ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 April, 2007
Info Hangat: 10 Tabiat Merosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Lawak Hangat: I am rich
A laughter show is carrying out in a city, a participant performing on the stage from one hour. All audience rolling on the floor and laughing for his jokes except one big stout man in the middle of the audience sitting proudly and looking serious at him.
After the show completes this participant come and ask that proud man "Sir, everybody clapping to my jokes except you, what make the difference ? you already know my jokes or they are not funny for you?"
The proud man replied "why should I clap and get strained for your jokes, I am rich, so I appointed some people to clap instead, see my back there are 4 people clapping for me".
The participant left that place sadly.
Next day this participant saw the proud man and his wife walking on his street. This guy greeted the proud man and asked "Sir, where are you going by walk, you being rich, no need to walk like this".
Proud man replied "My wife is pregnant ...." Then this participant completed his sentence "oh yes sir, you are rich, you dont need to strain for it, how many people you appointed for this ??"
._.___
Lawak Hangat: Kisah Malam Pertama
Seorang lelaki bernama Rashid yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Jamil. "Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Rashid . "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin." "Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Jamil ingin tahu. "Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?." "Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?" "Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam.""Ye ke? Apa yang kau dah buat?" "Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku." "Wah, gila kau??!" Jamil terperanjat. "Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Rashid dengan muka mencuka. "Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?" "Itulah masalahnya," Rashid menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"
Isu Hangat: Iklan Khurafat Berbahasa Melayu
Iklan yang di pos ke rumah-rumah orang Islam. Nampaknya mereka masih tak reti atau buat-buat tak reti dengan hukum Islam. Tak hormat langsung. Atau adakah orang Islam sendiri yang tidak mahu dihormati apabila tidak mengira hukum berjudi dan kurafat sehinggakan mereka boleh edarkan iklan sebegini. Banyak sambutan kot? So, jangan tak ingat!!!!
Isu Hangat: STATUS HALAL AYAM YANG DIRAGUI
STATUS HALAL AYAM YANG DIRAGUI
PPIM juga mendapati pusat-pusat penyembelihan dan penjualan ayam yang dimiliki oleh mereka yang bukan beragama Islam amatlah kotor dan tidak mengikut status piawaian kebersihan yang sepatutnya. Premis-premis penyembelihan dan penjualan ayam ini berada dalam keadaan yang amat kotor dan diragui status halalnya. Persoalannya, kenapa masyarakat pengguna Islam tidak menyiasat pemilik sebenar pusat penjualan ayam, sebelum mereka membeli ayam tersebut.
Isu Hangat: PETRONAS BEKERJASAMA DENGAN DICK CHENNEY?
Saya terpanggil untuk mengutarakan isu ini kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi mendapatkan kesahihan dan kepastian terhadap keadaan yang amat mendukacitakan ini.Dalam sebuah petikan yang saya baca di sebuah laman web saya terperanjat mengetahui yang Dick Cheney adalah CEO bagi syarikat Halliburton, sebuah syarikat yang terbabit dalam penerokaan minyak di Iraq. Dick Chenney adalah Naib Presiden Amerika yang telah bersubahat dengan George W. Bush bagi memangkinkan keganasan di Iraq atas satu agenda kejam iaitu menakluki hasil bumi terkaya di Iraq. Matlamat utama Dick Chenney adalah minyak di Iraq dan pendedahan pembabitan syarikat penindas milik Dick Chenney iaitu Halliburton perlu di dedahkan ke seluruh dunia.
Seluruh dunia telah sedar dengan kekejaman dan ketamakan Amerika dan strategi sulit mereka bagi merampas minyak di Asia Timur terutamanya di Iraq.Berselindung di bawah syarikat tertentu seperti Halliburton yang diterajui oleh Dick Chenney memang muslihat keji AS tapi malangnya Malaysia juga tidak prihatin dan peka terhadap strategi licik AS.Saya dimaklumkan dan minta ppim siasat dakwaan yang Petronas juga telah memberi kontrak carigali minyak mereka kepada Dick Chenney. Pembabitan Halliburton dalam Petronas bukan sekadar khabar angin tetapi perlu disiasat hingga ke akar umbi. Bagaimana sebuah syarikat gergasi yang menindas umat Islam di Iraq dan mencuri kekayaan bumi Islam diberi kontrak di Malaysia. Butakah petronas atau pun butakah pemimpin Malaysia.AS menyelar Petronas dan Malaysia apabila terbabit dalam urusniaga minyak di Iran tetapi Petronas memberi muka pada Dick Chenney dan konconya membuat keuntungan di Petroans. Memang mengejutkan tetapi inilah hakikat Petronas GLC kebanggaan Bumiputera. Sedih dan kecewa dan saya pohon ppim dan ahli lembaganya tuntut penjelasan dari Petronas jangan sampai Petronas jadi boneka mainan AS.“ In a speech to the Institute of Petroleum in London in 1999, Dick Cheney, then CEO of oil services company Halliburton, commented: “By 2010 we will need on the order of an additional fifty million barrels a day. So where is the oil going to come from? ... While many regions of the world offer great oil opportunities, the Middle East with two thirds of the world's oil and the lowest cost, is still where the prize ultimately lies.”(5) To this analysis, he added a note of frustration: “Even though companies are anxious for greater access there, progress continues to be slow”. http://www.globalpolicy.org/security/oil/2005/crudedesigns.htm#ultimate
Yang benar,Anak Bangsa Berdaulat
Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar
nikah, cepat cepat
kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda
di
sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis
belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu
tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi
kain
sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab
anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan
mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak
sah
itu
adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang
serious
jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.
mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".
Isu Hangat: APAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG ?
So, sapa yang nak makan yong tau fu tuh baik2 laa....
APAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG ?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis kangkung,
kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini
dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman, tapi saya lupa di negara
mana,
yang jelas antara Singapura / Malaysia.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana
ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke
klinik
oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat
sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak
sembuh.
Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang
dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu
kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak tersebut tidak mau makan,
dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji,
ternyata
sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan
kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Dokter segera melakukan
xray,ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan
anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup
mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun
meninggal
dunia.
Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang
kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling
enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu
tidak
akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos
proses
memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak.
lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah
yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya karena
terus menerus menghisap darah yang ada, doktor juga kebingungan,
bagaimana
mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari
dalam usus anak malang itu. Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan
saya
terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini
saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana
menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan
yang ada,
masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala
kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat
menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.