Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa: 
Beberapa perkara akan berlaku  disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa  seperti nafas berbau, peluh juga berbau, 
kulit kering bersisik dan gatal,  air kencing pekat dan berbau dan mungkin
juga kerap kencing, buang air besar  selepas beberapa hari berpuasa, sakit 
kepala, lenguh badan dan demam (kesan  toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin  juga berlaku selsema dan kahak serta 
lendir dan keputihan. 
  
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia 
akan berhenti dengan sendirinya. 
 
Cara berbuka dan bersahur yang  berkesan: 
 
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak  (guna 
water-filter)
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi  memberi peluang perut
mencerna makanan 
(iii) Makan makanan yang senang  hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya  makan sayur, tahu dan kekacang. 
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa  
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara  
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku. 
(vi) Minum air  putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi
getah anggur, buah  kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok  makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair. 
 
Cara berpuasa yang  tidak berkesan: 
 
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)  
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam 
(iii)  Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang,  gout dan alahan. 
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam. 
(v) Kurang  minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan 
(vi) Tidur  selepas kenyang makan 
 
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana  mengandungi bahan
kimia: 
 
(i) Kopi dan teh. 
(ii) Air paip  masak yang tidak ditapis. 
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna,  perasa tiruan
seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air  squash, nugget dan 
seumpamanya. 
(iv) Makanan masin perlu dielakkan  semasa berpuasa kerana ia
menyebabkan air bertakung dalam badan (water  retention) 
(v) Merokok 
 
Fasa-fasa puasa yang berjaya: 
  
Fasa pertama (2-3hari): 
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih,  cepat marah kerana kadar 
glukosa dalam darah rendah 
 
Fasa kedua  (3-14 hari): 
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah  menjadi
putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. 
 
Fasa  ketiga(14-akhir puasa): 
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera  makan baik, tenaga
mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di  fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang  baru. Keadaan puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar  mengawal makan dan minum 
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan  berjalan lancar. 
 
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:  
 
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan 
berminyak) 
(ii) Makan kerap 
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam  
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan 
 
Manfaat puasa  yang berkekalan: 
 
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut 
(ii)  Kesihatan bertambah baik 
 
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w.  yang bermaksud: 
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi  dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat  pahala)." 
 
'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang' 
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
13 September, 2007
Petua Berpuasa
.
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment