adsense

06 April, 2007

Isu Hangat: PETRONAS BEKERJASAMA DENGAN DICK CHENNEY?


PETRONAS BEKERJASAMA DENGAN DICK CHENNEY?

Saya terpanggil untuk mengutarakan isu ini kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi mendapatkan kesahihan dan kepastian terhadap keadaan yang amat mendukacitakan ini.Dalam sebuah petikan yang saya baca di sebuah laman web saya terperanjat mengetahui yang Dick Cheney adalah CEO bagi syarikat Halliburton, sebuah syarikat yang terbabit dalam penerokaan minyak di Iraq. Dick Chenney adalah Naib Presiden Amerika yang telah bersubahat dengan George W. Bush bagi memangkinkan keganasan di Iraq atas satu agenda kejam iaitu menakluki hasil bumi terkaya di Iraq. Matlamat utama Dick Chenney adalah minyak di Iraq dan pendedahan pembabitan syarikat penindas milik Dick Chenney iaitu Halliburton perlu di dedahkan ke seluruh dunia.




Seluruh dunia telah sedar dengan kekejaman dan ketamakan Amerika dan strategi sulit mereka bagi merampas minyak di Asia Timur terutamanya di Iraq.Berselindung di bawah syarikat tertentu seperti Halliburton yang diterajui oleh Dick Chenney memang muslihat keji AS tapi malangnya Malaysia juga tidak prihatin dan peka terhadap strategi licik AS.Saya dimaklumkan dan minta ppim siasat dakwaan yang Petronas juga telah memberi kontrak carigali minyak mereka kepada Dick Chenney. Pembabitan Halliburton dalam Petronas bukan sekadar khabar angin tetapi perlu disiasat hingga ke akar umbi. Bagaimana sebuah syarikat gergasi yang menindas umat Islam di Iraq dan mencuri kekayaan bumi Islam diberi kontrak di Malaysia. Butakah petronas atau pun butakah pemimpin Malaysia.AS menyelar Petronas dan Malaysia apabila terbabit dalam urusniaga minyak di Iran tetapi Petronas memberi muka pada Dick Chenney dan konconya membuat keuntungan di Petroans. Memang mengejutkan tetapi inilah hakikat Petronas GLC kebanggaan Bumiputera. Sedih dan kecewa dan saya pohon ppim dan ahli lembaganya tuntut penjelasan dari Petronas jangan sampai Petronas jadi boneka mainan AS.“ In a speech to the Institute of Petroleum in London in 1999, Dick Cheney, then CEO of oil services company Halliburton, commented: “By 2010 we will need on the order of an additional fifty million barrels a day. So where is the oil going to come from? ... While many regions of the world offer great oil opportunities, the Middle East with two thirds of the world's oil and the lowest cost, is still where the prize ultimately lies.”(5) To this analysis, he added a note of frustration: “Even though companies are anxious for greater access there, progress continues to be slow”. http://www.globalpolicy.org/security/oil/2005/crudedesigns.htm#ultimate

Yang benar,Anak Bangsa Berdaulat

No comments:

Blog Widget by LinkWithin