adsense

01 March, 2008

India Cina sokong PAS

Even the chinese and the indians in Kelantan are defending the Pas Government. Wearing same
shirt.








Image

11 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum kepada mederator blog ini.pertama sekali saya lihat blog ini lebih kepada anti kerajaan.baiklah,maaf kalau tersilap dan terkasar bahasa ok.saya tetap menyokong barisan nasional.walaupun banyak spekulasi mengenai barisan ini hangat diperkatakan.disini saya nak menegaskan,kenapa saya menyokong kerajaan dan kenapa saya tidak menyokong barisan alternatif? Baiklah,imbas semula waktu dahulu ketika pemerintahan Tungku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn.Umno dan Pas bergabung.Betulkan...ini cerita orang dulu-dulu.tapi berpecah akibat percanggahan pendapat.baiklah kenapa Pas ingin berpecah ketika itu?tak seorang tahukan.ketika zaman menuntut kemerdekaan, dimana pejuang-pejuang Pas ini berada? Jika Pas dikatakan sekarang layak untuk memimpin negara,kenapa tidak dari dulu lagi?kenapa serah bulat-bulat kepada pemimpin melayu ketika itu?dan sekarang baru hendak kecoh-kecoh.maaf banyak lagi kelemahan yang telah Barisan Alternatif ini tunjuk.terlalu banyak.Persoalan disini,Pas dikatakan parti islam malaysia, tetapi apa janji yang ditaburkan untuk meraih sokongan dari kaum lain?kelakarkan jika kita mengetahuinya.saya rasa cukup setakat ini sahaja.kita sebagai umat islam tahu untuk menilai macam mana.dan telah dewasa.satu soalan yang saya hendak tanya, dimana letaknya surah yang membenarkan kita boleh MEMAKI,MENGUMPAT,MEMFITNAH dan MENCERITAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN..lebih-lebih lagi sesama umat islam.tak tahukan dimana jawapannya.so kita leh fikir pemimpin jenis apakah ini yang boleh menjatuhkan hukum?

Anonymous said...

Saya sokong admin blog keluarkan berita-berita ini yang tidak akan anda lihat di TV Malaysia. Tahniah admin isuhangat!

sebenarnya awak yang buta sejarah kerana ditipu oleh BN. Pas wujud sebelum merdeka lagi. Di IPTA pun kalau awak ada ambil subjek Tamaddun Islam Dan Asia Tenggara (TITAS) ada belajar mengenainya.
Kalau secara online anda boleh baca di sini:
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=50
Ok kalau pun UMNO dulu yang perjuangkan kemerdekaan tapi itu UMNO dulu bukan UMNO baru yang ditubuhkan oleh Dr M. Kenapa ONN jaafar keluar dari UMNO dan tubuhkan Parti Negara?
Kenapa semasa isu Semangat S46, Tunku Abd Rahman tidak menyokong UMNO baru Dr M?
Adakah UMNO sekarang yg perjuangkan kemerdekaan?

Kami orang BA mendapat info dari kedua belah pihak(TV,akhbar) setiap hari setiap jam. Tapi apa yang awak dapat info ttg BA hanya dari saluran perdana.Awak pasti ke berita tu sahih?

Awak pernah dengar ke ulama menghina BN? awak pernah ke dengar ceramah Pas atau awak dengar melalui keratan-keratan ceramah yang disunting oleh TV-TV dan akhbar-akhbar?

BN sungguh baikkan kerana takde menghina/menfitnah BA dengan rupa gilanya di media setiap hari. Semakin aku tengok berita TV semakin aku nak memangkah BA kerana tau berita yg disampaikan adalah sengaja diada-adakan.
Kenapa kalau PAS berkata sesuatu minta surah? kenapa Pak Lah mengatakan esok takde pembubaran Parlimen lepastu bubar awak tak minta surah boleh menipu rakyat? ke mmg BN dah dasar pembohong dan sekular tak perlu berlandaskan surah?


Lihatlah dari mata burung jangan lihat dari dalam tempurung.

TokCikman said...

Assalamualaikum.Saudara muslimin sekalian,Bacalah kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali.Ada bab yg mengatakan,terdapat 6 sebab yang dibolehkan manusia mengumpat.Pemimpin ini kalau tidak diketahui buruk baik dia,rosaklah negara seperti rosaknya malaysia ni.Org Melayu Islam dah berjuang sejak 400 tahun utk bebaskan negara dari penjajah,beratus tahun sebelum penubuhan UMNO.UMNO disokong oleh penjajah sebab dasar UMNO selari dgn petunjuk penjajah.PAS belum dapat memerintah bukan kerana lemah tapi belum diizinkan ALLAH.Setiap kali tewas pilihanraya,PAS tidak kecewa kerana PAS memang sudah biasa tewas.Bagaimana dengan UMNO?Kalau UMNO betul gentleman,sila benarkan BA bersuara di akhbar dan TV sebagaimana BN bersuara.Mari kita berhujah,berkongsi fakta dan statistik di hadapan seluruh umat malaysia.Bagaimana?Adakah BN cukup berani dan adil untuk itu?Saya dulu adalah penyokong kuat UMNO,tetapi setelah saya luaskan pembacaan,pergaulan ditambah dengan kerenah wakil rakyat,bukan setakat hanya baca di akhbar dan tv yg berat sebelah,maka di situ timbul kesedaran.Kesedaran ini perlu kerana kita semua akan menjadi hakim 8 mac ini.Adilkah seorang hakim di mahkamah jika membuat keputusan dengan hanya berdasarkan hujah sebelah pihak saja?Kalau PAS pernah keluar dari perikatan,Dato ONN pengasas UMNO sendiri telah keluar UMNO kerana sedar UMNO terkeluar dari landasan.Islam itu adil dan keadilan itulah yg dijanjikan oleh PAS.Atas keadilan itulah PAS mendapat sokongan semua kaum.Saya menyeru diri saya dan sekalian muslimin,marilah kita ingat,bahawa di sebalik dunia ini ada satu lagi alam yg pasti.Alam di mana keadilan pasti ditegakkan.Alam di mana mulut terkunci.Mata yang melihat,telinga yang mendengar,kaki yang melangkah,tangan yang memangkah akan menjadi saksi di hadapan ALLAH kelak.Marilah tegakkan kebenaran sebelum ia pasti ditegakkan di mahkamah mahsyar nanti.TAKBIR!!!

Anonymous said...

salam..nmpknya pnyokong BN ni bdk mentah lg..blum habis bc sejarah politik negara..blk umah bc buku sejarah dan politik k..

Chelina said...

Penyokong BN bukannya budak mentah>mungkin dia seorang Dr dan mempunyai master atau PHD tetapi saya kasihan, seperti komen kedua,d dai melihat dari tempurung. Dia mungkin mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja.

Semoga Allah membuka hati beliau.Amin

zis said...

budak ni hidup dengan fikiran yang tak panjang bukan tak cerdik tapi akal dah dimanupulasi oleh puak -puak umno

Qazwsx said...

PAs berjuang tetapi pihak british tidak suka pendekatan Islam yang dibawa PAS.umno nmpk lebih boleh bertolak ansur mengenai agama Islam.sebab tu Hizbulmuslimin diharamkan....aku mek kt:

http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/Mengumpat.htm

ad 6 sebab leh mengumpat:

Alasan-alasan mengumpat dibolehkan

i. Dalam hal penginayaan

Ketika dizalimi/dianiaya orang, lalu mengadu pada hakim agar haknya dapat diperolehi semula. Maka dibolehkan mengumpat seperlunya dengan dibatasi mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan perkaranya sahaja. Sabda Rasullah S.A.W.:

Orang -orang yang mempunyai hak itu boleh mengucapkan alasan-alasannya.

ii. Membetul yang terpesung

Khusus kepada orang yang bermaksiat agar kembali kejalan baik. Namun masih umpatan dibatasi seperlunya sahaja. Dalam keadaan ini pelajar yang melapurkan prilaku maksiat atau bersekedudukannya pelajar lain adalah merupakan tanggungjawap dan bukanlah mengumpat; jika ternyata; lapuran yang diberikan adalah betul; kerana tergolong dalam amal makruf dan nahi mungkar.

iii. Sewaktu meminta fatwa/penerangan hukum agama

Seperti suami yang kedekut yang tidak memberi nafkah yang cukup, lalu mengadu pada hakim/mufti. Seperti kisah Hindun bte. Uthbah menceritakan kepada Rasullah untuk mengelak dari terus dizalimi oleh suaminya.

iv. Menakut-nakutkan agar tidak berbuat jahat

Melihat kejelekan itu pernah dilakukan oleh orang lain. Kemudian kita beritahu padanya akan bahaya atau kesukaran yang dialami sebab perbuatan itu. Tujuannya semata-mata agar bahaya tidak terkena.

v. Diwaktu bertanya orang yang lebih dikenali dengan gelaran :

Bertanya alamat seperti menyebut gelar orang yang dicari seperti Si Pincang, Si Bongkok dll. Semata-mata bertanya minta penjelasan dan diketahui tidak memberi kesan kepada yang dicari ( gelaran mahsyur ).

vi. Memang terang kefasikan orang yang diumpati

Orang yang fasik itu berbangga pula dengan perbuatan cela yang dilakukannya seperti Firaun, Qurrun dan Hannan.

kepada comment pertama,ni lah jawapannya...anda buta sejarah n buta hati....

Anonymous said...

mamat yang first komen tu.. tak pernah gi majlis ilmu kot...
sampaikan ayat yang membolehkan manusia mengumpat pun tak tahu...

anyway, untuk beliau dan kita semua...

ikut saja suruhan junjungan kita (Nabi Muhammad S.A.W)

Jangan lah berjuang kerana BANGSAMU tapi berjuang lah diatas nama UGAMAMU (ISLAM)

Anonymous said...

untuk saudara yg memberi komen pertama itu, tolonglah luaskan pembacaan, pendengaran, pergaulan anda.
Jika anda hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja bagaimana anda boleh mengatakan satu pihak itu salah dan satu pihak lagi benar. Itukan tak adil namanya.
Dahulu saya juga penyokong umno seperti anda, tetapi masa itu saya buta dengan segala infomasi yang ada.
Saya hanya merujuk kepada akhbar, radio dan tv yg dikuasai umno untuk mengetahui tentang sesuatu isu.
Tetapi selepas saya luaskan pembacaan dan pergaulan saya, barulah saya tahu pihak mana yang benar-benar memperjuangkan Islam dan rakyat amnya.
Nasihat saya kepada saudara supaya berfikiran terbuka dan jangan takut untuk meluaskan pembacaan dan pergaulan anda.
Terima kasih

Anonymous said...

sedarlah saudara seIslamku..sedangkan org bukan Islam pun nampak kebaikan parti Islam..kenapa anta xnampak lagi kebaikan dan kebenarannya..Semoga Allah S.W.T membuka pintu hati2 mereka..

Anonymous said...

Pada ano no. 1, teruskan lah pembacaan anda terhadap akhbar Utusan, Berita Harian dan pakulah diri anda pada TV1, 2, 3 dan sewaktu dengannya. Anda terlalu mulia untuk mendapat berita melalui saluran internet seperti blog, You tube dan web site. Memang betul kalau pasal Islam nak macam-macam nas dan dalil tapi kalau bab dunia, pegang bahu, pinggang orang bukan muhrim halal pulak... terang-terang menipu kahwin tak kahwin atau bubar tak bubar takpe pulak.

Regards

Ano yang seterusnya.

Blog Widget by LinkWithin