ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
22 July, 2008
Produk Ajoi
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.
- Sabun mana yang anda gunakan selama ini?
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Ajoi.."
"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"
"Deodorant Ajoi" , jawab pelajar itu.
" Minyak wangi?"
" Minyak Wangi Ajoi"
"Shampoo?"
" Shampoo Ajoi"
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Ajoi ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."
Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Ajoi itu rakan sebilik saya"
hohoho
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment