ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
23 June, 2007
Pelajaran Jawi
Yang Ini Huruf Kha
" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "
" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "
" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "
" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "
" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "
" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "
" Saya, cikgu "
" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "
" Saya kenal cikgu "
" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "
" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "
" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "
" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "
" Cikgu ... "
" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "
" Yang mana ? "
" Yang ini ... "
" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "
" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "
" Huruf Khaaa ? "
" Hahhahhahhahahha .... Hahahahhahahaha ..... "
sedekah dan sains
Nikmat bersedekah
Oleh KHAIROL ANUAR MASUAN
PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh. Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin. Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang. Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI). Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat). Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia. Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah. Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Umar bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Abu Bakar yang bersedekah seluruh hartanya. Kita?
Oleh KHAIROL ANUAR MASUAN
A challenging puzzle
There are three houses one is red ,one is blue and one is white. If Think !!! Answer is
Guess!!!!!!
You said " White house is at the middle " ?????? No !!! Answer is .
White house is in Washington DC : ) ) | |||
|
--
Do you want to send free SMS messages?
Hello,
Do you want to send free SMS messages? Then become a member of http://smscity.com and send free & cheap SMS's every day! Sign up quick and free @ http://smscity.com
Advantages http://smscity.com
* Free SMS every day;
* Directly 20 free SMS credits;
* Your own number as sender;
* Follow status report of your SMS;
* Earn free SMS free and simple;
* Phonebook & SMS History;
* Group SMS and Plan your SMS's;
* SMS anonymously;
* And many more!
I truly hope you are going to use http://smscity.com! :)
Regards,
~blalang
Golden Turtle
Link & Image: QQ
Where's My Lake?
Where's My Lake?
Park rangers in Chile discovered an empty crater where a five-acre glacial lake used to be just a couple of months ago:
When park rangers patrolled the area in the Magallanes region in March, the two-hectare (five-acre) lake was its normal size, officials say. But last month they found a huge dry crater and several stranded chunks of ice that used to float on the water.
One theory is that an earthquake opened up a fissure in the ground, allowing the lake's water to drain through. "In March we patrolled the area and everything was normal," Juan Jose Romero from Chile's National Forestry Corporation, Conaf, said.
"We went again in May and to our surprise we found that the lake had completely disappeared. All that was left were chunks of ice and an enormous fissure."
Long-Lived Two-Headed Snake Dies
A two-headed snake named "We," the main attraction at the World Aquarium, has died. The 8-year-old rat snake died of natural causes during the weekend, said caretaker Leonard Sonnenschein. Most two-headed snakes survive for only a week or two. Link
Resepi AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA
Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..
Ok cara-caranya plak;
Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung
yg dahpun akil baligh.
Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2
panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak
panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan
senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah
bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda
melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung
anda balik rumah sebab kaki anda krem.
Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil
jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari
anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka
minyak sudah betul-betul panas.
Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak
perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur
tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi
kuali dalam skala 90 darjah.
Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di
pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk
menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar
mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.
Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada
hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai
hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh
ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan
ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke
MENU INI DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP ROKIAH DAN SUAMINYA.
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”
22 June, 2007
Tazkirah Jumaat: Ciri-ciri munafik sejati (BHG 2)
Posted on Monday, June 18 @ 21:25:48 MYT by greenboc
Oleh AinulAbabil
"Berikut adalah ciri-ciri munafik yang seterusnya. Sebagai seorang Islam yang mengaku beriman, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menghindari sifat-sifat demikian. Berdoalah supaya kita tidak tergolong dalam golongan munafik.....Na'uzubillah.
5. Malas Solat
Firman Allah s.w.t. "...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas..." (An-Nisaa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu dengan rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apatah lagi untuk menyemak dan menghayatinya.
6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. Apabila bersama orang lain dalam satu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik. Begitu juga dengan tutur bicaranya yang lemah lembut. Namun jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
7. Sedikit zikir
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 142, "Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan mereka, dan tidaklah mereka menyebut Allah melainkan sedikit sekali."
8. Mempercepatkan solat
Mereka adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya dan hanya sedikit mengingati Allah s.w.t. di dalamnya. Fikiran dan hati tidak bersatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. dalam solatnya.
Hadis Nabi s.a.w. "Itulah solat orang munafik.....lalu mempercepatkan empat rakaat (solatnya)."
9. Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Mereka memperlekehkan orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandungi cemuhan dan celaan. Mereka memperkecil-kecilkan usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk mentaati Allah dan RasulNya.
"(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih." (At-Taubah: 79)
10. Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah dan Rasulullah s.a.w.
Termasuk dalam kategori Istihzaa (berolok-olok) adalah memperolokkan hal-hal yang disunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh kafir.
Katakanlah; Apakah dengan Allah s.w.t., ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah: 65-66)
"Dan apabila diturunkan suatu surat, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira." (At-Taubah: 124)
11. Bersumpah Palsu
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..." (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadalah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya, "Demi Allah, sebenarnya kau adalah orang yang paling aku sukai; Demi Allah, sesungguhnya kau adalah sahabatku".
"Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna." (An-Nisaa': 62)
"Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu)." (At-Taubah: 56)
12. Enggan berinfaq (membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t. atau bersedekah
Orang-orang munafik memang selalu menghindarkan diri daripada hal-hal yang menuntut pengorbanan untuk kebaikan ummah. Baik berbentuk harta mahu pun jiwa.
Kalau pun mereka berinfaq, bersedekah dan mendermakan hartanya, mereka lakukan dengan riya' dan sum'ah. Mereka lakukan tanpa keikhlasan.
Metro Kajang mohon maaf atas salah faham iklan
M Khaleel Kas Thu | Jun 21, 07 | 05:51:07 PM | |
KUALA LUMPUR, 21 Jun - Pihak pengurusan melalui Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan Metro Kajang Holdings telah menyampaikan permohonan maaf mereka melalui ruangan komen yang dihantar kepada Harakahdaily.net sebentar tadi (21 Jun 2007 - 5.33pm). Menurut pihak berkenaan, Metro Kajang mengambil sepenuh tanggungjawab atas segala salah faham dan memohon maaf atas iklan yang disiarkan tempohari. Tambah mereka, jawatan yang diiklankan adalah khusus untuk perniagaan yang berunsurkan tidak halal dan dengan itu tidak bersesuaian dengan orang-orang Islam. __________________________________________________________ Berikut adalah kenyataan penuh daripada Metro Kajang Holding: HR Dept. of Metro Kajang Holding Per: Kenyataan Penjelasan Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di dalam iklan jawatan kosong kami yang bertarikh 2hb Jun 2007 di dalam suratkhabar “The Star” dan ingin memohon maaf di atas segala salah faham. Jawatan kepada Pengurus Quality Assurance, Pengurus Pemasaran dan Eksekutif Akaun (bertempat di Batang Berjuntai, Selangor) adalah khusus untuk perniagaan yang berunsur TIDAK HALAL. Dengan itu, jawatan tersebut adalah tidak bersesuaian untuk mereka yang beragama Islam. Adalah menjadi polisi Syarikat kami untuk mengamalkan peluang pekerjaan kepada pelbagai kaum. - mks. |
Mencari kesempurnaan
Ini kisah pertemuan kembali 2 sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka merindui satu sama lain. Mereka berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah café'. Awalnya topic yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah-sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latiff kepada temannya, Borhan yang sampai sekarang masih membujang.
"Hmmm...sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya au masih membujang. Dulu waktu aku bekerja di utara semenanjung,aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fakir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri."
"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin intim baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ"
"Di Ipoh, aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok. Jantungku berdegup kencang dan ketika itu aku pun terfikir bahawa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggungjawab.
"Di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahuid ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."
"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hinggalah pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."
"Kemudian bagaimana?" pintas Latiff tidak sabar-sabar apabila mendapati Borhan diam seketika. " Apa yang terjadi?" Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latiff lagi apabila mendapati Borhan terus mendiamkan diri.
"Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."
********************************************************************************************************************************************
Faham dengan apa yg tersirat di atas? Nobody's Perfect! Jgn mensia-siakan sesiapa yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari kesempurnaan, cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.
Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan tetapi di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidah terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya