ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
03 August, 2007
Tip Keharmnian rumahtangga
Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga,
disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar
dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup
subur?
1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan
atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,
pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat
dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan
meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh
minat.
2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian
rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,
sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa
kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan
tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama
membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-
kata.
3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak
rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami
anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit
masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan
mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.
Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.
4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah
masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda
di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali
anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-
saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap
pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa
bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,
cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan
ikatan perkahwinan.
5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh
tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang
pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak
sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan
berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.
6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi
ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini
boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi
semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan
beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang
indah bersamanya.
7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk
berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh
berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan
hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment