adsense

14 April, 2008

Bibir yang Sexy




INTERESTING!!



This lady has change her habit on the handphone after her handbag was stolen. Her handbag which contain her mobile, credit card, purse..etc... .was stolen. 20min later when she call her hubby, telling him what happened.

Husband says "I've just received your SMS asking about our Pin number. And I've replied a little while ago". When they rushed down to the bank. Bank staff told them all the $ already withdrawn. The pickpocket has actually used the stolen handphone to sms "hubby" and got hold of the pin number. Within 20 mins withdraw all the money from the bank account.


Morale of the lesson;

Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list. Avoid using name like Home, Honey, Hubby, sweetheart, Dad, Mum etc... ...

Tertinggal kunci dalam kereta



Tak pasti kebenarannya. Fwd dari email

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari
dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock.

Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampiran
tayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia
RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock
button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang
sesuai ).

Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave
Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio
Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Selamat Mencuba. Saya pun belum cuba :)

Tip untuk awet muda

src="http://www.blalang.com/images/blalang_button.gif">

Tip untuk awet muda .
1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram... . senyum sokmo
2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)
3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar
4 :: Berat badan yg ideal
5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat
6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah
7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri anda
8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan
10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian.. teruskan hidup dgn
gumbira
11 :: Sentiasa positive thinking
12 :: Selalu membaca Al-Quran
13 :: Selalu mengambil wudhu'

Lawak pendek - Jeruk Pelam



Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka... Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat..maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah... ada yang bagi hadiah... selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar... lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi. Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa... "Hummm... masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

"Errrrr... sebenarnya cikgu... saya hadiahkan anak KUCING"

Kalau mati dulu..



* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

12 April, 2008

Surf Junky is SCAM!!



Akhir-akhir ini saya selalau dapat spam email yang ajak saya join dan jadi downline mereka program Surf Junky (program autosurf). Cuba search kat google dan akan terima result Surf Junk is SCAM.

Boleh lihat di sini

http://merkey.net/surfjunky/

ANAK KECIL MAIN API








Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


*teringat lagu ni semasa kursus SAHABAT BTN di Tronoh,Perak. Orang BTN nyanyikan lagu ni tiap kali ada kuliah.

Sumber

Tips cegah jenayah


Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :

1. Jangan melawan atau jadi hero!

Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis

Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan

Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank

Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik

Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang

Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat

Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam

Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

9. Wanita dan beg tangan

Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan

Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri

Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda

Kisah malang Mat Rempit



Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok... oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.. maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni... Atan kan superman, takkan ader paper nyer. lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan... "

Kunci moto pon di pulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dr umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik... ... dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah..

Tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memangla kepala die cam pusing ke belakang. (PAKAI baju TERBALIK LER)... Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

pengajarannyer: Mat Motor ... ... ... ... ... ... ... .jangan suka pakai jaket terbalik

Surat jiwang



Cerita nih khas untuk para2 mat-mat jiwang atau minah jiwang! Cerita ni sesuai untuk yang sedang di lamun cinta, sedang mencari cinta, yang putus cinta atau pun tak pernah bercinta. Jika korang semua bukan mat atau minah jiwang atau budak angau korang abaikan lah emel aku nih!!!

Ada satu cerita mengenai seorang lelaki yang paras rupanya tidak lah sehensem tom kurus dan tidak pula macho seperti leornardo dikopi cino ataupun segagah arnold susah nak eja! Tetapi dia seorang yang kaya ... sungguh kaya ... tetapi bukan kaya harta macam harta ismith ulam raja (bukan raja azrina tau), tetapi dia seorang yang kaya budi bahasa, penuh sopan santun dan juga seorang pendiam. Diam-diam pun, diam ubi berisi!!! Al kisahnya, lelaki yang aku maksud kan itu bernama andika (bukan nama sebenar), dia merasa kehidupannya kosong macam tin kosong, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang sedang dilamun cinta. Andika juga seperti kawan2nya yang lain, ada perasaan, ada hati dan juga limpa. Dia sungguh dahagakan kasih sayang seorang kekasih, dahagakan belaian seorang gadis impian dan juga dahagakan air sirap kedai pak mat!

Pada satu hari, ketika dia sedang berlalu di tepi2 jalan di sebuah shopping kompleks, dia terpandang wajah seorang gadis yang mukanya sungguh ayu tetapi bukan siti noridayu, lalu dia mendekati gadis itu yang wajahnya iras-iras pelakon idola iaitu sharifah aleya. Paras muka gadis itu sungguh cantik, gebu dan juga halus macam benang halus! Andika tidak tahan lagi, sampai bila dia harus tunggu, sampai bila harus dia menahan lalu dia terus mencari... . dan terus mencari... akhirnya dia dapat juga jumpa toilet, sejak pagi tadi menahan nak buang kecil! Selepas menunaikan hajat kecil, dia tercari2 di manakah kelibat gadis itu, akhirnya dia berputus asa untuk mencari gadis itu. Lalu pulang kerumah. Keesokannya, andika telah terlewat ketempat kerja, kelam kabut dibuatnya, pasti bos (bukan amir basha tau) dia marah giler kat dia. Inikan bukan kali pertama dia lewat ke tempat kerja, dah la datang lambat, balik nak cepat jer... mana tak bos nya marah. Tanpa dia sedari, terdapat seorang pekerja baru ditempatkan bahagian jabatannya. Pekerja itu seorang perempuan. Apabila andika dapat tahu mengenai berita itu, dia terus mencari siapakah gadis itu. Andika tertanya2 siapa gadis tu? cun kah dia? lawa kah dia tu? cantik kah dia tu? eh sama la tue... .Andika terus mencari dan akhirnya dia jumpa juga pekerja baru tuh. Alamak!!! Andika terkejut, dia kaget... sungguh tak sangka kuala lumpur ni kecik (bukan nora tau) jer, pekerja baru tu sebenarnya adalah gadis yang sama ketika dia terserempak sekitar shopping kompleks semalam! Alangkah gembiranya dia apabila gadis itu berkerja di tempat beliau. Dia memberanikan diri untuk menegur, dia sudah nekad ... . dia sudah memerhatikan sejak dari tadi, lalu dia terus mendekatinya dan apabila saat menghampirinya, tangannya menggeletar... dia sudah nekad dan akhirnya dapat juga dia mencapai pen biru di atas meja nya! Andika mula menulis surat cinta untuk di beri pada gadis itu, wajah gadis itu asyik berlegar2 di ruang kepalanya, andika sudah mula angau... asyik melayani perasaan. Satu persatu madah dia menulis surat cinta. Surat cinta bunyinya lebih kurang begini :

"Kasihku... setiap kali aku terpandang wajahmu, ku rasa bagaikan kemilau jingga menyinari hidupku, bagai gerimis membasahi dihatiku, bagai kuntuman senyuman menyeri pagi... kau lah bungaku... kau lah gadis ku... yang amat ku cintai... . "


Pergghhhh ... . tak larat... . tak larat dengar ayat-ayat jiwang andika nih! pasti gadis tu terpikat dengan gaya bahasa andika yang sungguh indah yang sungguh puitis sekali. Selepas andika meletakkan surat cintanya di atas meja gadis itu, andika tidak sabar menunggu keputusan dari gadis itu. Apakah gadis itu akan membalas surat beserta cintanya? Akhirnya... yang ditunggu2 sudah pun tiba, yang dinanti2kan sudah pun menjelma... sekeping warkah berwarna purple bertinta kan warna merah... . pasti membuatkan andika tersenyum lebar darab panjang darab tinggi! Ketika membuka warkah yang sungguh harum itu yang menusuk di lubang hidung, andika tidak dapat menahan lagi lalu dia terus bersin... "waahhhhh ... surat pun nak letak minyak wangi ke... " kata andika yang tidak sabar membaca isi kandungan surat itu. Surat itu tertulis :

"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa tak perlu dicari."



Alangkah terkejutnya dia, sungguh dia tak sangka... . ayat2 yang tertulis di dalam surat itu sebijik macam lagu siti nurhaliza. Siul betul ... .. Hampeh ... . Apa lagi, terus andika mengonyok surat dan buang ke dalam tong sampah... %#!$*&?+$^%



Tamat ... .


P/S - Cerita ini tidak ada kena mengena atau dikenakan pada sesiapa. Sama ada yang masih hidup atau mati mahupun yang koma.Ini adalah hanya rekaan penulis semata-mata.



Sekian ...


Terkencing dalam bas



Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut
untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri
berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di
waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat
turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama
juga.Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun
sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...
Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah.
Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".
Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk.
Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya.
Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum
jawa tu jawab.."Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada
penutupnya."....

Kisah Cinta Si Cicak -<<@



Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu
tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok
yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui
seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya
melekat pada sebatang paku.
Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata
paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali
dibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan
terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa
bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk
akal.
Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama
10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku
itu!
Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa
yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian,
tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di
mulutnya.... AHHHH!
Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain
yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan
pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat
dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti
memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang
kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir
tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara
lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi,
akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak
peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap
dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

p/s - JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

11 April, 2008

Passport tercantik di India



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Penyanyi baru wanita yang melampau



Peh! melampau betul solekan penyanyi nih

:
:
:
:
>>Loan Info<<
:
:
:
:

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Taat kepada suami - kebebasan sebenar



KETIKA bujang, saya rasa lebih bebas dan merdeka. Apabila berumahtangga, saya rasa terbelenggu kerana suami yang berkuasa atas segala-galanya. Apakah erti kemerdekaan seorang wanita Islam yang bersuami?

Serdang.

Jawapan :
SUDAH menjadi fitrah setiap manusia dilahirkan di dunia ini memerlukan kebebasan. Rasa bebas dan merdeka ini penting demi memelihara maruah dan memupuk keyakinan diri. Sebaliknya, keadaan mengongkong, dijajah dan dikawal berlebihan pula boleh menyebabkan rasa tertindas, terbelenggu dan terhina.

Rakyat ditindas sering bangun menuntut hak kemerdekaan dan kebebasan. Tetapi adakah semua jelas bentuk kemerdekaan dan kebebasan yang dilaungkan itu? Apakah jaminan kebebasan mereka peroleh kelak membawa kebaikan atau mungkinkah ia tiket kepada kemusnahan diri dan bangsa mereka? Menurut Carl Rogers, seseorang itu perlu memaklumkan dirinya erti kebebasan yang sebenar dan pada masa sama, bertanggungjawab terhadap pilihannya itu.

Sebagai umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Allah, kita melihat kemerdekaan dan kebebasan memerlukan takrif lebih tepat dalam konteks manusia sebagai hamba Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (ketika engkau Muhammad berjaya menguasai Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya sangat menerima taubat" (Surah an-Nasr: 1-4).

Ayat di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang luas. Kemerdekaan bukan sekadar pembebasan diri daripada belenggu penjajahan (atau suami) secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat bermaruah dan mempunyai harga diri yang tinggi. Hubungan manusia dengan Allah adalah sumber kemerdekaan sebenar kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama manusia.

Sebelum datangnya Islam, wanita dinafikan hak yang lazimnya diterima oleh lelaki. Wanita dianggap hak milik suami boleh diwarisi oleh anak lelaki suami. Suami pula boleh mengambil beberapa isteri tanpa had dan isteri ini hidup di bawah bayang suami tanpa mempunyai hak mewarisi harta pusaka atau menentukan jodoh dan masa depan mereka apabila suami meninggal dunia.

Rasulullah pada kurun ketujuh Masihi membawa perubahan dianggap sungguh radikal pada zaman itu. Buat kali pertama dalam sejarah tamadun dunia, wanita diangkat setaraf dengan lelaki dan diberikan hak asasi. Mereka dibenarkan bercakap untuk mempertahankan hak mereka, diberi hak waris, mereka tidak lagi diwarisi oleh anak lelaki suami apabila suami meninggal dunia, mereka boleh memohon fasakh daripada suami dan lelaki cuma dibenarkan mengambil empat orang isteri maksimum saja pada suatu masa.

Tohmahan yang dilempar Barat terhadap wanita Islam sebagai golongan yang ditindas dan dianiaya semata-mata kerana memakai hijab, menjaga batasan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim dan taat setia kepada suami adalah tidak tepat sama sekali.

Malahan sekarang pun, wanita Barat yang digembar gemburkan sebagai liberated, sebenarnya adalah hamba media massa yang menentukan saiz dan bentuk badan mereka, fesyen pakaian mereka dan sering diambil kesempatan oleh syarikat pengiklanan.

Bandingkan dengan wanita Islam yang cuma perlu berhias untuk suami, wanita Barat terdesak dengan keadaan perlu sentiasa berhias di dalam dan di luar rumah dan menjadi hamba fesyen.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Itulah keistimewaan wanita Islam.

Islam mengubah segala kezaliman dan kekejaman terhadap wanita Islam memberi wanita hak mewarisi harta pusaka. Islam memberi mereka pilihan untuk memilih pasangan suami mereka. Islam memberi wanita hak untuk mengundi. Kebebasan wanita Islam yang bergantung kepada keterikatan dan taat kepada Allah dan suami bukan bererti tiada kebebasan malah inilah kebebasan yang sebenar.

- Jawapan disediakan Aktivis Wanita, Marihah Suhaimi, dengan kerjasama Wanita JIM.

Pendapat cendekiawan mengenai Nabi Muhammad SAW



Sebahagian dari apa yang dikatakan oleh cendekiawan bukan Islam mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.

* Empat tahun selepas kematian Justanian, beliau (Rasulullah) telah dilahirkan di Mekah, seorang manusia yang akan membawa pengaruh terbesar kepada semua umat manusia - John William Draper:A History of the Intellectual Development of Europe (1875)

* Cara beliau (Rasulullah) memberi layanan kepada musuhnya adalah contoh seorang manusia yang agung. Apabila mengalahkan musuhnya di Mekah, beliau adalah seorang yang paling berkuasa. Bandar yang pernah memekakkan telinga kepada seruannya, yang telah menghina dan menyeksanya sehingga terpaksa melarikan diri, kini berada dalam genggamannya. Menurut undang undang perang, beliau kini berkuasa untuk membalas apa yang pernah dilakukan kepada beliau dan pengikutnya. Tetapi apakah layanan yang beliau berikan kepada mereka? Hati beliau penuh dengan kasih sayang dan beliau mengumumkan bahawa, "dari hari ini anda semua adalah bebas." Beliau tidak membezakan sesama manusia begitu juga tiada sifat membenci antara manusia - Prof K.S Ramakrishnan Rao

* Saya berpendapat bahawa wanita dalam Islam adalah jauh lebih bebas dari Kristian. Wanita dilindungi sepenuhnya dalam Islam berbanding dengan ugama (Kristian) yang menganjurkan monogami. Undang undang mengenai wanita dalam Al-Quran adalah adil dan saksama. Hanya dalam masa 20 tahun yang lepas di England, hak wanita terhadap harta diperkenalkan, sedangkan dalam Islam ianya telah wujud sekian lama. Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa dalam Islam wanita tidak mempunyai sebarang hak - Annie Besant:The Life and Teachings Of Muhammad (1932)



* Undang Undang Muhammad (undang undang Islam) yang menguasai semua, dari yang berkedudukan paling tinggi sehingga yang rendah, adalah satu bentuk undang undang yang paling bijak, paling berkesan dan yang paling objektif dalam sejarah dunia - Edmund Burke:Impeachment of Warren Hastings

* Sekiranya tujuan, kebolehan dan keputusan menjadi kriteria untuk mengatakan seorang itu adalah seorang yang bijaksana, maka tiada seorang pun manusia pun yang boleh menandingi Muhammad (S.A.W). Manusia yang paling agung hanya mampu mencipta senjata, undang undang dan empayar. Mereka hanya mampu mendapatkan kekuasaan sementara yang seringkali tumbang di depan mata mereka. Manusia ini (Rasulullah) bukan sahaja memberi kesan kepada tentera, empayar, manusia dan dinasti, tetapi juga memberi kesan kepada berjuta manusia di dunia ini. Berdasarkan sebuah kitab (Al-Quran) setiap ayat menjadi perundangan, beliau telah menyatukan semua manusia tanpa mengira bahasa mereka atau bangsa mereka - Lamartine:Historie del la Turquie (1854)

* Penyebaran agama Islam adalah satu yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban manusia. Bermula dari sebuah negara yang tidak dikenali, Islam berkembang sehingga setengah dunia dalam hanya satu abad. Ianya telah menumbangkan banyak empayar agung, ugama lain yang telah lama bertapak, membina semula jiwa setiap bangsa dan membina sebuah dunia baru - dunia Islam - A.M Lothrop Stoddard:The New World Of Islam (1932)

* Eropah bergelap semasa matahari terbenam, Cordova terang benderang dengan lampu jalanan; Eropah kotor, Cordova membina seribu rumah mandi; Eropah penuh dengan serangga pengotor, Cordova menukar pakaian mereka setiap hari; Eropah dipenuhi dengan lumpur, jalan di Cordova indah; istana Eropah mempunyai lubang di bumbungnya, istana di Cordova penuh kemewahan; kaum bangsawan Eropah tidak mampu menulis nama mereka sendiri, budak budak di Cordova pergi ke sekolah; paderi Eropah tidak boleh membaca tulisan mereka sendiri, guru guru di Cordova membina ratusan perpustakaan yang tiada bandingannya - Victor Robinson:Islamic Contribution To Civilization

Tip untuk elakkan kehadiran toksin dalam makanan



1. Peti sejuk hendaklah daripada 4 darjah Celcius @ 0 darjah Celcius utk peti dingin beku. Perlu di ingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria,tetapi menghalang daripada membiak.Makanan yg di simpan mestilah dalam bekas yg ditutup @ di bungkus.

2. Basuh tangan dengan teliti sebelum @ selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella @ organisme lain.

3. Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu di basuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

4. Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yg berasingan bagi dading dan sayur-sayuran.

5. Jangan sesekali memakan makanan berkulat.

6. Elakkan daripada menggunakan telur retak yg berkemungkinan mengandungi bakteria salmonella. Bagaimanapun, telur yg sempurna jg berkemungkinan mengandungi salmonella.

7. Mengasingkan makanan yg telah si masak dengan makanan yg belm dimasak @ yg mentah. Ini kerana makanan yg telah di masak lebih mudah tercemar berbanding makanan yang belum dimasak

8. Makan makanan yang yg dimasak serta-merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.

9. Simpan makanan yg telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.

10. Panaskan semula makanan dengan teliti.

Gambar yang tidak tersiar di media arus perdana



MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.

Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar dibawah tidak mungkin tersiar di media arus perdana).

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

TAWARAN KERJA



Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40 tahun



Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan
mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2008 di Jabatan Pertahanan Awam

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.


Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
Jangan marah arrr...





10 April, 2008

Akibat zina



Memang zalim manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ni. Allah dah berfirman "Jauhilah Zina". Inilah akibat mengikut nafsu, lepas tu bila dah malu,senang-senang jer campak bayi tu. Walau apa pun semoga Tuhan memberi hidayah kepada mereka dan dapat kembali ke jalan yang benar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lautan jadi beku



Kekuasaan Allah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips menjimatkan bil elektrik



Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang
selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca
surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.

1) Suis
Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.

2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi,
Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak
digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan
'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.

3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang
cahaya matahari masuk ke ruang yang
ingin didinginkan.

-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin.
Penapis udara yang kotor menyebabkan
penghawa dingin menggunakan lebih tenaga
elektrik.

-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk
keselesaan suhu yang optimum.

-Jangan halang unit luar (compressor) daripada
mendapat kitaran udara yang maksimum.

4) Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.

-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah
cahaya semulajadi.

-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia
bukan sahaja menjimatkan elektrik malah
tahan lebih lama.

5) Kalau nak lebih jimat, boleh guna kaedah penjimatan elektrik seperti di bawah, ada promosi sekarang!

AlatPenjimatan.Com



Kena belasah sampai mati (18SG)



Kena belasah sampai mati??? Kat mana ni? Isk zalimnya diaorang... kalau ya pun jangan lah buat undang-undang sendiri.
Kalau Hukum Hudud pun mencuri hukumannya potong tangan bukan kena hukuman mati.


Info yang saya terima dari komen-komen. Terima kasih kerana berkongsi info berkaitan video ini;

"The barbaric public stoning to death in Iraq of Du'a Khalil Aswad; a 17 year old Kurdish woman of the Yazidi faith by her own people the YAZIDIS (not Muslims) - for loving a Muslim boy. Reported by Phil Black for CNN.


infO : http://www.youtube.com/watch?v=77-6OMB50Vo

kejadian ni berlaku kat iraQ..
budak pmpuan ni bukan islam..
dia bercinta dgn budak islam..
kaum dia tak suka dia bercinta dgn org islam..
so..inilah balasan dia..oleh kaum dia sendiri..
org sekeliling yg tgk..polis pun..
semua biarkan je budak ni kene bunuh..


Keselamatan melampau



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Penjual telur yang melampau



Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

10 kelebihan tiada kekasih



Untuk wanita...

1. Jimat masa

2. Dapat tido lena

3. Tak perlu riso kalu xde miskol

4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik

5. Boleh makan kt mana2 restoren

6. Takde lagi sms boring tgh malam

7. Bley cakap dgn mana2 lelaki

8 Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge

9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn

10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi
Blog Widget by LinkWithin