adsense

09 September, 2007

Lepas GRO: Hakim syarie direman 4 hari



Posted on Saturday, September 08 @ 22:35:52 MYT by greenboc
aIPOH 7 Sept. – Seorang hakim syarie yang disyaki menerima suapan bagi ‘menyelesaikan’ beberapa kes yang dikendalikannya ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membolehkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan terperinci.


Perintah tahanan reman sehingga Isnin ini dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Wong Lok Hai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Ia bagi membolehkan hakim itu disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima rasuah bagi melepaskan jaminan beberapa pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang ditangkap dalam satu operasi cegah maksiat tahun lepas, tanpa mengikut prosedur.
Beliau juga disiasat kerana didakwa mengambil suapan bagi mempercepatkan proses penyelesaian dua kes poligami, satu daripadanya melibatkan orang kenamaan.

Hakim kanan berusia 53 tahun itu ditahan di pejabatnya oleh sepasukan anggota BPR pada pukul 3.30 petang semalam selepas didakwa menerima suapan berjumlah RM4,200 daripada pihak terbabit.

Daripada jumlah wang itu, sebanyak RM3,000 adalah bagi kes GRO manakala bakinya adalah bagi dua kes poligami.

Penahanan itu dibuat sejurus selepas BPR menerima maklumat daripada orang ramai.

Difahamkan, BPR sebelum ini menerima beberapa aduan mengenai penglibatan hakim itu dalam rasuah tetapi tidak mempunyai bukti mencukupi untuk menahannya.

Sementara itu, Pengarah BPR negeri, Samsiah Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung penglibatan hakim itu dalam kes rasuah.

‘‘Kita akan reman suspek sehingga kita berpuas hati dengan siasatan dan sekiranya

No comments:

Blog Widget by LinkWithin