adsense

19 July, 2007

Malaysia hanya layak lahirkan jersi bukannya pemain!



Helmi Khalid
Thu | Jul 12, 07 | 06:49:53 AM

Penulis dengan bolasepak bukanlah alim sangat, tapi pernah jugalah pakai jersi bola wakil sekolah rendah sebagai penyerang utama (Sekolah Rendah Sri Gunong, Alor Star), guru yang melatih kami waktu itu, Cikgu Ahmad Bakar.

Bila sambung ke sekolah menengah (Kolej Sultan Abdul Hamid) minat main bola itu ada, tetapi dek kerana di sekolah itu ada kelas sukan yang menghimpunkan jaguh-jaguh sukan bawah 12 tahun dahulunya dari seluruh negeri Kedah, rasa macam kerdil sangat nak bercampur dengan mereka, skil mereka lebih tinggi, stamina pun nampak kuat, serba serbi mereka lebih.

Waktu sekolah menengah jugalah, penulis kenal ramai jaguh sukan negeri, antaranya Azmi Mahmud, bekas penjaga gol Kebangsaan dan Kedah; Kamal Idris Ali pemain Kedah sebagai pengawas di asrama A waktu itu; Zabidi Sharif, killer takraw negara; malah waktu tingkatan dua (2C3) Guru Bahasa Malaysia adalah jurulatih skuad Kedah, Cikgu Ahmad Shafie.

Waktu kecil, penulis yang kebetulan tinggal dalam kuarters, ada ramai kawan yang 'berkaki bola', apa tidaknya dalam kawasan kuarters itu kami boleh ramai-ramai main bola waktu petang, kalau hari cuti main dari pagi hingga matahari rembang.

Penulis sebagai anak sulung dipanggil Mokhtar Dahari oleh kawan-kawan, adik yang muda selang tiga tahun, mereka gelar Hassan Sani, waktu itu umur penulis dalam lingkungan 10 atau 11 tahun, begitulah.

ImageKebetulan ada sehelai t-shirt warna kuning, kalau tak salah t-shirt free dari sebuah pasaraya yang menyambut ulangtahun ke-10 perniagaannya di Alor Star, dicop angka 10 di hadapan baju, megah tak terkata la bila pakai baju tu sebab angan-angan sedang pakai jersi Mokhtar Dahari.

Nak bagi real lagi, penulis tulis sendiri angka 10 besar-besar di belakang baju dengan pen marker, bukan baju tu saja, ada dua tiga helai baju lagi yang menjadi mangsa, mak marah jugalah, tapi dah minat pada Mokhtar, nak buat macam mana.

Payah juga nak menyambung tulisan ini sebab terkenangkan perangai penulis ketika itu, minat sungguh dengan Mokhtar Dahari, itu kisah lebih 20 tahun yang lalu.

Minat pada bolasepak pernah terpadam sedikit masa lalu apabila sukan ini sekitar penghujung 80-an jika tak salah, digemparkan dengan gejala rasuah yang turut melibatkan beberapa pemain Kedah waktu itu.



JUAL BELI EGOLD DI MALAYSIACLICK HERE





18 July, 2007

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Ads by AdGenta.com


Baru-baru ni saya demam jadi saya teringat ade sorang sahabat yang keje kat JKR pernah hantar artikel pasal demam hari tu. Saya nak kongsi dengan anda pulak. Semoga bermanfaat.

Wallahualam..

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?



Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :


"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)


Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.


Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.


Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.



Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?


Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.


Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.



Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.



Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.



Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :



Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)



Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".


Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada


Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.


Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.



Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :


"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?


Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".


Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)


Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.



Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.


Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.


Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
.

Info: Jemputan



Assalamualaikum...........

Jemputan ke Forum perdana pada ketetapn di bawah :


Tarikh : 21 Julai 2007 (Sabtu)
Masa : 8.30pg - 12.30 tgh hari
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Yuran : Awam - RM 20
Pelajar - RM 10


Bersama :

Dr. Muhammad uthman El-Muhammady (istac uia)
"Kefahaman Islam Arus Perdana Mendepani Cabaran Globalisasi"


Us. Hj Zamihan Md Zain (JAKIM)
"Ancaman Liberalisme
& Pluralisme"


Us. Hj Mahfuz Mohamad
"Ancaman Terhadap Ahlu Sunnah Wal Jamaah"


Anjuran :
Persatuan Ulama' Malaysia Caw. Wilayah Persekutuan KL


Dengan Kerjasama :
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT)


Ayuh muslimin dan muslimat sekalian...menambahkan ilmu agar kita lebih
memahami dan menghayati islam dalam erti kata yang hakiki..


Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

013 - 671 4932 (Ustaz Khairul Anuwar)

Jamilah margono dan cintanya




Faisal Tehrani
Wed | Jul 18, 07 | 03:35:44 PM

(Edisi khas Milla Margono sempena meraikan 'stupid debate' Kolej Kediaman ke-12 Universiti Malaya. Ya Rabbi, sejak kami keluar dari UM inikah generasi yang mendiami kubu intelektual ini!)

ADA seorang teman Milla, namanya entah apa. Selalu benar bila berbahasa melayu itu dipelat-pelatkan seolah-olah tak berapa nak jelas jati diri bangsanya. Padahal, temannya itu orang Jempol Negeri Sembilan. Alasan temannya itu ialah kerana dia berdarah minang, tionghua, India dan arab juga. Aneh sungguh, bak kata Milla, melayu manalah di Malaysia ini yang tidak ada darah campur mengalir dalam pembuluh darahnya. Tetapi elok sahaja berbahasa ibunda. Mak Ungku dan pak Ungku Aziz itu lebih pekat darah Turkinya tapi elok saja jadi melayu.

Sebenarnya teman Milla itu tidaklah matang pun, budak sahaja lagi. Baru berusia 20 tahun agaknya. Tetapi entah siapa yang salah kita pun tidak tahu. Dia sungguh mengagungkan budaya yang bukan budaya diri sendiri. Memanglah zaman beredar, masa berubah tetapi nilai-nilai tradisional yang baik mesti dipertahankan kerana nilai-nilai itu telah terbukti berjaya. Macam takkanlah kerana zaman sudah berubah dan dunia sudah moden, maka kita boleh kurang ajar dengan mak bapak?

Teman Milla itu selalu berbual-bual dengan bahasa Inggeris yang tak cukup makan. Bila nampak dari jauh sesiapa yang beri salam, macam tak suka pula tapi kalau laung dari jauh, how are you, you look gorgeous, thank you, oh my God you are so beautiful, not very muchlah…

Mak oiii, kalau ya pun nak kebaratan takkanlah nak tanggalkan semua daki berkarat di badankan? Milla memang macam tak masuk sedikit dengan budak itu. Dia buat-buat macam pandai dan intelektual bercakap tentang isu penjajahan dan betapa Barat menggunakan budaya mereka untuk menyerang bangsa Timur. Tetapi alahai nampak macam pandai tapi berderai.

Milla bukan konservatif maut, Milla bukan tradisionalis ekstrim atau jenis ortodoks. Milla sederahana, macam yang pernah saya ceritakan dulu, dia seimbang. Milla misalnya hormat dengan penyanyi senior Anita Sarawak. Selain disiplin tinggi, selangit sejulang mana pun kak Nita sungguh rendah diri. Dia duduk bertahun-tahun di luar negara tetapi tak hilang bahasa dan budinya. Masih makan belacan dan bila ditanya tentang pengharaman Botox, kak Nita kata haram baguslah buat apa nak lawan sebab yang eloknya perempuan Melayu gunakan akar-akar kayu! Milla seimbang, dia tak melenting tiba-tiba, kalau ada usaha nak malukan bangsanya, melayu-jawa, memang Milla akan berang.

Teman Milla yang masih budak itu sebetulnya macam keliru sebab kawan dengan orang yang salah. Kawan-kawan budak itu ada kaki syabu, ada lelaki tak cukup sifat, ada minah ronggeng dan macam-macam lagi. Mungkin mak atau bapak budak itu pula percayakan anaknya habis-habisan. Ada orang menyampaikan yang anaknya duduk cium-cium mulut dekat gerai nasi lemak Taman Greenwood pun dia anggap fitnah, padahal orang di Medan Selera itu rasa mual dan rasa macam nak muntah.

Semoden mana pun masyarakat kita, bak kata Milla, masih ada kriteria moral yang tunggal untuk digunapakai. Garis panduan moral itu ialah samada adat, tradisi atau agama. Dalam agama Buddha sekalipun ada garis panduan supaya umatnya tidak berbuat perkara jenayah. Dalam agama Kristian sekalipun ada dorongan untuk melakukan yang baik.

“Kau tahu budak itu macam bangang pulak aku tengok. Dia nak ikut moral mana? Moral Hollywood? Kau tahu bila Janet Jackson terlondeh baju sebelah dan terdedah separuh dadanya dalam satu konsert dengan Justin Timberlake, masyarakat Amerika mengecamnya. Filem tak bermoral macam Brokeback Mountain meski baik dari segi struktur filemnya tetap tak dapat filem terbaik berbanding Crash yang mereka rasakan lebih tidak memberi mudarat dari segi moral. Satu masa dulu bila filem Pulp Fiction ditayangkan di Amerika dan jadi calon filem terbaik untuk oscar, Oprah Winfrey bertanya soalan dalam rancangannya, ‘takkan kita nak menangkan filem yang tidak bermoral seperti ini? Dah teruk sangat ke moral dan mentaliti rakyat Amerika?”

Saya faham apa yang Milla maksudkan. Saya akui saya seorang konservatif (sebenarnya saya liberalis bertempat!) tetapi Milla bukan begitu. Milla seorang yang suka hal-hal budaya. Suka mengumpul songket dan kebaya dan benar-benar tergiur untuk menjadi perempuan melayu yang jelita.

Kata Milla lagi, “Perempuan Melayu nampak cantik selagi berbudaya, bila duduk mengangkang di Starbuck Coffee sambil merokok kerana rasa itu macam kelas, alangkah ruginya.”

Milla kadang-kala merujuk kepada aktres Indonesia, Dian Sastrowardoyo, menurut Milla, saya tak tahu betul atau tidak, Dian sungguh bersopan, pandai berbahasa dan kalau bercakap berhati-hati tak sampai menimbulkan konntroversi. Bila Dian masuk Islam, dia memberitahu dia mahu mendalami agama barunya tanpa ada desakan dan tanggapan.

Dalam keadaan hari ini di mana ada banyak filem yang merosakkan fikiran kita, atau cereka televisyen yang sungguh mengelirukan, di tambah dengan novel-novel yang hanya bercerita dan berasaskan hiburan tanpa ilmu, pengajaran dan nasihat, jadilah masyarakat kita kosong spiritualiti.

Petang itu bila saya ketemui Milla, saya kagum melihat dia berbaju kurung sempurna dan memberitahu saya dengan lembut tetapi ayu, ”Sebenarnya Zal, bila kita jadi manusia, ada dua hal yang kita mesti faham. Manusia ini terbahagi kepada fizikal atau jasad dan juga kepada spiritual atau roh. Fizikal manusia memerlukan makanan. Kita makan nasi lemak, nasi goreng, tom yam dan lain-lain atau vitamin dan sebagainya. Tetapi manusia juga ada roh yang memerlukan makanan. Hal-hal agama, kesenian, kebudayaan seperti inilah makanan roh atau spiritualiti kita. Budak yang tak tahu bahasa itu adalah contoh budak yang lapar spiritualitinya. Aku kasihan melihatnya…”

Benar kata Milla, untuk jadi kelas bukan dengan kita tahu bahasa asing tetapi tak tahu bahasa ibunda. Untuk jadi kelas, bukan dengan angkuh terikut-ikut budaya Barat. Untuk jadi kelas ialah dengan megah apa yang kita ada iaitu budaya sendiri, agama sendiri, bahasa sendiri, budi sendiri dan jati diri sendiri. Orang yang malu mengaku mak sendiri mak adalah orang yang cabul. Orang yang malu mengaku tanahairnya sendiri pesaka tanah bangsa adalah orang yang cemar dan orang yang berani menghina budaya sendiri atau agama sendiri, dan keliru jati diri kerana terpengaruh dengan falsafah-falsafah yang ada, maka sayang sekali…mereka terus keliru kerana tak mahu mencari kebenarannya.

Petang itu saya bangga sekali lagi dengan Milla. Dan menyenanginya sebagai perempuan paling kelasan! - mks.

Modern Hidden Camera



Ladies,
Be careful of who is standing next to you.

This is happening in Malaysia, not only
in Japan




Lagi isu Nuri



Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968, ketika negara membeli sebanyak 31 buah pesawat dari AS. Bermula 25 April 1969 sehinggalah 29 Mei 2004, sebanyak 17 insiden nahas telah berlaku. Ia menjadi 18 jika dicampur kejadian terbaru.

Bermakna lebih separuh pesawat Nuri telah musnah - 15 termasuk yang terbaru - terhempas. Dua mendarat cemas. Satu ditembak oleh pengganas komunis di Gubir Kedah pada 26 April 1976.

Jumlah korban yang melibatkan anggota tentera, pasukan polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri. Sementara jumlah yang hilang adalah tiga orang.

Jumlah yang terselamat pula disepanjang peristiwa berkenaan termasuk mereka yang tercedera ialah 40 orang.

Sekiranya bentuk insiden diambil kira, kita akan menyaksikan hampir kesemuanya jatuh terhempas kecuali yang ditembak oleh pengganas komunis di Gubir, selainnya adalah berpunca dari masalah teknikal.

Dalam nahas terbaru, wira muda kita menjadi mangsa. Usia juruterbangnya, kapten dan pembantu juruterbang baru 27 dan 24 tahun, berbanding usia Nuri yang menjangkau empat dekad.

Usia pesawat hampir dua kali lebih tua berbanding juruterbangnya!!

Kalau benar ada kickback RM 400 juta dari pembelian kapal selam, wang sebanyak itu sudah tentu boleh digunakan untuk membeli beberapa pesawat baru menggantikan Nuri.

Kedua, bagaimana pesawat yang diselenggara oleh AIROD ini sentiasa mengalami masalah teknikal?

Perlukah pihak ketiga memeriksa perkara ini sebelum lebih banyak nyawa terkorban?

Jangan tunggu lebih lama. Nuri harus direhatkan seperti mana rakan pesawat sezamannya Skyhawk dan Caribou.

Kalau TUDM boleh diberi helicopter canggih dan moden seperti Sikorsky S-70 dan AS -61N untuk pengangkutan Perdana Menteri dan VIP, kenapa tidak helicopter canggih untuk keperluan pengangkutan dan lojistik Angkatan Tentera Malaysia?



Surat Pembaca Utusan 18072007



Petikan Surat Pembaca Utusan Malaysia. : Utusan Online

Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?

KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.

Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.

Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.

Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.

Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.

Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?

Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?

Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.

Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.

Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik kepada remaja masa kini.

Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran kita terpelihara.

Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar sejajar dengan misi dan visi universiti.

Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya intelektual diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.

Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas graduan di universiti yang sama namun katanya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut di situ.

Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran universiti-universiti tempatan.

Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.

Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.

Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan ‘kejadian’ yang saya kemukakan.

Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.

– MAMA TERGURIS,
Johor.

Tiru baju saya ke..?

Lagi-lagi ct...


Akibat Tak Pakai Underwear (18SX)



.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ads by AdGenta.com
.
.
.
.
.
.
.


huhuhu

Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta



Terdapat sepotong hadith yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.

Hadith yang saya maksud itu adalah hadith yang popular disebut sebagai hadith Najd”.

Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekelian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadith. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.

Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada “common-sense” menurut fakta geografi dan yang berkaitannya.

Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):
Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

Hadith tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.

Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadith tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.

Bagi orang-orang arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.

Najd terletak di timur Madinah al Munawwarah
Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.

Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.

Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

Saya petik di sini pemalsuan fakta yang dilakukan seorang yang bergelar ustaz dalam sebuah artikel beliau “Maksud Najd”:
Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.”

Bandingkan fakta geografi yang beliau kemukakan dengan apa yang telah saya perturunkan di atas. Cari di mana kedudukan Mekah dan Medinah dan bandingkan dengan kedudukan Riyadh/Najd dan Iraq. Bagaimana pula Riyadh/Najd boleh dikatakan terletak di timur Mekah?



Ads by AdGenta.com

Fenomena Pelik Matahari

Berlaku tengah hari JUMAAT .....22/jun/2007....kami p solat jumaat, ada ka perempuan perasan?





Lagi gambar Siti Saerah- adik si dato ct tunang..




Link Hangat: Aduan Online Jakim



umber ni sy dpt dari portal halaljakim... utk maklumat lanjut sila layari http://www.halaljakim.gov.my/
anda juga boleh menghantar aduan/pertanyaan ke portal tersebut..

ADUAN HALAL ON-LINE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan :

Assalamualaikum..saya ada menerima emel yang mengatakan makanan yang mengandungi bahan E471 tidak halal kerana mengadungi bahan yang diperbuat dari babi..akan tetapi produk iaitu snek cadbury dan kek apollo seperti yg diiklankan oleh erra fazira mengadungi bahan tersebut..tetapi mempunyai tanda halal dari jakim.Emel ini menimbulkan rasa was-was pada saya dan rakan-rakan..Adakah benar bahan E471 mengadungi bahan tidak halal atau hanya 'rumors'..

Tarikh Aduan :

28/02/2006 - 15:59:40

Jawapan :

assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram ss

ADUAN HALAL ON-LINE

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan :

assalamualaikum..
saya telah membeli sekotak coklat cadbury Assortment. setelah saye meneliti kandungan bahan-bahanya saya dapati kod E476 tertera di bahagian belakang kotak coklat tersebut. apa yang saya maklum bahawa kod tersebut adalah daripada sumber yang tidak halal. saya keliru dengan logo tanda halal yang ada dan dengan kod E476 yang ada. saya mohon kepastian pihak tuan berhubung dengan perkara ini. sekian terima kasih

Tarikh Aduan :

10/11/2005 - 09:48:47

Jawapan :

E476 adalah emulsifier iaitu Polyglycerol polyricinoleate. Sumber ingridient tersebut adalah dari dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. untuk pengetahuan pihak puan, emulsifier yang terdapat di dalam produk canbury yang dikilangkan di Malaysia adalah dari sumber yang halal. sas


Ads by AdGenta.com

Re: Nuri Terhempas



Forward
Teringat saya kepada kata-kata sepupu saya yang pernah berkhidmat
dengan TUDM. Setelah selesai menghantar pesawat Skyhawk, seorang
pilot mat saleh turun dari pesawat itu dan mengucapkan thank god.
Setelah ditanya, mat saleh itu memberitahu dia bersyukur kerana dia berjaya
menerbangkan besi buruk dari padang pasir Nevada ke Malaysia.
Sebahagian lagi rakannya terkandas di India. Dalam kapal terbang itu,
dia hanya mengingati Tuhan. Setibanya di negara ini, pilot-pilot muda
negara menerbangkan besi-besi buruk itu tanpa sedikit pun rasa
bimbang. Dan lantas, pilot Mat Saleh itu memberikan pengiktirafan
bahawa pilot-pilot Malaysia adalah yang paling berani.
Kemudian, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita saksikan kemalangan
demi kemalangan, korban demi korban akibat penggunaan besi buruk.
Antara mangsa Skyhawk ialah Lt Wahi, yang hilang di Laut China
Selatan, tidak ditemui sehingga kini.
Menyedari hakikat ini, penggunaan pesawat skyhawk dihentikan, begitu
juga dengan MB 339 dan digantikan dengan Hawk 200 dan Hawk 100 buatan
britain, selepas itu FA-18 Hornette (USA) dan MIG 29 (Russia). Dengan
peralihan pesawat ini kita saksikan kurangnya kadar kemalangan
pesawat pejuang TUDM dan jika berlaku kemalangan pun harapan pilotnya
terselamat adalah cerah.
Berbalik kepada penggunaan Nuri atau Sikorsky yang berusia 40 tahun
itu, kalau manusia dalam usia sebegitu sudah tentulah sudah mula
memakan ubat darah tinggi atau kencing manis, gout atau lemah
jantung. Atau dinasihatkan Dr supaya berpantang kerana sakit urat,
sendi dan sebagainya.
Dah takdir Ilahi!....Atau faktor cuaca adalah penyebab!! Mungkin ini
yang diperkatakan oleh pihak atasan
apabila setiap kali berlakunya kemalangan pesawat Nuri yang
mengorbankan nyawa anggota-anggota tentera kita. Takdir memang
takdir, cuaca pun boleh jadi, tapi apa halnya dengan kipas yang
tercabut?? Dalam usia Nuri yang
menjangkau 40 tahun itu maka layaklah ia ditimbang kilo untuk
dijadikan besi buruk dan dijual kepada "Indian Bottle Shop".
Antara kemalangan Nuri yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa
Gubir yang mana kesemua krew yang diketuai oleh Mejar Haris Mohd
Rejab terbunuh, peristiwa Senoi Prak- berpuluh orang pasukan polis
orang asli bersama orang-orang awam terbunuh, peristiwa Kuching- 2
panglima satu dan dua bintang beserta beberapa kolonel dan pegawai
terkorban, dll.
Halangan untuk menerbangkan Nuri hanyalah sementara bagi meredakan
keadaan dan kebimbangan ramai, selepas dua tiga minggu ia akan
diterbangkan semula.Begitulah juga hakikatnya dengan peristiwa hitam
yang berlaku dalam bulan ini. Sudah tentu sesiapa yang mempunyai
sanak saudara yang berkhidmat sebagai pilot helikopter TUDM akan
resah, seakan-akan nyawa mereka berada di hujung tanduk. Apatah lagi,
khidmat Nuri akan berakhir 2018. Walaupun direbet dan dicat semula,
hakikatnya Nuri yang boleh digelar ayah atau datuk kepada pilot-pilot
itu adalah seorang tua yang nyanyuk.

Cukuplah!!!Jangan korbankan nyawa anggota-anggota tentera
kita yang terlatih ini dengan sia-sia. Sungguhpun apa yang berlaku
itu takdir atau kehendak Ilahi, kita boleh mengubah takdir sebenarnya
daripada takdir buruk kepada takdir yang baik dan selamat, dengan
kehendak Allah jua. Ya Allah!!Tempatkanlah roh-roh mereka yang
terkorban ini ke dalam pemeliharaanMu dan bukakanlah hati-hati para
pemimpin kami agar mereka menjadi orang yang lebih mengerti!

A to Z!!



An airplane is flying over the United
States at night.

The pilot says:

"Ladies and Gentlemen, the plane is losing altitude and all the baggage
must be thrown out."

A little later, the pilot says "We're still losing altitude, we must throw
anything out that is in the cabin".

The plane continues its descent despite more things being thrown out.

Pilot: "Still going down - we must throw out some people". There's a
big gasp from the passengers!

Pilot: "But to make this fair, passenger will be thrown out in
alphabetical order.

So... A... any Africans on board?" No one moves.

"B... any Blacks on board?" No one moves.
"C... any Coloureds on board?" Still, no one moves.
"D... any Darkies?

A little black boy - asks his dad: "Dad,...what are we?

Dad: " Tonight son, we are zulus"


Satellite-based weapons



Out in space, two alien forms are speaking with each other.

The first spaceman says, "The dominant life forms on the earth planet have developed satellite-based weapons."

The second alien, who looks exactly like the first, asks, "Are they an emerging intelligence?"

The first spaceman says, " I don't think so... They have them aimed at themselves."

Some of the Best Pictures













Blog Widget by LinkWithin