adsense

14 August, 2007

Cerita pilu keluarga korban nahas bas



SUNGAI PETANI: Hasrat Cheeng Chen Joo, 37, untuk melahirkan anak sulungnya di kampungnya di Sungai Petani tidak kesampaian apabila wanita yang mengandung lapan bulan itu maut bersama suaminya Teoh Kheng Song, 35, dalam kemalangan bas di KM 229 Lebuh Raya Utara Selatan di Bukit Gantang hari ini.

Pasangan yang baru berkahwin setahun itu dijangka menyambut kelahiran anak sulung mereka pada hari kebangsaan iaitu 31 Ogos ini dan mereka telah menempah tempat di sebuah pusat bersalin swasta di sini.

Cheeng, seorang pekerja kilang di Melaka, telah mengambil cuti untuk pulang dan beliau dijemput oleh suaminya yang bekerja di Sungai Petani dengan menaiki bas.

Menurut seorang anggota keluarga Teoh, yang enggan namanya disiarkan berkata, Teoh bertolak ke Melaka Sabtu lepas untuk menjemput isterinya itu dan pasangan itu akan tinggal lama di Sungai Petani kerana cuti bersalin.

"Teoh ada menghubungi seorang rakannya di sini malam tadi memberitahu dia dan isterinya dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani," katanya.

Beliau berkata apabila pasangan itu tidak sampai sehingga tengah hari, salah seorang anggota keluarganya menghubungi telefon bimbit Teoh dan beliau terperanjat apabila panggilan itu dijawap oleh orang yang tidak dikenali dan memaklumkan Teoh maut akibat kemalangan.

Di PULAU PINANG, isteri seorang mangsa kemalangan itu, Farhana Abdullah berkata kali terakhir beliau bercakap dengan suaminya ialah kira-kira pukul 9 malam tadi apabila suaminya, Nazri Noordin menghubungi beliau semasa berhenti makan di sebuah kawasan rehat dan rawat.

"Suami saya pesan supaya jaga anak-anak dan beritahu yang dia akan tiba awal pagi esok (hari ini). Dia juga minta untuk bercakap dengan anak ketiga, Nurul Fatihah dan beritahu Fatihah yang dia akan pulang cepat.

"Sampai pukul 7 pagi, dia masih belum tiba di rumah, jadi saya hubungi telefon bimbitnya tetapi tiada jawapan," katanya yang baru 23 hari melahirkan anak keempat mereka.

"Dalam pukul 8 pagi, saya telefon sekali lagi tetapi saya terkejut kerana telefon bimbit itu dijawab oleh suara yang tidak saya kenali. Orang itu bagi tahu yang suami saya meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi ini, tapi saya tak percaya," kata Farhana, 32, ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, di sini.

Farhana, wanita Iban dari Kota Belut, Sabah itu berhijrah ke Pulau Pinang setelah berkahwin dengan Nazri kira-kira 12 tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Fitri, 11, Nurul Fatin, 10, Nurul Fatihah, 6, dan Mohd Nazrin Farha, 23 hari.

Beliau berkata suaminya yang bekerja di sebuah syarikat pengangkutan kargo di Bayan Lepas, pergi ke Melaka Jumaat lalu atas urusan kerja dan dijadual pulang hari ini.

Sementara itu, Nurul Fatihah, anak yang paling rapat dan mempunyai tarikh lahir yang sama dengan bapanya iaitu pada 25 Julai, berkata sebelum bertolak ke Melaka, bapanya ada memberitahunya bahawa beliau tidak akan balik lagi.

"Abah kata, abah nak pi (Melaka) dan abah tak balik dah," katanya.
Sementara itu, pemandu bas Rohizan Abu Bakar [foto kiri] yang turut terbunuh dalam kemalangan itu sempat berpesan kepada anak sulungnya supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga empat adiknya sebelum beliau keluar bekerja Sabtu lepas.

"Kamu jaga adik baik-baik dan belajar bersungguh-sungguh jika ayah tak ada... itulah pesanan ayah yang terakhir kepada saya sebelum dia keluar bekerja," kata Mohd Nor Ikhmal, 14, kepada pemberita ketika ditemui di rumah neneknya di kampung Permatang Tengah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

Rohizan, 38, meninggalkan dua isteri Salina Shamsudin, 30, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Linda, 26, serta lapan anak iaitu lima daripada isteri pertama iaitu Mohd Nor Ikhmal, Mohd Fahmi, 12, Mohd Irwan, 9, Mohd Daniel, 5, dan Mohd Shakirin, 4, manakala tiga lagi daripada isteri kedua iaitu Mohd Hafifi, 5, Mohd Haikal, 3, dan Mohd Irfan, setahun.

Rohizan dikatakan baru dua tahun bekerja sebagai pemandu bas ekspres. Sebelum itu mangsa bekerja sebagai pemandu bas kilang di Pulau Pinang.

Di JASIN, seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Fadliz Ahmad, 22, tidak sempat menerima ijazahnya pada majlis konvokesyen yang dijadual Sabtu ini, apabila beliau terbunuh dalam kemalangan itu.

Bapanya Ahmad Ibrahim, 58, berkata Fadliz yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik dan Matematik) bertolak dari rumahnya di Taman Maju di sini, ke Melaka Sentral, Melaka pada pukul 8.30 malam untuk menaiki bas ekpres ke Butterworth.

"Fadliz ada menghantar SMS pada pukul 10.30 malam kepada abang iparnya (Mohd Zambri Abdullah) yang menghantarnya ke Melaka Sentral, beritahu dia telah naik bas," katanya.

Ahmad berkata Fadliz, anak keempat dari tujuh beradik, menaiki bas setiap kali pulang ke kampung atau ke universiti dan setiap kali allahyarham tiba di Pulau Pinang beliau akan telefon memberitahu keluarga bahawa beliau telah selamat sampai.

"Kali ini Fadliz tidak telefon sehinggalah anggota polis datang ke rumah saya pada waktu Zohor (tengahari) memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Saya lewat tahu kerana televisyen di rumah saya rosak," katanya.

Ibu kepada allahyarham, Saadiah Salim, 50, pula berkata Fadliz seorang anak yang pendiam tetapi beberapa hari lepas anaknya banyak bersembang dengan keluarga dan turut membantu beliau memasak.

Beliau berkata selepas tamat belajar pada Jun lepas, anaknya bekerja sambilan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Petaling Jaya dan sempat menikmati gaji pertama.

Sementara itu isteri seorang lagi mangsa kemalangan itu, Hairiah Hashim, 37, berkata suaminya Josli Arshad, 39, kerap ke Sungai Petani untuk mengambil bekalan produk makanan kesihatan.

Beliau mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa suaminya melalui berita di televisyen sebelum anggota polis datang memaklumkan kepada keluarganya mengenai kejadian tersebut.

"Pagi tadi, ketika saya sedang memandikan anak, tiba-tiba saya terbau wangi kapur barus, itu yang saya rasa pelik," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampong Solok Gaung dekat sini.

Hairiah berkata beliau membuat panggilan telefon sebanyak lapan kali kepada suaminya pada pagi tadi tetapi tiada jawapan.

"Biasanya suami saya akan jawap panggilan telefon apabila sampai di sesuatu destinasi, tetapi hari ini beliau tidak menjawab," katanya.

Sementara itu, seorang pensyarah di Institut Kemahiran Mara, Kulim, Kedah, Razali Khamis, 29 terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan kedua ibubapanya yang terkorban dalam nahas jalan raya itu.

Kehilangan dua orang tersayang iaitu ibu, Zaiton Majid, 56, dan ayahnya, Kamis Said, 62, yang menaiki bas berkenaan dari Melaka untuk berkunjung ke rumahnya di Sik, Kedah.

"Petang semalam emak menelefon saya dan memberitahu akan menaiki bas kira-kira pukul 10.30 malam tadi bersama-sama ayah. Saya sangat gembira kerana mereka akhirnya dapat juga datang ke rumah saya," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Taiping di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua ibu bapanya memang telah lama bercadang ke rumah beliau tetapi tidak berkesempatan kerana ada hal lain yang perlu dilaksanakan.

"Saya sangat terkilan dan sedih kerana mereka tidak sempat sampai ke rumah saya setelah sekian lama berhajat untuk datang ke rumah saya," katanya.

Razali yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik, berkata jenazah ibubapanya akan dibawa balik ke kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka untuk disemadikan di sana dan semua anggota keluarga sudah berkumpul di rumah menanti ketibaan jenazah.

Sementara itu, Shahair Saad, 29, kehilangan isteri tercinta Sharul Miza, 27, yang menaiki bas tersebut dalam perjalanan balik ke Sungai Petani selepas selesai berkursus di Melaka.

Sharul Miza bekerja di Perodua, Sungai Petani dan mengikuti kursus di Melaka selama seminggu.

"Saya sangat sedih dengan kejadian ini dan tidak menyangka penantian saya untuk bertemu dengan dia hanya dapat bertemu dengan jenazahnya sahaja," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun hasil perkahwinan mereka.

Gambar-gambar Kemalangan Yang Paling Buruk Dalam Sejarah
Posted on Tuesday, August 14 @ 02:22:45 MYT by greenboc


Artikel
y

Kemalangan yang mengorbankan seramai 20 orang manakala 10 yang lain cedera, tiga daripadanya parah, yang melibatkan sebuah bas ekspres di KM 229 Lebuhraya Utara Selatan, di Bukit Gantang amat menyayatkan hati.


Bas itu yang membawa 29 orang, termasuk pemandu dan pembantu pemandu, dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth. TKo membawakan kepada anda foto-foto kemalangan yang diperolehi dari Miltidimid.


a
Peta lokasi Bukit Gantang di mana kemalangan berlaku


b
Orangramai yang melihat lebuhraya yang menurun dan
berliku-liku yang memrlukan perhatian dan kewaspadaan yang lebih.


c
Parit yang sedalam 5 meter di mana bas tersebut
terhunjam setelah merempuh penghadang jalan sebelah kiri.

d
Keadaan bas yang terhunjam di dalam parit berkenaan yang mencampakkan keluar penumpang-penumpangnya.


f
Anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat bas itu yang dalam keadaan senget untuk mengeluarkan mayat penumpang yang tersepit.

e
Mayat-mayat bergelimpangan yang dikumpulkan di pagi
hari kemalangan sebelum bag-bag pembungkus mayat tiba


g
Lagi mayat-mayat yang masih belum dibungkus.


h
Mayat yang telah siap dibungkus untuk dibawa ke Hospital
Taiping yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.


l
Mengumpulkan mayat untuk dibawa ke atas trak.


y
Anggota Bomba dan penyelamat dengan dibantu oleh polis
menaikkan 19 mayat ke atas trak.


i
Menteri pengangkutan tiba ke tempat kejadian



Al Fatihah...
Mereka telah selamat pergi... Kita akan pasti menuruti samada dijangka atau tidak!!! Begitulah KeteNtuaNnya...


Sedih, mangsa nahas dilabel 'Mati Sia-Sia'
Muhammad Shafiq
Tue | Aug 14, 07 | 01:14:02 PM


Saya tersangat kesal dan sedih membaca sebuah akhbar yang melaporkan tragedi bas terhumban ke gaung di Bukit Gantang dengan tajuk ‘MATI SIA-SIA’. Wartawan nampaknya tidak peka dengan penanggungan keluarga mangsa. Adakah wajar diletakkan tajuk besar ‘Mati Sia-Sia’?

Kita tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku. Ia sudah suratan takdir. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Mungkin pemandu sudah membuat yang terbaik, tetapi tayar pecah misalnya, jadi bas terbabas dan terhumban.

Penumpang pula ada yang dalam perjalanan untuk melakukan sesuatu yang bagus seperti pergi kerja mencari nafkah, menuntut ilmu, berjumpa anak isteri dan sebagainya. Mereka dalam perjalanan yang direstuai Ilahi.

Jadi, amat tidak kena untuk menggunakan tajuk besar MATI SIA-SIA (sama dengan peribahasa MATI KATAK). Apa kata kalau mangsa kemalangan membabitkan keluarga mangsa wartawan yang menulis tajuk besar itu? Tentulah dia bertambah sedih apabila ahli keluarganya dilabel mati sia-sia. Wahai wartawan, ada perasaanlah sikit, jangan ikut sedap tangan, menulis apa saja disukai.

Selain akhbar Melayu, sebuah akhbar Inggeris pula dengan sewenang-wenangnya melaporkan tragedi ini berlaku pada hari pertama sambutan Hantu Lapar. (Hungry Ghost Festival).

Maka wartawannya pun menulis lebih kurang begini: Kejadian berlaku pada hari pertama sambutan Hantu Lapar di mana roh-roh berkeliaran mencari mangsa. Tulisan dan dakwaan seperti ini tentu mengelirukan kerana ada pembaca beragama Islam. Dakwaan seperti dikhuatiri boleh menjejaskan akidah mereka yang kurang kefahaman agama.

Pegawai-pegawai bertanggungjawab, tolonglah pantau apa yang ditulis oleh akhbar-akhbar ini. Jangan akhbar alternatif saja dicari kesilapan, akhbar arus perdana dibiarkan bermaharajalela dengan dakwaan tidak betul dan menyalahi akidah! – lanh

Nahas terburuk



Terburuk: 20 maut dalam nahas bas ekspres
13-08-2007 08:20:38 PM

TAIPING: Seramai 20 orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera, tiga daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM 229 Lebuhraya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat sini hari ini.

Kesemua 20 mangsa termasuk pemandu bas dan dua lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 4.30 pagi tadi.

"Ini kemalangan paling buruk dalam sejarah negara," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy kepada pemberita sejurus selepas melawat tempat kejadian dan menziarah mangsa yang dirawat di Hospital Taiping.

"Tiga mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, enam dimasukkan ke wad dan hanya seorang sahaja cedera ringan dan menerima rawatan pesakit pesakit luar. Ini kemalangan yang sangat serius," katanya.

Polis sedang mengenal pasti 19 mayat, ditemui terbunuh di tempat kejadian, yang telah dialihkan ke atas jalan raya berdekatan kawasan kemalangan. (foto The Star oleh Saiful Bahri)

Bas itu yang membawa 29 orang, termasuk pemandu dan pembantu pemandu, dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth.

Menurut jurucakap polis, kemalangan ngeri itu berlaku semasa bas ekspres "Super" itu sedang menuruni bukit sebelum terbabas, merempuh penghadang jalan sebelah kiri dan terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter.

Jurucakap polis itu berkata kebanyakan penumpang maut berikutan bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut, mengakibatkan ada penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit di dalam bas itu.

Anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu berjaya mengeluarkan sebahagian penumpang yang cedera dan memberikan rawatan kecemasan sebelum menghantar mereka ke Hospital Taiping yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.

Bomba juga terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat bas itu yang dalam keadaan senget untuk mengeluarkan mayat penumpang yang tersepit.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak memberitahu pemberita di sini identiti kesemua mangsa sedang disiasat kerana dokumen pengenalan diri mereka bertaburan di tempat kejadian. [ Lihat: Senarai mangsa nahas dekat Bukit Gantang ]


Bas ekspres tersebut tiada bumbungnya lagi selepas berjaya dikeluarkan dari kawasan tragedi terburuk sejarah kemalangan jalan raya . (foto The Star)

Ini nahas bas ekspres paling buruk di negara ini selepas kejadian ngeri yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 28 penumpang apabila dua buah bas bertembung di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang pada November 2003.

Menteri Pengangkutan berkata siasatan awam mendapati kemalangan hari ini dipercayai akibat kecuaian manusia.

"Punca kejadian daripada siasatan awal adalah kecuaian manusia tetapi ia belum dapat dipastikan. Siasatan terperinci telah dimulakan oleh semua jabatan dan agensi terbabit seperti polis, bomba dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)," katanya.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan bagi mengetahui aspek kesihatan pemandu yang kemungkinan keletihan, mengantuk atau membabitkan penggunaan dadah.

Siasatan terperinci itu turut melibatkan keadaan struktur bas dan reka bentuk jalan, katanya.

Chan berkata bas yang terlibat dengan nahas itu telah didaftarkan pada 1987 dan dimiliki oleh Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd dari Taiping.

"Bas ini sudah berusia 20 tahun. Bas telah diperiksa dan mendapat kelulusan Puspakom pada Mei lepas," katanya.

Chan berkata bas berkenaan bertolak dari Melaka kira-kira 10.30 malam tadi dan telah melakukan perjalanan kira-kira 400 kilometer.

"Bas ini mempunyai pemandu dan pembantu pemandu. Kita akan siasat sama ada pertukaran pemandu telah dilakukan kerana mengikut peraturan, pertukaran perlu dibuat selepas perjalanan lebih dua jam," katanya.

Chan juga berkata beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai nahas tersebut.

"Perdana Menteri telah mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini," katanya.

Chan berkata kementerian akan melaksanakan segera beberapa program meningkatkan keselamatan jalan raya yang telah dirancang sebelum ini seperti cadangan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang kenderaan persendirian.

Sementara itu, operasi mengeluarkan semua mayat yang terperangkap dalam bas itu mengambil masa kira-kira tiga jam.

Pasukan bomba terpaksa mendapatkan bantuan kren untuk mengangkat bas sebelum mengeluarkan mayat yang tersepit dan terperosok.

Pegawai penguatkuasa Balai Bomba Taiping Mazlan Zainal berkata anggota bomba dari Taiping dan Kuala Kangsar tiba di tempat kejadian kira-kira 4.50 pagi.

Beliau berkata pasukan itu telah mengeluarkan mangsa yang cedera daripada bas sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Taiping.

PLUS turut menutup lorong sebelah kiri lebuh raya bagi membolehkan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan. BERNAMA

Berita berkaitan:
Saksi: Bas dipandu laju
Pemandu bas terima 13 saman, dua waran tangkap
Senarai mangsa nahas bas ekspres

Kisah dua beranak



Oleh lifeofaku


 Al-kisahnya begini. Suatu masa dahulu dikhabarkan ada dua beranak yang tinggal di sebuah kampung. Seorang ayah bersama anaknya. Tugas mereka seharian ialah menjaga ladang kurma milik tuannya. Pada suatu hari, sedang mereka berteduh di bawah pohon kurma, maka bermulanya perbualan di antara seorang ayah dan anaknya.


Anak : "Ayah ! ayah sehat ke ?" ( persoalan yang ditimbulkan oleh si anak kecil tanda seorang anak yang mengambil berat tentang ayahnya ) .

Ayah :"Ahamdulillah, sehat" ( jawapan seorang ayah tanda syukurnya pada tuhan Maha Pencipta)


Anak : "Ayah ! sebenarnya saya ada satu soalan yang saya nak tanya pada ayah. Boleh ke ayah ayah ?". ( soalan anak yang memandang pada pepatah melayu yang berbunyi " malu bertanya, sesat jalan" )


Ayah : "Ya nak, tanyalah". ( sambil tersenyum, melihat kesungguhan anaknya yang agak ganjil,terdetik di hatinya, " haiii..buang tebiat ke anak aku ni !").


Anak : "Ayah, kenapa buah kurma tu kecil?. Kalau kita tengok pokok dia besar tapi buahnye kecil. Lepas tu kalau kita tengok pokok tembikai pula, pokoknya kecil tapi buahnya besar ya amat. Kenapa ya ayah ?". ( anak itu mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu kepalanya ketika bertanya )


Ayah : "Ooo..itu rupanya yang anak sebuk nak tanya pada ayah. Kalau anak nak tahu sebab apa, ayah kan ceritakan sebab apa dan ayah ada satu cerita mengenai buah kurma ni. Tapi....


Anak : "Hah ! tapi apa yah ? ( anak yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui jawapan itu berasa tak sabar dengan cerita ayahnya. Namun ayahnya tetap kelihatan kool saja ).


Ayah : "Baiklah, ayah akan cerita. Pada suatu hari, sedang ayah menjaga ladang ini, ayah tertidur di bawah pokok kurma dekat sebelah hujung sana. Sewaktu di dalam tertidur. ayah bermimpi bahawa ayah menjadi seorang pahlawan terkenal di dunia ini. Ayah banyak menyelematkan ramai orang daripada anasir-anasir pihak musuh dan orang jahat. Satu masa, ketika ayah berjalan menuju untuk pulang ke rumah, ayah terserempak dengan sekumpulan penjahat yang berada di atas rumah tuan kita ini. Ayah tahu bahawa nyawa ayah tidak selamat lagi. Maka, sebagai seorang pahlawan, ayah bertekad untuk mempertahankan tempat ini dan ayah bersedia untuk terkorban. Jadi, bermulalah episod ngeri. Kumpulan penjahat itu telah mengeluarkan senjata mereka, lalu melepaskan dan melemparkan ke arah ayah. Waktu tu ayah bertawakkal. Ayah pejamkan mata dan berpeluk tubuh. Ayah tunggu jugak senjata tu sampai kat badan ayah. Tapi lambat bebenor lah pulak. Ayah bertekad untuk membuka mata. Lantas tubuh ayah terasa seperti ditusuk sesuatu. Ayah ingat ayah dah mati sebagai seorang pahlawan sejati. Tapi lain pulak yang jadi. Ayah hidup lagi. Waktu tu, ayah terkejut ya amat. Nak tahu sebab ape? sebabnya kumpulan pejahat itu bukanlah melemparkan bom atau peluru ke arah badan ayah. Tapi hanya menggunakan beberapa kilo buah kurma. Hah hah hah ! Ayah pun ketawa terbahak-bahak. Maka ayah pun terjaga dari tidur, rupa-rupanya ayah hanya bermimpi. Lalu ayah pun termenung seketika. Tidak lama selepas itu ada lah pulak buah kurma dari pokok yang menjadi tempat ayah berteduh tu jatuh kene hidung abang. Ayah terkejut, tapi nasib baik takda apa-apa yang berlaku. Sebab buah kurma tu kecil. Maka, terdetik di hati ayah suatu formula yang ayah termejahkan di dalam bentuk kata-kata iaitu " nasib baik buah kurma ni kecil, kalau buah kurma ni besar macam buah tembikai, nahas di buatnya ". Begitulah cerita ayah nak.. ( dengan memek muka yang sedikit manis dan jelingan mata yang tajam, ayah berharap ceritanya itu dapat memuaskan hati anaknya )


Anak : "Ooo... macam itu rupanya ayah. Betul juga ya. Kini baru saya tahu kenapa buah kurma itu kecil. ( senyap untuk beberapa ketika ). Ayah !!! ( tiba-tiba anaknya menjerit memanggil nama ayahnya lalu bertanya :) Ayah, macam mana pulak, dengan buah kelapa? kalau lah buah kelapa tu yang menimpa ayah, bukankah buah kelapa itu besar dan keras? ( soalan yang timbul di benak fikiran anak kecil ini menandakan timbulnya keraguan terhadap cerita ayahnya )


Ayah : "A...a..a.. ( sambil menggaru-garu kepala ayahnya mencari jawapan kepada soalan killer anaknya itu lalu ayahnya pun menjawab :) Eh! anak, sekejap ya, bagi ayah berehat dan tidur dulu di bawah pokok kelapa. Nanti baru ayah dapat jawapannya. ( sebenarnya, tak tahu pun jawapannya, alasan nak lari dari menjawab soalan anaknya itu ).


Maka selesailah kisah seorang ayah bersama anaknya.Bersama-samalah kita mencari jawapannya, dan sentiasalah kita memikirkan hikmah disebalik kejadian makhluk ciptaan Tuhan. Sesungguhnya tidak lah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada sesuatu disebaliknya.


Source

13 August, 2007

Minda Pembaca: Kaji mengapa "Meng Chee" jadi begitu







Monday, 13 August 2007

Image
MENGAPA pelajar Malaysia di sebuah universiti luar negara sanggup mengutuk negaranya sendiri?

Oleh: MYI, Bangi
ADALAH sangat mudah untuk banyak pihak terjebak di dalam isu Meng Chee secara tidak rasional sehingga tidak kurang yang mencadangkan anak muda berumur 24 tahun tersebut ditangkap dan didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Klip video kontroversinya yang dikatakan menghina lagu Negaraku, yang secara langsung diinterpretasikan sebagai telah menghina negara, agama (tentunya agama Islam), bangsa serta pemimpin yang telah banyak berjasa dengan menggunakan bahasa kasar serta lucah.

Pada pendapat saya jika semakin ramai orang politik diberi kesempatan untuk menyuarakan pendapat mereka masing masing dalam isu ini dan akhbar akhbar arus perdana pula sibuk mensensasikannya kita berkemungkinan akan mencatit satu lagi episod yang tidak enak di dalam hubungan antara kaum di negara ini.

Bukan kejadian pertama dan terakhir
Saya khuatir kesan negatifnya kerana sebahagian masyarakat negara majmuk ini sudah tentu akan melihat kepada siapa dan bukannya apa dan mengapa.


ImageMeng Chee bukanlah orang pertama yang telah dikatakan menghina lagu Negaraku dan kita boleh percaya bahawa beliau pula bukan semestinya yang terakhir.

Telah ada sebelum ini rakyat di dalam negara ini yang telah menghina Nabi Besar Muhammad SAW dikaca TV, akhbar arus perdana yang telah memuatkan kartun yang menghina Nabi Besar Muhammad SAW, ada yang telah menghina bahasa Melayu di pentas dan juga ada pula yang telah menghina lagu Negaraku dan sebagainya.

Kenapa pula tidak ada 'juara' yang sibuk untuk mengISAkan mereka mereka ini ketika itu? Apakah sekali ini kebetulan ianya "Meng Chee" dan bahang pilihanraya telah hampir maka timbul 'juara' yang begitu prihatin tentang imej negara di mata dunia?.

Kebetulan "Meng Chee" adalah warganegara Malaysia yang belajar di luar negara. Apa pula halnya nanti jika di masa akan datang ada bukan warganegara di luar negara kita yang turut mempersendakan Negaraku, agama, bangsa dan negara? Apakah kita nanti akan turut mencadangkan supaya mengISAkan sahaja mereka?

Perlukah Meng Chee dihukum?
Sebagai warganegara di dalam negara yang majmuk ini kita hendaklah berupaya untuk melihat masalah "Meng Chee" itu bukan dari sudut symptomatic yang terhad tetapi patut mengkaji masalah akar umbi sebab musabab terjadinya masalah ini.

Usia "Meng Chee" adalah seusia mahasiswa kita yang ratusan ribu yang sedang belajar di IPTA/IPTS tempatan maupun di luar negara. Apa sahaja tindakan terhadapnya sudah tentu akan mengundang impliksasi baik positif maupun negatif.

Sebagai ibubapa kepada "Meng Chee" apakah wajar kita menghukum sahaja beliau? Apakah dengan tindakan sedemikian kita telah menyelesaikan masalah? Bukankah kita juga patut dirotan kerana telah gagal mendidik "Meng Chee" dengan baik?

Adakah kita juga sebagai ibubapa telah mendidik ratusan ribu lagi anak bangsa untuk menghormat lagu Negaraku, menghormati kaum yang lain, menghormati agama yang lain dan mengenali pemimpin masa lampau yang telah banyak berjasa kepada Negara? Apakah kita mempunyai sistem pendidikan yang boleh menjamin semua itu, sekarang?

Penulis merupakan seorang pensyarah universiti terkemuka. Atas sebab tertentu beliau memohon klpos.com merahsiakan identitinya. - Pengarang

Ina, Suhaimi diijab kabul





KOTA TINGGI: “Peminat kami dari hati, bukan daripada populariti. Jadi, rezeki Allah tetap ada, tak kira status bujang atau sudah berkahwin.” kata pasangan artis pengantin baru, Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim dan Mohd Suhaimi Saad, 27, yang selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara di sini, malam tadi.

Image
Tinggal kenangan.. Sebuah program terbitan Astro dan RTM tahun lepas

Mereka berdua mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

Menurut Ina, beliau menerima lamaran Suhaimi kerana keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan penyanyi nasyid itu biarpun perkenalan mereka tidak sampai dua bulan.

Image
Pernah menjadi minah kilang suatu masa dahulu

Perkenalan mereka mula disemai ketika mengadakan persembahan bersama di Pasir Gudang, Johor pada Februari lalu dan sejak itu bibit cinta mereka mula bersemi hingga akhirnya mengambil kata putus untuk disatukan dalam ikatan pertunangan pada 6 Jun lalu.

ImageMohd Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan In-Team masih mengikat kontrak bersama Hijjaz Records sehingga penghujung tahun ini mengakui, dia belum membuat perancangan khusus untuk mereka kerana menganggap apa yang berlaku seperti tidak disangkakan.

"Saya memilih Ina kerana dia ada ciri yang saya mahukan untuk dijadikan isteri," kata Suhaimi.

Ina pula menyifatkan hatinya terbuka menerima Suhaimi sebagai bakal suaminya kerana menepati lelaki yang diimpikan untuk bergelar suami.



Faizal dulu dan sekarang



Faizal Tahir OIAM Kumpulan Mirwarna

FAIZAL TAHIR BERSAMA KUMPULAN MIRWARNA DAHULU

Faizal Tahir OIAM

Sekarang dah jadi Superman la ...

Link

Gambar terbaru Sharifah Amani Dah Tumbuh Rambut



Banyak yang mengutuk, banyak yang mengeji..But, bapa dia juga yang support dengan botakkan kepala sendiri..who else if not family..Case closed..Now SHARIFAH AMANI has a new look..Gambar terbarunya menunjukkan beliau sudah mempunyai rambut. More feminie-looking.

Gambar Terbaru Sharifah Amani - Dah Ada Rambut..


Link

Kisah Teladan



20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel

tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama

semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya

berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak

atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya

terpaksa saya membesarkannya juga.



Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak

perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi

Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan

dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...



Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai

pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan

alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.



Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun

ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin

bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya

menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya

bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu

saja.



Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.

Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami

menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti

pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih

sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan

dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada

memori yang mengaitkan saya kepadanya.



Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu

sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya

menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak

yang manis?"



"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"



Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai

perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba

terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang

ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa

jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya,

saya patut mati..., mati..., mati...



Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan

tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya

Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...



Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping

sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah

saya dan bertanya,



"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"



"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang

saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...



Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu

baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari

kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat

pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.



Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya

tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau?



Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih

saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat

daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di

dalamnya!



Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan

kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada

sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya

mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali

potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri

setiap hari...



Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah,

sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.



Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki

kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang

berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap

sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia

seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur

saya. Suaranya parau.



"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"



Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan

seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"



Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah

kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus

menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat

keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal

bersama saya.



Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun

saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu

Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari

selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."



Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah

kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi

saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."



Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia

sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan

meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang

terketar-ketar dan lemah.



"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang,

Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya

sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di

belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila

mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam

sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok

ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia

terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya

kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.



Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan

berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.

Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana

DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.



moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar

benar menyayangi kita...

Memang Allah sengaja...



Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa
depan...


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

BE CREATIVE, BE INNOVATIVE, THINK DIFFERENTLY, THERES ALWAYS BE A
BETTER WAY
...

Kingfisher






Different Bicycles











A very rare flower




Jujur



Jujur
Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa."
Si Pemuda mengangguk.
Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti papan...kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.
Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang pen! ting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya.
“Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi...", kata pemuda. “Sstt...sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya.
Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang
memang..memang...benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya.
Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi...?"
"Ye la memang seperti bayi,... panjang 50 cm dan berat 3 kg"
Blog Widget by LinkWithin