untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain...
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu

(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan
hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, he was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah
kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"




NOTE: PADA ISTERI-ISTERI FORWARD DAN BAGIKAN PADA SUAMI ANDA!

01 March, 2008

Hartanah Schumacher laris di Dubai





BERLIN: Karier Formula Satu pernah dilaluinya mungkin sudah berakhir tetapi juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher masih belum menunjukkan petanda untuk mengurangkan aktiviti luar litar apabila mengabdikan namanya selaku pemilik bangunan pencakar langit.

Pemandu berusia 39 tahun itu mengumumkan persaraan 16 bulan lalu, tetapi selain terbabit sebagai pemandu ujian bekas pasukan lamanya, Ferrari, Schumacher membuktikan dia tetap pantas dalam bidang perniagaan sama seperti ketika beraksi di litar lumba.

Menurut laporan akhbar tabloid Jerman, Bild, Schumacher bercadang memperuntukan sebanyak AS$7.5 juta (RM24 juta) sebagai pemaju hartanah di atas kompleks pejabat setinggi 29 tingkat yang bakal dinamakan atas namanya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengurus Schumacher, Willi Weber mengesahkan urus niaga itu dengan Bild dan berkata, semua ruang pejabat habis dijual dalam tempoh tiga hari ketika kompleks itu dipamerkan di hotel utama Dubai, Burj Al Arab.


“Permintaan menakjubkan. Dalam tempoh tiga hari semua ruang pejabat habis dijual,” kata Weber.

Schumacher property Dunbai

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah




SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

Teka teki sengal



Teka-teki :HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :SELUAR DALAM LERRR

Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...

Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !
Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !

Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .)
Jawapan : mata lah jawapan nyer...

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?
Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki :scorpion kaler apa?
Jawapan :kala jengking la..

Teka-teki lm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip
Jawapan :kerani

Teka-teki :Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :sbab tak hujan

Tipah tertipu,tipu tertipah



Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.

Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde, Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? Peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han... ... ... .?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!

Lawak Ganu



There was this one family of terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil.seven of the family members all together.so the mum said,

mum: guane nih..penuh kete.dok muak ayoh mu wey!

dad: betul jugok.guane nok buak nih?lamo dok sapa kampong.

mum: tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih.kecik do'oh.

and then they thought and thought of the solution to their problem and how to make some space in the car.suddenly their youngest son shouted.

son: abah2,umi2,awang tau doh guane nok buak.kite skarang ade tujuh oghang.tamboh la soghang lagi. baru jadik 'lapang'...

Permintaan terakhir, nyanyian dari penjara




Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.

Atas pemikiran pendek,lelaki tersebut telah menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan kekasih lama wanita tersebut

Lelaki tersebut menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan ke atasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman,lelaki tersebut telah memohon untuk memanggil kawan-kawannya untuk merakamkan nyanyian tulus dari hatinya, dan dengarkanlah lagu tersebut.

Klik di sini untuk download <---

Sebab wanita lebih cepat nampak tua



Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua
wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus
mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si
suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak
ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat
nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak &
TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.
Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya. .. wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..


heheh...... just for fun ok!

Dari dua kacamata



Hadi tak patut gadai prinsip akhlak
KUALA LUMPUR: Golongan ulama dan ahli politik menyifatkan 'fatwa' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membenarkan calon parti itu supaya mengumpat, membuat tuduhan dan mendedahkan keburukan lawan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam dan haram.

Mereka berpendapat Abdul Hadi yang berpendidikan agama sepatutnya mengajak umat Islam berbuat baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa mengelirukan.

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Datuk Prof Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata keghairahan pemimpin Pas itu untuk memenangi pilihan raya boleh merosakkan agama Islam.

"Saya terkilan dan dia sepatutnya membawa orang ramai supaya berfikiran baik. Sebagai contoh kita tengok air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan yang lain. Bermakna ulama yang mutlak adalah ulama yang alim dan boleh mendidik orang lain dengan baik.

"Kita kena kembali kepada hadis yang jelas menunjukkan caci maki sesama Islam adalah fasik, membunuhnya adalah kafir. Kalau nak menang sehingga meninggalkan prinsip agama iaitu akhlak adalah tindakan yang tidak wajar.

"Adakah kita mahu menggadai prinsip akhlak kerana Rasulullah tidak pernah mengorbankan ajaran agama ketika menolak tawaran untuk menjadi pemimpin politik di Makkah," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam membenarkan tindakan itu kerana urusan memilih pemimpin adalah satu perkara yang amat besar selain menepati sistem demokrasi moden.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata calon tidak boleh menyebut perkara yang kurang relevan seperti soal rumah tangga dan anak isteri lawan.

Katanya, mereka boleh membangkitkan persoalan lain termasuk tahap pendidikan, kualiti kerja dan penyelewengan tetapi mesti memastikan ia bukan tuduhan atau agak-agak atau khabar angin.

"Sebarang kenyataan yang benar untuk kepentingan umum dibenarkan, tapi bukan cerita jalanan. Soal rasuah kalau ada bukti, bukan cerita yang diada-adakan sehingga berbohong...itu haram.

"Mengumpat membabitkan peribadi tak dibenarkan melainkan perkara yang membahayakan orang awam dikecualikan dengan kadar yang mesti betul-betul berdisiplin, bukan mempersendakan orang, dijadikan bahan gelak ketawa dan mainan," katanya.

Pakar motivasi profesional, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah pula, berkata perbuatan menghebahkan keburukan dan memalukan seseorang adalah dosa besar.

Katanya, dalam memilih pemimpin, baik dan buruk calon perlu diterangkan secara seimbang bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.

"Kena adil...buruk dan baik kena sebut. Kalau cuma sebut keburukan seseorang untuk menyebabkannya tidak dipilih itu berdosa," katanya sambil menegaskan mengumpat dibenarkan dalam lima situasi termasuk ketika dalam mahkamah.

Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa-Malaysia (IMWU), Dr Robiah Hamzah, berkata kenyataan Abdul Hadi adalah taktik atau kaedah dalam mana-mana pilihan raya kerana ia dibenarkan untuk memilih calon yang dirasakan mempunyai unsur kepimpinan sejati.

Katanya, kempen pilihan raya adalah usaha dan perjuangan untuk mempamerkan dan menampilkan perwatakan sebenar bagi menjadi pemimpin terbaik.

"Saya fikir ia (pilihan raya) dipanggil mahkamah dunia, hakim ialah rakyat. Maknanya orang terbabit dalam pertandingan atau usaha mencari yang terbaik akan guna apa saya yang difikirkan sesuai.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Abdul Hadi tidak boleh mengeluarkan sebarang fatwa kerana ia hanya boleh dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Katanya, fatwa tidak boleh dibuat sewenang-wenang dan Abdul Hadi tiada hak berbuat demikian berkaitan agama Islam.

"Pemimpin politik adalah pemimpin politik, dia bukan ulama tapi dia ulama yang jadi pemimpin politik. Saya berharap pengundi berhati-hati dengan kenyataan berkaitan ajaran Islam," katanya.


Mengumpat dibenarkan untuk elak rakyat terus dizalimi
Saidah Hairan
Fri | Feb 29, 08 | 10:23:03 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Hrkh) - Amat wajar rakyat diberitahu mengenai segala salah laku serta rekod jahat seperti amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selama ini bagi memudahkan rakyat membuat pilihan pemimpin untuk menerajui negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan Islam membenarkan perkara tersebut dilakukan supaya rakyat yang teraniaya tidak terus dizalimi.

Menurut beliau, dalam al-Quran Allah tidak suka berterang-terangan menyatakan perkara yang tidak baik kecuali bagi mereka yang teraniaya.

Beliau berkata, orang yang teraniaya boleh mengungkapkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan terhadapnya.

Abdul Ghani merupakan calon PAS yang bertanding di DUN Sungai Burong dalam pilihan raya umum, 8 Mac ini.

Katanya, menyatakan keburukan pemimpin atau orang yang melakukan rasuah, penipuan, kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka semula.

Menurut beliau, tindakan memberitahu keburukan orang lain atau pihak yang berkuasa itu boleh dan dibenarkan dalam Islam "Begitu juga menyatakan keburukan untuk memberi nasihat kepada seorang perempuan yang mahu berkahwin dan kita tahu lelaki tersebut tidak baik, kita mesti mendedahkan keburukan lelaki itu kepada perempuan tersebut," katanya.

Tambah beliau, walaupun pada zahirnya mendedahkan keburukan seseorang tetapi sebenarnya ia merupakan nasihat bagi menggelakkan kerosakan berlaku di masa hadapan.

Firman Allah bermaksud; "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



Is this man as they said is a corrupt leader,. ?? living in his own wood house like this,.
tinggal di rumah sendiri spt ini, rumah anda semua terlebih baik dan mewah dari rumah beliau. Andaikata pencuri masuk rumah kita, pencuri akan jadi kaya tapi andaikata pencuri masuk rumah MB Kelantandia akan berguling menangis kerana tiada benda dan harta berharga yang boleh di curi dan dia insyaallah akan berubah jadi orang baik kerana di rumah MB Kelantan penuh dengan kitab-kitab dan buku agama. Andaikata nak runtuh rumah MB Kelantan haruslah runtuh kerana banyak-nya kitab-kitab di rumah beliau bukan kerana set sofa, plasma tv, dapur kabinet, set hifi dan segala kemewahan.


kediaman rasmi beliau adalah di JKR-10 di kg Sireh, tp beliau gunakan untuk tetamu kerajaan negeri sahaja dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Adakah Menteri Besar di negeri lain yg 50 tahun di perintah BN benarkan mangsa banjir mendiami kediaman rasmi MB ? ia hanya berlaku di Kelantan.


(inilah dia rumah MB Kelantan sekarang di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu)




compare to this mens,.. part of them..
bezakan,.. dengan mereka-mereka ini


all them live in mansions like this.. have a luxury life,. yang tinggal di rumah istana sebegini dgn hanya gaji menteri..



India Cina sokong PAS

Even the chinese and the indians in Kelantan are defending the Pas Government. Wearing same
shirt.








Image

8,666 pengundi berusia 100 ke atas


Oleh Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata SPR menerima pakai pendaftaran pemilih berkenaan kerana tiada pengesahan daripada agensi berkaitan bahawa mereka yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia.


Beliau juga menjelaskan, nama pengundi yang meninggal dunia selepas daftar pemilih disahkan, akan tetap tersenarai sehingga dikeluarkan selepas tamat suku pertama 2008 pada 31 Mac ini dan dipamerkan April depan.

"Parti politik riuh kata daftar pemilih ada orang mati. Memang ada orang mati sebab daftar pemilih yang diguna pakai ini sehingga 31 Disember 2007.

"Sudah tentu pada 1 Januari lalu ada orang mati, 1 Februari lalu ada orang mati malah pagi tadi (semalam) sebelum awak datang sini pun ada orang mati," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Kamaruzaman mengulas dakwaan parti pembangkang berhubung isu daftar pemilih SPR yang dikatakan mengandungi nama pengundi yang sudah meninggal dunia.

Pada 5 Februari lalu, SPR mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 mengandungi 10,922,139 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Ia mencakupi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2007 membabitkan 200,393 pemilih termasuk 148,969 pengundi baru yang diperakui.

Pada masa yang sama, SPR mengeluarkan 71,569 pengundi daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab pertukaran alamat, meninggal dunia, dilucut hak kewarganegaraan dan sebagainya.

Kamaruzaman berkata, SPR akan mengedarkan senarai nombor kad pengenalan dan nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia daripada 1 Januari hingga 7 Mac 2008 kepada semua Ketua Tempat Pengundi di seluruh negara.

"Ini bagi membolehkan Ketua Tempat Mengundi menandakan di dalam buku Daftar Pemilih Pilihan raya masing-masing bahawa seseorang pemilih berkenaan sudah pun meninggal dunia.

"Dengan ini, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana pemilih yang sudah tersenarai sebagai pemilih yang sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, SPR bukan agensi bertanggungjawab mengesahkan kematian pengundi dan hanya menunggu maklumat daripada pihak lain, termasuk waris pengundi yang meninggal dunia.

Sehubungan itu, beliau meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.

"Apabila kita mendapati nombor kad pengenalan seseorang itu sama dengan pangkalan data dan disahkan sudah meninggal dunia, barulah SPR keluarkan nama individu terbabit dari daftar pemilih," katanya.

Mengenai dakwaan Pas kononnya di kerusi Parlimen Rembau ada lima pengundi sudah meninggal dunia tetapi masih didaftarkan sebagai pemilih, beliau berkata: "Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kata masih hidup, maka kalau pihak berkuasa kata masih hidup, kita kena ikutlah." (patut la ramai yang dah mati pun hidup balik ........ ikut je)

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, SPR mensasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih akan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini, termasuk 1,409,395 orang yang akan mengundi untuk kali pertama.

"Kita meminta semua pemilih berdaftar keluar mengundi kerana kita hendak dapat rekod baru dalam peratusan undi," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-11, 73.9 peratus pemilih keluar mengundi bagi kerusi Parlimen dan 74.99 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN). Peratusan mengundi tertinggi direkodkan pada 1964, iaitu masing-masing 78.9 peratus bagi kerusi Parlimen dan DUN.

29 February, 2008

Fesyen belon



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ubi bentuk kaki



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
JULIAH menunjukkan ubi kemili unik yang berbentuk seperti kaki manusia di Pekan semalam.

PELIK. Sewaktu mencabut ubi kemili di belakang rumahnya di Kampung Tanjong Pulai, Pekan tiga hari lalu, Juliah Ismail tidak menyangka ada satu kejutan untuknya. Semua kerana bentuk ubi yang dicabutnya itu
seakan-akan tapak kaki bayi. Disebabkan bentuknya yang unik, Juliah tidak bercadang menjual penemuannya itu, sebaliknya mahu menyimpannya sebagai tanda kenangan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
JULIAH Ismail cuba membandingkan ubi kemili di sebelah kanan dengan kaki
cucunya, Mohd. Najmi Mod Rozi, 8 bulan di Pekan semalam.

4 perkara yang berharga




Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka... .
  • Akal boleh hilang disebabkan marah.
  • Agama boleh hilang disebabkan dengki.
  • Malu boleh hilang disebabkan tamak.
  • Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

  • Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
    1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
    2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
    3. Ulat akan menarik tubuhnya.
    4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

    Dari Ali r.a yang bermaksud:
    Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

  • Memberi maaf pada waktu marah.
  • Suka memberi pada waktu susah.
  • Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
  • Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

  • Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
    Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

    1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
    2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
    3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
    4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

    Rasulullah SAW menangis



    Pernah Malaikat Jibrail mengunjungi Rasulullah SAW dengan maksud memberitahu apa yang baru ia lihat :
    "Hai Muhammad, kedatangan saya kali ini khusus untuk memberitahukan kepadamu, bahawa Allah mengeluarkan perintah kepada para malaikat supaya menambah panasnya api neraka dan meningkatkan jumlah alat-alat penghembus untuk menyambut akan tibanya hari kiamat yang tak lama lagi"
    Cubalah terangkan kepada saya bagaimana keadaan neraka itu?', ujar Nabi kepada Jibrail.

    Kemudian Jibrail bercerita :
    "Pertama-tama Allah menyuruh dinyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga menjadi merah mawar warnanya. Kemudian Allah perintahkan lagi supaya panas api ditingkatkan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi ungu tua dan gelap warnanya. Jilatan-jilatannya tidak dapat dilihat.

    Demi yang mengutus anda hai Muhammad, sekiranya sehelai saja dari pakaian penghuni neraka itu dilemparkan ke bumi nescayalah mati mendadak segenap penghuninya, insan dan haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Seandainya semangkuk air minum penghuni neraka dicampurkan pada seluruh air yang ada di bumi ini, pastilah mati dengan segera yang meminumnya.

    Gunung-gunung berapi pun akan menjadi cair jika padanya diletakkan sebuah mata rantai neraka yang disebut dalam Al-Quran. Seandainya salah seorang hanya sekejap saja dicelupkan di neraka, lalu dipertunjukkan di bumi, maka akan jatuh pengsan tiap makhluk yang melihatnya, sebab rupanya sangat buruk dan baunya pun sangat menusuk hidung"

    Mendengar cerita tadi Nabi SAW menangis, begitu juga Jibrail as. sebab mereka hiba dan merasa kasihan kepada orang-orang yang tidak sedar, tidak tunduk pada ketentuan dan kaedah-kaedah Allah yang berlaku sejak dahulu.

    Rahsia Berkawan Dengan Orang Berjaya


    Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
    Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.

    Lawak berkembar



    KALAU KU PUNYA EMAIL
    ... ... ... ... ... ... ... .

    Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.
    Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

    Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
    Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..
    Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.
    lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...
    Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

    Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai
    pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...

    Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya...
    Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya... . Setelah bersetuju... Penjual insuran
    berkata..

    "Minta email Puan... "

    "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu
    Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
    Baya ngkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

    Waita itu menjawab:
    "Jadi tukang Sapu di Microsoft"

    Lawak 2

    BUSH DAN POWELL
    ... ... ... ... ... ..

    Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya
    kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".

    Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."

    Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

    Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
    Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"

    Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang dan seorang penjual Basikal"

    Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?"

    Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang kan?"

    Misscommunication



    Memo from CEO to Manager :

    Today at 11 o'clock there will be a total eclipse of the sun. This is when the sun disappears behind the moon for two minutes. As this is something that cannot be seen every day, time will be allowed for employess to view the eclipse in the parking lot. Staff should meet in the lot at ten to eleven, when I will deliver a short speech introducing the eclipse, and giving some background information. Safety googles will be made available at a small cost.

    Memo from Manager to Department Head :

    Today at ten to eleven, all staff should meet in the car park. This will be followed by a total eclipse of the sun, which will appear for two minutes. For a moderate cost, this will be made safe with googles. The CEO will deliver a short speech beforehand to give us all some information. This is something that can be seen every day.

    Memo from Department Head to Floor Manager

    The CEO will today deliver a short speech to make the sun disappear for two minutes in the form of an eclipse. This is something that cannot be seen every day, so staff will meet in the car park at ten or eleven. This will be safe, if you pay a moderate cost.

    Memo from Floor Manager to Supervisor

    Ten to eleven staff are to go to the car park, where the CEO will eclipse the sun for two minutes. This doesn't happen every day. It will be safe, and as usual it will cost you.

    Memo from Supervisor to staff

    Some staff will go to car park today to see the CEO disappear. It is a pity this doesnt happen everyday

    Isu Petrol ; proposal PAS & PKR



    -->Sila download di sini <---

    Sebagai pengundi, kita berhak mendapat informasi dari kedua belah pihak untuk kita fikirkan siapa yang nak dipangkah pada 8hb nanti.

    ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT - AZMIL MUSTAFA



    Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

    Rumusan

    1.Azmil Umur 55 baru nak belajar ARAB dan jihadnya menuntut ilmu mmg hebat.
    2.Allah membantu insan yang berjihad
    3.Kenapa di Malaysia pendidikan Islam tidak ditekankan, malahan di Syria percuma
    4.Budaya memberi sangat tinggi dan itu memang kelebihan orang Arab.
    5.Pengaruh luaran menyebabkan anak rosak tetapi di Syria budaya yang Islamic mencorak hidup anak tersebut.
    6.Di Syria mereka beramal dengan Islam bukan sekadar bercakap contohnya: kaum lelaki mereka menghormati kaum hawa.
    7.Bacalah dan banyak pengajarannya memang kita amat jauh berbanding dengan mereka.


    Written by Siti Mashitah

    APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

    Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?
    Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
    Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

    Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?
    Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja.. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .
    Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

    Puas hati macam mana?
    Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.
    Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
    Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
    Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
    Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.
    Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.
    Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .
    Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

    Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria ?
    Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
    Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
    Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
    Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.
    Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.


    Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
    Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.
    (Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato¡Â¡Ã‚¡ÃƒÂªÃ‚¡Ãƒ¨ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A
    Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .
    Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.
    Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya'.
    Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat..
    Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.
    Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.


    Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?
    Azmil Mustafa
    Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.
    Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?


    Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?
    Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
    Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.
    Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ¡(r)terjajah¡Â¡Ã‚¡ÃƒÂªÃ‚¡Ãƒ¨. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
    Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

    Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
    Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
    Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.
    Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
    Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
    Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.


    Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
    Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.
    Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
    Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.


    Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
    Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.


    Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
    Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
    Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap
    Azmil Mustafabenda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.
    Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.


    Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
    Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

    Nasihat kepada rakan artis
    Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
    Blog Widget by LinkWithin