adsense

08 September, 2007

Ice Cream Walls Malaysia Halal



Surat Berkenaan Walls tidak halal di isuhangat disiarkan: http://isuhangat.blogspot.com/2007/09/walls-ice-cream-not-suitable-for-muslim.html

Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat, Unilever Malaysia, Nik Mustapha Nik Mohamed, dalam kenyataannya yang disampaikan kepada Harakahdaily, berkata semua produk keluaran Wall's di Malaysia adalah halal dan memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Unilever Malaysia menegaskan sijil halal bagi setiap produk Wall's di negara ini dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan The Central Islamic Committee of Thailand (TCICOT), Majelis Ulama Indonesia (MUI) serta China Islamic Association (CIA) yang merupakan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Kami menghormati kepercayaan dan amalan setiap agama serta sensitif terhadap kepentingan mereka yang pelbagai.

"Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi dengan sebaik mungkin," jelas beliau.

Nik Mustapha berkata demikian sebagai menjawab keraguan penggemar aiskrim di negara ini yang membuat panggilan ke pejabat Harakahdaily dan menghantar emel bagi mengetahui status halal produk Wall's, berdasarkan tersebarnya surat daripada Penasihat Khidmat Pengguna, Wall's United Kingdom (UK) kepada S. Timothy Neville kepada seorang pengguna dari Reading, UK, yang bertanyakan kesesuaian produk Wall's untuk pengguna Islam yang tersebar melalui emel.

Nik Mustapha berkata, Unilever Malaysia menegaskan bahawa senarai produk Wall's yang telah dinyatakan dalam surat Neville itu hanyalah khusus untuk produk Wall's bagi pasaran di UK sahaja, memandangkan permintaan dan keperluan pengguna di seluruh dunia adalah berbeza-beza.

"Produk Wall's untuk pasaran Malaysia diperolehi dari dalam negara dan juga diimport dari Indonesia, Thailand dan China. Wall's Malaysia tidak mengimport aiskrim daripada UK atau mana-mana negara di Eropah," tegas Nik Mustapha.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak Unilever mengalu-alukan para pengguna untuk menghubungi di talian 1800881315. - mks.


2 comments:

Unknown said...

hi,if ingredient such as code (INS471) emulsifer, produk walls ice cream import from Thailand is it halal by refer to as above code*?

Unknown said...

hi,if ingredient such as code (INS471) emulsifer, produk walls ice cream import from Thailand is it halal by refer to as above code*?

Blog Widget by LinkWithin