adsense

22 June, 2007

Metro Kajang mohon maaf atas salah faham iklan



M Khaleel Kas
Thu | Jun 21, 07 | 05:51:07 PM


KUALA LUMPUR, 21 Jun - Pihak pengurusan melalui Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan Metro Kajang Holdings telah menyampaikan permohonan maaf mereka melalui ruangan komen yang dihantar kepada Harakahdaily.net sebentar tadi (21 Jun 2007 - 5.33pm).

Menurut pihak berkenaan, Metro Kajang mengambil sepenuh tanggungjawab atas segala salah faham dan memohon maaf atas iklan yang disiarkan tempohari.

Tambah mereka, jawatan yang diiklankan adalah khusus untuk perniagaan yang berunsurkan tidak halal dan dengan itu tidak bersesuaian dengan orang-orang Islam.
__________________________________________________________
Berikut adalah kenyataan penuh daripada Metro Kajang Holding:
HR Dept. of Metro Kajang Holding
Per: Kenyataan Penjelasan
Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di dalam iklan jawatan kosong kami yang bertarikh 2hb Jun 2007 di dalam suratkhabar “The Star” dan ingin memohon maaf di atas segala salah faham.

Jawatan kepada Pengurus Quality Assurance, Pengurus Pemasaran dan Eksekutif Akaun (bertempat di Batang Berjuntai, Selangor) adalah khusus untuk perniagaan yang berunsur TIDAK HALAL. Dengan itu, jawatan tersebut adalah tidak bersesuaian untuk mereka yang beragama Islam.

Adalah menjadi polisi Syarikat kami untuk mengamalkan peluang pekerjaan kepada pelbagai kaum. - mks.



No comments:

Blog Widget by LinkWithin