adsense

03 August, 2007

Mengapa suri rumah gagal menjaga rumahnya sendiri?



Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah
seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya
tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini
sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun,
itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal
mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka
sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan
segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah
dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-
gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup.
Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak
memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas.
Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai
kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih,
sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana
mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak
terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-
bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah
merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak
sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat `tak apa
tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah
hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan
suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran
begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar
seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan
kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh
umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan
mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini
terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan
membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk
menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan
budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu
hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar
bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana
mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah

Tip Keharmnian rumahtangga



Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga,
disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar
dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup
subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan
atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,
pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat
dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan
meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh
minat.

2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian
rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,
sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa
kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan
tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama
membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-
kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak
rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami
anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit
masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan
mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.
Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah
masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda
di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali
anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-
saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap
pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa
bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,
cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan
ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh
tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang
pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak
sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan
berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi
ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini
boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi
semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan
beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang
indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk
berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh
berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan
hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

Ketagihan Terhadap Internet?


Adakahkehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang â??melayan sahabatâ?? mereka ini.
Kajian yang dijalankan oleh
Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber â?? cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber â?? keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat â?? mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer â?? terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer â?? mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti

Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.

Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.



Iklan Hangat: streamyx PROMOtion !!check it now...



Salam,
Promosi streamyx untuk bulan kemerdekaan.

:::Account Category Personal ::::

Plan Name Streamyx In-A-Box 1.0M - RM77 Free Modem (Merdeka Bash 07)

Plan Description Streamyx Basic 1.0M - RM88 Free Modem (Merdeka Bash 07). Monthly subscription of RM77 for unlimited usage for 24 months. RM88 will be charge from 25th month onwards. Download speed of 1.0M and upload speed of 384k. Dynamic IP. Free one (1) e-mail at Streamyx.com. Free ADSL modem with 12 months warranty. Streamyx In-A-Box contains Free ADSL modem with 12 months warranty, tmnet streamyx self Installation CD, tmnet streamyx user guide, Streamyx In-A-Box Quick Guide, AC Power Supply Adaptor, RJ45 and RM11 cables, Microfilter, modem user's manual & DSL modem set up disk. One time service activation fee of RM75 will be charged upon service activation and will be included in customer's 1st bill. Installation fee of RM88 is chargeable if assistance from installer is required. FREE e-browse 'The Sun' online newspaper for 12 months. FREE e-browse magazines (Virtual Malaysia & Travelrama) for 3 months. FREE b-smart (Britannica Encyclopedia) for 12 months. FREE music downloads (10 songs - one time download).


::::::::Account Category Organization (Business) ::::::

Plan Name Streamyx SOHO (Special Promo)

Plan Description Streamyx SOHO 1.0M - RM148 (Special Promo). Monthly subscription of RM99 for unlimited usage for 3 months and RM120 for the next 9 month. RM148 will be charge from 13th month onwards. Download speed of 1.0M and upload speed of 384k. Dynamic IP. Free one (1) e-mail at Streamyx.com. One time service activation fee of RM75 and Installation fee of RM88 will be charged upon service activation and will be included in customer's 1st bill. Minimum subscription period is 18 months.


Cara Memohon:

Sila email kepada saya blalang@gmail.com maklumat berikut:

1. Nama Pemohon
2. No tel (jika bukan tel owner,nyatakan)
3. Alamat lengkap
4. No HP
5. Cara pemasangan DIY atau streamyx installer (caj RM88)
6. User ID pilihan (3)
7. Jika SOHO sila sertakan no pendaftaran co.

Modem akan dihantar melalui courrier.

START BY NOW!!!!

Oman : Padang Pasir Jadi Laut...

Salam,

Salah satu tanda tentang hampirnya kiamat ialah dimana padang pasir akan menjadi lautan.
Itulah hadis Nabi. Apabila kiamat bererti hancurlah segala-galanya dan itulah saat kematian semua makhluk Allah. Maka itu cuba kita renungkan bersama di tahap manakah tahap diri masing-masing sekarang ini di sisi Allah? Tidak takutkah kita apabila memikirkan hal ini. Entahkan amalan kita selama ini diterima Allah atau tidak, entahkan kita sedang menuju kepada keredhoanNya atau tidak dan entahkan perjalanan kita ini "on trak" atau tidak. Tiada siapa yang boleh menolong diri kita ketika itu selain hasil daripada perbuatan masing-masing kepada Yang Hak, Yang Berkuasa, Yang Empunya Segalanya dan Yang Esa. Biar apapun alasan diberikan melalui lidah namun Allah jua yang mengetahui.

Lantas, apakah persediaan kita untuk menemui Allah nanti?.
Sudahkah kita melaksanakan amanah yang Allah berikan kepada kita dahulu ketika di alam roh? Apakah amanah itu? Bukan KPI, bukan naik gred, bukan jadi bos, bukan wang yang banyak, bukan kereta baru, bukan handphone canggih, bukan menyukakan orang atau bos dan bukan tawa/senyuman.

Semua kita sudah berjanji di depan Allah untuk sanggup memikulnya tetapi ramai yang terlupa dan bahkan tak tahu langsung janji itu. Maka itu, kita hendaklah belajar dari yang ahli mengenainya,
sebelum segala-galanya terlambat. Tunaikanlah janji itu sebelum kita dicap sebagai pemungkir janji kepada Allah dan pada ketika itu tahulah betapa azabnya neraka Allah...... "Nauzubilla himinzalliq". Segala amal yang kita lakukan akan menjadi lagha (sia-sia) lantaran tidak mengenal Allah. DalilNya yang bereti awal agama itu adalah mengenal Allah. Jadi, fikirkan diri masing-masing ke manakah arah yang sedang kita tujui....

Semoga semua mendapat kerahmatan.











Jenis-jenis hantu



1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai - balai raya.


2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.



3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.



4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.



5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak -
Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,
anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .



6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari... ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai
semahunya.



7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin
Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia
mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!



8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka
main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..

disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,

komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..

shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!!!

hehehe... ..

Dakwaan hina agama di Malaysia Today berasas



" Setiap kali saya melayari laman web malaysia-today.net, setiap kali itulah juga saya mengetip bibir.Bukan kerana artikel yang disiarkan disitu,tetapi kerana segelintir komentatornya yang biadap, hipokrit, berfikiran dangkal dan bod*h.Saya tahu, pembaca malaysia-today bukan manusia calang-calang.Mereka dari kalangan orang dewasa yang celik IT, professional, dan lebih berpengalaman dalam hidup daripada saya.Namun entah mengapa perangai sesetengah mereka begitu jelek, dan tiada pertimbangan ilmiah lansung dalam memberi komen.



Jika jahil usah bercakap!Jika jahil diam itu adalah yang terbaik! Saya mengambil contoh komen seorang pembaca malaysia-today yang mengatakan hukum hudud dan qisas itu sebagai tidak praktikal.Hujjahnya terlalu dangkal, dan melambangkan sikap kesombongan yang tidak disokong oleh hujjah-hujjah ilmiah.Ada pula pembaca yang menghina islam, menghina ulama, menghina segalanya yang tidak sebulu dengan pendirian masing-masing.



Ini hanyalah beberapa contoh yang sempat saya kutip.Silakan layari laman web tersebut dan carilah berpuluh mungkin beratus contoh lain dan akhirnya kita bakal merumuskan segalanya dalam bentuk satu persoalan, wajarkah perkembangan ini dibiarkan berterusan?Apapun rumusan kita, Raja Petra sudah pasti ada jawapannya.Saya sebagai seorang insan yang berprinsip, sesekali tidak dapat memaafkan kata-kata yang menghina agama dan ulama' saya.Biarpun ia hanyalah tulisan di alam maya yang tidak diketahui identiti penulisnya, namun tindakan sebegitu cukup menghinakan.Tidak dapat dimaafkan!



Mungkin untuk itu juga, para pengendali blog seperti malaysia-today harus menapis komen-komen sebegitu.Kita menyedari semua manusia ada hak bersuara.Kita bukan menyekat mereka dari bersuara.Tetapi hujjah perasaan bukanlah penyelesaian.Apabila tidak bersetuju dengan sesuatu dan ketidaksetujuan itu diterjemahkan dalam penulisan yang berbaur perasaan marah,apa ertinya bersuara?Kita bukan ingin mendengar "perasaan marah".Kita inginkan hujjah.Jika tidak bersetuju, sila nyatakan secara jelas dan konkrit dan bukan main agak-agak.



Kebebasan bersuara pun biarlah dengan hujjah ilmiah, dengan professional, dengan sopan dan santun.Selagimana kebebasan itu ada, biarlah ia berlansung dalam suasana sebegitu.Namun apabila kebebasan itu sudah tiada, barulah boleh difikirkan tindakan fasa kedua.Adakah ini berlaku dialam maya?Adakah ini permainan maya insan yang celik IT di malaysia?Sungguh jelik dan menjelikkan!Hanya melontar "hujjah agak-agak" dan berpura-pura kononnya mereka itu dari golongan professional.Namun sikap dan kata-kata mereka menceritakan segalanya berkenaan mentaliti kolot, dan niat hati mereka yang busuk.

....................................

AMARAN:Tulisan ini juga ditulis dalam nada marah yang berbau luapan perasaan.Dapatkah pembaca menemui isi hujjah saya secara ilmiah?Wallahuaklam..

Source

Tazkirah Jumaat: Taubat: Pengertian, amalan dan kaedah di sisi Islam



Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun
Wed | Aug 01, 07 | 05:29:06 PM


Di dalam surah Al-Nisa: 17-18, Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih".

Para mufassirin berkata: Setiap orang yang menderhaka kepada Allah dinamakan jahil, dan perbuatannya dinamakan kejahilan. Ini kerana, kalaulah orang yang menderhaka itu menggunakan ilmunya tentang ganjaran dan hukuman yang akan dihadapi, tentunya ia tidak akan berani melakukan ma'siat.

Tetapi kerana ia tidak menggunakan ilmunya tersebut, maka menjadilah ia seperti tidak berilmu. Atas pertimbangan inilah maka orang yang menderhaka kepada Tuhannya dinamakan jahil, sama ada ma'siat yang dilakukannya itu diketahui sebagai ma'siat atau pun tidak diketahuinya.

Ini kerana, ia mungkin mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukannya itu adalah ma'siat, tetapi dari sudut lain, ia dikatakan jahil kerana tidak mengetahui kadar seksaan atau kadar kesakitan yang akan dideritanya kemudian.

Mengenai firmanNya SWT yang bermaksud, "Kemudian mereka bertaubat dalam masa dekat", mereka bersepakat bahawa yang dimaksudkan ialah sebelum hadirnya kematian, atau sebelum melihat kematian. Dengan kata-kata lain pintu taubat terbuka bagi manusia selama rohnya masih berada dalam jasadnya, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selama ia belum ghargharah(sakrat menjelang maut)".

Allah SWT menamakan masa tersebut sebagai masa yang dekat, kerana:
Pertama: Kematian itu pasti datang, dan semua yang datang adalah dekat.

Kedua: Untuk mengingatkan bahawa masa umur manusia, meskipun panjang, adalah pendek, yakni dekat.

Ketiga: Manusia setiap waktu, mempunyai perasaan kemungkinan didatangi maut, dan setiap yang demikian keadaannya disifati dengan dekat.

Gila, bila pemandu Transnasional tak tahu masuk 'gear'



Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 01, 07 | 07:55:23 AM


MUJURLAH aku bukan seorang yang pemarah untuk menjerkah orang yang lebih tua dari aku.

Tidak seperti salah seorang penumpang yang berkaca mata dan bertopi serta lagak seperti seorang pegawai polis cawangan khas yang menjerkah pemandu bas ekspres Transnasional kerana kegagalan pemandu itu sejak dari awal bas bergerak meninggalkan Terminal One Seremban.

Aku menaiki bas tersebut setiap hari untuk ke Kuala Lumpur, macam biasalah untuk bekerja, tanpa rasa muak atau jemu akulah antara penumpang yang setia dengan khidmat bas Seremban-Kuala Lumpur.

Seperti biasa jam 6.30 pagi aku akan terpacak di Terminal One, beratur untuk mendapatkan bas, biasanya hampir satu jam barulah punggungku mencecah kerusi empuk bas ekspres Transnasional yang rata-ratanya berusia lebih lima tahun.

Kalau ada pun yang baru hanya dua tiga buah sahaja, yang lainnya sudah mula mengeluarkan pelbagai bunyi yang tidak menyenangkan, bergetar di sana dan bergetar di sini.

Apa pun aku tak mahu mengkisahkan soal bas tersebut kerana ia bukanlah urusan aku untuk aku detailkan dalam catatan tak berpenghujung ini.

Apa yang ingin aku khabarkan kepada semua pelayar alam bacaan cyber ini adalah kisah kebimbangan aku akibat tindakan pihak pengurusan bas Transnasional yang membenarkan pemandu yang tidak tahu masuk 'gear' sekali pun untuk memandu membawa 44 nyawa manusia pada 31 Julai (semalam).

ImageIni kali partama aku dan seluruh penumpang bas Transnasional jam 7.30 melihat pemandu yang rambutnya dipenuhi uban putih dan memakai baju t-shirt biasa (tidak seperti pemandu lain yang memakai seragam transnaional) ditugaskan mengangkut nyawa 44 penumpang yang rata-ratanya warga Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur.

Hati aku mula berdebar sekilas pandang kepada raut wajah pemandu yang tidak pernah aku lihat sebelum ini, namun aku yakinkan hati untuk melihat wibawanya memandu kerana jika tidak melihat 'performance' seseorang tentunya kita tidak boleh mengukur kebolehannya.

Lagipun bukan calang-calang bas yang dibawanya, bas Transnasional yang sudah terkenal menjadi nadi pengangkutan kepada warga Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, seperti aku.

Tiba-tiba pandangan aku beralih arah kepada telefon bimbit aku yang berdering.Alamak panggilan dari Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar..Emmm aku dah mengagak Dato' seperti biasa akan memberi kenyataannya kepada aku untuk dimuatkan dalam Harakahdaily.

Aku mula mendengar kenyataannya itu berhubung kritikannya terhadap sikap biadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyamakan bloggers dan webmaster dengan 'monyet'.

selesai sahaja Dato' memberikan kenyataannya, bas itu yang sudah dipenuhi penumpang menanti untuk digerakkan.Malangnya ketika mula hendak digerakkan lagi, pemandu itu tidak mampu untuk memasukkan 'gear' satu bagi memulakan perjalanan.

Beberapa kali bas itu mengundur ke belakang kerana gear yang dimasukkan adalah gear 'reverse' (undur) hingga bas yang berada di belakang membunyikan hon dengan kuat.

Dua pemandu lain bas Transnasional bergegas naik bas tersebut cuba membantu pemandu baru itu untuk menjelaskan kedudukan 'gear' dan kaedah memasukkannya.

Namun setelah gear satu dimasukkan, bas itu mula bergerak perlahan meninggalkan terminal one dalam keadaan tersengguk-sengguk.

Perasaan takut mula menghantui aku, tetapi cuba kuyakinkan dengan beristighfar banyak-banyak.Maklumlah tak pernah mengalami keadaan sebegitu setelah sekian lama aku menggunakan khidmat Transnasional berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur.

Sekali-sekala sahaja aku menaiki bas Suasan Edaran yang lebih baru.Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan bas tersebut yang laku macam pisang goreng panas.

Nak diceritakan, lamanya aku menjadi penumpang setia bas Transnasional ini tidaklah sehebat rakan-rakan lain yang rata-rata telah mencapai lebih 10 tahun berulang alik dengan menggunakan khidmat bas tersebut.

Aku hanya sekitar tiga tahun sahaja berulang alik dari Seremban ke KL untuk bekerja dan ketika belajar di Universiti Malaya (UM) sekitar tahun 1998-2002, aku juga sering menaiki bas ini lebih-lebih lagi ketika itu bas yang disediakan baru-baru belaka.

Berbalik kepada peristiwa 31 Julai 2007.Gementar dan berdebar tak terkata tatkala bas sejak dari mula bergerak dengan 'gear' satu itu tersengguk-sengguk dan terhenti di atas bukit Matahari berhampiran Sekolah Anglo Chienesse (ACS) di belakang Terminal One.

Apa yang peliknya, muka pemandu itu seperti tidak bersalah apabila ditegur oleh seorang rakan penumpang yang bingkas bangun meluru ke arah pemandu menjerkah dengan nada yang tinggi.

"Kau tahu ke tidak memandu ni, dari tadi (15 minit dari Terminal One ke ACS yang sepatutnya ambil masa 2 minit) asyik gear satu sahaja, kau tahu ke tidak masuk gear ni.Kalau macam ni tiga jam pun belum tentu sampai KL, kami ni nak kerja faham tak,"penumpang yang berkaca mata dan bertopi itu menegur.

"Saya baru sahaja nak bawa bas ini, tak tahu macam mana gearnya,"pemandu itu menjawab selamba.

Dari arah belakang bas, beberapa kenderaan yang mengikut dari belakang membunyikan hon dua tiga kali bertempik, dan ada yang memotong dengan menunjukkan 'sign' tertentu ke arah pemandu tanda marah dengan tindakan pemandu itu memberhentikan bas di tengah-tengah jalan yang berbukit.

Wah, senangnya dia menjawab, bagaikan nyawa kami ini tidak berharga dan mungkinkan baginya nyawa kami ini bernilai RM4.70 sen sama seperti nilai tiket bagi perjalanan sehala?

Jika benar dia seorang pemandu bas, masakan gear bas pun tak tahu corak penggunaanya? Mustahil! Pening aku memikirkannya.

Rakan di sebelah aku (seorang yang berbangsa Tiong Hua berumur lingkungan 55 tahun) tidak henti-henti mengeluh sambil memegang erat beg berwarna birunya.

Terpancar di wajahnya kebimbangan dengan kegagalan pemandu bas itu memasukkan 'gear'.Berkali-kali gear yang cuba dimasukkan akhirnya terarah kepada gear 'reverse'(undur) yang menjadikan bunyi gigi 'gear' bising.

Kreok...kreok'..., ah bunyi ini memang merunsingkan aku dan penumpang lain.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai jantung aku mula bergerak laju, memikirkan banyak kemungkinan jika pemandu yang sama meneruskan perjalanan itu ke kuala lumpur.

ImageBagaimana jika dia berhadapan dengan situasi kesesakan lalulintas di Jalan Sungai Besi menuju ke Jalan Tun Razak, apakah kami 44 penumpang akan berada dalam keadaan selamat atau kami akan mengalami nasib terbabit dengan kemalangan kerana kegagalan pemandu itu mengawal kenderaan dengan baik seperti pemandu lain.

Fikiran aku mula meronta memikirkan sesuatu, terbayang wajah anak-anak dan isteri yang segar menghiasi kamus hidupku, manalah tahu jika nasib tidak baik, aku menjadi mangsa 'Nahas Transnasional' kerana kegagalan pemandunya mengawal bas.

Tiba-tiba seorang rakan penumpang lain bangun mencadangkan kepada pemandu agar berpatah balik ke Terminal One bagi menukar pemandu yang benar-benar tahu memandu.

"Abang, pusing semulalah ke Terminal One, kami tak sanggup nak bas macam ni, apa cerita dengan nyawa kami,"katanya lembut.

Akibat desakan itu pemandu itu akhirnya akur, berpatah balik ke Terminal One dengan menggunakan 'gear' satu tersengguk-sengguk.

Lega rasanya hati aku bila sampi ke Terminal One, dan menukar bas yang lain dengan pemandu lain yang berbaju seragam Transnasional dan segak gayanya sebagai seorang pemandu.

Bas meluncur laju meninggalkan Terminal One, rakan di sebelah aku tak henti-henti bercerita dengan aku melahirkan rasa marahnya atas apa yang terjadi.

Aku hanya mendengar dan menjawab jika ditanya, bukan kerana aku tidak mahu melayan apa yang dicakapkan, tetapi kelopak mata aku terlalu berat untuk dibuka, mengantuk dan perasaan lega bercampur menyebabkan aku terus terlena.

Akhirnya aku tiba jam 9.00 pagi di Central Market dengan perasaan yang berbaur cemas memikirkan apa yang berlaku pagi tadi.Alhamdulillah aku tidaklah menjadi mangsa atau terbabit dengan kemalangan kerana kegagalan pemandu mengawal kenderaan dengan baik.

Dalam masa yang sama aku terbayang wajah-wajah enam anggota TUDM yang terkorban dalam nahas Nuri 13 Julai lalu.Mereka terkorban kerana menaiki Nuri yang mempunyai rekod pesawat yang amat mengecewakan.

Nasib baiklah Allah maha penyayang, pengasih lagi mengasihani hambanya, hari ini tidak menjadi 'permulaan' nahas Transnasional jika tidak nama aku akan terpahat sebagai salah seorang mangsanya yang mungkin akan tersiar dalam akhbar arus perdana.

Nasib aku tidak seperti enam anggota Nuri, walaupun nama mereka terpahat sebagai pejuang negara dan dilaporkan di dada-dada akhbar, tetapi keluarga mereka masih menangisi pemergian mereka.Aku seperti biasa akan pulang dengan ceria bertemu anak sulung dan bongsu serta isteri tercinta.

Catatan ini memang khas aku ukirkan buat pemandu itu kerana rasa marah aku tidak akan kuluahkan di hadapan orang ramai memandangkan aku juga diajar oleh ibu bapaku adab menjaga aib muka orang di hadapan khalayak. - mks.

Source

Live birth under water...




I received this though e-mail, I must warn you that the images are a little graphic, so if you have never seen a live birth under water think about it twice before you continue...

Ready?
You really want to see it?

OK, I warned you before,
here it goes...


--


--


--

--

---


--scroll


--

-

Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta!!



Budaya org melayu..!!
Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..!!!
Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam memasang tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin kenderaan mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang. Persoalannya di sini ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam?


Apa yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan menjadi iku tan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat suci al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?

Hasil pemerhatian saya kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat
suci al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas terik matahari.Nampaknya , ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak dihayati dan dipelajari maksudnya.Ada ayat al-Quran yang dipasang berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana
kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan
akhlak orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut undang-undang jalan raya.Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej Islam di mata masyarakat sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk ber tan yakan persoalan ini kepada pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama yang disediakan oleh pihak Jaba tan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman web
www.islam.gov.my dan ini adalah jawapan yang telah diberikan mengenai amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.Jawapan tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang tinggi kedudukannya sebagai penghorma tan kepada kalamullah''.Oleh itu berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah, ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan ajarannya serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa dan hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan seumpamanya.Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati dan merealisasikan tuntu tan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan bahan pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan sebagai azimat atau tan gkal untuk melariskan jualan dan
>sebagainya.Ayat-al-Quran yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41 dan 174, Ali Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra'ayat 82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan (diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang bermaksud: Al-Quran adalah merupakan penguba tan (hati) kepada manusia dan membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan dipermainkan.Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya pada cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam yang sejati

Today Funny Pictures







Blog Widget by LinkWithin