adsense

09 September, 2008

UMNO Penang koyak gambar Dr Koh Tsu Koon



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


ahmad ismail umno bukit bendera penang pc take down koh tsu koon photo stunt 080908 sequenceSebaik sahaja sidang akhbar Ahmad Ismail tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh Tsu Koon dari dinding ibupejabat Umno tersebut.

Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh Tsu Koon dari bingkai gambar dan mengoyaknya dan gesaan supaya Parti Gerakan Rakyat Malaysia dipecat dari Barisan Nasional oleh UMNO Pulau Pinang.

Perbuatan ganas ini ada disiarkan di siaran berita NTV7

Perlakuan ini sangat BAHAYA!

Jika Pak Lah masih lagi mahu mempertahankan tindakan melampau Ahmad Ismail itu, maka tidak mustahil kaum Cina di negara ini akan mendesak parti-parti yang mewakili kaum Cina dalam BN untuk meninggalkan BN seberapa segera. (mudah-mudahan)

Tindakan seperti kebudak-budakan. Bayangkan kalau orang MCA/Gerakan koyak gambar pemimpin UMNO pulak.. tak payah gambar Presiden, gambar Dato Sabery Chik dah la - tentu orang UMNO ni hangin kan. Kalau Ahmad Sabu la buat macam gini agak-agak kena ISA tak?




Hidup UMNO ! Hidup Melayu !Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! atau 16 September on track..? ish takutnya kang jadik Singapore pulak..
Sumber gambar: Malaysiakini Via Nurafalah



Dari siasahdaily.blogspot.com:

Umno memang patut jadi punching bag, kata pemikir MCA

KUALA LUMPUR, 3 Sept: "Umno memang patut menjadi punching bag (tempat melepaskan geram) kerana dia yang mencipta semua isu ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Strategik dan Polisi (Insap) yang dimiliki MCA, Fui K. Soong kepada Siasah.

Fui mengulas tindakan dua calon presiden MCA yang sedang berkempen sekarang yang menjadikan Umno tempat mereka melepaskan geram.

Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA sekarang telah menjadi hamba abdi (slave) kepada Umno manakala Datuk Ong Tee Kiat pula berkata, MCA akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional jika Umno terus dengan 'ketuanan Melayunya'.

Kedua-dua mereka disebut-sebut sebagai pihak yang akan bertanding untuk merebut jawatan presiden MCA selepas Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mahu dicalonkan sebagai presiden MCA lagi.

Detik 16 September..
DSAI naik mahkamah 10 Disember... adakah DSAI akan ditangkap supaya beliau tak sempat menghirup udara luar pada 16 September?

Image
















Gambar hiasan dari Harakahdaily :

MB Pulau Pinang sama-sama mengharungi banjir sambil berpegangan dengan orang kampung. Melayu-Cina-India bersatu dalam PR, retak menanti belah dalam BN.

1 comment:

Anonymous said...

Berhati-hati! takut peristiwa 13 Mei terjadi. Tengok Ezam malam tadi kat TV9 tiup api perkauman.

Berhati-hati juga dengan sms dari pekida. Dulu masa gaduh dengan india di pasir gudang pun diaorang yang mula dulu.

Ya Allah jauhkanlah negara kami dari kezaliman dan huru hara

Blog Widget by LinkWithin