adsense

09 April, 2009

PTPTN oh PTPTN



pinjam duit

Saya telah membuat pinjaman sebanyak RM14,700 dengan PTPTN. Setelah habis belajar dapatlah penyata dari PTPTN dan pada tahun pertama hanya perlu membayar RM53.07 sahaja sebulan.

Dalam hati bagus jugalah PTPTN ni membantu pelajar yang membuat pinjaman dengan membayar jumlah yang sedikit dahulu pada tahun pertama, naik sikit pada tahun kedua dan bayaran tetap selepas tahun ketiga.

Tetapi setelah membayar sebanyak 5 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember sebanyak RM53.07 setiap bulan tanpa gagal rupanya saya hanya membayar balik pinjaman saya hanya RM46 sahaja selama 5 bulan!

Selebihnya ialah bayaran untuk kos pentadbiran.

Itu belum dikira jumlah bayaran melalui Maybank2u akan di caj RM2 sekali tansaksi.

Barulah saya tahu PTPTN membuat potongan tetap kos pentadbiran sepanjang tempoh bayaran balik pinjaman dengan kadar harga 3% (kata dah turun ke 1%)

Rasa tak berbaloi betul di bandingkan dengan jumlah hutang dengan kos pentadbiran pada tahun pertama. Kesimpulannya bayaran balik pinjaman PTPTN pada tahun pertama lebih kepada kos pentadbiran sahaja berbanding dari bayaran pinjaman.

isu PTPTN kos pentadbiran @ isu hangat

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

JAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!

Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang Dikembalikan

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

8 comments:

momotaro said...
This comment has been removed by the author.
momotaro said...

aik!!! kata nak tolong orang melayu? ni nak menjahanamkan orang melayu!!! pinjaman dari MARA bukan semua orang boleh dapat!!!

The Strange said...

perghh..
kejam gile~!!

kingsejong said...

aku tak pernah rasa terhutang budi dengan PTPT'pu, selalu je aku dapat pinjaman lambat, time aku dah sampai tahap makan megi dgn plastik2 sekali, brulah aku dapat pinjaman aku. skrang dah 2 tahun aku grad. aku byar ikut suka aku je. baru RM200 termasuk yang ditolak sbg kos pentadbiran. walaubagaimanapun, tak terlintas di hati aku utk tidak mahu bayar.

Dewata said...

Betul la citer ni. Gua pon terima nasib yang sama. Kalau bayar RM 200 tu, bukan semua tolak hutang. Ada kene caj kos pentadbiran. Tapi bayar tetap kene bayarkan....Huhuhu....

ima77 said...

Pada sape2 yg x puas hati pasal PTPTN boleh e-mail kpd rohaidae@ptptn.gov.my. TQ

Besek Hani Basok said...

memeng betul..samalah nasib dgn saya..saya pinjam jumlah yg lagi banyak dari PTPN...lagi teruk ..kos pentadbiran setiap bulan yg saya kena bayar RM 80 saja sehingga 6 tahun..itu belum masuk duit yg dipinjam..jenuh nak bayar..mcm x habis2 je rasanya...kira2 banyak tu...kayalah PTPTN...

Ab Razak Hj Ahmad said...

kat Malaysia ini ada dua perkara penting yang pelik iaitu pelajaran dan pendidikan kena bayar manakala untuk mendapat 1st class treatment kena bayar beribu ringgit kat private hospital.

Sepatutnya dua perkara ini perlu percuma kerana benda asas dan kalau rakyat berpelajaran tinggi serta kesihatan memuaskan maka boleh menyumbang dan berkhidmat kepada negara. Sudah banyak negara maju di dunia ini yang tidak mengenakan fee atau bayaran untuk dua perkara di atas.

Di Malaysia ni pula dapat offer untuk masuk IPTA atau IPTS dan ada cek pendahuluan untuk PTPTN. Belum start kuliah dah berhutang. Bila graduate je hutang berpuluh ribu nak kena bayar sampai mati.

Sebab itu generasi baru nampak lesu je coz nak membayar hutang. Maaf ya ini bukan soal mentaliti subsidi.

p/s - yahoo... duit hutang study dah habis bayar...

Blog Widget by LinkWithin