adsense

16 September, 2007

Funny Pics




Klik gambar utk besarkan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips Membantu Pasangan Untuk Hamil




Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Anda mungkin pernah mendengar perbagai andaian mengenai perkara ini. Ada yang menyarankan kedudukan yang betul ketika perhubungan badan. Ada juga minta wanita mengatur jadual mengikut kedatangan haid dan pelbagai lagi cara yang di anjurkan bagi meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Terutama kepada pasangan yang sudah agak lama berumahtangga tapi belum mendapatkan cahaya mata.

Tetapi adakah apa yang dianjurkan itu semua betul dan tepat? Sebelum mencuba segala petua yang anda dengar itu, sebaik-baiknya, ketahui dahulu bagaimana proses kehamilan itu terjadi.

Beberapa Tip untuk Hamil

Pilih Waktu Terbaik
Perkara terpenting adalah mengetahui waktu paling baik untuk terjadinya pembuahan bagi seorang wanita. Waktu terbaik adalah ketika masa subur atau waktu ovulasi.

Anda boleh mengetahui waktu subur ini melalui kelendar kedatangan haid anda. Atau boleh ke klinik wanita untuk meminta saranan mengenai perkiraan waktu subur anda.

Yang Perlu diberi perhatian adalah telur yang matang hanya hidup 24 jam sementara sperma hidup 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu melakukan hubungan seksual sebelum waktu ovulasi atau pembuahan lebih baik bagi meningkatkan kehamilan daripada sehari atau dua hari selepas waktu pembuahan.

Kedudukan hubungan seksual
Kedudukan atau posisi seks yang dianjurkan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki di atas dan wanita di bawah.

Frekunsi Hubungan Seksual
Frekunsi atau beberapa kerap mahu melakukan hubungan seksual bergantung kepada pasangan itu sendiri. Tiada ada angka khusus yang boleh memastikan beberapa kali seseorang itu harus berhubungan seks bagi mendapatkan kehamilan. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali hubungan sahaja dan ada juga yang memerlukan masa lebih lama baru berjaya hamil. Yang terpenting berapa kerap anda melakukan hubungan seksual pada waktu yang tepat?

Nikmati proses hubungan seksual anda
Kajian menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme (kemuncak), vagina akan membentuk suasana alkaline. Keadaan ini amat di sukai sperma daripada keadaan normal vagina yang berbentuk asam (asid). Jika anda mencapai orgasme pada masa yang bersamaan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik lebih meningkat.

Jangan Banyak Bergerak?
Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa setelah berhubungan seks, wanita yang ingin hamil, tidak boleh bergerak yakni harus tetap di tempat tidur dengan kaki atau punggung dalam kedudukan lebih tinggi. Ini kerana sebenarnya sperma sudah pun berada di dalam servik sebaik sahaja lelaki ejakulasi.

Tidak ada pakar yang tetap menganjurkan agar memberi ruang waktu sebentar untuk sperma berenang ke servik dan menyangga punggung dengan sebiji bantal sepanjang tempoh perhubungan seks.

Yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan vagina selepas perhubungan seks, elakkan daripada menggunakan cairan pembersih vagina, kerana cairan pembersih vagina bersifat toksid kepada sperma.

Informasi pada suami
Para suami sebaik-baiknya mengelakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau mandi air panas. Perkara ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan disebabkan proses penekanan atau panas di daerah testis (pembentuk sperma).

Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah perkara yang penting. Pastikan tubuh anda cukup khasiat dan zat. Ingat bahawa wanita yang sihat akan mudah hamil daripada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan.

Tips-tips yang diberikan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Ingatlah kebanyakan sperma ketika masuk ke saluran dan telur yang matang serta sedia untuk dibuahi. Hanya 30% sahaja yang mempunyai hasil ujian kehamilan positif. Selebihnya 70% lagi walaupun melakukan semua saranan yang diberikan dengan betul, tapi masih belum tentu akan berjaya. Ada pasangan perlu menunggu lebih lama dan mencuba berkali-kali. Sekiranya anda sudah melakukan segalanya selama satu tahun tetapi masih belum hamil, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari pakar dengan segera.

Tip Mengekalkan hubungan jarak jauh



Percintaan jarak jauh bukanlah bererti hubungan kamu dengan si dia sudah berakhir.
Ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memerlukan kamu berdua berpisah untuk sementara.Oleh itu,kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.Berikut adalah 5 tips untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak...


TETAP BERHUBUNGAN SETIAP SAAT
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh.chatting,sms atau emel secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan hubungan.

LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan.Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa,maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.

JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN BERPANJANGAN
Jika berlaku perselisihan faham,selesaikan dengan segera,jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.

TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan.kirimkan kepada si dia e card yang lucu,hangat dan menyentuh perasaan.

REALITI
Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya.ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan tidak lagi sama seperti dahulu..oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu.ia adalah cara terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing..

Walauhualam.....

Kasih sayang mengikut bulan lahir........



Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------


BACA ARTIKEL PENUH

SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH




Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

  1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
  2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
  3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
  4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
  5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
  6. Orang yang diuji Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
  7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
  8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
  9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
  10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW



"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" luv ..wardah as sakinah

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA


Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin
Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal
sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi
Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu
samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup
memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu
sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata
putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan
ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman
menjadi terlalu heran, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta
pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya
dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman
keheranan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi
Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian
memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di
dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang
memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti
kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya
itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri.
Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak
pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku
melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu
kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi
Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu
menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya
Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah
atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku
tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya
yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat
bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi
Sulaiman a.s yang merasa semakin heran.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku
mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan
menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai
menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu
kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya.
Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Khasiat dan Fadhilat Al Fatihah




Wallahualam...

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
> "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
> Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
> "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
> "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
> Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
> Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

  • > Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

BACA ARTIKEL PENUH

"ALAMAT mati dalam Husnulghathimah (Keadaan baik)



1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu
dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim
pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya
dari fitnah kubur.
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
1.. Akan
diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat
duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
2.. Diselamatkan dari seksa kubur.
3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat
.
4..
Diperhiasi dengan iman.
5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
6.. Mati kerana melhirkan anak.
7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi
setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).
Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka
ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid".
Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana
menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah"Barangsiapa
yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau
kena pijak oleh unta
atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah
berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka
sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh
kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu
Daud.
16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu
yang dibolehkan oleh
Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.
18.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

1.. Mejaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat
mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.




"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa
kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" luv ..wardah as sakinah

10 Wasiat Imam Syafie




SEBELUM Imam Syafie
pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.


"Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

.

Pepatah Cinta



Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.


Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.


Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....



Video Tutorial Percuma!!!

Memang Free, Jom join , best!

Klik gambar di bawah untuk mendapatkan video percuma. Selalunya benda-benda macam ni kena bayar. Daftar jer..free beb!

Mayat Aneh



Klikk gambar untuk besarkan

Sabar je la bulan puasa ni..

15 September, 2007

Balik kampung beraya pelbagai dialek



    Kelantan...                    
    Make ikke cicoh budu                                                    
    Jange lupo tamboh satar                                                 
    Kelik rayo taksir laju                                                  
    Nanti rayo dale sepita                                                  
                                                                            
    Terengganu...                                                           
    Makang ubi jamang jepong                                                
    Makang kepok cicah cuke                                                 
    Bulang pose mung bengong                                                
    Bulang raye mung gile                                                   
                                                                            
    Pahang...                                                               
    Sepadan Pahang ada kasino                                               
    Nasi dagang ikan patin                                                  
    Jange mu masam muko                                                     
    Raya makan rendang sadin                                                
                                                                            
    Johor...                                                                
    Cegitu cegini awak suke                                                 
    Awak suke kite tak suke                                                 
    Esok luse hari raye                                                     
    Sama-sama bersuke rie                                                   
                                                                            
    Melaka...                                                               
    Hawau kau berak merate                                                  
    Kaki bengkak ulau patok                                                 
    Kalu balik naik kerete                                                  
    Jangan pandu kalau ngantok                                              
                                                                            
    N. Sembilan...                                                          
    Masak lomak cili api                                                    
    Campo dongan! daun turi                                                 
    Hari rayo kolumpo sopi                                                  
    Tinggal penyamun dongan pencuri                                         
                                                                            
    (org kolumpo jgn kocik ati!!)                                           
    Selangor/K.Lumpur...                                                    
    Wa cakap lu wa tak tau                                                  
    Tapi wa tipu sama lu                                                    
    Raya jangan buat tak tau                                                
    Angpau ada bagi gua dulu                                                
                                                                            
    Perak...                                                                
    Gulai tempoyak ikan mayong                                              
    Deroyan busok tebok tupai                                               
    Pandu hemat ingat kampong                                               
    Asal teman selamat sampai                                               
                                                                            
    Kedah...                                                                
    Aloq Staq terketaq-ketaq                                                
    Lapaq perut makan pau                                                   
    Macam mana tak ketaq                                                    
    Kena paksa bagi angpau                                                  
                                                                            
    Penang...                                                               
    Nasi kandaq kedai mamak                                                 
    Anak mami juai pesemboq                                                 
    Lepas raya usah dok triak                                               
    Kalu ceti mai ikut dapoq                                                
                                                                            
    Perlis...                                                               
    Padang besaq kecik aja                                                  
    Tempat siam lalu lalang                                                 
    Hari raya kita berbelanja                                               
    Jangan sampai menambah utang                                            
                                                
Just for fun

Keputusan Peraduan SAYA ANAK MALAYSIA



KEPUTUSAN DAH KELUAR HARI NI KT WEBSITE www.mymesra.com.my
KORANGLAH TGKLAH MANA TAU ADA NAMA KAU ORANG....

Bila Raya?




CLICK HERE TO KNOW BILA RAYA

(Power Point Format)

Link Hotel dan Restoran utk buang duit



Ulama telah sepakat mengatakan berbuka puasa di hotel dan restoran mahal adalah tidak digalakkan. Dari makan mewah-mewah baik sedekah ke fakir miskin.Lagi satu tak semua hotel cuba dapatkan sijil Halal dari Jakim. So sendrik mau ingat..

Tapi kalau korang nak berbuka juga di tempat glam-glam. Saya ada list nya huhuhu, kalau tak tak dinamakan blohh isuhangat

Boleh dapatkan di link bawah ni:


>>>SENARAI HOTEL & RESTORAN UTK BERBUKA<<<

14 September, 2007

AIR FORCE TEST




The object of the game is to move the red block around
Without getting hit by the blue blocks or touching the black walls.

If you can go longer than 18 seconds you are phenomenal. It's been
Said that the US Air Force uses this for fighter pilots. They are
Expected to go for at least 2 minutes.

Give it a try but be careful...it is addictive!!

Air Force Test <-------- click here

Jadual Harian Mukmin Di Bulan Ramadhan




Format: Word

>>DOWNLOAD JADUAL HARIAN MUKMIN BULAN RAMADHAN CLICK HERE!<<


Artikel pilihan: what is Mesothelioma?

KEMPEN : Berhenti makan ayam daging



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah
berhenti memakan ayam daging yang dijual
dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut


1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak
ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing
yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara
suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa
menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam
telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila
makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan
dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus
pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam.
Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam
tanpa sebarang sebab.

3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100
peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari
bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu
disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang
mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot
dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk
menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan
berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual
ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri
dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah
kerana tersepit diantara kenaikan harga dari
pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini
boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging
sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.


Khas utk siapa yang malas buat juadah berbuka



Perisa baekkk punya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Siapa ada hilang nenek?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

13 September, 2007

Petua Berpuasa



Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,
kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin
juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta
lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna
water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut
mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi
getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan
kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan
seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia
menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi
putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga
mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan
berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang'

.

New Osama Video



New Osama Video is a lie created to justify continued Western attack on Muslims



Latest Video



Earlier Video

AND COMPARE THE VIDEOS YOURSELF!!!
__________________________________________________________

The new Osama bin Laden tape released few days ago is cleary a lie created by
George Bush(Beast)administration and his Jewish planner of aggression againts
Islam to further justify to the world for the continuation of American and
Western countries stay in Iraq, to attack Iran and humiliate other Muslims
nations and leaders.

A few months ago the National Geography Channel, CNN and Al jazeera channels
shows some videos of Osama bin Ladin activities and we noticed that his beard
have some white colors due to old age and his face looks much older.

However, in the recent video you will notice that his beard is 100% black and he
looks much younger. How can this happen? Knowing Osama stict muslim belief, it
is not possible that he will color his white beard with black coloring because
it will be against his teachings and belief. Most muslim people following
strict Islamic way of life will never color their hair to look younger because
it is wiser keep your natural physical look. Further, how can his face looks
younger than the older video released?

The American video drama editor must have overlooked this when crating a lie.
Now they say they have tested the video and confirm that it is authentic, which
they themselves created. It is like a planned Hindustan drama, but the American
version. They have done this to justify the existance WMD in Iraq and then they
invade the country and now they need to justify why the need to stay much longer
to heed Jewish advice until they achieve to break Iraq into three independent
countries and rule with American Jewish puppet regimes.

So dont get exited of what the Americans claim when come the months of September
for they need to create stories for the world to belief, but analyse and think
for yourself. They think we are all cows and dummies, however I am sure you know
you all are smarter than them!

Allhu Akbar, truth will prevail.

Tuntutan PERANTAU



Posted on Thursday, September 13 @ 05:23:36 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media  Oleh PERANTAU



K.Lumpur : Ikatan Anak-anak Terengganu DiPerantauan (PERANTAU) merasa kesal dan dukacita dengan kekecohan yang berlaku pada 8hb. September, 2007 di Batu Burok dalam program road-show Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO ekoran sikap ‘double standard’ dan tidak profesional polis Terengganu.



Dalam kejadian tersebut dilaporkan, dua orang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan Muhamad Azman Aziz, 21, terkena tembakan polis dan berpuluh-puluh yang lain cedera termasuk empat orang cedera parah.
Ekoran huruhara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. PERANTAU mendesak kerajaan mempercepatkan penubuhan IPCMC dan mengambil tindakan kepada anggota polis yang terlibat melakukan tembakan berkenan bukannya membiarkan pihak polis sewenang-wenangnya mendapatkan perintah reman terhadap dua individu yang ditembak oleh seorang anggota polis sendiri.


Menurut Setiausahanya, Sdr Suhaimi Embong, mesyuarat khas jawatankuasa PERANTAU pada hari ini, Rabu, 12hb. September, 2007 juga mengambil pendirian menyokong tuntutan BERSIH untuk mendapatkan ;


1) Penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September.


2) Penjelasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri serta Ketua Polis Negara terhadap penggunaan peluru hidup dalam mana-mana perhimpunan aman sebegini.


3) Segala perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang sah tidak memerlukan permit polis dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.


4) Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka.


5) Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini.


Serentak dengan ini, PERANTAU akan memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa-mangsa tembakan berkenaan untuk mengambil tindakan menyaman pihak-pihak yang terlibat di mahkamah.


12hb. September, 2007
Setiausaha PERANTAU

Panduan Membuat Blog



3 min video cara membuat blog percuma menggunakan blogger seperti blog isuhangat ni. Hanya 3 langkah anda sudah boleh bermula membuat posting. Sgt sesuai untuk newbie.


>>http://www.blalang.com/blog <<


Free Articles
Blog Widget by LinkWithin