ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
22 June, 2007
Mencari kesempurnaan
Ini kisah pertemuan kembali 2 sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka merindui satu sama lain. Mereka berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah café'. Awalnya topic yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah-sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latiff kepada temannya, Borhan yang sampai sekarang masih membujang.
"Hmmm...sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya au masih membujang. Dulu waktu aku bekerja di utara semenanjung,aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fakir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri."
"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin intim baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ"
"Di Ipoh, aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok. Jantungku berdegup kencang dan ketika itu aku pun terfikir bahawa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggungjawab.
"Di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahuid ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."
"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hinggalah pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."
"Kemudian bagaimana?" pintas Latiff tidak sabar-sabar apabila mendapati Borhan diam seketika. " Apa yang terjadi?" Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latiff lagi apabila mendapati Borhan terus mendiamkan diri.
"Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."
********************************************************************************************************************************************
Faham dengan apa yg tersirat di atas? Nobody's Perfect! Jgn mensia-siakan sesiapa yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari kesempurnaan, cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.
Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan tetapi di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidah terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment