ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
14 September, 2007
KEMPEN : Berhenti makan ayam daging
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah
berhenti memakan ayam daging yang dijual
dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut
1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak
ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing
yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara
suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa
menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam
telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila
makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan
dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus
pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam.
Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam
tanpa sebarang sebab.
3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100
peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari
bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu
disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang
mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot
dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk
menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan
berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual
ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri
dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah
kerana tersepit diantara kenaikan harga dari
pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini
boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging
sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment