Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada  bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain  tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti  berikut:
 
   - Dia lahir di dalam keluarga  yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada  suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.  
 - Dia yang lahir-lahir sahaja  Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada  kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini  amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).   
 - Orang yang dalam perjalanan  hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan  syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas  mengikut golongan itu.  
 - Orang yang sentiasa  mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan  serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi  serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan  kebenaran.  
 - Orang yang mendapat  pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri  majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.   
 - Orang yang diuji Allah,  mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa  bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu  dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.  
 - Orang yang mendapat  kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat  di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena  azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud,  pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali  kepada kebenaran.  
 - Orang yang sedar setelah  melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah  besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga  itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak  ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan  insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di  Akhirat kelak.  
 - Orang yang dia sendiri  mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit  banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas  dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.  
 - Orang yang dapat petunjuk  kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa  itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al  Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah  SAW
  "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup  keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya  allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua  ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia" luv ..wardah as sakinah
     | 
No comments:
Post a Comment