adsense

10 September, 2007

Funny Pics




Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday






Free Image Hosting at www.ImageShack.us<--click for enlarge

Kemalangan ngeri,kena hempap batu



Click images for enlarge. (18SG)
Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar pertunangan Erra dan Engku Emran



Engku Emran simple jer just slack and kemeja.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Credit

Peguam India Malaysia saman Britain RM13 trilion



Menda citer ni??

WASHINGTON 9 Sept. – Seorang peguam hak asasi manusia dari Malaysia memfailkan tuntutan saman AS$4 trilion (RM13.6 trilion) terhadap Britain kerana kekejaman yang didakwa dialami oleh kaum India yang nenek moyang mereka dibawa ke Malaysia sebagai buruh kontrak pada zaman penjajah.

Peguam tersebut, Ponnusamy Waytha Moorthy memberitahu, saman yang difailkan di London minggu lepas menuntut ganti rugi sejuta pound (RM6.8 juta) bagi setiap seorang daripada kira-kira dua juta keturunan India di Malaysia.

“Tuntutan besar ini menggambarkan kesakitan, penderitaan, penghinaan, diskriminasi dan penjajahan berterusan selama bertahun-tahun di bawah kerajaan Malaysia sekarang.

“Ia juga bertujuan memperlihatkan kecuaian dan kegagalan kerajaan Britain kerana tidak memaktubkan hak-hak kaum minoriti India dalam perlembagaan semasa mereka memberi kemerdekaan kepada Malaysia,” katanya.

Ramai rakyat India dibawa ke Malaysia dari selatan India sebagai buruk kontrak oleh penjajah British tetapi keturunan mereka “ditinggalkan dalam keadaan terbiar” apabila kuasa penjajah itu meninggalkan Malaysia, katanya,.

“Kaum India Malaysia telah diasingkan, didiskriminasi dan dipinggirkan di samping mengalami penganiayaan bentuk lain,” dakwa peguam itu.

– AFP

Lisdawati, Fauzi selamat diijab kabul



KUALA LUMPUR 9 Sept. – Ikatan pertunangan yang terjalin sejak 28 Oktober tahun lalu, antara pelakon Lisdawati Nazaruddin, 28, dan Fauzi Nawawi, 34, akhirnya termeteri di gerbang perkahwinan apabila pasangan itu selamat diijab kabulkan hari ini.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana di kediaman Lisdawati di Kondominium Setapak Ria di sini, dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah mempelai.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Wilayah Persekutuan, Masjid Jamiul Ehsan, Wan Ismail Wan Ahmad, 63, dengan mas kahwin RM999.

Dengan sekali lafaz, Fauzi sah bergelar suami Lisdawati dan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian rekaan butik Anggun Andaman bertemakan hijau putih.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin yang ditemui selepas majlis pernikahan berkata, dia bersyukur kerana pernikahannya berjalan lancar.

Ditanya mengenai keistimewaan Fauzi, Lisdawati berkata, Fauzi seorang yang matang dalam membuat sebarang keputusan.

“Kebanyakan masalah yang dihadapi, dia dapat atasi dengan baik. Di situ saya nampak kewibawaan Fauzi dan saya amat menghargainya,” kata Lisdawati.

Pada majlis yang sama, mereka bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak Fauzi beserta wang hantaran RM21,111.11 dan dibalas 11 dulang oleh Lisdawati.

Sementara itu, Fauzi ketika diminta mengulas mengenai perasaannya berkata, dia berasa itulah hari yang paling gembira dalam hidupnya.

“Saya ingin menjalani kehidupan berumah tangga bermula pada Ramadan dan Syawal kali ini bersama Lisdawati dan keluarga,” katanya.

Pasangan tersebut akan melangsungkan majlis persandingan mereka di Dewan Komuniti Ibu Kota, Setapak pada 26 Oktober depan.

Starbuck Kampung



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ghost Rider



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

10 Blog Traffic Tips



Saja nak share dgn pengunjung Isuhangat yang mempunyai blog sendiri yang digelar blogger aka mxxxxxt <--?? huhuhu

In every bloggers life comes a special day - the day they first launch a new blog. Now unless you went out and purchased someone else’s blog chances are your blog launched with only one very loyal reader - you. Maybe a few days later you received a few hits when you told your sister, father, girlfriend and best friend about your new blog but that’s about as far you went when it comes to finding readers.

Here are the top 10 techniques new bloggers can use to find readers. These are tips specifically for new bloggers, those people who have next-to-no audience at the moment and want to get the ball rolling.

It helps if you work on this list from top to bottom as each technique builds on the previous step to help you create momentum. Eventually once you establish enough momentum you gain what is called “traction”, which is a large enough audience base (about 500 readers a day is good) that you no longer have to work too hard on finding new readers. Instead your current loyal readers do the work for you through word of mouth.


Read More...

Fail Download: Gelak Ketawa



Sebelum bulan puasa ni, aku nak ajak korang bergelak ketawa . Fail ni penuh dengan koleksi gelak ketawa, teka teki dsb. Esok kalau dah puasa jangan ingat nak gelak jer..Quran tu baca.

Ok boleh download fail tersebut di link di bawah ni:


>>>CLICK HERE TO DOWNLOAD GELAK KETAWA FILE<<<
Power Point Format

My Interview With Ultraman





Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.



Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!


Allah Kalimah In The Sky of Putrajaya



(Click images for enlarge)


Kalimah 'Allah' In The Sky of Putrajaya [3 Photos]
Assalamualaikum..

Hari tu, malam 18hb Ogos 2007, sempena Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya, aku ada shoots dalam 26 frame gambar.

Masa shoots yang ke 13, aku perasan akan pembentukan awan2 kumulus nipis sedang berarak di langit.. kemungkinan dihembus oleh angin sepoi2 bahasa di atas langit tu. Tapi, bila aku perhatikan betul2 ke dalam skrin LCD digital kamera aku, aku terperasan bahawa, awan2 yang berarak tersebut seolah-olah sedang membentuk satu corak yang sangat 'familiar'.. bila aku amat-amati, aku suspek.. awan2 tersebut sedang membentuk sebuah kalimah..

Tanpa berlengah, aku terus membetulkan keadaan kamera dan tripod aku. Seterusnya, aku ambik satu lagi shoot (frame ke 14). Kemudian setelah aku check balik gambar tu, aku decide utk ambik satu lagi shoot iaitu shoot yang ketiga (frame ke 15).. dan kali ni, bila aku tengok ke skrin LCD digital kamera aku.. gambar tu memang yang terbaik dari segi komposisinya... sequal bagi ketiga2 frame tersebut ialah selang seminit, maksudnya gambar2 di ambil pada pukul 8.57 pm, 8.58 pm dan 8.59 pm...

Aku dah cuba utk share perkara ni dengan Utusan dan Berita Harian, masa on the way ke lecture aku semalam.. tapi hari nie (20hb August 2007) nampaknya tak keluar pun.. tak kisahlah tu.. cuma aku rasa elok juga kalau aku boleh share gambar2 ni dengan korang... kerana pada pendapat aku, awan yang berarak itu telah membentuk kalimah 'Allah' dalam tulisan Arab..

Sesuai dgn pertunjukan bunga api tersebut, mungkin Allah hendakkan kita semua bersyukur ke atas nikmat-nikmat-Nya..

Kepada sesiapa yang tak nampak tu, anggaplah perkara ni sebagai satu kebetulan sahaja..

Perhatikanlah gambar2 yang aku attachkan ni.. " )


Free Image Hosting at www.ImageShack.us13th-Frame. 8.57 pm.

I noticed a familiar shape of an Arabic wording, the word 'Allah' came across my mind. I was already prepared for the fireworks show. My compact digital camera was attached to a tripod and the camera mode was set into 'fireworks' mode. So, it was not difficult to instantly shoot this extraordinary clouds form.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us14th-Frame. 8.58 pm.

After looking into the photo result, I was dissatisfied with the composition. I thought it could be better if I adjust a bit of my camera position. As you could see above, the composition still need minor adjustment. So again, I made another minor move to get the 'very' best of composition result.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us15th-Frame. 8.59pm.


Here it goes. This was the best composition that I had captured. The forming of this Kalimah happened within less than five minutes. It was then dissappeared as the clouds had freely, slowly move on and shifted by the blowing winds in the sky.


Details of Photo;

Shoots during the night of Putrajaya International Fireworks Competition 2007.

Time: 8.59 pm. Date: 18th August 2007. Location: Putrajaya, Kuala Lumpur.

Camera: Olympus FE-190. Shooting Mode: Fireworks with tripod.

Photographed by: Saharudin Bin Mohd Dan (
din9911@yahoo.com)


[PS: Well, somehow I think I am a bit lucky and has been blessed by Him. First, because of my hobbies to shoot photos and share it with my friends " ).. Secondly, maybe because of the Asma-Alhusna, the song of 99th Beautiful Names of Allah, that I've memorized and always sing it while I am driving in my car.. or thirdly, it could be the other way around.. Wallahualam.] [WINDOWS-1252?]


[Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah kami..]


"..Untuk tambahan, malam tu aku ada sekali kat sana dgn Atok... tetiba dapat call (hp Atok) dari Tobak, tapi aku yang jawab. So bila Tobak mentioned pasal shoot yg dia dapat, aku terus dongak ke langit. Memang aku nampak awan tersebut. Tapi yg aku nampak hanya awan yang bercorak garis-garis. Bermakna aku terlambat beberapa ketika sahaja. In juga bermakna, rezeki untuk Allah tunjukkan kebesaranNya hanya diberikan kepada Tobak pada malam itu. Bila Tobak tunjuk gambar tu, memang sahih apa yg dia shoot disebabkan aku pun masih dapat lihat bayangan garisan Cuma aku tak dapat lihat kalimah itu sendiri. Allahuakbar... sesenungguhnya Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang Dia mahu tunjukkan. [WINDOWS-1252?]

Cuma, apa yang aku boleh katakana, kejadian ini berlaku beberapa minit selepas azan Isyak.... Aku pada masa tu, aku berada di perkarangan Masjid Putrajaya. Tapi bila azan, aku tidak pun menyahut seruannya. Takut tertinggal bunga api.... tapi itulah yang Allah tunjukkan esp untuk org yang macam aku. Suka lengahkan seruannya.... Maka perkara seperti inilah yang harus kita nilai semula... Kekuasaan Allah... rezeki Allah... rahmat Allah... segalanya... yg diberikan kepada kita. Cuma kita sendiri yang dapat menilai samada kita ingat atau lupa. Maha Suci Allah... Allah Yang Maha Besar... terima kasih untuk Tobak yang sudi berkongsi keajaiban & kekuasaan Allah ini... [WINDOWS-1252?]

p/s: Andaikata kita dipanggil pulang sekarang ini, adakah kita telah bersedia... " ~ Achmat.

.

Embedded CGI removed by   webmail. http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=17568606/grpspId=1705043731/msgId=48741/stime=1188957889/nc1=3858796/nc2=3848578/nc3=4776373




Hayati Ramadhan Secara Berkualiti



Kedatangan Ramadhan perlu disambut dengan perasaan riang gembira. Hati yang gembira merupakan lambang kepada keyakinan dan keikhlasan hati kita kepada bulan yang dimuliakan ALLAH dan rasul-rasulNYA. Inilah gesaan Islam apabila menjelangnya hari-hari kebesaran Islam, lebih-lebih lagi Ramadhan yang dianggap sebagai “bulan ibadah”.

Apabila kembali kepada sirah Rasulullah, kedatangan Ramadhan inilah saat yang amat ditunggu-tunggu Rasulullah dan para sahabat. Kedatangan Ramadhan menjadikan mereka sangat ceria dan semakin sibuk dengan amal ibadah kepada ALLAH taala. Kemeriahan ibadah pada Ramadhan mengalahkan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan selain di bulan Ramadhan. Bahkan yang hebatnya, Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan individu yang paling sibuk beribadah di sepanjang Ramadhan.

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan kali ini, marilah kita mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di sepanjang Ramadhan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredhai ALLAH Taala. Kita perlu memuliakan Ramadhan dengan acara-acara yang disukai ladi diredhai ALLAH. Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah:-

  1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
  2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.
  3. Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
  4. Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.
  5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.
  6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
  7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
  8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.
  9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
  10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.
  11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
  12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.
  13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
  14. Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
  15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.
  16. Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
  17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA terutama ketika berbuka dan bersahur.
  18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
  19. Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
  20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
  21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
  22. Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat.

Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadhan samada dari aspek pembinaan jasmani maupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang-orang yang berpuasa. Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada hambaNYA yang benar-benar menunaikanibadah puasa. Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untukKu dan Aku akan membalasnya.” (Riwayat Muslim)

Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadhan. Kita juga dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadhan dengan penuh amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat taqwa di sisi ALLAH.

09 September, 2007

Lepas GRO: Hakim syarie direman 4 hari



Posted on Saturday, September 08 @ 22:35:52 MYT by greenboc
aIPOH 7 Sept. – Seorang hakim syarie yang disyaki menerima suapan bagi ‘menyelesaikan’ beberapa kes yang dikendalikannya ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membolehkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan terperinci.


Perintah tahanan reman sehingga Isnin ini dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Wong Lok Hai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Ia bagi membolehkan hakim itu disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima rasuah bagi melepaskan jaminan beberapa pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang ditangkap dalam satu operasi cegah maksiat tahun lepas, tanpa mengikut prosedur.
Beliau juga disiasat kerana didakwa mengambil suapan bagi mempercepatkan proses penyelesaian dua kes poligami, satu daripadanya melibatkan orang kenamaan.

Hakim kanan berusia 53 tahun itu ditahan di pejabatnya oleh sepasukan anggota BPR pada pukul 3.30 petang semalam selepas didakwa menerima suapan berjumlah RM4,200 daripada pihak terbabit.

Daripada jumlah wang itu, sebanyak RM3,000 adalah bagi kes GRO manakala bakinya adalah bagi dua kes poligami.

Penahanan itu dibuat sejurus selepas BPR menerima maklumat daripada orang ramai.

Difahamkan, BPR sebelum ini menerima beberapa aduan mengenai penglibatan hakim itu dalam rasuah tetapi tidak mempunyai bukti mencukupi untuk menahannya.

Sementara itu, Pengarah BPR negeri, Samsiah Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung penglibatan hakim itu dalam kes rasuah.

‘‘Kita akan reman suspek sehingga kita berpuas hati dengan siasatan dan sekiranya

08 September, 2007

Ice Cream Walls Malaysia Halal



Surat Berkenaan Walls tidak halal di isuhangat disiarkan: http://isuhangat.blogspot.com/2007/09/walls-ice-cream-not-suitable-for-muslim.html

Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat, Unilever Malaysia, Nik Mustapha Nik Mohamed, dalam kenyataannya yang disampaikan kepada Harakahdaily, berkata semua produk keluaran Wall's di Malaysia adalah halal dan memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Unilever Malaysia menegaskan sijil halal bagi setiap produk Wall's di negara ini dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan The Central Islamic Committee of Thailand (TCICOT), Majelis Ulama Indonesia (MUI) serta China Islamic Association (CIA) yang merupakan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Kami menghormati kepercayaan dan amalan setiap agama serta sensitif terhadap kepentingan mereka yang pelbagai.

"Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi dengan sebaik mungkin," jelas beliau.

Nik Mustapha berkata demikian sebagai menjawab keraguan penggemar aiskrim di negara ini yang membuat panggilan ke pejabat Harakahdaily dan menghantar emel bagi mengetahui status halal produk Wall's, berdasarkan tersebarnya surat daripada Penasihat Khidmat Pengguna, Wall's United Kingdom (UK) kepada S. Timothy Neville kepada seorang pengguna dari Reading, UK, yang bertanyakan kesesuaian produk Wall's untuk pengguna Islam yang tersebar melalui emel.

Nik Mustapha berkata, Unilever Malaysia menegaskan bahawa senarai produk Wall's yang telah dinyatakan dalam surat Neville itu hanyalah khusus untuk produk Wall's bagi pasaran di UK sahaja, memandangkan permintaan dan keperluan pengguna di seluruh dunia adalah berbeza-beza.

"Produk Wall's untuk pasaran Malaysia diperolehi dari dalam negara dan juga diimport dari Indonesia, Thailand dan China. Wall's Malaysia tidak mengimport aiskrim daripada UK atau mana-mana negara di Eropah," tegas Nik Mustapha.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak Unilever mengalu-alukan para pengguna untuk menghubungi di talian 1800881315. - mks.


Orang kalau kentut



Orang Amerika kentut, depa kata"EXCUSE ME".

Orang Inggris kentut, depa kata "PARDON ME".

Orang Singapore kentut, depa kata "I'M SORRY".

Kalo Orang Malaysiakentut, mesti kata "NOT ME!! NOT ME!!"
hehehehe.....

Time for health.........Very Informative



Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to.

It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here.

This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks.

God created our body so well that he thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.

So, keep walking...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

07 September, 2007

Download File AsmaulHusna



File to share.
Asmaulhusna Makna 99 nama Allah dan Fadhilat mengamalkannya,Insyallah. Wallahuallam




s

Pengurusan sistematik



Cara Mudah Meningkatkan Potensi Anda :

* mengejar kecemerlangan
* membina keperibadian
* mengekalkan kesihatan
* kepimpinan berkesan
* berani menghadapi risiko
* meningkatkan keyakinan diri
* meningkatkan daya usaha


Selepas meningkatkan potensi anda,kita perlu berfikir jalan untuk meningkatkan kemajuan diri ke arah kecemerlangan kendiri.



Bagaimana Mahu Meningkatkan Kemajuan Diri :

* kenal pasti kelemahan anda sebagai langkah pertama sebelum memperbaikinya
* lakukan sesuatu perkara dengan cara yang paling mudah,gunakan kekuatan anda
* belajar menerima kritikan yang membina dan bertindak untuk memperbaiki kesilapan
* bentuk cita - cita jangka panjang anda untuk membantu anda merebut peluang untuk maju ke hadapan
* berani menerima tangungjawab pada peluang pertama yang datang pada anda
* miliki target untuk kemajuan diri dan kerjaya anda
* jangan takut untuk terus belajar dan mengambil iktibar dari kegagalan

FRU takut babi Melaka?



Luqmanul Hakim
Thu | Sep 06, 07 | 11:03:29 AM

Saya pernah pergi perarakan bantah Amerika serang Afghanistan. Kemudian perarakan bantah akhbar Denmark hina Nabi s.a.w. Kemudian bantahan kenaikan harga minyak. Banyak lagi bantahan rakyat saya turut serta.


Ketika berarak saya pernah disembur gas pemedih mata FRU. Saya melolong kesakitan. Saya mencari air. Saya rasa macam mahu rebah. Tetapi saya sabarkan hati. Meleleh air mata saya. Hidung saya pun berair. Kaki saya lemah. Tetapi anggota FRU menyembur dan terus menyembur, tanpa belas kasihan. Apa lagi saya boleh buat, larilah, kalau tak lari kena belantan pula.


Saya taubat. Saya bukan taubat tak nak pergi berjuang lagi, tapi taubat nak bagi sokongan kepada FRU, anggota keselamatan dan sesiapa saja yang jadi pengampu, tali barut untuk mengenyangkan si perut buncit sang penguasa.


Malah dalam salah satu tunjuk perasaan itu (bantahan harga minyak naik), helikopter penguasa zalim terbang rendah (saya yang berada di bawahnya, rasa macam mahu dibawanya terbang), bertujuan menggagalkan perhimpunan dan menghalang orang ramai daripada mendengar ucapan pemimpin.


Tetapi satu berita dari Melaka, buat saya ‘hilang respect’ pada kehebatan FRU, kehebatan anggota penguat kuasa si penguasa zalim. Manakan tidak hilang ‘respect’, baru digertak barisan penternak babi, semuanya bersurai, berundur, operasi tidak diteruskan.


Semuanya cabut. Malah tiada gas pemedih mata dilepaskan kepada 180,000 ekor babi yang ada di Melaka. Memang betullah tindakan mereka, babi haram disentuh, jangan didekati, jadi lebih baik ‘cabut’ daripada kena mandi air tanah sekali dan air bersih tujuh kali.


Tindakan mereka betul juga. Kalau sembur babi dengan air pemedih mata, silap-silap nanti babi mengamuk, susah orang Melaka. Babi ini bukan seekor dua, malah ratusan ribu. Kalau ratusan ribu mengambuk, habis orang Melaka kerana amukan ini lebih hebat daripada amukan Hang Jebat. Satu Melaka diamuk babi nanti.


Kalau amukan Hang Jebat, boleh juga ditepis, tetapi kalau babi mengamuk mana boleh tepis. Apabila tersentuh babi, kena bersuci. Daripada susah bersuci, lebih baik cabut lari.

Puasa ini mereka akan muntah-muntah lagi. Uuuekkk, orang ramai pun tidak mahu lagi mandi-manda di Tanjung Bidara dan Pengakalan Balak, mereka takut air laut dicemari najis babi yang mengalir dari sungai-sungai dan anak sungai di kawasan berkenaan. Raya nanti waris pun tak nak balik manakala saudara dan sahabat tidak mahu kunjung kerana bukan ada bau dodol dan rendang tetapi ada bau babi.


Hairan ya, mengapa babi diternak di kawasan orang Islam. Orang Islam tidak makan babi tetapi mereka dipaksa pula cium bau babi. Kalau FRU takut babi, tentulah mereka lagi takut. Teruslah cium bau babi Ramadan dan Syawal ini. – lanh
Blog Widget by LinkWithin