adsense

06 May, 2009

Sos PREGO tidak halal?







Dari inbox admin, tak tahu kebenarannya dan tak sempat nak pergi supermarket semak. Sebab itu berhati-hati membeli produk makanan yang diimport. Produk dalam Malaysia pun kena berhati-hati juga takut termakan ba alif ba ya

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls...... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahal aziim....... ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.



"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Iklan Di ISUHANGAT!

5 comments:

Anonymous said...

bole post kan gambar Botol Preggo tak?nak pasti kan...

♥_ritsukaanum_♥ said...

sy da tgk..xde pun

creep said...

tu le aku pun tgk xde pun...

Adzakael said...

saya sll beli sos Prego ni
buat spageti
mmg ade yg halal dan ade yg x halal
yg halal ade tande halal mcm biase la
sllnye yg xde daging dlmnye
(sayuran 100%)

yg tak halal (dan mmg xde tande halal atasnye)
melibatkan sos yg ade wine dan daging (seperti daging khinzir)
moral citer ni?
bace dulu betul2 produk yg nak dibeli,jgn main amik je

RJNa said...

klau yg dalm tin, buatan malaysia. klau nak selamat guna yang tu jelah, x yah nak was-was

Blog Widget by LinkWithin