adsense

07 September, 2008

Tandas dalam bilik



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Isu ini ditimbulkan oleh rakan cyber, saudara lanh

Salam Hormat,

Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan
saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden
sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama
selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil,cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama.

Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.
'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,
orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! - lanh

1 comment:

Anonymous said...

begini,

ehem tu suka tempat2 kotor spt takungan najis dan sampah kerana benda tu merupakan ubat dan makanan pd mereka.

tetapi,

tandas moden tidak lagi menakung najis dalam tandas per se bahkan sudah di flused jauuuuuh dalam tangki indah water dan tempat prkumbahan yang lain.

oleh itu, tak mengapalah tandas dibina dalam bilik tidor pun.

lebih selamat utk anak2 kecil, ibu2 mengandung, warga tua, orang2 sakit, kurang upaya, anak2 dara malah sekelian yang ada, mudah dan bersih.

Blog Widget by LinkWithin