adsense

23 June, 2007

Resepi AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA



Resepi kita hari nie ialah

Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya plak;

Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung
yg dahpun akil baligh.

Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2
panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak
panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan
senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah
bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda
melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung
anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil
jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari
anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka
minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak
perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur
tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi
kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di
pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk
menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar
mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada
hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai
hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh
ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan
ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke

MENU INI DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP ROKIAH DAN SUAMINYA.
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”

No comments:

Blog Widget by LinkWithin