adsense

21 May, 2008

Guru Oh Guru!





Panduan Yahoo Search Marketing


Belum sampai seminggu seluruh negara menyambut Hari Guru, kejadian guru ditahan lokap kerana memberi amaran akan melondehkan seluar murid yang nakal (anak somebody) member aib kepada guru tersebut dan kerjaya perguruan amnya. Pepatah "kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari" patut ditukar kepada "bapa kencing berdiri, anak kencing sambil buat tarian shuffle". huhuhu


Petikan dari akhbar hari ini:

Guru dapat aib

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.

Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

"Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

"Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain," katanya.

Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin